Sambal Ikan Bilis, Kentang dan Tempe dan Sayur Cekur Manis Dengan Labu

Semalam masa blogwalking dekat blog Sislin, terbaca entry dia buat sambal ikan bilis, kentang dan tempe. Terus terliur dibuatnya haha. Tapi lepas tu terfikir, eh kan ada kentang, tempe dan ikan bilis kat rumah, why not aku buat menu ni untuk makan malam?

Maka terhasillah sambal ikan bilis, kentang dan tempe versi aku pulak:


Sambal Ikan Bilis, Kentang dan Tempe
Sambal Ikan Bilis, Kentang dan Tempe


Warna dia totally lain dari versi Sislin padahal ikut resipi dekat blog dia hihi. Tapi lantak la, janji sedap ]🤭. 

Untuk sayur pulak, aku masak sayur cekur manis dan labu, cara masakan orang Sarawak. Style kiteorang tak bersantan dan bahan tumis tu guna udang kering, bukan ikan bilis. Tumis bahan-bahan kisar (bawang merah, bawang putih, udang kering dan cili) guna minyak, dah naik bau masukkan labu, lepas tu tambah air dan biar mendidih sampai labu lembut. Lepas tu baru masukkan sayur cekur manis dan masak sampai layu. Perasakan. Haa.. macam tu la style masakan sayur ni di Sarawak selain dari tumis dengan telur.


Sayur cekur manis dengan labu
Sayur cekur manis dengan labu

Korang masak apa malam tadi?

Sekat Iklan Tak Sopan Yang Keluar di Blog

Semalam sis Ezna mesej bagitau dia ternampak iklan Google yang tak sepatutnya keluar dekat blog aku. Sempat dia screenshot dan share iklan yang keluar tu.


Apakehal keluar iklan minyak pengasih kat blog aku? 😡😡

Rasanya aku dah blocked kategori iklan yang berbaur politik, s*ksual, judi dan sebagainya. Tapi kenapa masih ada iklan yang macam ni keluar? Hmm... pening sis dengan Google Adsense ni.

Sekali lagi terpaksa la aku godek Google Adsense check kot-kot ada iklan tak sopan yang terlepas dari filtered ads:

Langkah pertama: Login akaun Google Adsense > Brand Safety > Content > Blocking Controls > Sensitive Categories:



Langkah kedua: Brand Safety > Content > Ad Review Centre: 

Dekat sini kena check satu-persatu iklan yang keluar di blog kita. Mana yang tak sopan dan tak sesuai dengan blog aku, aku terus block macam iklan-iklan kat bawah ni:




Terima kasih buat Sis Ezna yang tolong alert kan pasal iklan tak sopan yang lalu-lalang dekat blog aku yang family-friendly ni. Dah la iklan benda khurafat, lepas tu tak sesuai langsung dengan blog aku yang innocent ni 😤

Tamat Modul Python, Masuk Modul HTML Pulak...


Lepas setahun Khadeeja belajar Python programming, akhirnya dia berjaya menghabiskan modul Python programming! 🎉🎉

Sekarang dia dah masuk modul kedua pulak iaitu bahasa HTML (Hyper Text Markup Language). Lega sikit sebab HTML ni boleh la aku & Suami Terchenta tolong kalau dia tak tau. 

Berlainan dengan Python programming sebab ni bahasa pengaturcaraan yang baru, benda yang aku dan Suami Terchenta tak pernah belajar. Sebab tu kalau Khadeeja ada masalah kod tak boleh run / ada error, dua-dua tak boleh nak tolong! Kena pergi ke lab setiap minggu untuk mintak tolong tutor ajar Python. 

Apapun semoga Khadeeja terus semangat belajar coding! Mana tau satu hari nanti boleh buat software yang boleh jual harga juta-juta! 🤩

Sambal Tumis Sotong dan Petai, Sayur Timun Tumis Air

Hari Ahad lepas, aku dan Suami terchenta pergi beli barang-barang dapur di Urban Marketplace di Sentul Point. Ternampak petai yang dah dikopek tiba-tiba teringin pulak nak makan sambal tumis sotong dan petai. Kebetulan masih ada sotong di rumah jadi moh ler buat sambal tumis sotong dan petai.


Sambal tumis sotong dan petai
Sambal tumis sotong dan petai

Resipi: boleh follow resipi sambal tumis sotong dan petai Che Nom.

Untuk sayur pulak, aku buat timun tumis air. Aku kisar dulu bawang merah, bawang putih dan sejemput ikan bilis yang dah direndam dengan air, lepas tu tumis. Bila dah naik bau, masukkan air. Lepas tu masukkan timun dan biarkan mendidih sampai timun layu. Perasakan dengan garam dan gula.


Sayur timun tumis air
Sayur timun tumis air

Berselera Suami Terchenta makan sambal tumis sotong dan petai tu dan sayur timun tu, sampai aku hairan sebab aku tau dia tak minat petai. Bila aku tanya, dia cakap sebab petai tu tak kuat sangat baunya jadi dia suka la. Aku pulak kecewa sikit sebab petai tu takde bau sangat sebab aku suka bau petai 🤭. Ibarat kau makan durian tapi takde bau, mesti kurang nikmat kan? Macam tu la perasaan aku makan petai takde bau.

Khayla Join Bengkel PRS di UNITAR

Kelab Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) di sekolah Khayla agak aktif jugak join macam-macam aktiviti di luar sekolah. Sabtu 2 minggu lepas, dia join bengkel PRS yang dianjurkan di UNITAR. Siap dapat t-shirt UNITAR lagi. Seawal jam 7 pagi lagi dah kena keluar rumah sebab dieorang akan naik bas ke UNITAR. 


Kena pakai serba hitam dari tudung sampai la ke seluar. Beg kain batik tu pemberian dari Kak Retna, dah jadi beg dia dah hihi

Sepanjang dia mengikuti bengkel tu, aku mintak dia hantar gambar jugak. Biasalah untuk content blog mak dia kan hihi. Katanya dieorang banyak buat aktiviti berkumpulan. Selain dari sekolah Khayla, ada lagi 2 buah sekolah yang lain turut terlibat dengan bengkel ni.


Peserta tengah dengar penerangan dari fasilitator

Khayla dan kawan-kawan

Selain dari bengkel ni, kelab PRS sekolah Khayla ada jugak hantar wakil termasuk Khayla ke program tentang kesedaran kesihatan mental yang diadakan di Titiwangsa (tak ingat tempat kat mana). Yang ni dibuat masa waktu sekolah jadi dia kena skip beberapa subjek pada hari tu. Dan tak sempat jugak nak cucuk vaksin HPV yang dibuat di sekolah, tapi the next day, dia dipanggil untuk dapatkan suntikan vaksin HPV tu.

As a parent, aku memang galakkan Khayla aktif dalam aktiviti-aktiviti ko-kurikulum selagi tak menjejaskan pelajaran dia. Lagipun dulu aku pun aktif jugak join macam-macam pertandingan pidato, bahas, choral speaking dan pernah jugak masuk tilawah Al-Quran padahal takde latihan tarannum pun 😅. Ustazah suruh masuk, kita pun masuk sebab dengar cakap cikgu kan. Praktis dengar qari mengaji dekat radio je masa tu.  Yang penting dapat sijil penyertaan, sebab sijil-sijil ni berguna bila nak apply masuk universiti nanti.