Sebelum bertolak balik ke KL, kiteorang singgah makan tengahari di Nelayan Seafood by The Coast. Restorannya terletak dalam kawasan Tunamaya Beach & Spa Resort, tak jauh dari Pantai Desaru.


Nelayan Seafood by The Coast
Nelayan Seafood by The Coast

Restoran ni ada outdoor seating dan indoor seating, tapi tengahari tu dieorang cuma bukak outdoor seating. Duduk di luar pun ok je, sebab ada kipas angin dan boleh menikmati angin sepoi-sepoi bahasa dari laut.


Nelayan Seafood by The Coast
Kawasan tempat duduk yang luas dan selesa

Nelayan Seafood by The Coast
Besar-besar lobster kat sini!


Khadeeja request nak ketam, jadi bapaknya pun order ketam - seekor masak salted egg yolk, seekor lagi masak cili. Isi ketam padat, segar dan manis, memang puas hati sangat-sangat! Tapi jujur cakap, masak cili tu terasa agak hambar, macam tuang dengan sos cili je. Nasib baik masak salted egg yolk tu sedap.


Nelayan Seafood by The Coast
Ketam masak cili dan mantou goreng - mantou tu sedap dan dalam gebu macam kapas!

Nelayan Seafood by The Coast
Ketam masak salted egg yolk ni sedap sangat aku kasi 2 thumbs up! πŸ‘πŸ»πŸ‘πŸ»

Selain ketam, kiteorang order jugak udang goreng butter atau dalam menu, golden silk prawn. Yang ni pun sedap, udangnya digoreng garing sampai makan dengan kulit udangnya sekali pun takpe, tapi isinya masih lagi juicy.


Nelayan Seafood by The Coast
Golden Silk Prawn / Udang Goreng Butter

Khayla pulak request nak siakap steam Hong Kong (steam kicap). Ikan lambat sangat sampai, tak sempat ambik gambar sebab malas nak basuh tangan semata-mata nak ambik gambar. Yang tu pun sedap, cuma sebab banyak sangat lauk atas meja jadi tak boleh habiskan so kiteorang bungkus je.


Nelayan Seafood by The Coast
Ikut pusingan jam: Ketam salted egg butter, golden silk prawn, mantou goreng, ketam masak cili dan kailan goreng

Alhamdulillah, mostly yang kiteorang pesan sedap dan segar pulak tu. Terima kasih Suami Terchenta sanggup layan selera isteri dan anak-anak 😍. Semoga Allah murahkan rezeki Suami Terchenta supaya boleh belanja makan sedap-sedap lagi, Ameen Ya Rabbal Alameen! ♥️

30 comments:

  1. Menggoda sungguh rupa makanannya.
    Dapat seafood segar, memang sedap πŸ˜‹

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la Kak Ujie, sedap2 makanan kat sini, tambah lagi seafood segar2 semuanya πŸ˜„

      Delete
  2. ketam salted egg tu memang nampak menggoda seleraπŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kuah pekat creamy sedap cicah dgn mantou goreng πŸ˜‹

      Delete
  3. Aameen YRA. Sedapnya semua, ketam telur masin tu membuka selera.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang tu yg kiteorg ambik dulu hihi. Teringat2 rasa kuah Salted egg yolk tu πŸ˜‹

      Delete
  4. my family pun suka seafood!! semua nampak sedap2 tu...and i love ketam so much!! cuma jrg order sbb terasa mahal hahah compared udg dan sotong, kira ok lagi harga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan MZ, kalau murah boleh la order selalu. Kiteorg ni pun tak igt bila last sekali makan ketam sebelum ni 🀭 sedap kan ketam fresh

      Delete
  5. sedap nya nampak tu....anak-anak tak reti makan gini, makanya..memang lah tak beli..ikan pun tak reti makan..ehhh..stress kita asyik masak ayam je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alahai, faham sangat perasaan tu πŸ˜… lagi2 bila asben pulak jenis yg kena order lauk yg semua org boleh makan hehe.

      Delete
  6. terliur tgk ketam salted egg tu..suka mantau sedap...gemok2 lobster tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Teringin gak nak order lobster tapi tgk harga tu takut pulak hihi.

      Delete
  7. Anda terlupa sesuatu!! Berapa harga semuanya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku takut nak tanya Jun hihihi πŸ™ˆ doakan semoga murah rezeki dia boleh belanja makan sedap2 selalu 🀭

      Delete
  8. Suami yang baik allah akan murahkan rezeki. Kongsi pulak dengan anak isteri.....anak isteri happy...allah beri lagi rezeki kat suami sebab menggembirakan isteri dan anak2nya. Alhamdulilah Carneyz. Sedap pulak tengok ketam tu haa....

    ReplyDelete
    Replies
    1. My husband pun cakap benda yang sama. Bab makan dia memang tak berkira dengan keluarga 😊 Ketam salted egg yolk tu sedap sangat, yg chilli crab tu biasa-biasa je rasanya. Recommended la makan kat sini πŸ‘πŸ»

      Delete
  9. Sedapnya nampak esp Ketam salted egg tu. Alhamdulillah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah sedap, pekat dan sesuai cicah dengan mantou bun tu Kak Mulan πŸ˜„

      Delete
  10. Ya Allah ketam tu, melambai² la sis 🀭
    Sekarang PH perasan mantao byk dihidang bersama masakan macam buttermilk camtu kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Style restoran Cina yang dah jadi trend sekarang. Memang sedap makan mantou bun cicah dengan kuah ketam tu sis πŸ˜„

      Delete
  11. Udang goreng butter? NAK JUGAK?!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa lagi Uncle, boleh la plan bawak Aunty ke Desaru hujung minggu ni πŸ˜„

      Delete
  12. Replies
    1. Alhamdulillah, mostly sedap kecuali chilli crab tu je rasa mcm tuang dgn cili sos je.

      Delete
  13. Memang restoran Nelayan ni masakannya sedap dan fresh Karni..
    Sis pun dah berapa kali juga pergi makan sini selain food review media.. recommended sangat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oo.. tu la tak menyesal datang ke sini. Lain kali boleh singgah lagi hehe.

      Delete
  14. saya penasaran sama ketam masak salted egg-nya, pasti enak banget ini.
    Saya belum pernah coba makan ketam yang aneh-aneh kalau di Indonesia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masak salted egg ni famous di Malaysia, rasanya creamy dan savoury, ada rasa telur asinnya jugak. Kalau ke Malaysia boleh sis cuba 😊

      Delete
  15. Tempatpun macam tenang.
    Alhamdulillah dapat makan makanan sedap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Restoran tepi laut, memang santai je makan kat sini.

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .