Bila Anak Cuti Peristiwa...

 ... maka ada la alasan mak dia nak mengajak keluar rumah 😅. Semalam Khayla cuti peristiwa sempena kejohanan sukan dan olahraga sekolah pada Sabtu lepas. Mula-mula ingat nak ajak dia sarapan pagi kat luar tapi hujan pulak. Terus auto malas nak keluar rumah bila hari hujan. Tengahari lepas Zohor barulah kiteorang keluar naik LRT ke Sunway Putra Mall. 

Mula-mula sekali kiteorang singgah makan di Super Saigon. Selalu lalu je depan restoran ni tapi tak pernah singgah. Kali ni kiteorang malas nak menapak jauh-jauh cari tempat makan dan restoran ni pulak sama level dengan pintu masuk mall dari stesen LRT, tu yang end up makan kat sini.


Super Saigon @ Sunway Putra Mall
Super Saigon @ Sunway Putra Mall

Restoran ni cantik dan luas. Since kiteorang sampai lepas lunch hour jadi restoran ni lengang, kiteorang je la pelanggan masa tu. Mula-mula masuk restoran ni, terus ada aroma bau hotel. Mesti dieorang pasang diffuser wangian hotel dalam restoran ni sebab baunya familiar... Hehe. Kalau tak silap bau Le Meridien kot.


Super Saigon @ Sunway Putra Mall
Hiasan dalaman restoran ni cantik sangat

Lepas duduk, datang staff restoran bagi kod QR untuk kiteorang pesan makanan. Ada promosi hari bekerja - pilih hidangan pho medium rare sliced beef & beef ball / pho shredded chicken, dapat percuma crispy spring rolls minced chicken atau telur separuh masak dan minuman separuh harga.


Super Saigon @ Sunway Putra Mall
Baju Khayla ter matching pulak dengan warna dinding 😅

Super Saigon @ Sunway Putra Mall
Pho medium rare sliced beef & beef ball

Super Saigon @ Sunway Putra Mall
Pho shredded chicken

Super Saigon @ Sunway Putra Mall
Percuma crispy spring rolls minced chicken

Our drinks

OK la, boleh tahan la rasa makanan kat sini. Aku bukan penggemar makanan Vietnam so tak boleh nak komen lebih-lebih. Mangkuk pho tu agak besar, terkejut kiteorang berdua bila staff restoran hantar ke meja hehe. Yang bagusnya makan kat sini, siapa yang tengah jaga diet tu boleh refer berapa kalori untuk setiap hidangan dieorang sebab dah tertera dalam menu. 

Lepas makan, kiteorang pergi ke salun rambut pulak sebab Khayla request nak potong rambut.  Since rambut aku pun dah start gugur balik, jadi aku pun nak trim dan buat treatment kulit kepala sekali. Lepas dapat green light dari Suami Terchenta, kiteorang pun masuk ke salun rambut A-Saloon+. Selalu memang kiteorang ke sini kalau nak syampu dan potong rambut sebab ada bahagian Muslimah di salun ni. Pekerja salun pun ramah dan selalu kongsi tips penjagaan rambut.


Sunway Putra Mall
Buat treatment kulit kepala untuk masalah rambut gugur

Harap-harap lepas ni kurang sikit masalah rambut gugur. Kepala pun rasa ringan sikit lepas treatment. Overall, aku memang rekemen salun rambut ni sebab servis bagus, semua pekerja perempuan dan menyediakan ruang untuk pelanggan Muslimah 👍🏻.

Selesai urusan di salun, jam menunjukkan pukul 4.30 petang. Masa untuk jemput Khadeeja balik dari sekolah. Ngam-ngam je masa tu, sebab kiteorang kena turun di stesen Titiwangsa dan tukar ke MRT untuk ke sekolah Khadeeja. Happy la dia sebab kakak dia jemput balik dari sekolah.

Breakfast di Bray Bakery Dengan Geng Mak2

Dah lama tak dating dengan geng mak2 sebab masing-masing sibuk kebelakangan ni. Tapi bila Yana ajak jumpa minggu lepas sebab birthday dia sehari sebelum tu, kiteorang pun onz walaupun pagi tu hujan lebat dan jem giler nak sampai ke Bray Bakery di Menara See Hoy Chan.

Macam biasa kalau breakfast kat Bray Bakery ni wajib ambik pastries sebab specialty dieorang ialah pastries. Pain au chocolat kat sini lembut, wangi, flaky dan crispy. Bila gigit, semerbak bau butter.


Bray Bakery
Pain au chocolat

Satu lagi my favourite menu kat sini ialah charred eggplant & zucchini shakshuka yang dihidang dengan roti sourdough. Ni versi shakshuka takde daging tapi still sedap.


Bray Bakery
Charred eggplant & zucchini shakshuka

Seronok lepak dengan dieorang ni sebab macam-macam topik keluar. Lama jugak kiteorang bersembang sampai tertidur anak Yana hehe. Ni pun hampir-hampir terlupa nak ambik gambar buat kenangan sebab rancak membawang bersembang dan makan-makan 🤭. 


Lepas ni bila lagi nak keluar sama-sama ni ye?

Shepherd Pie versi Aku

Khamis lepas aku buat lasagna untuk anak-anak tapi sebab alang-alang dah defrost daging kisar (ye, langgar pantang lagi! Bila nak insaf ni!) dan sebab aku nak habiskan stok sayur capsicum, carrot, frozen veggie dan kentang, aku pun buat jugak shepherd pie at the same time (biasalah aku ni, sekali datang mood rajin dekat dapur sampai 2 jenis hidangan berbeza aku buat! Kalau malas, order Grab je hehe).


shepherd pie
Terhangus sikit kat atas gara-gara multi-tasking sambil bakar shepherd pie, aku mengacau sos béchamel atas api untuk buat lasagna


shepherd pie
Rupa tak cantik sebab aku tak pakai kentang Russet untuk lapisan kentang putar kat atas tu. Aku guna kentang biasa je, jadi lembik sikit. Tapi yang penting rasa sedap

Shepherd pie aku ni versi yang pakai apa je yang ada di rumah. Kalau ikutkan resipi asal shepherd pie kena letak sos Worcestershire tapi ada aku kesah? 😜 Tak letak pun sedap jugak rasanya.

So ni la resipi shepherd pie versi aku:


Shepherd Pie Derhaka

Bahan-bahan:

  1. 1 bungkus daging kisar Ramly (yang bentuk silinder tu, kalau beli yg bentuk segi empat tu guna satu keping je)
  2. 1 batang carrot (potong dadu kecik)
  3. 1 biji capsicum (potong dadu kecik)
  4. Satu cawan frozen mixed veggie
  5. Setengah biji bawang holland (guna 1 bijik kalau saiz bawang tu kecik) - cincang halus
  6. 1 sudu besar bawang putih kisar
  7. 1 kiub stok pati lembu (beef stock)
  8. 1 tin kecik pes tomato
  9. Minyak zaitun (untuk menumis, kalau takde guna je minyak masak biasa)
  10. Mixed herbs / Italian herbs
  11. 2 sudu besar tepung gandum
  12. 1 sudu kecik serbuk lada hitam
  13. 5 biji kentang (paling sesuai guna Russet Potatoes)
  14. Susu segar / susu penuh krim
  15. Parmesan cheese (setengah cawan atau ikut suka korang, kalau suka cheese letak la banyak mana pun)
  16. 2 sudu mentega
Cara-cara:
  1. Panaskan ketuhar pada suhu 200℃. 
  2. Kupas kulit kentang dan rebus kentang sampai empuk.
  3. Sementara tunggu kentang empuk, panaskan minyak secukupnya, tumis bawang-bawang sampai kekuningan dan wangi, masukkan daging kisar dan tekan-tekan sampai lerai dan bertukar warna kepada kecoklat-coklatan.
  4. Masukkan sayur-sayuran dan tumis sampai sayur lembut.
  5. Masukkan stok pati lembu dan pes tomato.
  6. Perasakan dengan mixed herbs dan lada hitam.
  7. Masukkan tepung gandum dan kacau sampai nampak pekat. Kalau terlalu kering, masukkan sedikit air bagi nampak ada kuah gravy yang pekat.
  8. Tutup api.
  9. Masukkan kentang yang dah empuk ke dalam food processor, masukkan susu segar (jangan banyak sangat takut cair, parmesan cheese dan mentega. Tutup penutup food processor dan kisar sampai sebati semuanya menjadi kentang putar. Kalau takde food processor, lenyek guna kaedah manual / pakai tangan je la.
  10. Griskan pinggan casserole dengan sedikit minyak masak, masukkan inti daging dan sayur tadi dan ratakan lapisan. Kemudian tutup lapisan bawah dengan lapisan kentang putar tadi dan ratakan.
  11. Bakar selama 25 - 30 minit (bergantung dengan kepanasan ketuhar masing-masing. Bila lapisan kentang putar tadi dah nampak kekuning-kuningan, keluarkan dari ketuhar dan sejukkan dulu sebelum dihidang.


Dah siap... Sekejap je licin shepherd pie ni. Masak bukan main lama sejam! 🤣 Sebenarnya resipi inti daging lasagna tu pun lebih kurang gini jugak bahan-bahannya kecuali aku cuma letak carrot, bawang holland dengan daging kisar je. Sayur capsicum dengan frozen mixed veggie tu guna untuk resipi shepherd pie je. 

Lagi satu untuk lasagna, aku guna sos spaghetti bolognese instead of pes tomato sebab lasagna kena berkuah lebih sikit supaya dapat diserap oleh kepingan pasta dalam lasagna tu masa dibakar. Lasagna kena ada sos béchamel (sos putih berkeju) jugak dan pakai 3 jenis keju (parmesan, mozzarella dan cheddar cheese) untuk setiap lapisan lasagna. Nak senang beli je Emborg 3 Cheese Bake Shredded ni.

Nak senang, ikut je resipi Che Nom untuk lasagna yang sedap.



Guna cheese yang ni untuk buat lasagna

Buffet Breakfast di Palm Garden Hotel, Putrajaya

 Sambungan dari entri ni:


Palm Garden Hotel, Putrajaya
Palm Cafe

Esok pagi lepas Subuh, kiteorang turun untuk bersarapan pagi memandangkan harga bilik dah termasuk breakfast. Rugi pulak kalau tak turun breakfast. Jom tengok pilihan makanan hidangan buffet di Palm Garden Hotel ni:


Palm Garden Hotel, Putrajaya
Buah-buahan tempatan

Palm Garden Hotel, Putrajaya
Koktel buah, yogurt, muesli dan bijirin

Palm Garden Hotel, Putrajaya
Mee sup

Palm Garden Hotel, Putrajaya
Croissant, French toast, pancakes, scones. Croissant dia macam jenis yang beli kat kedai dalam bungkus roti tu, bukan yang freshly made

Palm Garden Hotel, Putrajaya
Kek dan muffin

Palm Garden Hotel, Putrajaya
Pastries

Palm Garden Hotel, Putrajaya
Nasi lemak dan lontong

Palm Garden Hotel, Putrajaya
Sushi pun ada. Yang atas tu pulak ialah salad

Palm Garden Hotel, Putrajaya
Bubur ayam dan bubur nasi biasa

Palm Garden Hotel, Putrajaya
Kari dan dalca

Palm Garden Hotel, Putrajaya
Continental breakfast

Alhamdulillah ada banyak pilihan makanan yang menarik. Dari segi rasa pulak, biasa je bagi aku takde yang worth to shout out. Macam biasa bawak anak-anak aku memang rugi je sebab dieorang makan sikit je lepas tu terus nak balik ke bilik sambung tidur 🙂‍↕️. Nasib baik harga bilik dah termasuk sarapan jadi takde la terasa rugi sangat.