Perancangan Jalan-jalan ke Eropah Musim Panas 2025

Salam Jumaat semua!

Cerita ni agak lambat sikit tapi tak pe la kan? Hihi. Kita throwback sikit kisah penghujung bulan Jun lepas.

June was my birthday month dan bulan Jun tahun ni, aku sambut birthday sedikit berlainan dari tahun-tahun sebelumnya - ladies' trip ke Eropah pada musim panas 😎.


amsterdam
Happy birthday to me! Enjoying my waffle dekat tepi canal di Amsterdam

Plan asal, aku dan Jen nak ke UK je untuk reunion dengan Aini & Fazrul, kawan baik kiteorang dari zaman bekerja di Senai, Johor dulu. Lepas tu kawan Jen, Susan nak join sekali. Sudahnya, reunion trip bertukar menjadi trip jalan-jalan musim panas. Dah alang-alang sampai ke Eropah, kiteorang cover la 2-3 buah negara sekaligus. Barulah terasa berbaloi harga tiket flight 🤭.

Jujur aku cakap, bila travel dengan family dan travel dengan geng ni, lain nau vibe dia tau. Dengan family, selalunya aku la mastermind nya. Memandangkan Suami Terchenta sibuk bekerja, jadi aku la kena pegang tugas mengatur trip family dari A-Z.

Bila travel dengan geng pulak, semua persiapan terasa pantas, cekap dan mudah sebab buat sama-sama. Cari tiket murah sama-sama, buat Google spreadsheet sama-sama, buat tempahan sama-sama, buat itinerary je kiteorang bahagi-bahagi setiap seorang kena propose itinerary untuk kota yang di assigned. Jen buat itinerary di UK, aku buat itinerary di Paris dan Susan pulak buat itinerary di Amsterdam. Lepas dah buat itinerary, kena buat online meeting pulak present dekat group member hehe. Dah macam present dekat board meeting pulak, siap ada presentation deck 😆. Soalan yang paling kerap ditanya - jarak dari point A ke B berapa KM, naik public transport atau jalan kaki, harga tiket underground train dan back-up plan kalau tak larat nak cover semua tempat (memandangkan semua dah 40-an, kena sedar diri sikit tenaga kaki tu tak sekuat dulu hihi). Tapi percayalah, tak semua yang dirancang akan berlaku seperti yang dirancang dan it's ok. Anggap je belum rezeki untuk sampai ke tempat yang dirancang tu.


Proposal Paris yang aku buat untuk group member 😄

Satu perkara yang aku perkenalkan dengan kawan-kawan ialah paperless travel. Maksudnya kiteorang tak print satu benda pun - semuanya digital. Semua tiket kiteorang simpan dekat Google drive, boarding pass dalam wallet dekat phone je. Satu dokumen je yang kiteorang print simpan dalam luggage - salinan passport in case passport hilang. 

Dekat sini aku nak kongsi senarai website dan travel tool yang kiteorang guna untuk trip musim panas kali ni:


1. Senarai travel websites:

  1. Skyscanner - cara mudah untuk bandingkan harga tiket penerbangan ke destinasi di Eropah
  2. Trip.com - untuk pembelian tiket ground transport contohnya Eurostar, tiket tren ke luar kota London dsb. Harga dekat trip.com ni kadang-kadang lagi murah dari beli melalui website rasmi contohnya masa kiteorang beli tiket tren GWR ke Oxford, harga tiket pergi-balik untuk 3 orang dapat RM400+ tapi kalau beli di website rasmi GWR harganya 2x ganda (ni kiteorang mintak tolong kawan yang duduk di UK check sebab tak boleh masuk website rasmi GWR kalau dari luar UK)
  3. Agoda - tempahan penginapan di Paris dan Amsterdam 
  4. Bounce - tempahan untuk sewa tempat letak bagasi sementara pergi berjalan-jalan
  5. Google Maps - untuk rancang itinerary perjalanan di setiap destinasi

2. Senarai travel tool :
  1. Google Drive - tempat simpan semua tiket, itinerary perjalanan, email pengesahan tempahan dan fail penting. Setiap ahli dalam group travel dapat akses dokumen dalam ni.
  2. Google Sheet - terpaling function. Boleh je guna ready template untuk plan travel dan modify ikut kesesuaian. Ni la master document untuk perjalanan kiteorang dan dalam fail ni ada beberapa tab contohnya senarai pengangkutan, itinerary perjalanan, bajet trip, expenses sharing tracking (ni untuk track siapa bayar untuk apa dan siapa hutang dengan siapa), to do checklist, packing checklist, dsb.
  3. Google Photos - tempat berkongsi gambar-gambar travel dari phone masing-masing.
  4. TripIt - apps ni pun sangat function untuk tengok sekali imbas aktiviti harian sepanjang trip. Kalau ada email tempahan, boleh email ke TripIt dan apps ni akan automatik update dalam senarai itinerary.
  5. Wise - ada option lain contohnya Gx Bank atau BigPay jugak, tapi kiteorang banyak guna Wise untuk top up matawang GBP dan Euro. My advice kalau nak ke London, Paris atau Amsterdam, tak payah tukar mata wang cash banyak-banyak cukup bawak 100-200 GBP/Euro seorang, sebab mostly dekat sana guna cashless / transaksi kad. Aku bawak cash untuk bayar deposit hotel dekat Amsterdam je sebab lebih praktikal dari bayar guna kad (kalau guna kad kena tunggu 2-3 hari untuk dapat balik deposit dan subject to foreign exchange fluctuations).
  6. Apps syarikat penerbangan - untuk simpan pas masuk penerbangan elektronik / check maklumat terkini status penerbangan.
  7. Apple Wallet - untuk pengguna Apple boleh je simpan boarding pass, kad kredit / debit, travel card (contohnya Paris NavigoPass) dekat sini senang tak payah bukak banyak-banyak apps nak cari. My favourite function, memandangkan aku ada Apple Watch jadi bila aku nak 'tap' kad debit / travel card, tak payah keluarkan phone sebab boleh guna Apple Watch je untuk 'tap' dekat mesin pengimbas public transport dekat sana. Kat sana memang kena berjaga-jaga sikit pegang phone sebab banyak kes penyeluk saku curi phone lagi-lagi dekat stesen yang sibuk.
  8. CityMapper - untuk merancang perjalanan menggunakan pengangkutan awam di Eropah
  9. TheFork - aplikasi ni untuk cari dan tempah meja di restoran. Sesetengah restoran ada menawarkan diskaun 50%.
  10. MyBorderPass - tak perlu queue panjang-panjang dekat autogate passport, lalu je dekat laluan MyBorderPass ni.

travel planner
#2 Google Sheet: Template ni boleh cari dekat Google Sheet, tinggal ubahsuai dan masukkan maklumat perjalanan je

tripit
#3 TripIt: Masukkan itinerary dalam apps ni, boleh bukak dekat phone untuk check aktiviti yang dirancang setiap hari

Untuk cerita pengalaman travel musim panas, kena tunggu next entry pulak. Semoga mood blogging aku datang berkobar-kobar hihi. Cerita pergi umrah awal tahun ni pun tak habis lagi 😅. Yihhh... acane ni, Carneyz???

Selamat Hari Sarawak ke-62! - 22 Julai 1963 - 22 Julai 2025

Selamanya di hati... (Kredit bendera Sarawak: Vecteezy.com)


Lirik Lagu Ibu Pertiwiku

Sarawak tanah airku,
Negeriku, tanah airku, Sarawak,
Engkaulah tanah pusakaku,
Tanah tumpah darahku,
Ibu Pertiwiku.

Rakyat hidup mesra dan bahagia,
Damai muhibbah sentiasa.
Bersatu, Berusaha, Berbakti,
Untuk Sarawak kucintai.

Sarawak Dalam Malaysia
Aman makmur rahmat Tuhan Maha Esa.
Kekallah Sarawak bertuah,
Teras perjuangan rakyat,
Berjaya Berdaulat!


Makan Tengahari di Intan Seafood Cherating dan Hampir-hampir Kemalangan!

Dah puas bermain ATV dalam cuaca panas lit-lit, masa untuk mengisi perut pulak. Kebetulan ternampak restoran ni masa ronda-ronda naik ATV jadi kiteorang pun singgah makan di sini. Kiteorang parking dekat laman restoran ni. Dari segi ambience, suasana restoran ni macam di rumah kampung dengan lantai papan, serambi luas dan betul-betul tepi pantai. Kiteorang duduk betul-betul dekat hujung serambi sebab nak ambik angin laut yang sepoi-sepoi bahasa. Sementara tunggu makanan sampai, boleh pulak terlelap sebab nyaman rasanya kena angin laut tau!


