Hujan dan cuaca sejuk di luar ni memang sedap la nak sambung tidur hihi. Datang anak bulus, Louis si kucing chonky ni nak tumpang sekaki tidur atas katil. 


Mula-mula pandang tempat lain, udah ler tidur sambil terkangkang kaki...

Eh, eh... dia pusing pulak ke sini sambil hulur kaki. Nak suruh pegang lettew...


Pegang kaki sambil tidur...

OK la, sambung la tidur, Louis. Mak ni banyak lagi kerja nak buat, kain baju tu dari membukit dah nak jadi menggunung. Ada ke Louis dan Kiera nak tolong lipatkan? Takde kan? (Kami kan tak pakai baju, alasan anak-anak bulus ngelat taknak lipat kain).

Sekian sketsa di hari mendung dan sejuk 🤪

10 comments:

  1. Replies
    1. Ikut mood dia Lady. Klu dia rasa bosan / sunyi, dia cari kita. Kalau tak, dia lepak atas hammock / sudut2 rumah yang jauh dari manusia hehe

      Delete
  2. hujan hujan ni sejukkk. kain kat sini pun banyak tak berlipat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah semalam dah setel kain baju tu hihi.

      Delete
  3. Comelnya dia....Dania nampak mesti dia geram.....Louis ni majikan kan?. Hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semua orang jumpa dia mmg geram tengok Louis ni sebab dah la bulat, ekor tu gebu-gebas hehe. Louis ni abang long kawasan hehe

      Delete
  4. manja betul!! geram jerrr ahahahhhaah

    ReplyDelete
  5. makin demok laa bulu tuuuuu asik makan tido tergolek jeeee🤣

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia masih maintain berat badan, yg si adik pulak dah naik berat nak masuk 5kg dah hihi

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .