Cuti raya baru-baru ni, kiteorang berpeluang melawat Muzium Budaya Borneo atau Borneo Cultures Museum di Kuching. Muzium ikonik ni dah dibuka tahun lepas tapi masa tu kiteorang tak berkesempatan nak ke sini. 

Muzium ni terletak di tengah-tengah bandaraya Kuching, tak jauh dari Plaza Merdeka dan Kuching Waterfront. Dari jauh lagi dah nampak gah tersergam bangunan muzium ni.


Muzium Budaya Borneo di Kuching, Sarawak
Adik dan kakak di depan bangunan Muzium Budaya Borneo

Bila melangkah masuk ke muzium ni, rasa kagum sangat sebab nampak canggih dan jauh lebih moden dari Muzium Negara.


Muzium Budaya Borneo
Pemandangan dari pintu masuk muzium

Harga tiket masuk ke muzium bagi aku sangat munasabah:

  • Kanak-kanak bawah 12 tahun - Percuma (warga Sarawak / bukan Sarawak) / RM20 (antarabangsa)
  • Pelajar 13 - 17 tahun - RM5 (warga Sarawak / bukan Sarawak) / RM25 (antarabangsa)
  • Dewasa - RM10 (warga Sarawak) / RM20 (bukan Sarawak) / RM50 (antarabangsa)
  • Warga emas - RM5 (warga Sarawak) / RM10 (bukan Sarawak) / RM25 (antarabangsa)

Untuk warga Malaysia, kena tunjuk IC masa buat pembayaran untuk menikmati harga tiket warganegara.


Muzium Budaya Borneo
Untuk kami berempat, harga tiket keseluruhan ialah RM20 (memandangkan Khayla masih lagi 12 tahun ke bawah)

Lepas dapat tiket, jangan lupa imbas dulu sebelum naik ke tangga bergerak (escalator).

Kenapa aku kata berbaloi harga tiket? Sebabnya muzium ni besar dan ada 5 tingkat semuanya! Setengah hari kat dalam ni serius tak cukup masa. Kena datang pagi dan habiskan masa sehari-suntuk untuk meneroka muzium ni baru puas hati. Macam kiteorang datang pukul 2.30 petang, pukul 5 petang muzium dah tutup. Sudahnya tak sempat nak explore tingkat 4 dan 5! Kesian Khayla, dia yang paling teruja masuk ke muzium ni (sebab dia suka belajar sejarah dan budaya). Siap menangis sebab dah kena 'halau' keluar 15 minit sebelum muzium tutup πŸ˜…. Takpelah Khayla, tahun depan kita sambung explore tingkat 4 & 5 pulak ye.


Muzium Budaya Borneo
Direktori muzium

Muzium Budaya Borneo
Pemandangan dari escalator

Satu tingkat tu ambik masa sejam nak explore sebab ada banyak aktiviti menarik dan interaktif dalam muzium ni. Yang tak minat sejarah pun akan teruja nak cuba aktiviti kat sini.


Muzium Budaya Borneo
Tiket Borneo Cultures Museum

Kiteorang banyak menghabiskan masa di Galeri Kanak-Kanak sebab kat sini paling banyak aktiviti yang sesuai dan menarik minat kanak-kanak. Alah, bukan kanak-kanak je, orang dewasa pun berminat jugak! πŸ˜„


Muzium Budaya Borneo
Galeri Kanak-kanak

Muzium Budaya Borneo
Galeri Kanak-kanak

Muzium Budaya Borneo
Galeri Kanak-kanak

Muzium Budaya Borneo
Menjelajah sungai di Sarawak dalam dunia maya

Dalam galeri ni, pengunjung diperkenalkan dengan ekosistem sungai di Sarawak sebagai sumber kehidupan di sini yang menjadi titik-tolak kehidupan bertamadun di Sarawak. Pengunjung turut diajar tentang kepentingan menjaga ekosistem sungai dengan cara melupuskan sampah dengan cara yang betul dan kepentingan mengitar semula sampah supaya tak mencemarkan ekosistem di Sarawak.


Muzium Budaya Borneo
Salah satu aktiviti interaktif - kena gerakkan badan untuk buang sampah dalam kotak kitar semula

Muzium Budaya Borneo
Permainan kitar semula sampah

Muzium Budaya Borneo
Khusyuk Khadeeja mengasingkan sampah untuk dikitar semula

Muzium Budaya Borneo
Sungai-sungai di Sarawak

Tingkat ke 3 pulak ialah Galeri Keharmonian Alam & Manusia. Kat sini memaparkan hubungan masyarakat setempat dengan alam sekitar dan macamana tamadun di Sarawak ni mengadaptasi elemen alam sekitar dalam budaya, kepercayaan dan kehidupan seharian mereka satu masa dulu. Hampir kesemua budaya di Sarawak bermula dengan kepercayaan animisme iaitu setiap benda di muka bumi ni mempunyai semangat yang mesti dihormati supaya dapat hidup harmoni dengan alam sekitar. Tapi lama-kelamaan kepercayaan animisme semakin ditinggalkan selepas kedatangan agama sejagat (iaitu Islam, Kristian dan Buddha) di Sarawak.


Muzium Budaya Borneo

Tapi masih ada lagi segelintir masyarakat yang masih mengamalkan kepercayaan animisme seperti semangat dewa laut pada masa sekarang. Contohnya semasa perayaan Kaul Mukah, masih lagi diadakan upacara ritual untuk semangat penjaga iaitu dewa laut.


Muzium Budaya Borneo
Penerangan tentang Pesta Kaul di Mukah

Muzium Budaya Borneo
Ada video yang memaparkan upacara Seraheng Kakan yang masih lagi diamalkan masyarakat Melanau

Muzium Budaya Borneo
Beberapa orang akan menaiki bot ke sebuah pantai di Mukah dan memberikan 'persembahan' makanan kepada semangat penjaga

Muzium Budaya Borneo
Antara artifak yang mewakili semangat yang dipuja satu masa dulu

Muzium Budaya Borneo
Satu masa dulu, golongan bangsawan yang meninggal dunia akan 'ditanam' dalam tiang pengebumian yang dikenali sebagai 'jerunai'

Sebenarnya adat menanam mayat dalam batang pokok ni bukan je diamalkan oleh kaum Melanau, tapi juga diamalkan oleh kaum Punan. Adat zaman dulukala bila golongan bangsawan jatuh sakit, dieorang akan mengarahkan orang bawahan untuk mencari kayu belian sebagai persiapan upacara pengebumian. Selepas mereka meninggal dunia, seorang hamba yatim-piatu akan dipilih sebagai korban sebab masyarakat masa tu percaya ianya untuk mengelak dari nasib buruk dari menimpa rakyat. Hamba yang malang tu akan diikat pada bahagian atas tiang dan ditinggalkan sehingga mereka akhirnya mati kebuluran / kehausan. Nasib baik adat zalim ni dah tak diamalkan lagi!


Muzium Budaya Borneo
Klirieng

Masyarakat Iban satu masa dulu sangat percaya pada petanda burung iaitu bunyi burung dianggap sebagai petanda dari semangat / dewa-dewa. Satu benda yang menarik di muzium ni ialah penggunaan audiovisual iaitu bunyi kicauan burung dan pancaran hologram untuk menerangkan petanda-petanda yang dipercayai dengan kehadiran spesies burung tertentu.


Muzium Budaya Borneo
Petanda burung

Muzium Budaya Borneo
Replika rumah tradisi Bidayuh

Kat sesetengah pameran ada disediakan tablet sentuh untuk pengunjung mengetahui lebih lanjut tentang sesuatu penerangan.

Muzium Budaya Borneo
Khayla khusyuk belajar tentang adat orang Kayan

Selain tu, pengunjung boleh melihat secara maya pemandangan di tempat-tempat tertentu di Sarawak contohnya penanaman padi di Bario.


Muzium Budaya Borneo
Kamera virtual memaparkan visual sawah padi di Bario


Kiteorang sebenarnya sempat sekejap je naik ke tingkat 4 tapi cuma singgah di pameran yang interaktif je sebab kesuntukan masa.

Antara pameran interaktif lain yang menarik di Muzium Budaya Borneo ialah:


Muzium Budaya Borneo
Peta interaktif tentang sejarah Sarawak

Muzium Budaya Borneo
Painted Cave - bila sentuh ukiran di dinding gua, ukiran tu akan bercahaya dan ada penerangan

Muzium Budaya Borneo
Buku animasi yang menggunakan motion sensor untuk menukar helaian muka surat

Sebenarnya banyak lagi benda menarik di muzium ni, kalau korang nak tau lebih lanjut kena la datang ke sini hehe.

Muzium Budaya Borneo
Tingkap bahagian atas muzium ni yang Instagrammable

Muzium Budaya Borneo
Gayat jugak bila tengok ke bawah

Ada jugak kejadian lucu masa melawat muzium ni. Berlainan dengan Khayla yang terlalu khusyuk sampaikan setiap benda dia nak singgah dan baca penerangan, Khadeeja pulak tiba-tiba kelaparan lepas keluar dari Galeri Kanak-kanak. Jadi dia pun berjalan laju-laju dengan Suami Terchenta dan cuma berhenti di pameran-pameran interaktif tertentu je. Tu pun dia desak bapak dia jalan laju-laju dan tak toleh kiri kanan dah so cepat la dieorang tamat tour satu muzium tu πŸ˜‚.

Rupa-rupanya dia dah ternampak restoran kat tingkat satu muzium ni, jadi dia cepat-cepat nak habis supaya boleh singgah makan di restoran. Aduhai la anak. Itulah akibatnya tak dengar pesanan emak supaya makan siap-siap kat rumah.


Muzium Budaya Borneo
Restoran muzium yang lawa

Sama jugak dengan si kakak. Lepas menangis sekejap sebab terkilan tak habis tour muzium, sempat lagi Khayla mintak nak makan jugak dan pesan lasagna. Aku dengan Suami Terchenta pesan minuman je sebab harga makanan kat restoran ni boleh tahan kayangan jugak.


Muzium Budaya Borneo
Dua-dua kebulur lepas explore Muzium Budaya Borneo


Muzium Budaya Borneo dibuka pada hari Isnin - Jumaat, 8 pagi - 5 petang. Kalau korang ada peluang datang ke Kuching Sarawak, pastikan korang selitkan lawatan ke muzium ni dalam itinerari trip korang tau. Serius tak menyesal.

12 comments:

  1. wahhh ni dah macam bukan muzium dah ni... cantikkkk dalamannyaaaπŸ‘πŸ‘πŸ‘

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa kata anies ajak Sal melancong ke Kuching, boleh pergi melawat muzium baru ni πŸ˜„

      Delete
    2. insya allah mmg ada plan nk dtg kuching lg. tp tu laa plan je menjadinya x tau lg😁

      Delete
    3. Nanti sampai ke Kuching boleh la update kat blog anies ✌🏻

      Delete
  2. menarik sungguh muzium dia. boleh bersampan lagi tu. nice info. Sarawak je tak pernah sampai2 lagi. insyallah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh la masukkan dlm bucket list tempat2 nak dituju klu ke Sarawak πŸ˜‰

      Delete
  3. mama sekeluarga suka pergi tempat macam ni byk boleh timba ilmu.. cantik betul tempat ni dan nampak bersih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Muzium yang baru dan moden, memang menarik pameran dalam muzium ni. Semoga mama ada rezeki sampai ke sini.

      Delete
  4. masa percuma dulu saya tidak sempat pergi...tiada rasa nak pergi...rugi sedikit kot

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pulak tak sempat pergi tahun lepas waktu masih masuk percuma.

      Delete
  5. Kmk dh 2x pegi.. masa free dan berbayar... masa ya cafe belom bukak gik.. org mdh not bad mknn di sia.. nyaman2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Standard cafe hipster. Harga pun hipster juak hehe. Tapi nang kacak muzium tok. Bangga eh jadi orang Sarawak hehe

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .