Jalan-jalan Ke Eropah Musim Panas 2025: Paris/Amsterdam

Kita kembali dengan siri jalan-jalan ke Eropah musim panas!

Sambungan dari sini:


Mula-mula sekali, aku nak minta maaf la ye sebab entry kali ni memang banjir dengan gambar-gambar 😅. Sila jangan muntah hijau tau korang hihi.


Day 7 - Amsterdam.

Kiteorang ke Amsterdam menaiki tren Eurostar. Sebelum check out dari tempat penginapan, kiteorang singgah di Maison Bayat tak jauh dari apartment kiteorang untuk membeli pastri buat alas perut dalam tren. Maison Bayat ni ialah bakery yang terkenal di kalangan pelancong Muslim sebab makanan kat sini halal. 


Maison Bayat
Maison Bayat

Paris
Last pemandangan Paris sebelum bertolak ke Amsterdam

Paris
Harap-harap dapat jejakkan kaki ke Paris lagi

Gare du Nord
Posing dulu depan tren Eurostar yang kiteorang naik ke Amsterdam

Tren Eurostar ke Amsterdam berlepas dari stesen Gare du Nord pada pukul 8.05 pagi. Harga tiket tren ni dalam RM336 seorang. Dari pengalaman aku, better naik tren dari naik flight sebab tak payah nak beratur untuk pemeriksaan imigresen dan cop passport. Rasa lebih seamless travel dalam Eropah berbanding di Asia.


Eurostar
Dalam tren

Paris
Hasil memborong di Maison Bayat. Pastri di Paris kat mana-mana pun sedap 😋

Eurostar
Aku beli hot chocolate dekat kafe dalam Eurostar ni, siap dapat coklat

Perjalanan dari Paris ke Amsterdam mengambil masa hampir 4 jam. Sepanjang perjalanan tu, aku ambik peluang untuk tidur sebab rasa tak cukup tidur sepanjang trip ni 😅. 

Finallyyyyy sampai jugak ke Amsterdam Centraal, stesen keretapi utama di Amsterdam. Lebih kurang KL Sentral kita la, cuma bangunannya klasik European architecture. Lawa uolss!


Amsterdam Centraal
Amsterdam Centraal

Amsterdam Centraal
Dalam bangunan Amsterdam Centraal

Amsterdam ialah bandar yang sangat cantik. Nama Amsterdam berasal dari perkataan sungai "Amstel" dan perkataan "dam" empangan. Asalnya, Amsterdam ialah sebuah kampung nelayan yang terletak di kawasan berpaya. Kampung ni selalu dilanda banjir disebabkan kedudukannya di muara Sungai Amstel. Disebabkan kerap banjir, jadi penduduk di situ pun buat empangan atas sungai ni pada kurun ke-13. Akhirnya nama Amsterdam tu pun melekat sampai sekarang.


Amsterdam
Kagum dengan kecantikan bandar Amsterdam sebaik je keluar dari Amsterdam Centraal

Basilica of Saint Nicholas
Ni ialah laluan tram. Di Amsterdam, mod pengangkutan yang popular ialah basikal (fiets), tram, metro dan feri (boleh naik secara percuma!)

Basilica of Saint Nicholas
Basilica of Saint Nicholas di belakang kafe & restoran Loetje 

Dari Amsterdam Centraal, kiteorang berjalan kaki ke hotel sebab jarak hotel dalam 700 meter je dari stesen keretapi. Dekat Amsterdam, korang kena berwaspada dan sentiasa peka dengan sekeliling sebab orang-orang kat sini bawak basikal laju giler! Kita pejalan kaki kena alert dengan bunyi loceng basikal. Dekat sini, basikal lebih banyak dari orang ye 😂. Penduduk Amsterdam memang lebih suka berbasikal ke mana-mana dari bawak kereta.


Amsterdam
Pemandangan ikonik di Amsterdam - terusan, bot, cathedral dan bangunan canal house atau grachtenpanden

Sepanjang di Amsterdam, kiteorang menginap di Quentin Arrive Hotel. Harga untuk 4 malam ialah RM559 seorang. Murah kan? Tapi kenapa murah? Sebab takde lif! 😂 Kalau korang bawak luggage besar dan berat, bersedia la kena mengangkut beg naik tangga yang sempit. Tu la yang terjadi dengan dua orang member aku tu. Memang kena bekerjasama angkut beg naik.

Tapi dari segi bilik ok je. Kiteorang ambik bilik untuk 3 orang, jadi dapat katil seorang satu. Bilik air dia besar dan ada water heater. Dan paling best, ada kipas meja! Kalau tak azab weyh, berkicap dalam bilik tu! 🥵 Dekat Eropah susah nak cari hotel / penginapan yang ada aircond melainkan duduk di hotel yang mahal.


Amsterdam
Bilik hotel Quentin Arrive untuk 3 orang (kredit foto: Jen)

Disebabkan kiteorang sampai lebih awal dari waktu check-in, jadi kiteorang kena tinggalkan luggage dekat luggage storage room dulu sementara tunggu bilik kiteorang ready. Sementara tu, kiteorang keluar jalan-jalan cari makan dulu.


Amsterdam
Lorong kecil di sebelah hotel kiteorang

Bersambung di entry seterusnya...

Ke Perpustakaan KL lagi dan Singgah di The Braders' Durian

Salam Isnin kawan-kawan,

Semalam kiteorang bawak anak-anak ke Perpustakaan KL sekali lagi sebab anak-anak request nak belajar di library. Boleh nampak la dieorang lebih fokus belajar di perpustakaan dari di rumah. Buktinya, balik dari library je terus buku-buku tu dilupakan! 🙂‍↔️ Padahal aku dah pesan balik dari library kena sambung ulangkaji dan buat latih tubi. Grrr. Hangin je mak dieorang 😒.

Kiteorang ke perpustakaan lepas anak-anak habis kelas mengaji. Tak berani nak ambik risiko jalan ditutup, maka kiteorang pun naik LRT je dan jalan kaki ke library. Masa kiteorang sampai dekat Dataran Merdeka tu, himpunan protes Trump datang ke Malaysia dah lama bersurai. Kalau tak boleh join sekaki 🤭.


Perpustakaan Kuala Lumpur
Ke sini lagi...

Macam biasa library KL sentiasa penuh dengan student. Tapi nasib baik ada sekumpulan pelajar ni dah nak balik jadi kiteorang pun dapat la duduk dekat meja panjang lepas dieorang balik. Aku macam biasa la, blogging. Suami Terchenta pulak tengok siaran langsung mesyuarat ASEAN dekat hp. 

Anak-anak fokus buat ulangkaji dan cuma berhenti untuk solat Zohor dan makan tengahari. Dekat library ni, ada pantry kecik yang menjual mee segera dan minuman, senang tak payah keluar cari makan. Lepas beli mee segera, isi air panas dalam cawan dari penapis air yang disediakan dan duduk di meja makan dekat luar bahagian perpustakaan. Cuma boleh makan dekat kawasan situ, tak boleh bawak makanan masuk ke dalam.

Kiteorang stay situ dari pukul 12.30 sampai pukul 5 petang. Bila staff library tutup lampu barulah kiteorang keluar dari library.

Sebelum balik ke rumah, kiteorang singgah di The Braders' Durian sebab memang dah janji dengan anak-anak nak bawak makan durian hujung minggu ni. The Braders' Durian ni dekat Jalan Gombak, tak jauh sangat dari rumah kiteorang.


The Braders' Durian
Mendurian dulu sebelum balik

Menyesal tak tau tempat ni lebih awal sebab pernah makan kat DKing dekat sebelah Avenue K awal tahun ni, mahal giler ok! Sebiji durian Black Thorn je dekat RM300, kalau tak silap RM90/kg, tu pun timbang dengan kulit durian sekali. Cis, rasa kena scam pulak 😅. The Braders' Durian ni pulak kiteorang ambik 2 bekas besar durian Musang King dan Udang Merah dan Suami Terchenta ambik sebijik lagi Black Thorn, total RM200+ tu pun lebih sikit je.


durian
Besar dan gebu-gebas ulas durian Black Thorn ni. Sedap, ada rasa pahit-pahit sikit

Alhamdulillah isi durian semua bagus dan sedap. Boleh la ke sini lagi kalau tetiba craving durian. Syukur craving tu datang beberapa bulan sekali je, haha. Kena sedar diri kan, ada diabetes! 🥲

Kiteorang pilih untuk makan di medan selera Pondok Makan sebelah gerai durian je. Tempat ni selesa ada kipas siling dan kipas besar jugak.


medan selera
Medan selera Pondok Makan

Nampak gerai cendol, tetiba teringin pulak nak membasahkan tekak dengan cendol yang sejuk. Satu mangkuk cendol biasa RM4. Aku pesan cendol jagung, harganya RM5.


Pondok Makan
Gerai cendol ni ambik durian dari gerai The Braders' Durian kalau customer request nak cendol durian

Malaysian dessert
The perfect combination - cendol dan durian

Alhamdulillah atas segala kurniaan-Nya 🥰.

Majlis Anugerah Kecemerlangan Ko-kurikulum dan Hal Ehwal Murid

Semalam sekolah anak-anak menganjurkan Majlis Anugerah Kecemerlangan Ko-kurikulum dan Hal Ehwal Murid untuk tahun ni. Khayla pun salah seorang pelajar yang menerima anugerah kecemerlangan ko-kurikulum, maka excited la mak dan bapak dia datang untuk tengok dia terima anugerah tu.


Majlis Anugerah Kecemerlangan  Ko-kurikulum dan Hal Ehwal Murid
Ketibaan VIP terdiri dari wakil dari PDRM, YDPA PIBG, Pengetua, guru-guru kanan dan wakil PIBG disambut dengan tabik hormat dari Kadet Remaja Sekolah

Sepanjang majlis tu, meriah betul dengan persembahan oleh anak-anak di atas pentas. Majlis bermula pukul 8.30 pagi dan berakhir pukul 12 tengahari, tapi tak rasa bosan pun sebab banyak selingan persembahan dari pelajar-pelajar termasuk Khayla.


Tarian tradisional Melayu
Persembahan pembukaan majlis - tarian tradisional dari kelab tarian

Tarian tradisional Melayu
Tarian tradisional dari pelajar-pelajar PPKI

Angklung
Adipatra buat persembahan yang dieorang menang masa pertandingan IYC bulan Ogos lepas


Dan acara yang paling kiteorang tunggu - Khayla terima anugerah kecemerlangan ko-kurikulum 😍. Tahniah buat anak Mommy sebab berani menonjolkan diri dalam bidang ko-kurikulum tahun ni! 🥳 Momen ni akan menjadi kenangan terindah buat aku dan Suami Terchenta bila tengok penat lelah Khayla selama ni terbalas jua akhirnya bila dia terima anugerah ni 🥰.


Anugerah ko-kurikulum
Tahniah Khayla! 💖

Sebenarnya bukan Khayla seorang je penerima anugerah kecemerlangan ko-kurikulum ni. Semua pelajar yang terlibat dalam pertandingan IYC tu pun terima anugerah yang sama sebab dieorang muncul juara dan mengharumkan nama sekolah.

Anugerah tertinggi ialah tokoh ko-kurikulum dan tokoh sukan di mana pelajar-pelajar yang terima anugerah tu berjaya mendapat tempat di peringkat kebangsaan dan antarabangsa pun ada jugak. Tahniah buat anak-anak yang mendapat anugerah tokoh tu. Hebat didikan ibu bapa dieorang! 👏🏻👏🏻 Semoga menjadi inspirasi buat Khayla dan Khadeeja untuk bergiat aktif dalam bidang ko-kurikulum dan pada masa yang sama cemerlang dalam bidang akademik jugak 🤲🏻.

Makan-makan Sepanjang Bulan Oktober

Orang kata makan la selagi masih boleh makan tapi pastikan makan berpada-pada. Zaman masih muda dan baru mula bekerja, tak cukup duit nak makan sedap-sedap. Nanti dah tua takde selera pulak nak makan sedap-sedap. Jadi kena makan sekarang ni sementara masih dikurniakan nikmat untuk makan 🤪. 

Haha betul ke tak nasihat tu, aku pun tak pasti. Yang pasti aku bersyukur setiap hari ada je makanan depan mata untuk mengisi perut kosong. Ramai saudara kita yang takde makanan dan kena berlapar berhari-hari, lagi-lagi rakyat Palestin di Gaza. Kalau boleh kirim makanan kat dieorang melalui skrin hp ni, dah lama aku buat. Tapi tak boleh, jadi bagi bantuan ke tabung untuk Gaza je la dengan harapan sampai dekat dieorang.

Anyway, memandangkan tajuk tentang apa yang aku makan bulan ni, ni la antara juadah yang aku / kami makan:


Pes tomyam
Tomyam ayam guna pes yang aku beli dekat Hat Yai. Pes nya sedap cuma masam sikit


Nasi ayam Yat
Nasi ayam Hainan. Aku suka nasi ayam dekat UTC Sentul dari gerai Nasi Ayam Yat sebab Chinese-style tapi owner gerai ni Melayu

Restoran Onde-Onde
Kari laksa Nyonya dekat restoran Onde-onde. First time aku makan kari laksa ni. Sedap rupa-rupanya gabungan kuah kari bersantan dengan bahan-bahan laksa. Bila hirup kuahnya dapat rasa ada bunga kantan dicampur dalam kuahnya. Sis suka!

dipndip TRX
Ni bukan aku yang makan sebenarnya. Ni anak-anak yang craving nak chocolate crepe dekat Dipndip. Masa staff tu hantar ke meja siap buat gaya lagi masa tuang coklat cair atas crepe tu hehe. Sejak dah tak pegang title golongan belia, dah tak gemar benda-benda manis leting yakmat macam ni, tapi kita layan je la tekak anak-anak yang masih remaja ni 🤭

Ada banyak lagi sebenarnya tapi yang ni je gambar yang aku snap sebelum makan. Biasanya kalau makanan sampai, aku dah tak toleh kiri kanan terus la ngap lepas baca doa makan. Lepas tu baru terfikir, eh eh, tak ambik gambar lagi la 😆. Nampak nau gelojoh kan.

KL Lockdown Sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-47

Notis penutupan pusat bandar KL sempena sidang kemuncak ASEAN ke-47

Bermula dari semalam sampai Selasa depan, pusat bandar Kuala Lumpur akan ditutup sepenuhnya dan penutupan jalan akan dibuat secara berperingkat bagi laluan konvoi rasmi. Langkah ini dibuat bagi memastikan keselamatan dan kelancaran trafik sepanjang sidang kemuncak ASEAN ke-47 yang akan diadakan di Kuala Lumpur tahun ni.

Orang awam dinasihati merancang perjalanan lebih awal, menggunakan pengangkutan awam untuk memasuki Kuala Lumpur dan memberikan kerjasama dengan mematuhi arahan trafik demi kelancaran serta keselamatan bersama. Pihak berkuasa juga meminta orang awam untuk tidak memasuki pusat bandar tanpa urusan penting semasa tempoh penutupan jalan.

Untuk maklumat dan penjelasan terperinci, boleh lawati laman web ecentral.my .

Nota kaki: Bila baca lockdown ni teringat pulak zaman PKP dulu. Nak masuk ofis, kena ada surat dari HR. Apapun, semoga mesyuarat ASEAN ni membuahkan hasil yang positif untuk kelangsungan ekonomi Malaysia.