Hari ni agak penat sikit sebab semalam baru balik dari Desaru. Bermalam satu malam di sana, hajatnya nak surprise kan adik ipar yang bekerja di Pengerang last-last surprise tak menjadi sebab dia bekerja pulak siang tu 😅 Dah la jem giler menghala ke selatan tanahair - pukul 3.30 petang bertolak lepas Khayla habis aktiviti sekolah dan Suami Terchenta balik dari standby duty di ofis (hari Ahad pun kena masuk ofis, kesiannya Suami Terchenta!). Ikutkan 4 jam lebih je nak ke bandar Penawar tapi sebab jem yang melampau sangat, dari 4 jam jadi 8 jam lebih perjalanan atas highway! Pukul 11.30 malam baru kiteorang sampai ke bandar Penawar. Letih tau dah la bawak kereta manual. Sampai kat Machap berhenti makan dan tukar driver. Suami Terchenta kata dia tidur je sepanjang aku bawak kereta lepas exit di tol Senai dan masuk ke highway ke Desaru sebab seram katanya tengok aku tekan minyak bawak kereta macam nak ke alam barzakh 🤭.

Takpelah takde rezeki jumpa adik ipar kali ni jadi kiteorang ambik kesempatan pergi ke Pantai Desaru je. Dah lama tak merasa angin tepi pantai, kata Suami Terchenta. Kita bagi can la dia healing di tepi pantai, stress kan kerja kat ofis tu.


Desaru Coast
Kali ni tak syok sangat duduk dekat Four Points sebab dah takde free shuttle ke pantai belakang Westin Desaru. Rupa-rupanya perkhidmatan tu dah ditamatkan tahun lepas. So tak boleh la mandi laut sebab kiteorang tak bawak tuala mandi. Dulu hotel yang sediakan tuala mandi.


Anak-anak pun seronok main pasir dan cari kulit kerang. Lepas tu rendam kaki dalam air laut. Agaknya kalau ada tuala mandi memang confirm terjun laut tu.


Nelayan by the Coast
Bila mak bapak berposing hehe.

Lepas tu kiteorang pergi ke pantai belakang restoran Nelayan pulak. Ada buaian bawah pokok. Anak-anak makin seronok bermain buaian. Lepas ambik gambar buat kenangan, aku dan Suami Terchenta jalan-jalan di tepi pantai Desaru yang cantik dan bersih tu. Seronok la siapa yang duduk dekat Desaru hari-hari boleh pergi mandi laut kan.


Nelayan by the Coast
Main la puas-puas nak, nanti kita nak kena menghadap jem balik ke KL pulak 😆

Nelayan by the Coast
Biarkan dieorang menikmati zaman kanak-kanak selagi masih depan mata kiteorang ♥️

Balik dari Desaru, kena menempuh perjalanan selama 6 jam pulak, Bertolak pukul 5 petang dan sampai pukul 11 malam. Kali ni tukar driver di Seremban pulak sebab Suami Terchenta dah mula membebel tak jumpa-jumpa smart lane 🤭. Bila dia dah membebel, maksudnya dia dah penat la tu. Sekali lagi dia pejamkan mata bila si isteri bawak kereta macam pelesit di jalan raya. Ikutkan Waze patutnya kiteorang sampai pukul 11.15 malam tapi sebab isteri dulu bekas minah rempit di jalan raya, tempoh perjalanan berjaya dipendekkan selama 15 minit.

Nanti dah kurang penat sambung cerita pasal trip terkejut ke Desaru ni hehe.

30 comments:

  1. Pantainya bersih....biarlah anak" menikmati bermain", bapak dan ibu berpose dulu.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan, bila di kota jarang2 dapat bermain puas2 mcm ni. Anak2 seronok dapat hirup udara segar di tepi laut 😄

      Delete
  2. desaru memang sgt jauh laaa dari KL....pantainya memang sgt cantik anyway :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dari tol Senai tu dalam sejam la nak ke Desaru tapi nak sampai tol Senai tu nauzubillah... jem tak boleh bawak bincang! 🤮

      Delete
  3. Eh! eh macam mana boleh tersama lagi ni. Aku pun baru balik dari selatan cuti Awal Muharam. Melaka - Kluang - Segamat. He he he. Entry auto update lagi berbelas hari baru keluar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oo.. ramai yg berfikiran sama menghala ke Selatan kot. Aku siap cakap dgn Jun lagi kalau kita merempit macam Shai takde la stuck traffic jam kat highway tu smp 8 jam!

      Delete
  4. Fuhh.. Linda yang dulu dari melaka pun surrender... Terasa jauh sangat JB tu.. Hahaha...
    Husband kita kalau bawak kete rileks je.. Dia tak lalu smartlane, sebab kecik kan..kalau isteri dia.. Lalu je.. Hahaha.. Tapi, setkt hari nie, kalau dia drive memang smapi habis... Jarang nak tukar driver.. Dia lagi tak sanggup nk melayan karenah anak2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu rasanya dekat je bawak kereta dari KL ke JB. Dulu tu, berbelas2 tahun yg lepas la hehe. Skrg ni makin byk pulak kereta di jalan raya, nak pergi JB serupa nak ke Pulau Pinang tempoh masa perjalanannya tu huhu

      Delete
    2. betul tu..situasi lepas covid nie...orang berjalan je, tak tunggu musim perayaan ke apa...mungkin ada yang terkesan, kehilangan yang tersayang..jadi masa yang ada, gunakan lah...

      Delete
    3. Agaknya la kan. Harap2 tak berlaku lagi lockdown mcm dulu huhu

      Delete
  5. Laaa siannya, nape tak roger, boleh singgah rumah aja Karni..
    Betul tahun lepas dah tamat shuttle tu haa, so kena keluar pergi sendiri ke laut ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak mengadap jem masuk ke JB tu Sislin... fuuuhhhh 😆 Jun membebel2 apa la jem bodoh ni sampai ke Senai baru dia diam kihkih! Tunggu jemputan kawen Amat Insha Allah kita singgah rumah Sislin.

      Delete
  6. Kahwin ngn orang Johor, sekali pun x pernah jejak Desaru..lepas ni nak pi la ngan Nia...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seronok SA, dapat menghadap laut yg cantik dan bersih. Untung sapa2 yg duduk di Desaru hari2 dapat healing tepi pantai hehe

      Delete
  7. Dulu desaru ni rasa jauhhhh sangat dr jb haha.. dh ada highway tu kurg la sket rs jauh nya tu... pengalaman pi desaru waterpark musim tengkujuh yg lps hahaha mmg thrill sunguh :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terlupa pulak pasal desaru waterpark tu. Lain kali kalau pergi lagi boleh la kot plan masuk desaru waterpark tu.

      Delete
  8. seronok tu kalau boleh terjun pantai tu.. lain kali beli jerk tualanya.. :D :D..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la kan, tapi malas nak menambah tuala kat rumah ni hihi.

      Delete
  9. alaa tiba-tiba kak ana rindu pantai Carneys , mana nak pi paling dekat dengan KL ni hehe :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terpaksa la cari pantai dekat Gold Coast Sepang je mcm tu hehe.

      Delete
  10. Tengok garisan2 di pasir tu macam baru dibersihkan....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah ye la tu kot Uncle. Nak masuk sini pun kena berbayar, RM10 utk kereta. Mesti ada org yg jaga pantai ni.

      Delete
  11. Day trip ke ni sis? Allahu , tak dapat nak bayang dia punya penat tu huhu ..
    Last pegi Desaru masa Abang baby lagi, belum ada rezeki nak repeat 😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak, kiteorg bermalam satu malam kat bandar Penawar, PH. Lain kali nak datang lagi kena inform adik ipar awal2 hehe

      Delete
  12. Enam jam perjalanan memang meletihkan tu,...bak kata orang Sarawak ...tumbuh kepak ...boleh terbang hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yalah kepak rasa nyawa. 6 jam mun jalan lancar tek sik hal juak huhu...

      Delete
  13. Kalau suami membebel saya tetap suruh dia bawak jugak Hahahaha...tapi suruh berhenti kat mana R&R la. Jem ni memang boleh buat mengantuk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya lebih rela tukar driver dari dengar dia membebel sis Ezna hehe. Orang lelaki ni bila membebel kalah orang perempuan 🤭

      Delete
  14. dah mcm drive ke utara 8 jam tu. boleh msk thai lg tu dia punya lama nk smpi...
    lama dah berangan nk pegi desaru ni tp tu laa berangan je... buatnya tak😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan... pegi Penang pun tak selama ni perjalanannya 😅 bawak kereta manual dengan keadaan highway jem memang menguji keimanan betul.

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .