Makan Seafood Segar di Nelayan Seafood by The Coast

Sebelum bertolak balik ke KL, kiteorang singgah makan tengahari di Nelayan Seafood by The Coast. Restorannya terletak dalam kawasan Tunamaya Beach & Spa Resort, tak jauh dari Pantai Desaru.


Nelayan Seafood by The Coast
Nelayan Seafood by The Coast

Restoran ni ada outdoor seating dan indoor seating, tapi tengahari tu dieorang cuma bukak outdoor seating. Duduk di luar pun ok je, sebab ada kipas angin dan boleh menikmati angin sepoi-sepoi bahasa dari laut.


Nelayan Seafood by The Coast
Kawasan tempat duduk yang luas dan selesa

Nelayan Seafood by The Coast
Besar-besar lobster kat sini!


Khadeeja request nak ketam, jadi bapaknya pun order ketam - seekor masak salted egg yolk, seekor lagi masak cili. Isi ketam padat, segar dan manis, memang puas hati sangat-sangat! Tapi jujur cakap, masak cili tu terasa agak hambar, macam tuang dengan sos cili je. Nasib baik masak salted egg yolk tu sedap.


Nelayan Seafood by The Coast
Ketam masak cili dan mantou goreng - mantou tu sedap dan dalam gebu macam kapas!

Nelayan Seafood by The Coast
Ketam masak salted egg yolk ni sedap sangat aku kasi 2 thumbs up! 👍🏻👍🏻

Selain ketam, kiteorang order jugak udang goreng butter atau dalam menu, golden silk prawn. Yang ni pun sedap, udangnya digoreng garing sampai makan dengan kulit udangnya sekali pun takpe, tapi isinya masih lagi juicy.


Nelayan Seafood by The Coast
Golden Silk Prawn / Udang Goreng Butter

Khayla pulak request nak siakap steam Hong Kong (steam kicap). Ikan lambat sangat sampai, tak sempat ambik gambar sebab malas nak basuh tangan semata-mata nak ambik gambar. Yang tu pun sedap, cuma sebab banyak sangat lauk atas meja jadi tak boleh habiskan so kiteorang bungkus je.


Nelayan Seafood by The Coast
Ikut pusingan jam: Ketam salted egg butter, golden silk prawn, mantou goreng, ketam masak cili dan kailan goreng

Alhamdulillah, mostly yang kiteorang pesan sedap dan segar pulak tu. Terima kasih Suami Terchenta sanggup layan selera isteri dan anak-anak 😍. Semoga Allah murahkan rezeki Suami Terchenta supaya boleh belanja makan sedap-sedap lagi, Ameen Ya Rabbal Alameen! ♥️

Amboi, Sambil Tidur Nak Kita Pegangkan Kaki...

Hujan dan cuaca sejuk di luar ni memang sedap la nak sambung tidur hihi. Datang anak bulus, Louis si kucing chonky ni nak tumpang sekaki tidur atas katil. 


Mula-mula pandang tempat lain, udah ler tidur sambil terkangkang kaki...

Eh, eh... dia pusing pulak ke sini sambil hulur kaki. Nak suruh pegang lettew...


Pegang kaki sambil tidur...

OK la, sambung la tidur, Louis. Mak ni banyak lagi kerja nak buat, kain baju tu dari membukit dah nak jadi menggunung. Ada ke Louis dan Kiera nak tolong lipatkan? Takde kan? (Kami kan tak pakai baju, alasan anak-anak bulus ngelat taknak lipat kain).

Sekian sketsa di hari mendung dan sejuk 🤪

Kali Kedua Menginap di Hotel Four Points by Sheraton Desaru

Ikutkan malas pulak nak cerita pasal hotel yang kiteorang duduk ni sebab sebelum ni aku dah pernah ulas pasal hotel Four Points by Sheraton Desaru kali terakhir kiteorang ke sini 2 tahun lepas. Tapi dah namanya travel & lifestyle blog, kenalah ikut tema blog kan. Hihi.

Sebab utama kiteorang pilih hotel ni ialah tak lain tak bukan sebab jenama Four Points ni bawah label Marriott Bonvoy jugak. Memandangkan sekarang aku tengah gigih nak dapatkan extra points di bawah kempen bermalam 5 malam untuk dapatkan 15 ribu points tambahan (points ni boleh guna untuk redeem free stay) jadi sebab tu Four Points by Sheraton Desaru ni jadi pilihan tempat bermalam. Teringin jugak nak menginap di Westin Desaru cuma belum ada rezeki lagi. Tapi lain kali kalau plan trip betul-betul instead of plan terkejut ni, mungkin boleh dipertimbangkan.

Kali ni kiteorang ambik bilik Family Room. Ada 2 katil double (satu katil tu boleh muat 2 orang bersaiz comel macam aku ni hihi) dan paling syok untuk anak-anak, ada khemah teepee siap ada tilam lagi dalam tu.

Maksimum bilik ni boleh menempatkan 4 orang (5 orang kalau ada kanak-kanak sebab boleh tidur dalam khemah teepee tu). Bilik pun agak luas, boleh solat berjemaah dengan selesa. Sepanjang pengalaman aku menginap di hotel Four Points by Sheraton (baca sini), bilik air dieorang memang takde bathtub. Jadi kalau nak ber healing dalam bathtub, lupakan saja hasrat tu. Tapi kalau nak healing di kolam renang, jangan risau hotel ni ada kolam renang hehe.


Family Room
Bilik Family, bilik paling luas di hotel ni


Macam biasa, sarapan pagi di hotel Marriott jarang-jarang mengecewakan. Dari segi pilihan makanan, ada banyak pilihan depan mata. Harga pun sangat ok - buffet breakfast untuk orang dewasa ialah RM60 dan kanak-kanak pulak, RM30. Dari segi rasa, berbaloi dengan harga yang dibayar. My favourite - scrambled eggs makan dengan feta dan blue cheese. Yumms! 😋


Hotel Four Points by Sheraton Desaru
Makanan yang aku pilih - scrambled egg, pancake, salad, sosej, bubur, nasi minyak dan ayam masak merah, nasi lemak, bihun goreng dan teh tarik. Aku ambik kuantiti sikit supaya dapat rasa hidangan berbeza

Sayangnya dah takde lagi perkhidmatan free shuttle ke pantai belakang hotel Westin Desaru sejak tahun lepas. So kalau nak dekat dengan pantai, kena cari resort atau hotel lain yang betul-betul dekat dengan pantai Desaru. Tapi selain dari tu, yang lain semuanya memuaskan. Memandangkan kiteorang check in lewat malam semalam dan aku merupakan ahli Silver Elite, hotel bagi keistimewaan untuk kiteorang check out lewat sikit, pukul 2 petang. Sempat la solat jamak sebelum meneruskan perjalanan pulang ke KL.


Hotel Four Points by Sheraton Desaru
Menunggu di lobi sementara Suami Terchenta bawak kereta ke depan lobi

Sepetang di Pantai Desaru

Hari ni agak penat sikit sebab semalam baru balik dari Desaru. Bermalam satu malam di sana, hajatnya nak surprise kan adik ipar yang bekerja di Pengerang last-last surprise tak menjadi sebab dia bekerja pulak siang tu 😅 Dah la jem giler menghala ke selatan tanahair - pukul 3.30 petang bertolak lepas Khayla habis aktiviti sekolah dan Suami Terchenta balik dari standby duty di ofis (hari Ahad pun kena masuk ofis, kesiannya Suami Terchenta!). Ikutkan 4 jam lebih je nak ke bandar Penawar tapi sebab jem yang melampau sangat, dari 4 jam jadi 8 jam lebih perjalanan atas highway! Pukul 11.30 malam baru kiteorang sampai ke bandar Penawar. Letih tau dah la bawak kereta manual. Sampai kat Machap berhenti makan dan tukar driver. Suami Terchenta kata dia tidur je sepanjang aku bawak kereta lepas exit di tol Senai dan masuk ke highway ke Desaru sebab seram katanya tengok aku tekan minyak bawak kereta macam nak ke alam barzakh 🤭.

Takpelah takde rezeki jumpa adik ipar kali ni jadi kiteorang ambik kesempatan pergi ke Pantai Desaru je. Dah lama tak merasa angin tepi pantai, kata Suami Terchenta. Kita bagi can la dia healing di tepi pantai, stress kan kerja kat ofis tu.


Desaru Coast
Kali ni tak syok sangat duduk dekat Four Points sebab dah takde free shuttle ke pantai belakang Westin Desaru. Rupa-rupanya perkhidmatan tu dah ditamatkan tahun lepas. So tak boleh la mandi laut sebab kiteorang tak bawak tuala mandi. Dulu hotel yang sediakan tuala mandi.


Anak-anak pun seronok main pasir dan cari kulit kerang. Lepas tu rendam kaki dalam air laut. Agaknya kalau ada tuala mandi memang confirm terjun laut tu.


Nelayan by the Coast
Bila mak bapak berposing hehe.

Lepas tu kiteorang pergi ke pantai belakang restoran Nelayan pulak. Ada buaian bawah pokok. Anak-anak makin seronok bermain buaian. Lepas ambik gambar buat kenangan, aku dan Suami Terchenta jalan-jalan di tepi pantai Desaru yang cantik dan bersih tu. Seronok la siapa yang duduk dekat Desaru hari-hari boleh pergi mandi laut kan.


Nelayan by the Coast
Main la puas-puas nak, nanti kita nak kena menghadap jem balik ke KL pulak 😆

Nelayan by the Coast
Biarkan dieorang menikmati zaman kanak-kanak selagi masih depan mata kiteorang ♥️

Balik dari Desaru, kena menempuh perjalanan selama 6 jam pulak, Bertolak pukul 5 petang dan sampai pukul 11 malam. Kali ni tukar driver di Seremban pulak sebab Suami Terchenta dah mula membebel tak jumpa-jumpa smart lane 🤭. Bila dia dah membebel, maksudnya dia dah penat la tu. Sekali lagi dia pejamkan mata bila si isteri bawak kereta macam pelesit di jalan raya. Ikutkan Waze patutnya kiteorang sampai pukul 11.15 malam tapi sebab isteri dulu bekas minah rempit di jalan raya, tempoh perjalanan berjaya dipendekkan selama 15 minit.

Nanti dah kurang penat sambung cerita pasal trip terkejut ke Desaru ni hehe.

Akhirnya Sampai Jugak ke TGSK

Asyik baca pengalaman orang lain je, last-last merasa jugak kesempatan sarapan pagi di TGSK ni minggu lepas. Tempatnya tak la terlalu jauh dari rumah kiteorang tapi sebab dah viral jadi susah sikit nak cari parking. Mujur time kiteorang sampai, crowd dah kurang sikit.


tempat breakfast viral KL
TGSK KL - Tempat breakfast viral sekarang ni


Walaupun crowd dah kurang tapi still kena beratur tunggu meja kosong. Dah la matahari dah naik atas kepala huhu... Tapi kurang panas sebab ada kipas besar dekat tempat queue tu.


Cafe in the garden
Sambil menunggu kita ambik gambar dan tengok menu yang terpampang di skrin dulu

Buat 'noob' macam kiteorang ni, TGSK ni konsepnya tunggu meja kosong, order air dekat staff yang berdiri depan queue lepas tu beratur la pilih makanan di kaunter makanan. Dekat sini, menu Johor dan Terengganu ialah menu utama. Menu lain macam nasi kerabu, ubi rebus dan nasi lemak pun ada jugak.


TGSK KL
Oh ya, TGSK ni stands for Tempe Goreng Sambal Kicap, salah satu makanan popular di sini. Tapi masa kiteorang sampai hari tu takde rezeki nak order sebab dah habis.

TGSK KL
Selain dari menu berat ada jugak kuih-muih tradisional macam seri muka dan kuih kaswi

Macam biasa, aku pesan laksa Johor, Suami Terchenta pulak pesan nasi lemak dengan rendang ayam dan Khayla pulak nasi lemak dengan ayam goreng. Khadeeja nak lempeng pisang je.


laksa johor, nasi lemak
Sarapan pagi kiteorang di TGSK

TGSK KL
Lempeng pisang dan sambal kat sini pun sedap

Overall makanan kat sini sedap. Tapi kalau tanya aku prefer laksa Johor kat TGSK atau Paktam Laksa, aku rasa kuah Paktam Laksa sedap lagi sebab lebih pekat dah lebih rasa ikan. Cuma bahan-bahan laksa kat TGSK ni lebih lengkap la.

Lain kali Suami Terchenta cuti, aku nak ajak datang awal sikit sebab tak puas hati tak dapat rasa tempe goreng sambal kicapnya 🤭. Korang yang duduk KL dah pernah try ke tempat ni? Cer komen hidangan apa yang korang suka kat sini.