Solat Raya di Masjid Wilayah Persekutuan KL dan Makan-makan Aidiladha di Rumah Kakak

Alhamdulillah, semalam umat Islam di Malaysia merayakan Hari Raya Aidiladha dalam keadaan aman, makmur dan penuh kesyukuran. Tapi pada masa yang sama, tak dilupakan saudara-saudara di P4lestin yang sedang diuji dengan hebatnya. Sebak betul masa imam masjid berdoa untuk rakyat di G4z4 masa rakaat kedua dan masa khutbah yang kedua. Semoga Allah makbulkan doa-doa kita untuk keselamatan dan keamanan penduduk-penduduk di G4z4, Ameen Ya Rabbal Alameen...

Macam biasa Hari Raya Aidiladha kiteorang sambut di KL je. Tahun lepas kiteorang solat raya di Masjid Negara. Tahun ni pulak kiteorang pilih untuk pergi ke Masjid Wilayah Persekutuan sebab lebih dekat. Lepas Subuh, terus pack rendang ayam, kelupis dan kek batik yang anak-anak buat sehari sebelum raya untuk dibawa ke rumah kakak aku sebab tahun ni dia yang jadi hos makan-makan raya. Then, drop off Khadeeja dan makanan raya di rumah kakak aku dulu memandangkan dia tak boleh solat, sebelum kiteorang ke masjid.


solat aidiladha
Masjid Wilayah Persekutuan KL ni lebih kurang 15 minit je dari rumah


Nasib baik datang awal sikit, jadi takde la kena berpusing-pusing mencari parking kosong. Tapi still kena parking dekat luar masjid lepas tu menapak ke masjid sebab parking dalam dah penuh.


Masjid Wilayah Persekutuan KL
Sebelum masuk ke dalam, mintak Khayla posing kejap dekat luar masjid sebab nak letak kat blog 🤭. Macam biasa bila solat kat masjid-masjid besar di KL ni akan jumpa ramai foreigners, yang buat aku kagum tahun ni ramai foreigners yang pakai baju Melayu siap bersampin dan baju kurung.

Alhamdulillah walaupun ramai yang bersolat hari raya di sini, tapi masih ada banyak ruang dalam masjid. Lepas habis khutbah, ada la family Arab yang mengagihkan biskut raya dan coklat. Tahun lepas dekat Masjid Negara pun macam tu jugak, memang budaya dieorang kot.


Masjid Wilayah Persekutuan KL
Matching kan baju aku dengan carpet masjid? 😜

Lepas solat raya, kiteorang pun pergi ke rumah kakak aku. Macam tahun lepas jugak, menu utama Hari Raya Haji ni ialah laksa Sarawak. Rendang ayam tu pulak menu tambahan last minute. Kisahnya malam tadi pukul 10 malam baru la ada mood nak merendang. Geledah peti sejuk jumpa lengkuas, halia, daun limau purut dan baki daun kunyit yang aku dah carik-carik dan simpan dalam freezer, apa lagi terus on projek merendang. Tapi bila geledah pantry tak jumpa santan kotak, mula la menggelabah! Nak ke kedai, dah lambat sangat. Nasib baik geledah freezer lagi terjumpa kelapa parut frozen zaman bila entah. Jadi la daripada takde. Serai je la takde, tapi aku rasa still rasa ok je rendang tu.


rendang ayam
Laksa Sarawak yang adik aku buat. Atas tu pulak rendang ayam last minute (pukul 10 malam baru aku ada mood merendang!)


kek batik
Atas: Kek batik yang anak-anak buat sehari sebelum hari raya.
Bawah: Lebihan kek lapis Sarawak dari Hari Raya Aidilfitri yang disimpan dalam freezer

Tahun ni sengaja tak masak lauk daging sebab kena pantang makan daging. Doktor nak tengok fungsi buah pinggang aku makin improved ke tak lepas ni. Protein yang lain pun kena control portion jugak, tapi daging is no-no buat masa sekarang.


Laksa Sarawak
Laksa Sarawak

Kesian Suami Terchenta, kena kerja sepanjang malam raya. Ingatkan tak dapat la dia pergi solat raya, tapi lepas Subuh dia kata nak pergi jugak. Cuma lepas dah makan-makan kat rumah kakak aku, dia terus pengsan kepenatan sampai ke petang. So semalam kiteorang cuma lepak kat rumah kakak aku sementara Suami Terchenta bayar hutang tidur. Malam nanti dia kena kerja lagi huhu... Semoga esok dia dapat la cuti ganti sebab risau bila dia kerja teruk sangat. 

Macamana pulak sambutan Hari Raya Aidiladha korang?

Penjaga Dapur

Penjaga dapur

Alkisahnya, anak dara seekor ni masih lagi merajuk sejak kena marah Suami Terchenta sebab muntah atas meja dalam bilik study. Sejak kejadian tu, jangankan nak melompat atas meja, nak jejak masuk dalam bilik study pun dia tak sudi 😅. Perempuan bila merajuk, memang lama sikit 😆.

Sejak hari tu, dia tukar port lepak dekat dapur pulak. Sambil lepak di dapur, sambil tu dia tolong bunuh lipas kecik yang keluar dari bawah singki. Selalu jugak aku jumpa bangkai lipas kecik tu atas lantai dapur. Bagus betul anak dara seekor ni, rajin bunuh lipas. Dia tau mak dia penggeli dengan lipas hihi.

Projek Minum Petang: Mexican Coffee Bun

Masa cuti sekolah minggu 2 minggu lepas, Khadeeja dan Khayla tetiba teringin nak makan rotiboy / mexican coffee bun. Nak keluar malas pulak. Bila check dalam pantry bahan-bahan semuanya ada, aku pun ajak dieorang buat rotiboy versi homemade je la.

Senang je buat rotiboy ni, cuma leceh sebab kena tunggu doh naik, lepas tu bulat-bulatkan, canai dan letak inti lepas tu tunggu lagi doh naik kali kedua. Kenapa kena dua kali tunggu doh kembang? Supaya lebih kembang gebu dan tekstur tak padat sangat. Aku follow resipi ni sebab senang pakai sukatan cawan.


mexican coffee bun
Part piping topping ni dieorang suka

mexican coffee bun
Dah setel piping, terus masuk dalam oven yang dah dipanaskan

Hasil kejadiannya not bad la. Cuma aku rasa oven panas sangat sebab tu topping tu merekah sikit. Aku buat versi kurang manis supaya aku pun boleh makan jugak. Cicah dengan teh panas memang sedap!


mexican coffee bun
Tadah! Dah siap, wangi semerbak bau kopi dari topping rotiboy ni

Pertandingan Medical Spelling Bee dan Lawatan ke Muzium Anatomi di USIM

TRIGGER WARNING: Ada gambar yang mungkin mengerikan melibatkan anggota tubuh manusia yang diawetkan.

Minggu lepas (1 Jun), kiteorang kena keluar rumah selepas Subuh untuk hantar Khadeeja mengikuti pertandingan Medical Spelling Bee yang dianjurkan oleh Fakulti Perubatan & Sains Kesihatan (FPSK) di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) sempena sambutan ke-20 tahun penubuhan FPSK yang terletak di Nilai. Semua peserta kena berada di situ pukul 8 pagi untuk pendaftaran. Mujur pagi-pagi kereta kurang sikit jadi perjalanan lebih lancar, tapi tengahari tu masa nak balik ke KL, jem nya highway menuju ke arah Selatan! So ada hikmah jugak keluar pagi-pagi tu.


Fakulti FPSK, USIM
Fakulti FPSK, USIM

Kali ni persediaan Khadeeja agak kurang sebab cuti sekolah dia tak berapa rajin nak menelaah perkataan-perkataan yang kena dihafal. Sudahnya sambil sarapan pagi tu pun dia masih lagi menghafal perkataan-perkataan yang bakal diuji dalam pertandingan tu.


Multi-tasking - sambil breakfast sambil ulangkaji

Banyak sekolah yang hantar wakil ke pertandingan ni, jadi pusingan penapisan terpaksa dibuat dalam beberapa bilik kuliah berbeza mengikut peringkat umur - lower primary, upper primary, secondary dan medical students. Khadeeja masuk peringkat upper primary. Ramai jugak pelajar sekolah yang terer mengeja dalam Bahasa Inggeris ni, kudos to them sebab berjaya melepasi pusingan penapisan ni.


Khadeeja masa ni dah redha sambil menunggu giliran atas pentas 

Sebenarnya aku mengharapkan Khadeeja tak masuk ke pusingan seterusnya sebab petang tu kiteorang kena check-in hotel untuk staycation birthday aku. Kalau Khadeeja masuk sampai ke final, kiteorang kena tunggu kat situ sampai pukul 3 petang. Tak dapat la nak memaksimakan masa di bilik hotel kalau macam tu.

So bila Khadeeja dapat satu je salah sementara 4 lagi perkataan dia dapat eja dengan betul, aku rasa lega pulak hihi. Takpelah, at least ada pengalaman masuk pertandingan spelling bee. Perkataan yang dia salah eja tu (tendon) pun sebab dia kata mikrofon yang emcee tu guna tak berapa jelas sangat sebutannya. Ramai peserta yang beberapa kali mintak emcee ulang sebut semula sebab tak dengar kali pertama. Ada yang berjaya tangkap dengan betul kali kedua, tapi ada jugak yang kecundang macam Khadeeja. Ramai ibu bapa yang bagi feedback pasal mikrofon tu dalam group Whatsapp so bukan kiteorang je la yang rasa mikrofon tu bermasalah. Tapi sebab kiteorang memang nak balik awal jadi malas nak komplen hehe.

Sebelum balik, pihak penganjur pertandingan ada buat lawatan ke Muzium Anatomi di tingkat 4. Since anak-anak sukaaaaa sangat masuk Hunterian Museum di London dulu, jadi kiteorang pun singgah jugak la ke sini sebelum balik. Basically, temanya sama - tentang anatomi manusia. Muzium ni jugak sebenarnya ialah makmal anatomi yang digunakan oleh pelajar-pelajar perubatan di fakulti ni.


USIM
Ralit masing-masing dengar penerangan tentang tulang manusia

Menurut pelajar perubatan ni, kebanyakan tulang dan tengkorak yang dipamerkan tu ialah tulang manusia yang betul, tapi ada jugak yang palsu. Nak tau yang mana betul dan yang mana palsu, tengok warna - yang kecoklatan tu tulang / tengkorak manusia yang sebenar dan yang warna agak pudar ialah yang palsu. 


USIM
Belah depan ni tengkorak manusia yang betul

USIM
Boleh detect yang mana palsu dan yang mana tengkorak real?

Anyway, aku tanya la dari mana dieorang dapat tulang / tengkorak / anggota badan manusia ni? Katanya ada yang universiti beli dari luar negara dan ada yang didermakan. Pernah terbaca zaman aku sekolah dulu yang Malaysia banyak beli human cadaver dari India sebab mana-mana mayat orang miskin / gelandangan yang tak dituntut sebab keluarga tak mampu nak bayar kos perubatan atau takde ahli keluarga yang tuntut, hospital kat sana akan jual ke luar negara dan harganya pun lebih rendah dari negara lain. Itu berpuluh-puluh tahun yang dulu la, sekarang aku tak pasti sama ada benda ni masih relevant lagi ke tak.

OK, gambar yang last ni kalau korang geli tengok anggota badan yang diawetkan, baik korang jangan tengok. Takut ada yang terpengsan pulak tengok kepala yang dibelah dua dan diawetkan. Awal-awal aku warning ye.

Teringat seorang kawan sekelas kakak aku yang sekarang ni bertugas di bahagian postmortem di hospital. Dia dah tahap lali dengan benda-benda ni sampai boleh makan sebelah mayat yang dah dibedah (masa rehat) dengan takde apa-apanya. Kadang-kadang bila ada kes polis yang mana ada mayat yang dijumpai dalam keadaan yang dah tak sempurna dan dia kena masuk bilik mayat malam-malam untuk buat bedah siasat, dia rilek je masuk bertugas. Kadang-kadang kena 'kacau' time buat kerja, tapi dia jenis yang attitude 'aku tak kacau kau, kau tak kacau aku'. Walaupun nampak seram, tapi dia kata dia lebih suka sebab tak payah nak hadap birokrasi hospital dan tak payah risau kena saman pesakit sebab 'pesakit' dia semua dah tak bernyawa. Dalam erti kata lain, kerja dia lebih 'aman' dari jadi doktor pesakit hidup.

v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v

USIM
Salute dekat doktor dan koroner yang dah biasa hadap benda ni hari-hari. Aku tengok ni pun seram jugak tapi anggap je la ni untuk pelajaran untuk mereka yang berminat dalam bidang perubatan

Bawak BFF Makan Malam di Restoran Makan Kaw Kaw di Bangi

Minggu lepas BFF aku turun ke KL dari Bintulu sebab ada training di Bangi. Memandangkan dia ada ole-oleh dari Sarawak nak pass kat aku, dah alang-alang jumpa tu kiteorang pun decide bawak dia keluar makan.

Aku pun cari restoran yang selalu orang review di Bangi dan terjumpa Restoran Makan Kaw Kaw tak jauh dari tempat training BFF aku. So apa lagi, kiteorang pun terjah la tempat ni.

BFF aku ni peminat masakan kampung so memang kena sangat dengan tempat ni. Tempat makan pun dekat pondok kecik luar restoran, feel makan kat kampung tu dah ada. 


Suasana makan malam di pondok kecik macam dekat kampung

Ada beberapa pilihan set kombo dekat sini, dan kiteorang pilih set kombo C (RM88.80) sebab ada signature dish yang ini:


Restoran Makan Kaw Kaw, Bangi
Ikan baung salai masak lemak cili api

Sedapnya tu sampai tinggal tulang ikan ni bila dah habis makan. BFF aku nampak berselera sangat jumpa lauk ikan baung ni, cuma aku tak berapa gemar sangat sebab ikan ni banyak tulang dalam isi. Aku dengan tulang ikan memang berjodoh sangat, asal makan ikan bertulang confirm lekat kat kerongkong. Sebab tu aku selalu avoid ikan yang banyak tulang. Tapi aku suka style masak lemak ni, daun kesum dalam kuah tu memang menambahkan selera!


Restoran Makan Kaw Kaw, Bangi
Sambal tumis udang petai

Lauk sambal tumis udang petai ni ialah my favourite malam tu. Udang dan petainya fresh. Kena pulak dengan lauk masak lemak cili api.


Restoran Makan Kaw Kaw, Bangi
Terung balado dengan ikan bilis rangup

Terong balado ni pun sedap, lagi-lagi bila ada ikan bilis rangup ditabur atasnya tu. 


Restoran Makan Kaw Kaw, Bangi
Ayam masak ungkep sedikit tak kena dengan lauk-lauk yang lain

Bila lauk lain semuanya bertemakan makanan laut, tiba-tiba ada ayam masak ungkep macam tak berapa masuk pulak. Itu pendapat aku la. Lauk sambal dengan masak lemak dah matching, tiba-tiba ada ayam masak ungkep terselit dalam menu huhu. OK la, maybe untuk budak-budak yang tak makan seafood dan tak makan pedas.

Selain dari set kombo C, kiteorang order jugak set stew lambshank ni. Yang ni katanya masakan Johor. Sedap, manis-manis sikit kuahnya. Lambshank ni pun besar dan banyak isi. Kongsi makan ramai-ramai, lagi sedap bila berebut nak carik roti pita utk cicah dalam kuah lambshank tu.



Restoran Makan Kaw Kaw, Bangi
Set stew lambshank yang didatangkan dengan roti pita (RM58.80)

Alhamdulillah overall puas hati dengan makanan di sini. Bagi aku tempat ni worth untuk repeat kalau aku kebetulan ke Bangi lagi. Nak try signature dish yang lain (daging salai masak lemak cili api, udang galah masak sambal pecah telur, mee rebus jawa dan laksa Johor ikan tenggiri).


Restoran Makan Kaw Kaw
Alamat: Kompleks Diamond, Bandar Baru Bangi (Belakang KIPMALL BANGI/WARTA)
Waktu operasi: 11 pagi - 3 petang (makan tengahari) / 6 petang - 10.30 malam (makan malam)