• Home
  • About
    • About Me
    • Sitemap
  • Travel
    • Malaysia
    • International
    • Travel Stories
  • Hotels
    • Hotel Reviews
    • Marriott Bonvoy
  • Dining
    • Bazaar
    • Food
    • Cafe & Bakery
    • Restaurant & Outlet
    • Recipes
  • Lifestyle
    • Beauty & Fashion
    • Blog
    • Camping
    • Entertainment
    • Family Activities
    • Home
    • Parenting
    • Tips & Info
  • Review
    • Products
    • Services
    • Places
  • Disclaimer
Enter your keywords
Coffee Break With Me

Hotel & Travel Reviews and Many More.

Thursday, July 18, 2024

Makan Tengahari di Kayu Nasi Kandar @ Nu Sentral

Minggu lepas, Suami Terchenta ambik replacement leave sebab dia masuk kerja weekend 2 minggu lepas. Dah alang-alang dia cuti, aku pun ajak dia keluar renew road tax motor dan beli stok supplement di LAC Nu Sentral sebab dah habis. Aku suka pergi dekat situ walaupun jauh sikit sebab staff dia berpengetahuan dan boleh nasihatkan supplement apa yang bagus untuk diambil untuk kondisi tertentu. 

Contohnya aku bagitau yang aku ada masalah nak lelapkan mata bila masuk waktu tidur walaupun badan penat tapi mata tu macam susah je nak tidur. Memandangkan ada beberapa supplement magnesium yang dijual di situ, tapi bila aku terangkan masalah aku tu, dia terus cadangkan aku ambik magnesium gylcinate, selain tu supplement tu tak buat perut bloating. 

Dah setel beli stok supplement, kiteorang decide nak makan tengahari di Kayu Nasi Kandar sebab dah lama tak makan nasi kandar.


Kayu Nasi Kandar @ Nu Sentral
Kayu Nasi Kandar ni tak asing lagi buat peminat-peminat nasi kandar

Memandangkan kiteorang pergi time lunch hour, restoran memang packed dengan manusia, kebanyakannya mereka yang bekerja di sekitar Nu Sentral. 


Kayu Nasi Kandar @ Nu Sentral
Walaupun pelanggan ramai, tapi servis laju.

Kayu Nasi Kandar @ Nu Sentral
Sementara tunggu customer kat depan pilih lauk, aku dah siap-siap decide nak ambik lauk apa (ayam goreng, telur ikan goreng, peria goreng dan sayur kobis).

Kayu Nasi Kandar @ Nu Sentral
Sampai kat meja baru perasan bukan telur ikan yang dia bagi, tapi sotong goreng. Alamak, patut la mahal bebenor harga. Takpelah, kongsi separuh dengan Suami Terchenta. Nasib baik sotong goreng tu sedap hehe

Kayu Nasi Kandar @ Nu Sentral
Ni pulak pilihan Suami Terchenta - kari kambing, sayur kobis dan telur rebus. Simple je asben sis ni kan? Tapi dia tolong jugak la habiskan sotong goreng tu sebab banyak.

Sekarang dah jarang-jarang makan nasi kandar, tapi sekali dah dapat tu fuhhh... dengan kuah campur kita gaulkan sekali dengan semua lauk-lauk tu memang nikmatnya tak terkata... Ayam goreng kat sini memang my favourite sebab garing di luar, juicy di dalam 😄.

Alhamdulillah, kenyang sampai ke malam.

P/S: Surprisingly tak mengantuk pulak lepas makan nasi kandar. Biasanya lepas heavy lunch macam ni, terus rasa berat je mata mengantuk sampai tak boleh ditahan-tahan lagi sebab paras gula naik mencanak-canak. Sejak ambik supplement ALA dan inositol, dah kurang simptom mengantuk lepas makan. Sekarang pun aku dah jarang-jarang nap tengahari / petang (sebelum ni lepas makan dan solat Zohor aku akan baring sekejap sebab mengantuk lepas makan). Dan takde dah tiba-tiba rasa menggigil bila terlambat sikit nak makan (hypoglycaemia). Tapi kalau sesiapa baru nak start ambik supplement, better korang consult dulu dengan doktor masing-masing ye sebab takut ubat yang korang tengah ambik tu tak serasi dengan supplement tertentu (macam aku dah check dengan my doctor dan dia bagitau should be ok untuk ambik supplement).

Read more »
on Thursday, July 18, 2024 26
Share this!
Tags
Food, Restaurant and Outlet
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Wednesday, July 17, 2024

Dapat Birthday Voucher ZUS Coffee dari Ex-Boss

Bulan lepas sehari lepas birthday aku, dapat mesej dari ZUS Coffee bagitau ada birthday gift card dari my ex-boss. Alahai, sweet nya ex-boss aku masih ingat lagi dekat aku 😍. Alhamdulillah semoga dimurahkan rezeki ex-boss, Ameen YRA 🤲🏻.


ZUS Birthday Gift Card
Dapat birthday gift card ZUS Coffee from ex-boss

Kebetulan masa hantar Khadeeja ke kelas programming, aku perasan ada kafe ZUS Coffee dekat bawah, jadi apa lagi masa untuk menebus birthday gift card sementara tunggu Khadeeja habis kelas. Rupa-rupanya kena download apps ZUS Coffee lepas tu kena register dulu baru dapat guna gift card ni. Agak terkial-kial jugak aku nak guna apps tu, sampai kena mintak tolong staff ajar macamana nak masukkan nilai gift card tu dalam wallet. Lepas tu terkial-kial pulak nak order minuman sebab ni first time aku cuba ZUS Coffee 😅.


ZUS Coffee
Amboi kucing tu siap jilat-jilat skrin lagi!

Since aku tak boleh minum kopi, jadi aku pun cuba Green Tea Latte, tambah whipped cream (RM11.90). Rupa-rupanya order pun kena guna apps jugak walaupun kita dah berdiri depan kaunter. Lepas buat pesanan, duduk dulu sementara tunggu staff prepare order.

Bagi aku sedap la jugak minuman kat ZUS Coffee ni, setanding Stabak. Kalau lapar boleh order makanan jugak. Jangan lupa muat turun apps ZUS Coffee dulu sebelum buat pesanan. 

Siapa yang belum muat turun lagi boleh guna referral code ni:

Referral code: KARHF95

Apa yang korang akan dapat bila daftar guna referral code dan selepas membuat pembelian pertama melalui apps ni ialah voucher: 

  • 60% diskaun minuman Signature 
  • beli 1 dan dapatkan 50% diskaun
  • Ultimate vouchers pack 
P/S: Voucher ni akan unlock secara berperingkat.


Iced Matcha Latte
Terima kasih daun keladi, lain kali belanja lagi! Hihi...

Read more »
on Wednesday, July 17, 2024 20
Share this!
Tags
Cafe and Bakery, Food, Friends Ooh La La, Reviews
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Wednesday, July 17, 2024

Main Badminton di Hujung Minggu

Suatu petang di hujung minggu, tiba-tiba Khadeeja ajak Suami Terchenta main badminton. Nasib baik masih ingat kat mana simpan raket badminton, tapi bulu tangkis tak tau kat mana. Ada satu je bulu tangkis yang dah penyek dalam beg raket, jadilah daripada takde kan 🤭.

Mula-mula ingatkan nak bermain badminton di Taman Tasik Titiwangsa tapi Suami Terchenta kata sure ramai orang kat sana. Main kat tepi rumah je la, walaupun takde gelanggang badminton kat kawasan rumah kiteorang tu. Yang ada gelanggang mini futsal dan gelanggang bola keranjang je. Takpelah janji ada kawasan lapang untuk dieorang bermain.

Aku bawak sebekas kuih untuk minum petang sambil tengok anak-beranak bermain badminton. Cuaca pulak redup, seronok pulak sekali-sekala minum petang di luar rumah 😄.


Khadeeja main badminton dengan Suami Terchenta

Pelbagai gaya nak pukul bulu tangkis

Kakak pulak bermain santai-santai aje

Lain kali kena ingat beli buku tangkis baru, barulah syok sikit bermain. Bila nak pergi bermain lagi tak tau la, tunggu datang mood lagi kot 😅. Kolam renang kat rumah ni pun dah lama tak pergi punyalah malas anak-anak dara kiteoran nak keluar rumah hihi.

Read more »
on Wednesday, July 17, 2024 12
Share this!
Tags
Daily Life, Family, Family Activities
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Tuesday, July 16, 2024

Birthday Staycation 3: Majestic Hotel KL

Salam Hari 'Asyura buat teman-teman blogger. Kepada yang berpuasa, selamat berpuasa sunat 🫶🏻. Teringat zaman sekolah dulu, pada Hari 'Asyura cikgu akan agihkan bubur 'asyura di sekolah. Tapi kat Sarawak pulak dapat bubur pedas. Rindu pulak nak makan bubur 'asyura dan bubur pedas 😊.

Anyway, entry kali ialah throwback birthday staycation yang ke-3 bulan lepas. Staycation sekali lagi sebab bulan birthday je boleh request birthday cake dalam bilik hehe.


Majestic Hotel KL
Kali ni dapat kek coklat. Aku makan sesuap, selebihnya anak-anak tolong habiskan

Majestic Hotel KL ialah salah sebuah hotel di bawah jenama Marriott Bonvoy, tapi unlike Four Points, Sheraton, Westin, Le Meridien etc., Majestic Hotel KL ni diuruskan oleh YTL. Kali ni aku ambik bilik twin deluxe. One of the reasons aku suka Majestic Hotel KL ialah bilik airnya ada stand alone bathtub dan ada tv jugak hehe.


Majestic Hotel KL
Bilik air Majestic Hotel KL

Pintu sliding door bilik air ni transparent mungkin nak bagi bilik nampak lebih luas, tapi ada langsir untuk tutup kalau ada orang dalam bilik air.


Majestic Hotel KL
Katil selesa cuma tilam lama, OK je la bagi aku

Majestic Hotel KL
Ada meja study dan kerusi dan meja kecik menghadap katil

Majestic Hotel KL
Teh dan kopi percuma, minuman tin dalam mini bar pulak berbayar. Siapa yang pagi-pagi lepas bangun tidur terus bancuh kopi mesti suka duduk hotel ni sebab ada coffee maker hehe

Majestic Hotel KL
Sambil berendam boleh tengok tv jugak. Peralatan mandi di hotel ni menggunakan jenama tempatan - Mangosteen. Ada jual dekat Shopee jugak. Syampu dia wangi.

Esoknya request check-out pukul 2 petang. Sebab aku Silver Elite member Marriott Bonvoy, dapat la check out lambat.

Read more »
on Tuesday, July 16, 2024 24
Share this!
Tags
Hotel Reviews, Marriott Bonvoy Hotels
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Monday, July 15, 2024

Aktiviti Hari Sabtu

Hari Sabtu lepas, alhamdulillah Suami Terchenta tak kena masuk ofis jadi boleh la kiteorang keluar. Kalau dia kena masuk ofis, sudahnya kiteorang duduk kat rumah je la 😅. 

Anyway, pagi tu turun ke gym untuk buat senaman kardio dan strength. Bila aku masuk gym, eh eh, semua ladies je dalam gym pagi tu 👏🏻👏🏻. Dua orang tengah berlari atas treadmill, seorang lagi tengah buat senaman strength juak. Bila ada perempuan dalam gym, takde la rasa kekok sangat.

Untuk senaman kardio aku berjalan atas treadmill selama 30 minit. Cukup sekadar menaikkan heart rate untuk bakar lemak. Lepas tu aku terus buat strength workout berpandukan video dalam Fitness+ apps. By end of workout, lutut dan lengan aku rasa macam agar-agar, padahal guna dumbbell 4kg je! 😅 Nampak nau tak fit 🤭.


gym
Prefer buat strength workout sebab heart rate naik sampai 150+bpm (beat per minute), so lebih banyak lemak terbakar (harap-harap la!)


Lepas bakar lemak di gym, barulah pergi ganti balik lemak sarapan pagi. Kiteorang ke Folk Kofii sebab aku dah terbayang-bayang sedapnya lontong Paktam Laksa (aku rasa owner dua-dua kafe ni orang yang sama sebab staff Folk Kofii ni pergi order lontong ikut tingkap dekat dinding yang bersambung dengan kafe Paktam Laksa.


Folk Kofii
Sementara tunggu order sampai, kita selfie dulu

Paktam Laksa
Sarapan kami - anak-anak nak makan pancake (takde dalam gambar sebab tengah buat lagi) dan kuih-muih (buah melaka, kuih ketayap dan burnt cheesecake); aku dan Suami Terchenta pulak order lontong dan Suami Terchenta tambah rendang paru jugak

Kali ni servis di Folk Kofii lebih cepat berbanding dengan masa aku dan Khayla pergi ke sini dulu. Nampaknya dah ada improvement. Boleh la datang ke sini lagi lain kali.

Aktiviti seterusnya, kiteorang ke Perpustakaan Kuala Lumpur untuk pulangkan buku dan pinjam buku baru.


Perpustakaan KL
Perpustakaan Kuala Lumpur - masa ambik gambar ni nampak lengang je, tapi lepas tu tiba-tiba ramai pulak pengunjung datang bawak anak-anak dieorang lepak di sini

Setel pinjam buku, kiteorang balik semula ke rumah sementara tunggu waktu Zohor. Lepas Zohor, kiteorang bertolak ke Cyberjaya sebab BFF aku Jen dan suaminya buat makan-makan kat rumah. Perjalanan ke Cyberjaya ambik masa sikit sebab even highway MEX pun jem banyak kenderaan yang menghala ke Putrajaya & Cyberjaya. Dalam sejam lebih gitu, barulah kiteorang sampai ke rumah Jen dan MK.

Dieorang baru je pindah masuk ke rumah tu kiranya buat makan-makan untuk housewarming. Besar betul rumah Jen, paling suka dapur dia sebab luas. Dah alang-alang sampai rumah Jen, terus kiteorang videocall dengan seorang lagi BFF kiteorang, Aini yang duduk di London. Sepanjang videocall tu, Jen bawak kiteorang house tour rumah dia 😄. Terus teringat masa wedding Jen dulu dia bawak house tour rumah lama dia, tak sangka rumah baru pun dia bawak house tour jugak hehehe!


Throwback masa dia bawak aku & Aini house tour masa wedding dia dulu 😆. Sekarang rumah dia dah besar, bilik tidur pun dah ada walk-in wardrobe 👏🏻

Dah berbelas-belas tahun berlalu, sekarang house tour kena buat virtual sebab Aini dah menetap di London 🤭

Terlupa pulak nak ambik gambar makanan yang dieorang order dari caterer Melayu. Paling suka sambal belacan, hehe. Pergi rumah kawan Cina makan sambal belacan ye. Tu la namanya satu Malaysia 😜. Siap tumpang solat rumah dia lagi sebab kiteorang lepak lama (jarang-jarang jumpa, bila dah jumpa memang tak habis la semua topik nak sembang). Time ni rasa lucu sikit sebab masa aku gurau, 'Eh Jen, Kuan Yin you tak marah ke kiteorang tumpang solat ni?" Dieorang cepat-cepat jawab, "Eh, tak la. Sembahyang la banyak-banyak kasi ong rumah kiteorang." Teringat pulak dengan ex-boss aku dulu pun cari rumah dekat masjid sebab katanya tiap-tiap kali azan nanti hantu lari dari rumah dia 😆.


Friends
Terima kasih Jen & MK sebab jemput kiteorang ke rumah baru 💓

Macamana pulak dengan weekend korang? Sibuk ke santai-santai je?

Read more »
on Monday, July 15, 2024 36
Share this!
Tags
Daily Life, Family Activities, Friends Ooh La La
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts
Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Welcome

Carneyz
Preview
Just Call Me Carneyz | From Sarawak and Staying in Kuala Lumpur | Lifestyle Blogger | Traveller Blogger | Mom of Two Lovely 'K' | Blogger since March 2004

Translate To Your Language

Total Pageviews

Featured post

I Is Tua But Bahagia!

Pages

  • About Me
  • PR Newswire

Live Traffic

Archive

Contact Form

Name

Email *

Message *

Intellifluence Trusted Blogger

Popular posts

  • Lirik Lagu Tiktok Viral 'Nan Ko Paham' (Kkz'D BLG)
    Jom petang-petang ni kita santai-santai dengar lagu viral tiktok ni. Lagu ni aku selalu dengar kat IG Reel (sebab takde akaun Tiktok), pastu...
  • Belajar Jadi Positif Dari Puan Masitah (@mashyta_oneandonly)
    Baru-baru ni aku terbaca tentang seorang wanita yang sangat positif dan redha dengan ujian yang Allah turunkan ke dalam hidupnya. Selepas te...
  • Hari Keluar Berjalan-jalan Dengan Mak
    Semalam aku ajak mak keluar. Kebetulan Khayla pun ada aktiviti ko-kurikulum dan turun awal ke sekolah so boleh la aku keluar bawak mak jala...

Blog Favourite

  • Blog Begins At Forty
    1 hour ago
  • .: ceritera Kehidupan :.
    2 hours ago
  • Amie's Little Kitchen
    2 hours ago
  • KasihkuAmani
    3 hours ago
  • Drawing the Words
    5 hours ago
  • SURIA AMANDA
    6 hours ago
  • Hari hari yang ku lalui...
    6 hours ago
  • Alam Sari Di Tanah Jauhar
    7 hours ago
  • a m m i
    13 hours ago
  • orangbukit
    14 hours ago
  • My Small World
    15 hours ago
  • Miles of smiles
    16 hours ago
  • Antara Doha dan Jakarta™
    18 hours ago
  • mulan@peace,love&harmony
    1 day ago
  • .:: My Life & My Loves ::.
    1 day ago
  • Hidup Itu Indah
    1 day ago
  • LIFE WITH LOVE
    1 day ago
  • Anies♥You
    1 day ago
  • Syazni Rahim Blog
    1 day ago
  • Travel My Way
    1 day ago
  • Aku Sis Lin
    1 day ago
  • ✿ Life Is Beautiful ✿
    1 day ago
  • ABAM KIE : The Man of The House
    1 day ago
  • KakmimDotCom
    1 day ago
  • mrhanafi.com
    2 days ago
  • Titian Perjalanan
    2 days ago
  • anajingga
    2 days ago
  • Blog Anamizu™
    2 days ago
  • Mreneyoo
    4 days ago
  • Warisan Petani
    4 days ago
  • Krabat Kramat
    5 days ago
  • fizacrochet | Lifestyle Blogger Dengan Pelbagai Cerita
    1 week ago
  • Shuhaida Kabdy
    1 week ago
  • Afzan Sidi
    1 week ago
  • Pencarian Jiwa Diri Saya
    2 weeks ago
  • Dapur Cik- Nur
    3 weeks ago
  • Ainihalim
    4 weeks ago
  • Traveling – D'Cat Queen
    1 month ago
  • Inilah Shaizhar
    1 month ago
  • Ako Tetap Ako
    1 month ago
  • Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie
    2 months ago
  • Blog Sal
    2 months ago
  • Sunah Sakura
    3 months ago
  • Asa Blog
    3 months ago
  • Kait dan Lari
    11 months ago
  • Stories About My Journey
    1 year ago
  • Sodep
    9 years ago
Show 5 Show All

Followers

Tags

Beauty & Fashion Cafe and Bakery Dining Family Activities Hotel Reviews International Lifestyle Malaysia Marriott Bonvoy Hotels Recipes Restaurant and Outlet Reviews Tips & Info Travel
Powered by Blogger.
Ⓒ 2018 Coffee Break With Me. Design created with by: Brand & Blogger. All rights reserved.