Intan Seafood Cherating


Kiteorang pesan menu ala carte instead of menu set sebab tekak masing-masing berbeza 😅. Seorang nak udang, seorang nak ikan, seorang nak ketam... Maka Suami Terchenta pun kata ok, pilih la lauk masing-masing. Jadi ni la lauk yang kiteorang pilih:


Aku pesan sotong masak salted egg tapi yang sampai macam masak butter je. Tak de rasa salted egg pun

Butter prawns favourite Khadeeja dan mak

Khayla request siakap steamed

Suami Terchenta teringin nak makan ketam masam manis


Sayur kailan ikan masin wajib ada

OK la, not bad jugak makan kat sini. Seafood semua fresh. Cuma masakan ketam tu je bagi kiteorang kurang menepati selera. Khadeeja siap cakap sedap lagi ketam mommy masak (kembang hidung mommy sekejap!)

Tapi udang dia... mak aih. Besar tapak tangan ye! Sedap, manis isinya. Berbaloi walaupun harga mahal. Rasanya lauk udang ni paling mahal dalam banyak-banyak lauk kiteorang pilih. Sebelum pesan, memang pekerja restoran bagitau siap-siap cuma ada udang saiz XXL je dengan harganya. Bagus betul bagitau customer upfront macam tu, takde la terkejut beruk masa nak bayar. Suami Terchenta kata order je la dah alang-alang sampai ke sini 😅.


Udang saiz XXL

Alhamdulillah, kenyang sampai ke malam. Siap bungkus bawak balik sebab tak habis. Lepas makan, Suami Terchenta kata nak lelapkan mata sekejap mengantuk sangat-sangat. Dalam kereta memang kiteorang standby khemah kecik. Dia bawak keluar khemah tu pacak dekat bawah pokok dan terlena sampai pukul 5 petang sebab angin laut yang sejuk sampai hanyut dibuai mimpi! 🤭 Mak dan anak-anak pulak lelapkan mata dalam kereta. Gara-gara tidur yang sedap sangat tu la, kiteorang terperangkap dalam jem sampai 5 jam nak balik ke KL hihi. 

Ada satu peristiwa ngeri bila kiteorang hampir-hampir terlibat dalam kemalangan jalan raya 😰. Dalam perjalanan balik, hujan lebat di beberapa kawasan. Memandangkan Suami Terchenta masih mengantuk sangat-sangat, aku pun offer drive separuh jalan. Dalam hujan lebat tu, aku tak perasan air bertakung atas jalan dan bila aku tukar lane, tiba-tiba kereta bergoyang dan hampir hilang kawalan dan terbabas ke penghadang jalan. Masa tu aku selawat kuat-kuat sambil aku kawal stereng dan brek perlahan-lahan. Kereta bergoyang ke kiri dan ke kanan sampai mak terjerit panik dekat belakang. Mujurlah kereta di belakang terus perlahankan kenderaan bila tengok kereta kiteorang hampir hilang kawalan. Alhamdulillah, mungkin asbab amalan membaca doa naik kenderaan sebelum memulakan perjalanan, kiteorang terpelihara dari kemalangan masa tu. Sebab masa tu aku hampir-hampir panik tapi aku berjaya kawal perasaan sambil mulut tak henti-henti berselawat. 

Bila dah selamat dari hampir-hampir kemalangan tu, baru aku perasan tangan aku terketar-ketar. Aku pun cakap dekat Suami Terchenta nak berhenti dekat R&R seterusnya sebab rasa dah tak boleh bawak kereta dalam keadaan tangan dan kaki terketar-ketar! 😂 Suami Terchenta pun terus hilang mengantuk dan setuju untuk tukar pemandu sampai la balik ke KL. Fuhh... ni kali pertama aku mengalami pengalaman yang mendebarkan masa bawak kereta. Harap-harap lepas ni dah takde la. Peringatan buat diri-sendiri - lain kali jangan tukar lane masa hujan lebat sebab memang tak nampak air bertakung atas jalan. Tunggu sampai hujan dah reda dan pastikan takde air bertakung baru tukar lane ✌🏻

Dari Temerloh ke Kuantan...

Mak aku ni, bila sebut Kuantan je, mesti dia teringat peristiwa lucu masa Khayla masih baby lagi - kenangan kena serbu oleh Jabatan Agama Islam! Gara-gara kena scammed booking hotel, kiteorang terpaksa bermalam di rumah tumpangan murah (RM30 semalam kalau tak silap) sebab kebetulan weekend tu ada karnival Jom Heboh jadi semua hotel dah penuh. 

Esok paginya sebelum Subuh lagi, kiteorang dikejutkan dengan ketukan kuat dekat pintu sambil dengar orang bagi salam kat luar. Rupa-rupanya Jabatan Agama Islam datang buat serbuan dari bilik ke bilik! Dengan mamainya, kiteorang bukak pintu sambil dukung Khayla. Mulanya dieorang mintak kad nikah tapi bila mak menyampuk dengan garangnya, "Ni menantu saya, encik!" Terus pegawai tu mintak maaf dan berlalu ke bilik sebelah. Sejak tu Suami Terchenta bawak salinan sijil nikah dalam dompet dia 😅 (dulu Sarawak tak keluarkan kad nikah, jadi kena bawak sijil nikah kemana-mana). Nasib baik ada mak jadi penyelamat, kalau tak mau kena angkut ke balai jugak dengan baby sekali sebab takde bukti dah nikah! 😂😂

Kali ni bila mak sampai di Kuantan lagi, dia buat lawak, jangan ajak mak duduk di rumah tumpangan Tai Wah lagi tau 🤭. Kiteorang cakap eh tak... sekarang dah ada hotel bawah jenama Marriott dekat sini jadi jangan risau kita duduk hotel, bukan rumah tumpangan hihi.


AC Kuantan ni dulunya dikenali sebagai hotel Vistana Kuantan

Lepas check-in di bilik, agenda pertama kiteorang ialah makan tengahari. Plan asalnya nak makan tengahari di Jaman Tory selepas aku baca review tentang tempat ni di blog Kak Mulan. Tapi bila kiteorang sampai, mak aih... ramainya orang tengah menunggu giliran tempat kosong dalam restoran. Malas menunggu sebab perut dah berkoroncong, sudahnya kiteorang makan di restoran Ratu Patin di tengah bandaraya Kuantan.


Famous tempat ni sebab ramai giler orang beratur nak makan tengahari di sini

Ambik gambar ala kadar je sebab dah lapar hehe. Sedap lauk-pauk kat sini tapi pucuk ubi masak lemak cili api tu betul-betul pedas sampai terasa hangat dalam perut sampai ke petang 😅

Disebabkan cuaca panas lit-lit, kiteorang buat keputusan balik ke hotel dulu, petang nanti baru keluar lepak di tepi pantai. Lagipun mak biasanya kena tidur tengahari lepas Zohor. Kalau tak tidur, dia takde tenaga nak berjalan-jalan. 

Lepas Asar, kiteorang pun bergerak ke destinasi seterusnya iaitu Teluk Cempedak. Dalam kereta kiteorang memang ada standby tikar jadi sampai je dekat Teluk Cempedak, kiteorang cari port lepak dan bentangkan tikar. Mak ajak ngopi, so aku pun belanja dia kopi di Kupi TC.


Beli keropok lekor dan gorengan lain di gerai sebelah lepas tu order butter coffee dari Kupi TC sebab dieorang kata bestseller. Sedap sangat, patut la bestseller 😍

Lepak di tepi pantai menikmati angin laut. Masha Allah. Tenang sungguh rasanya walaupun ramai orang.

Tamat hari pertama. Hari kedua, lepas Subuh lagi kiteorang keluar mencari sarapan pagi. Mula-mula nak ke Kedai Kopi Abi & Baba tapi bukak lambat pulak. Hmm. Sekali lagi takde rezeki nak cuba tempat baru. Jadi kemanakah halatuju kiteorang? Tak lain dan tak bukan, Kuantan Pickers sekali lagi la jawabnya 😄.


Kiri: Mak tengah pilih kuih dan lauk untuk sarapan pagi
Kanan: Aku ambik nasi lemak biasa, Suami Terchenta pesan roti bakar dan mak ambik nasi kerabu dan kuih seri muka

Lepas sarapan, mak request nak jalan-jalan di esplanade Kuantan sambil bakar lemak. Baiklah mak, kita turuti hajat dia.


Mak posing berlatar belakangkan Sungai Pahang

Suasana sibuk di Sungai Pahang dengan bot nelayan lalu-lalang

Ada banyak lagi gambar sebenarnya tapi kebanyakannya ambik guna h/p mak. Balik dari bersiar-siar di esplanade Kuantan, kiteorang terus mandi dan bersiap-siap untuk check out.  Destinasi seterusnya ialah ke Cherating sebab mak cakap teringin nak naik ATV lepas tengok gambar kiteorang dekat Cherating beberapa bulan lepas 😅.


Lepas la hajat mak nak naik ATV walaupun dia tak berani nak bawak sendiri hehe.

Sebelum berangkat balik ke KL, kiteorang singgah makan di restoran Intan Seafood. Yang ni aku sambung dekat entry lain ye.

Bawak Mak Jalan-jalan di Pekan Sehari Temerloh

Hari kedua lepas mak sampai, kiteorang bawak dia jalan-jalan di Pekan Sehari Temerloh. Mak memang suka pergi pasar pagi, setiap pagi lepas Subuh dia akan jalan-jalan di pasar pagi Bintulu. Jadi bila dia datang ke sini, apa lagi kiteorang bawak la dia pergi pasar pagi terpanjang di Pahang! 🤭


Pekan Sehari Temerloh, pasar pagi terpanjang di Pahang

Seawal jam 7 pagi lagi kiteorang bertolak dari KL ke Temerloh. Perjalanan mengambil masa 2 jam lebih. Sampai sana dalam pukul 9 pagi, nampak dah ramai orang dan jalan pun sesak. Mujurlah masa kiteorang sampai tu, terus nampak parking kosong depan deret kedai tak jauh dari Masjid Temerloh Lama (Masjid Abu Bakar). 


Masjid Abu Bakar / Masjid Temerloh Lama. Ramai jugak yang parking kenderaan di pekarangan masjid

First time sampai ke Temerloh. Cantik dan bersih bandarnya

Mak sampai sini terus mintak ambik gambar untuk kenangan dah sampai ke Temerloh

Eh, terus nampak pempengaruh Cina Muslim dari China ni tengah interview makcik penjual di sini 😅 Akaun IG dia: @eatai_halalfoodie

Pasar pagi ni panjangnya lebih dari 1km kalau tak silap. Memang menarik! Tapi jujurnya kiteorang tak dapat nak cover dari hujung ke hujung sebab terlalu ramai orang. Bukan setakat penduduk tempatan yang berkunjung ke pasar ni, pelancong luar macam kiteorang pun ramai jugak. 


Nasib baik mak pakai topi warna pink terang ni sebab senang nak nampak di celah-celah orang ramai

Pasar pagi ni jadi tumpuan sebab ada macam-macam benda yang dijual di sini dari sayur-sayuran dan bahan dapur, ikan segar, daging segar, kuih-muih, nasi dan lauk-pauk, tempoyak sampai la ke hasil kraftangan, pakaian dan lain-lain.


Kiri: First time jumpa orang jual paku midin di Semenanjung ni. Baru aku tau orang Semenanjung pun makan paku midin tapi dekat Sarawak kiteorang ambik pucuk midin muda je untuk buat sayur tumis makan dengan sambal belacan dan linut 🤤
Kanan: Kulat sisir / cendawan kukur. Tak pernah cuba lagi cendawan ni. Selalu masak apa ye?

Tak sah kalau ke Pahang tak beli puding raja ni

Kuih tradisional dan kuih moden. Gerai jual tempoyak ni jadi tumpuan - ada tempoyak manis, tempoyak masam, pais tempoyak dan sambal tempoyak

Comel giler!

Titik tengah Semenanjung Malaysia ialah di Temerloh. Ada jugak nukilan sejarah awal Pekan Sehari di sini

Dekat 2 jam jugak la kiteorang habiskan masa di Pekan Sehari Temerloh ni. Belinya tak banyak, lebih kepada cuci mata je. Destinasi kiteorang seterusnya ialah ke Kuantan tapi sebelum tu plan nya nak singgah sarapan pagi di Kedai Kesidang. Tapi takde rezeki sebab kedai penuh dan kena tunggu 45 minit. Lagipun masing-masing tak lapar sangat sebab dah beli kuih-muih dan keropok lekor di pasar pagi sebelum tu. Jadi sudahnya kiteorang terus bertolak ke Kuantan.


Lain kali kalau ke Temerloh lagi boleh cuba singgah makan di sini