Bulan ni sampai Oktober, Marriott Bonvoy ada promosi stay satu malam, dapat bonus elite night satu malam. Since aku tinggal 2 malam lagi nak kekalkan status ahli Silver Elite tahun ni, aku pun ajak Suami Terchenta staycation pada ambang kemerdekaan dengan alasan nak tengok pertunjukan bunga api hehe. Since kiteorang belum pernah lagi duduk di Four Points by Sheraton KL ni, jadi kiteorang pun tempah satu bilik untuk semalam di sini, ambik bilik katil double bed.
![]() |
Deluxe Twin Room Four Points by Sheraton KL |
Kiteorang pilih bilik yang menghadap KLCC, harga mahal sikit dari bilik biasa tapi view memang lawa.
![]() |
View KLCC dari bilik hotel |
Memandangkan it's a long weekend, hotel ni menerima kunjungan ramai tetamu jadi queue masa nak check in bilik memang panjang. Aku rasa hampa sikit sebab walaupun ada kaunter untuk ahli Marriott Bonvoy, tapi dieorang takde barisan khas untuk ahli Marriott Bonvoy. Kena beratur dengan tetamu-tetamu yang lain jugak, alasannya sebab banyak orang so dieorang tak boleh bagi priority dekat ahli. Tapi at the same time, aku puji jugak pengurusan queue dekat sini sebab masa beratur tu, ada staff yang datang dekat tetamu untuk explain dekat mana breakfast esok pagi dan kemudahan yang ada di hotel e.g. swimming pool jadi takde la buang masa staff dekat kaunter untuk layan pertanyaan tentang breakfast dan servis yang ada di hotel.
Lagi satu, pihak hotel sediakan maskot untuk melayan kanak-kanak dan bagi gula-gula sementara tunggu parents check in. Bila dah depan barisan pulak, ada staff yang akan assign tetamu untuk ke kaunter yang free. Lastly, satu kaunter tu ada dua staff yang boleh check in dua kumpulan tetamu yang berbeza. Kesimpulannya, walaupun kena beratur panjang, tapi barisan laju je bergerak disebabkan kecekapan pihak hotel untuk menguruskan tetamu.
Akhirnya giliran kiteorang untuk check in dan prosesnya mengambil masa tak sampai 10 minit. Staff hotel terus assign late check out bila tengok status ahli Silver Elite. Itulah salah satu manfaat jadi ahli Silver Elite Marriott Bonvoy dan sebab tu la aku gigih maintain keahlian Silver Elite setiap tahun 😅. Sesetengah hotel boleh bagi late check out sampai pukul 5 petang, bergantung dengan ramai ke tak tetamu yang menginap di hotel.
Kiteorang dapat bilik di tingkat yang tinggi iaitu tingkat 19 which is a privilege sebab view dari tingkat atas ni unrestricted.
So, ni la rupa bilik yang kiteorang tempah minggu lepas:
![]() |
Biliknya luas dan moden, kemudahan pulak standard. Takde coffee maker macam dekat hotel-hotel Marriott Bonvoy yang lain |
Kemudahan dalam bilik standard untuk hotel 4 bintang - ada mini fridge, peti keselamatan, iron/ironing board, pengering rambut, TV dengan pelbagai saluran tempatan dan antarabangsa, cerek air, kopi/teh percuma, dan bathroom kits (berus gigi, kapas telinga, kapas muka, dll.).
![]() |
Bilik mandi dengan rain shower, hand held shower head dan kepala paip terpaling function untuk ambik wuduk 😄. Aku suka ada bangku untuk duduk sambil sental-sental daki dekat kaki 😆 |
![]() |
Bilik air yang bersambung dengan ruang mandi |
![]() |
Hallway pun luas dengan tempat letak beg di sebelah almari |
Sebelah malam, kiteorang dapat tengok pertunjukan bunga api berlatar belakangkan KLCC. Cuma tak dapat tengok pertunjukan bunga api KLCC sebab terlindung di sebalik KLCC tu sendiri. Mungkin tahun depan kena cari hotel yang betul-betul menghadap fountain KLCC pulak kot haha.
![]() |
Layan pertunjukan bunga api depan hotel dan beberapa lokasi sekitar |
Overall bagi aku bilik hotel ni ticks the standard checklist, tapi takde yang outstanding. Hotel yang selesa didiami sebab lokasi yang strategik dekat dengan KLCC, Saloma Bistro, Pelita dan monorel. Dari segi keselesaan katil pulak, bagi aku tilamnya agak firm haha. Kalau nak katil dengan tilam yang empuk pada kategori harga yang sama dengan bilik Four Points by Sheraton KL, sila stay di Westin KL atau Element KL. Sebabnya Element KL guna tilam yang sama dengan tilam di Westin KL iaitu Westin Heavenly Bed. Yang tu serius korang akan rasa macam taknak bangun dan nak baring sampai masa untuk check out 😆.
Boleh buat perbandingan mana hotel yang seronok untuk tidur. Hehe. Pemandangan ke KLCC memang cantik.
ReplyDelete