Jalan-Jalan Ke Eropah Musim Panas: London/Paris

Salam Isnin korang!

Sebelum mood blogging terbantut lagi, baik la aku sambung siri jalan-jalan ke Eropah musim panas ni. Mana yang rasa tertinggal kapal tu boleh la check out my earlier blog posts dekat sini ye 😅:



Our last day in UK! Sedihnya!

Sedih sebab akan berpisah dengan kawan baik kiteorang merangkap tuan rumah, Aini dan Fazrul. Walaupun tumpang rumah dieorang beberapa hari, tapi masih rasa tak cukup masa lepak dengan Aini memandangkan siang hari dia pergi kerja dan kiteorang pulak balik lewat malam. Harap-harap next time dapat ajak Aini ikut girls' trip, just the three of us - aku, Jen & Aini! Mungkin kena tunggu anak-anak dia besar sikit dan more independent kot, macam anak-anak aku dan Jen sebaya dan dah boleh diharap. 


Recreate gambar zaman management trainee dulu dengan sekarang. Can't believe it's been 20 years!

From colleagues to best friends - 4 orang bekas Management Trainee di Senai Airport

Thank you tuan rumah, sediakan sarapan pagi ♥️

Day 5 - Tower of London. Paris.

Hari terakhir kiteorang di London barulah Aini dapat join kiteorang jalan-jalan ke Tower of London memandangkan dia ambik cuti hari tu. Harga tiket masuk ke Tower of London agak mahal iaitu £35.80 seorang. Kiteorang beli siap-siap dari official website.


Tower of London


Tower of London

Tower of London ialah salah satu tarikan yang tak boleh missed untuk sesiapa yang baru pertama kali menjejakkan kaki ke London. Sebabnya, bangunan castle ni tersenarai sebagai salah satu Tapak Warisan Dunia (World Heritage Site) dan usianya mencecah hampir 1000 tahun sejak dibangunkan oleh William the Conqueror pada tahun 1066. Lama giler kan? Walaupun mencecah hampir satu alaf, tapi binaannya tetap kukuh dan utuh sampai ke hari ni.

Pada asalnya Tower of London ni dibina sebagai kediaman diraja dan kubu pertahanan. Sepanjang penubuhannya, ianya juga dijadikan sebagai penjara untuk tahanan bangsawan pada abad ke 16-17 dan sewaktu Perang Dunia Pertama dan Kedua, gudang senjata diraja, perbendaharaan negara, tempat penyimpanan haiwan eksotik yang dipelihara oleh keluarga diraja (menagerie) dan tempat penyimpanan mahkota-mahkota diraja Britain. Sekarang, Tower of London dijadikan muzium dan tarikan pelancong selain menempatkan Jewel House keluarga diraja Britain.


Wardrobe Tower yang dibina pada abad ke 12 oleh Richard the Lionheart untuk menempatkan barang-barang berharga kepunyaan Raja England seperti pakaian dan gudang senjata

Royal guard bertugas menjaga pintu masuk ke galeri Crown Jewel

Lepas tunjuk tiket di pintu masuk, kiteorang terus beratur masuk ke galeri Crown Jewels di Jewel House. Sayangnya, pelawat tak dibenarkan mengambil foto sama sekali dalam galeri ni, jadi takde la gambar-gambar mahkota diraja Britain.


Pintu masuk ke Jewel House dalam Tower of London, di mana mahkota-mahkota diraja Britain dipamerkan

Mahkota-mahkota ni semuanya dibawah pengawalan dan pengawasan ketat oleh Royal Guards, Yeoman Warders (warden dilantik yang terdiri dari bekas tentera British Army), CCTV dan kamera tersembunyi. Even kaca display tu pun kalis bom in case ada yang datang idea gila nak letupkan display dan bawak lari mahkota yang dihiasi dengan batu-batu permata 😅.


Ceramic poppies menghiasi tepi menara sebagai memperingati ulangtahun ke-80 berakhirnya Perang Dunia ke-2. Hiasan ni berlangsung sampai 11 November 2025 je.

Bahagian luar Beauchamp Tower yang pernah menempatkan tawanan bangsawan

Tower Green di mana beberapa orang bangsawan antaranya Queen Anne Boleyn dan Lady Jane Grey dihukum pancung

Traitor's Gate ialah laluan masuk melalui sungai ke Tower of London. Dikenali sebagai Traitors' Gate sejak awal kurun ke-16 di mana tahanan dibawa masuk untuk perbicaraan melalui pintu ni

Pemandangan ikonik di London - Tower Bridge. Ramai orang confuse Tower Bridge ni dengan London Bridge.
 

Ada drama sikit pada hari tu sebab kiteorang terlambat nak ke St Pancras International untuk ambik tren ke Luton Airport sebab salah perkiraan masa dan traffic jam. Kiteorang terlepas tren! Bila check harga tiket tren seterusnya beli on the spot, mak aii... 😵

Tapi mujurlah Susan tak putus asa pergi ke kaunter, last-last staff kat kaunter tu kesian kat kiteorang agaknya dan serahkan slip note untuk tunjuk dekat staff yang check tiket dekat platform. Bagi alasan kiteorang ni terlambat sampai sebab tren nak ke St Pancras delayed. Alhamdulillah, lepas! Tak payah beli tiket baru 😅. Berdebar-debar kiteorang masa tu sebab takut tertinggal tren seterusnya dan sampai lambat ke Luton Airport untuk check-in luggage. Nasib baik sempat check-in luggage!


Kiteorang naik easyJet ke Paris. Dekat airport pun kena berlari-lari jugak sebab lepas security check terus kena panggil untuk boarding dekat gate di hujung dunia!

Flight dari London ke Paris mengambil masa 1 jam lebih. Tapi gara-gara tidur lambat sebab kena packing beg malam sebelumnya dan seterusnya kena berlari-lari di St Pancras dan Luton Airport, aku penat sangat sampai tertidur dalam flight. Plus, kiteorang lapar sebab tak sempat nak grab lunch haha. Tau-tau dah sampai ke Charles de Gaulle (CDG) Airport, Paris.

Jujur aku cakap based on pengalaman aku, pegawai imigresen dekat Paris tak friendly macam dekat UK dan Amsterdam. Dah la muka ketat, tanya soalan pun kerek. Siap tanya berapa jumlah duit kiteorang bawak (dia tanya sorang-sorang ye) dan bila nak berambus keluar dari negara. Padahal kiteorang baru sampai 😅. Tapi kiteorang kan orang Asia, jadi jawab la dengan muka senyum dan mesra. Lepas dia dah puas hati dengan jumlah duit yang kiteorang ada jawapan kiteorang, barulah dia cop passport dan bagi kiteorang masuk.

Dari CDG Airport nak ke stesen Gare du Nord senang je. Kiteorang cuma ikut je signage sepanjang laluan ke platform tren. Tapi kena menapak agak jauh la jugak.


Kena ambik line RER B untuk ke Gare du Nord. Harga tiket ialah 13 Euro. Aku beli tiket melalui Apple Wallet

Perjalanan mengambil masa setengah jam je. Dari Gare du Nord ke penginapan Airbnb kiteorang jalan kaki 5 minit je. So convenient.


Airbnb ni terletak 5 minit je dari Gare du Nord. Ada satu sofa bed dan katil double bed dekat bahagian atas. Ada shower room, tempat pengering baju, mesin basuh, sinki. Untuk 3 orang agak sempit sebenarnya tapi sebab lokasinya dekat dengan Gare du Nord, sebab tu kiteorang pilih untuk stay di situ selama 2 malam

Bila sampai di Paris, barulah kiteorang merasai bahang musim panas! 🥵 Panas giler! Benda pertama yang aku buat bila sampai ialah mandi air sejuk. Dah la Airbnb tu takde kipas angin dan tingkap pun tak boleh bukak. Nasib baik bawak kipas bateri, dapat la tidur malam tu 😅.

Anyway, sepatutnya ikut itinerary kiteorang nak keluar berjalan-jalan ke sekitar Louvre, Place de la Concorde, Tuileries Garden, Pont de Arts dan Notre Dame malam tu, tapi masing-masing dah flat battery. Sudahnya kiteorang cuma keluar cari tempat makan untuk makan malam sebelum pulang ke Airbnb untuk berehat. Lagipun kena preserve energy sebab esoknya pagi-pagi lagi kena bertolak ke luar Paris untuk melawat istana Versailles (Chateau de Versailles).


Makan malam di restoran berhampiran je sebab tu je tempat yang kiteorang larat nak berjalan...

Setakat tu je la cerita jalan-jalan untuk hari ke-5 trip musim panas kiteorang. Next entry Insha Allah, aku cerita pasal jalan-jalan di Paris pulak ye.

Staycation di Four PointsⓇ by Sheraton KL Sempena Ambang Kemerdekaan

Sepanjang Ogos hingga Oktober ni, Marriott Bonvoy ada promo menarik—setiap kali kita menginap satu malam, automatik akan dapat satu bonus elite night. Kebetulan aku cuma perlukan dua malam je lagi untuk kekalkan status Silver Elite tahun ni. Jadi, aku pun terus usulkan pada Suami Terchenta, “Apa kata kita buat staycation malam ambang Merdeka? Boleh tengok bunga api sekali.” Alasan yang memang tak boleh ditolak, kan? 😄

Kali ni, kiteorang pilih untuk cuba hotel yang belum pernah masuk list lagi—Four Points by Sheraton Kuala Lumpur. Terletak betul-betul di tengah bandar, hotel ni memang nampak sesuai untuk short escape. Jadi, aku pun tempah satu bilik double bed untuk semalam. Sederhana je, tapi cukup untuk rasa suasana baru sambil celebrate cuti panjang.


Deluxe Twin Bed
Deluxe Twin Room Four Points by Sheraton KL

Kiteorang pilih bilik yang menghadap KLCC, harga mahal sikit dari bilik biasa tapi view memang lawa.


Four PointsⓇ by Sheraton KL
View KLCC dari bilik hotel

Memandangkan hujung minggu ni cuti panjang, hotel memang penuh dengan tetamu. Masa nak check-in, barisan pun panjang berjela. Jujurnya aku agak hampa bila tengok kaunter Marriott Bonvoy tak ada laluan khas untuk ahli. Katanya sebab terlalu ramai orang, jadi semua tetamu perlu beratur sekali. Hmm, tak dapatlah rasa priority line hari tu.

Tapi dalam masa yang sama, aku kena puji cara mereka uruskan queue. Sambil beratur, ada staff yang datang explain pasal lokasi sarapan esok, fasiliti macam kolam renang dan kemudahan lain. Jadi, bila sampai kaunter nanti tak perlulah buang masa dengan soalan-soalan basic.

Satu lagi yang aku rasa thoughtful—hotel siap sediakan maskot untuk hiburkan kanak-kanak sambil hulur gula-gula, jadi parents boleh check-in dengan lebih tenang. Bila dah dekat depan barisan, ada staff lain yang akan arahkan tetamu ke kaunter yang available. Menariknya, ada juga kaunter yang diuruskan dua staff sekali, jadi dalam satu masa boleh layan dua kumpulan tetamu. Tak hairanlah walaupun barisan panjang, tapi bergerak laju.

Akhirnya sampai giliran kiteorang. Proses check-in ambil masa tak sampai 10 minit. Best nya, staff terus bagi late check-out bila nampak aku ahli Silver Elite. Inilah antara kelebihan jadi ahli Marriott Bonvoy—kadang-kadang boleh stay sampai jam 5 petang, bergantung pada occupancy hotel. Memang berbaloi gigih maintain status Silver Elite setiap tahun 😅.

Kali ni kiteorang dapat bilik di tingkat 19, agak tinggi juga. Rasa privileged bila buka langsir, terus dapat view KLCC tanpa sebarang halangan. Memang puas hati!

So, ni la rupa bilik yang kiteorang tempah minggu lepas:


Four PointsⓇ by Sheraton KL
Biliknya luas dan moden, kemudahan pulak standard. Takde coffee maker macam dekat hotel-hotel Marriott Bonvoy yang lain

Kemudahan dalam bilik standard untuk hotel 4 bintang - ada mini fridge, peti keselamatan, iron/ironing board, pengering rambut, TV dengan pelbagai saluran tempatan dan antarabangsa, cerek air, kopi/teh percuma, dan bathroom kits (berus gigi, kapas telinga, kapas muka, dll.).


Four PointsⓇ by Sheraton KL
Bilik mandi dengan rain shower, hand held shower head dan kepala paip terpaling function untuk ambik wuduk 😄. Aku suka ada bangku untuk duduk sambil sental-sental daki dekat kaki 😆

Four PointsⓇ by Sheraton KL
Bilik air yang bersambung dengan ruang mandi

Four PointsⓇ by Sheraton KL
Hallway pun luas dengan tempat letak beg di sebelah almari

Sebelah malam, kiteorang dapat tengok pertunjukan bunga api berlatar belakangkan KLCC. Cuma tak dapat tengok pertunjukan bunga api KLCC sebab terlindung di sebalik KLCC tu sendiri. Mungkin tahun depan kena cari hotel yang betul-betul menghadap fountain KLCC pulak kot haha.


Four PointsⓇ by Sheraton KL
Layan pertunjukan bunga api depan hotel dan beberapa lokasi sekitar


Overall bagi aku bilik hotel ni ticks the standard checklist, tapi takde yang outstanding.  Hotel yang selesa didiami sebab lokasi yang strategik dekat dengan KLCC, Saloma Bistro, Pelita dan monorel. Dari segi keselesaan katil pulak, bagi aku tilamnya agak firm haha. Kalau nak katil dengan tilam yang empuk pada kategori harga yang sama dengan bilik Four Points by Sheraton KL, sila stay di Westin KL atau Element KL. Sebabnya Element KL guna tilam yang sama dengan tilam di Westin KL iaitu Westin Heavenly Bed. Yang tu serius korang akan rasa macam taknak bangun dan nak baring sampai masa untuk check out 😆.

Jalan-jalan Ke Eropah Musim Panas 2025: London/UK Hari Ke-3

Salam semua!

Fuhhh... finally long overdue story. Bukan apa, banyak sangat gambar dari galeri gambar aku dan kawan-kawan dan akhirnya aku pun berjaya shortlist gambar-gambar untuk entry kali ni hehe. Lepas pilih gambar kena pulak buat sedikit research tempat-tempat yang kiteorang pergi tu untuk diolah menjadi sebuah blog entry yang menarik 🤭.  Sebab tu ambik masa sikit untuk publish entry kali ni hihi.

Sambungan dari siri jalan-jalan ke Eropah musim panas 2025:


Apalah maknanya makan angin kalau tak ambik gambar wefie banyak-banyak? 😜

Day 4 - Paddington. Oxford. Oxford Street.

Hari ke-3 di UK, kiteorang bersiar-siar di bandar Oxford yang terletak di luar kota London. Plan asal, Aini join kiteorang sekali dan drive ke sana. Tapi since member tu baru dapat kerja baru, jadi kiteorang tukar plan naik tren GWR ke Oxford. Harga tiket tren pergi-balik lebih kurang RM150 seorang, kiteorang beli dekat Trip.com. British pound kan. Bak kata Anies, jalan-jalan di UK memang best cuma currency je tak best haha.

Paddington

Tren ni bertolak dari Paddington Station jadi pagi tu kiteorang decide nak cari sarapan sekitar Paddington.


Paddington, London
 
The Wild Table of Love terletak berhampiran Paddington Station

Mula-mula kiteorang ingat nak bersarapan di kafe Treelogy tak jauh dari Paddington Station:


Treelogy Coffee

Tapi sayangnya kafe ni penuh pulak. Jadi kiteorang pun tukar plan dan patah balik ke Paddington Station. Kebetulan terjumpa Market Halls iaitu food hall (kalau kat Malaysia kita panggil food court la, sebab ada banyak gerai makanan dan tempat duduk dalam Market Halls). Kiteorang akhirnya beli sarapan di Farm Girl. Aku ambik macchiato dan pancake. Tapi seriously, macchiato dia tak sedap haha. Pancake pun nampak macam frozen pancake masak dalam oven. Emm... tak berbaloi. Tak payah datang sini ye guys hehe.


Sarapan pagi di Farm Girl

Lepas sarapan,  kiteorang jalan-jalan dalam stesen Paddington sementara menunggu pukul 9.52 pagi iaitu waktu tren bertolak. Stesen ni terkenal dengan statue Beruang Paddington, salah satu ikon terkenal Britain. Peminat Beruang Paddington pasti tak melepaskan peluang bergambar dengan statue Paddington Bear dalam stesen ni dan jugak di kedai menjual cenderahati Beruang Paddington.


Paddington Station dan Beruang Paddington

Akhirnya tren kiteorang pun sampai. Tempat duduk kiteorang ialah di Coach B. Masa kiteorang naik, tren memang agak penuh. Nasib baik dah beli tiket awal-awal sebab dapat assigned seats. Kalau beli last minute, mungkin ada tempat duduk kosong tapi kena duduk terpisah. Harga pun lebih mahal.


Perjalanan menaiki tren dari London ke Oxford mengambil masa sejam

Oxford

Woohoo! Finally sampai jugak ke Oxford! Satu masa dulu aku pernah berangan-angan nak belajar di salah sebuah universiti terkemuka dan tertua di dunia ni. Tapiiiii… tinggal angan-angan je la 🤭. Tak pelah, kalau takde rezeki jadi pelajar kat sini, jadi pelancong pun boleh 😂. 


Sekitar bandar Oxford

Dari stesen keretapi kiteorang berjalan kaki je ke bandar Oxford. Vibe di Oxford lain sangat dengan London tau. Kalau di London, suasananya moden dan sibuk, tapi suasana di Oxford lebih santai dengan bangunan-bangunan lama yang penuh dengan sejarah dari kurun ke-12 lagi. Kalau sampai ke Oxford, korang kena allocate sehari untuk meneroka Oxford sebab ada banyak tempat yang menarik. Ni antara tempat-tempat yang kiteorang kunjungi di Oxford:


1. Ashmolean Museum



Muzium milik Universiti Oxford ni dah dibuka dari tahun 1683 lagi dan terkenal sebagai muzium seni dan arkeologi dari pelbagai tamadun dunia. Antara koleksi yang dipamerkan dalam Ashmolean Museum ialah Alfred Jewel , mumia dari Mesir dan lukisan-lukisan seni dari zaman silam.


Antara koleksi yang dipamerkan di Ashmolean Museum

Kalau korang terfikir, kiteorang ni peminat sejarah ke, banyak nau muzium kiteorang redah dekat UK 🤭. Sebenarnya takde la minat sangat, tapi sebab masuk ke muzium di UK percuma je, jadi kiteorang pun masukkan muzium dalam aktiviti kiteorang ke mana-mana kiteorang pergi 😅. Tapi not bad la, sebab muzium dekat sana banyak patron (penyumbang dana), jadi muziumnya dijaga dengan baik dengan kemudahan yang moden. Mungkin Muzium Negara pun kena ada patronage program kot untuk upgrade jadi muzium interaktif macam Muzium Budaya Borneo di Kuching? Barulah nampak muzium kita setanding dengan muzium di luar negara 😄. Just my two cents.


2. History of Science Museum

Muzium History of Science yang terletak di tengah-tengah bandar Oxford ni menyimpan pelbagai instrumen dan peralatan saintifik dari Zaman Pertengahan hingga ke abad ke-19. Ianya ialah bangunan muzium awam yang tertua di dunia, dan bangunannya juga dikenali sebagai Old Ashmolean Building untuk membezakannya dengan bangunan Ashmolean Museum yang dibina pada tahun 1894.

Pameran yang paling popular di muzium ni ialah Einstein’s Blackboard. Semasa Einstein dijemput mengajar di Universiti Oxford, beliau telah menulis formula untuk menerangkan tentang “General Theory of Relativity” di atas sebuah papan tulis. Papan tulis tu la satu-satunya seumpamanya yang dikenali di dunia yang mempunyai kedua-dua notasi saintifik dan tandatangan Albert Einstein, sentuhan peribadi daripada salah seorang tokoh saintis terhebat dalam sejarah.


Einstein's Blackboard memaparkan formula "General Theory of Relativity" ditulis sendiri oleh saintis terkemuka, Albert Einstein


3. Sheldonian Theatre dan Clarendon Building

Kiteorang tak masuk bangunan-bangunan ni, sekadar ambik gambar dari luar je. Sheldonian Theatre ialah bangunan milik Universiti Oxford dan selalu digunakan untuk acara rasmi Universiti Oxford seperti majlis graduasi, syarahan akademik percuma iaitu Romanes Lectures yang diadakan setiap tahun dan persembahan muzik.

Pelancong boleh melawat bangunan ni tapi dikenakan bayaran antara £8 (self-tour) - £14 (guided tour). Memandangkan kena bayar, kiteorang pun skip lawatan ke Sheldonian Theatre ni.


Sheldonian Theatre

Bersebelahan dengan bangunan Sheldonian Theatre pulak ialah bangunan Clarendon. Asalnya digunakan untuk percetakan buku-buku ilmiah yang digunakan oleh Universiti Oxford, tapi sekarang ni menempatkan bahagian pentadbiran universiti termasuk pejabat pendaftar dan bahagian kewangan universiti.  Memandangkan Clarendon ialah bangunan pejabat, orang awam tak dibenarkan masuk jadi cuma boleh ambik gambar dari bahagian luar je. Bahagian luar bangunan ni seakan-akan British Museum dengan tiang-tiang besarnya dan warna bangunan pun seakan-akan sama. 


Clarendon Building


4. Martyrs' Memorial

Terletak di tengah-tengah bandar Oxford, monumen ni dibina sempena memperingati paderi-paderi Protestant yang dihukum bunuh dengan cara dibakar hidup-hidup oleh wakil Vatican.

Mengikut sejarah yang aku baca dari Wikipedia, England suatu masa dulu berpecah dari gereja Roman Katolik dan menubuhkan gereja England atas arahan Raja Henry ke-VIII, yang melantik dirinya sendiri sebagai ketua tertinggi gereja England dan tak lagi mengiktiraf kuasa dan undang-undang gereja Katolik. Disebabkan tu, wakil Vatican telah memutuskan hubungan dengan Raja Henry ke-VIII dan memerintahkan hukuman bakar hidup-hidup ke atas pengasas-pengasas gereja England atas tuduhan menyebarkan ajaran sesat.


Martyrs' Memorial


5. Hertford Bridge / Bridge of Sighs

Diinsipirasikan dari Bridge of Sighs di Venice, Italy, Hertford Bridge ni ialah laluan jambatan melengkung yang menghubungkan dua bangunan Hertford College di atas New College Lane. Jambatan ni dibina pada tahun 1914 dan menjadi salah satu tumpuan pelancong yang tertarik dengan kecantikan seni bina jambatan ni.


Hertford Bridge (Bridge of Sighs, Oxford)

6. Christ Church College

Christ Church College ialah highlight lawatan kiteorang ke Oxford. Kolej ni ialah kolej yang paling terkenal di Universiti Oxford atas beberapa sebab - pertama; reka bina bangunan-bangunannya yang ikonik dan cantik, kedua; ianya menempatkan kolej dan juga gereja besar (cathedral), ketiga; seramai 13 Perdana Menteri Britain dan ramai lagi pemimpin dunia adalah bekas pelajar kolej ni dan keempat; struktur tradisional bangunan-bangunan kolej menjadi lokasi penggambaran filem-filem terkenal seperti Harry Potter, The Golden Compass dan yang terbaru, My Oxford Year gandingan Sofia Carson dan Corey Mylchreest.

OK la, aku jujur ye, kiteorang ke sini sebab kiteorang peminat Harry Potter. Sekian. Hehe.


Christ Church College dari luar

Bayaran yang dikenakan untuk self-guided tour ialah sebanyak £18 seorang (harga tiket berubah setiap bulan, bergantung dengan tourist crowd agaknya). Pelawat akan diberikan multimedia guide untuk mendengar penerangan tentang setiap bahagian dalam bangunan kolej ni (tapi tak semua tempat boleh masuk, contohnya bangunan kediaman pelajar dan bangunan kelas. Manakala dewan makannya pulak ditutup pada waktu makan pelajar dan akan dibuka untuk lawatan di luar waktu makan).


Christ Church College dibina pada tahun 1546 - lama tu! Bayangkan bangunan-bangunan ni dah wujud beratus-ratus tahun dulu.

Sebelah kiri - Tom Tower iaitu menara loceng yang dibina oleh arkitek terkemuka, Christopher Wren pada tahun 1681-1682. Ianya dinamakan Tom Tower sempena nama locengnya, iaitu Great Tom. Setiap malam, loceng dari Tom Tower akan dibunyikan sebanyak 101 kali untuk 101 cendekiawan asal dari kolej Christ Church 

Peminat Harry Potter mestilah tak melepaskan peluang bergambar di beberapa lokasi dalam Christ Church College, antaranya ialah di Bodley Staircase dengan siling bercirikan Gothic ni dan dewan makan Oxford yang menjadi lokasi dewan makan di Hogwarts.


Bodley Staircase yang digunakan sebagai lokasi Great Hall of Hogwarts School of Witchcraft and Wizardry dalam filem Harry Potter

Dewan makan di Christ Church College ni dijadikan set penggambaran untuk scene di dewan makan Hogwarts School of Witchcraft & Wizardry

Christ Church Cathedral

7. Shopping Street di Oxford

Dari Malaysia menjejakkan kaki ke Oxford, wajib la bawak balik cenderahati. Dekat sini ada banyak kedai yang menjual barangan Oxford University. Aku beli dua helai hoodie berharga £9.99 sehelai untuk anak-anak buat kenangan dan jugak sebagai inspirasi untuk dieorang. Mana la tau, bukan rezeki aku untuk menjejakkan kaki ke Oxford University, tapi rezeki anak-anak ke. Ameen YRA!


Antara cenderahati yang dijual di kedai barangan Oxford University

Aku dan Susan beli poskad untuk diposkan ke Malaysia. Ambik masa 2 bulan jugak la baru sampai hehe


8. Covered Market Oxford

Kiteorang singgah makan tengahari di sini. Bangunan pasar berbumbung ni dah berusia lebih dari 250 tahun! Dalamnya ada banyak kedai-kedai makan dan menjual pelbagai barangan cenderahati.


Oxford Covered Market

Singgah menikmati margherita pizza di Sartorelli. Sedap sangat sebab dieorang guna roti sourdough

Sebelum balik ke London, sempat singgah solat di Muslim Prayer Room di bangunan Robert Hooke. Sementara menunggu aku solat, kawan-kawan aku plan nak singgah masuk ke Oxford Museum of Natural History bersebelahan dengan Muslim Prayer Room, tapi sayangnya dah tutup pulak.

Sebenarnya nak masuk Muslim Prayer Room ni kena ada access card. Kebetulan masa aku nak masuk tu, ada student yang nak masuk jugak, jadi alhamdulillah dapat la aku menunaikan solat di situ. Kalau tak aku kena cari mana-mana tempat tersorok sikit nak solat.

Selesai solat, kiteorang pun bergerak ke stesen keretapi untuk balik ke London. Sesampainya di London, kiteorang singgah balik di kedai Paddington sebab ingat nak beli keychain Paddington untuk anak-anak. Malangnya dieorang kata keychain tu dieorang dah tak jual. Kelakar jugak sebab pagi tu elok je bergantungan dekat display tapi masa tu kiteorang ingat nak beli lepas balik dari Oxford. Mungkin ada isu dengan stok tu kot. Akhirnya kiteorang beli jugak keychain tu tapi dari kedai lain. Harga pun lebih murah dari official store Paddington. Murah pun lepas convert ke RM, berpeluh jugak nak bayar hehe.

Next stop, kiteorang singgah makan malam di Kendal Kitchen.


Ada 50% diskaun bila book dekat apps TheFork


Lepas makan malam, kiteorang pergi ke Oxford Street. Ingatkan nak jalan-jalan menikmati suasana waktu malam di sini tapi memandangkan dah lewat, jadi tak de apa-apa yang menarik pun. Jalan pun dah lengang sebab kedai semua dah tutup. Ingatkan kawasan ni macam Bukit Bintang di KL sebelah malam, walaupun dah tengah malam masih lagi meriah. Rupa-rupanya tak ye hehe.


Oxford Street, London

With that, we were done with day 3. Esoknya ialah hari terakhir kiteorang di London sebelum bertolak ke Paris. Walaupun penat tapi seronok berjalan-jalan sekitar London dan Oxford. Sepanjang kiteorang di London cuaca tak berapa panas sangat, jadi kiteorang sedikit skeptical bila Aini kata London panas giler haha. Sampai la kiteorang tiba di Paris... barulah kiteorang betul-betul merasa suasana musim panas yang sebenar 😅.


OOTD hari ke-3 di UK

Selamat Hari Kemerdekaan Malaysia ke-68!

Alhamdulillah, dah 68 tahun kita merdeka 🥰. Terima kasih atas perjuangan nenek moyang kita demi membebaskan bumi kita dari cengkaman penjajah satu masa dulu. Sebagai pewaris negara, kita semua ada tanggungjawab untuk memastikan keamanan dan kemakmuran negara terus kekal di tanah air kita. 

Semoga Malaysia terus kekal berdaulat, aman sentiasa 🤲🏻. Selamat menyambut Hari Kemerdekaan ke-68, Malaysia 🇲🇾!


Hasil karya: Khayla

Nota kaki: Semoga negara-negara jiran pun kembali aman dan baik-baik jugak 🥺.

Facial harga RM68 je? Jom Cuba...

Hari yang sama aku berjalan-jalan di Sunway Putra Mall dan tapau donut Tim Hortons, aku tertarik dengan promosi facial dengan harga RM68 di Face-Wash Cat. Apa lagi, terus la melencong ke sini 🤭. 


Sunway Putra Mall
Facial harga marhaen, moh ler kita cuba...

Sebenarnya harga ni ialah harga promosi untuk first time customer. Untuk sesi-sesi seterusnya, harga yang dikenakan ialah RM90. Promosi RM68 ni ialah untuk buat facial Hoover Bubble Rinse.


Sunway Putra Mall
Senarai harga rawatan facial di sini

Set up tempat ni simple, bersih dan selesa. Ruang untuk buat facial dipisahkan dengan langsir je, tapi masih lagi tertutup dan ada privasi.


Sunway Putra Mall
Ruang dalam Face-Wash Cat


Buat pengetahuan semua, produk yang digunakan berasal dari China sebab Face-Wash Cat ni ialah cawangan dari negara China. Aku ingatkan produk Korea haha. Patutlah harganya murah. Tak kisah la China ke Korea, janji lepas sesi facial muka rasa bersih, lembap dan paling penting, hilang segala blackhead dan whitehead yang buat kulit muka rasa berpasir 😜.


Face-Wash Cat
Produk skincare yang digunakan untuk facial Hoover Bubble Rinse, diperbuat dari plant-based dan sesuai untuk kulit sensitif

Face-Wash Cat
Steps facial kat sini standard dengan steps dekat tempat lain jugak - tanggal makeup, cuci muka bersih-bersih, steam untuk buka liang pori, buang blackhead/whitehead, pakai face mask (atau masker), toner dan akhirnya pelembap muka

Rawatan ni tak lama pun, cuma ambik masa 45 minit je. Aku sebenarnya tak berapa gemar buat facial lagi-lagi part buang blackhead/whitehead tu haha. Kadang-kadang sampai berair mata dan terbersin bila dia picit dekat bahagian sinus. Waa, tak suka! Tapi lepas tu licin je la rasa kulit hehe. Sebab tu wujud perumpamaan - no beauty without pain. Tak gittew? 🤭

Ni steps rawatan facial yang aku cuba tempoh hari:



My verdict - ok la buat raso-raso, orang kata hihi. Memang lepas tu kulit rasa bersih je, boleh rasa perbezaannya. Yang bagusnya tempat ni tak paksa-paksa kita ambik pakej walaupun ada jual pakej. Kalau sesetengah tempat tu, lepas sesi facial, mesti la kena hadap pujuk rayu untuk ambik pakej facial. Sorry ye, sis tak minat sebab bukan penggemar buat facial. Sekali-sekala je akan pergi bila kulit rasa kusam sangat, baru la paksa diri-sendiri pergi buat facial tu pun mungkin setahun sekali je 😅.