Salam Isnin kawan-kawan,

Selepas aku meninggalkan Masjid Besar Paris, aku berjalan kaki dan menaiki bas untuk pergi ke destinasi-destinasi seterusnya.

Sebelum tu, mana yang terlepas siri jalan-jalan musim panas di Eropah, korang boleh baca dekat sini ye:


Paris
Paris, I'm in love!

Day 6 - Seine River. Rue Crémieux. Rue Cler. Musée de l'Armée. Rue de l'Université. Eiffel Tower. Place du Trocadéro.

Sungai Seine

Lepas menunaikan solat jamak Zohor dan Asar di Masjid Besar Paris, aku decide nak ke Rue Crémieux yang terkenal dengan deret bangunan rumah yang berwarna-warni, sama macam di Notting Hill. Dari masjid, aku berjalan kaki sepanjang 1.5km melalui jambatan Pont d'Austerlitz dan menyeberangi Sungai Seine yang pernah menjadi tumpuan dan isu kontroversi semasa pembukaan sukan Olimpik Paris 2024. Dikatakan usaha membersihkan Sungai Seine menelan belanja €1.4 billion semata-mata untuk memastikan kualiti airnya selamat untuk acara berenang terbuka dan triathlon yang diadakan di sungai ni. Agaknya sebab tu la masa aku di Paris sungai ni nampak bersih je.


Seine River
Sungai Seine

Masa ni cuaca sangatlah panas lit-lit ye. Nasib baik aku bawak payung lipat dan kipas tangan bateri sebab kalau tak aku rasa aku pengsan kot kena heatstroke! Haba musim panas ni memang tak boleh bawak bincang ok. Kalau kat Malaysia ada la rasa lembap sikit, kat sana panas dia macam korang bukak pintu oven yang panas lepas tu taruk muka depan tu. Berbahang!

Tapi mat salleh kat situ aku tengok rilek je jalan dalam cuaca panas terik tu. Dieorang memang suka cuaca panas sebab cuaca macam ni cuma singgah di negara dieorang selama 3-4 bulan setahun. Selebihnya dieorang kena pakai baju berlapis-lapis. Patutlah mat salleh yang datang ke negara kita rilek je jogging / bersiar-siar di bawah matahari terik masa tengahari buta, sedangkan kita orang Asia ni bertempiaran lari cari tempat teduh / masuk mall sebab nak ambik sejuk aircond! 😅


Rue Crémieux - Most Beautiful Street in Paris

Rue Crémieux terletak di 12th arrondisement di Paris dan telah mendapat jolokan 'jalan yang tercantik di Paris'. Asalnya bangunan di sini dibina sebagai perumahan pekerja. Sekarang, Rue Crémieux terkenal sebagai lokasi penggambaran dan lokasi yang dianggap Instagrammable. 



Tapi bila aku sampai ke Rue Crémieux, rupa-rupanya tempat ni indah khabar dari rupa. Disebabkan ramai sangat pelancong yang datang bergambar kat sini, jadi penduduk yang tinggal dekat lorong ni rasa terganggu dan dieorang dah letak notis tak boleh ambik gambar atau video di jalan ni untuk menjaga privasi penduduk di situ.


Most beautiful street in Paris
Aku cuma ambik gambar dari luar lorong je la. Warna bangunan kat sini lebih kepada warna pastel jadi tak menonjol sangat

Rue Cler - Best Market Street in Paris

Dari Rue Crémieux, aku naik bas ke stesen metro Bastille dan ambik tren ke stesen École Militaire. Dari stesen ni, jarak ke Rue Cler cuma 350 meter je. 


Selingan jap. Yang ni ialah mesin isi botol air percuma terletak dalam stesen metro

Di sini terletaknya market street yang bersejarah di 7th arrondissement Paris. Rue Cler popular di kalangan pelancong dengan kedai yang menjual makanan gourmet termasuk daging, keju, coklat, macaron, dan makanan segar seperti buah-buahan dan bunga hidup. Selain dari pelancong, penduduk tempatan pun suka lepak dekat teres kafe, menonton orang ramai yang lalu-lalang sambil minum kopi, wine atau beer. Suasana di market street ni aku boleh gambarkan sebagai classic Parisian atmosphere. Selalunya pelancong yang nak lepak di taman Champ de Mars sambil menikmati pemandangan Eiffel Tower akan membeli peralatan dan makanan piknik di Rue Cler sebab jarak Rue Cler ke Eiffel Tower boleh berjalan kaki je.


market street Paris
Rue Cler dari stesen metro

Rue Cler
Dekat sini boleh beli macaron, keju artisan, buah-buahan dan sayur-sayuran segar, bunga segar dan singgah makan di kafe sambil tengok orang lalu-lalang


Sebenarnya tujuan utama aku ke Rue Cler selain dari jalan-jalan cuci mata ialah sebab aku nak singgah ke kedai aiskrim Amorino Gelato dekat sini. Cuaca di Paris musim panas membuatkan tekak rasa nak makan aiskrim. Amorino Gelato ni tak mengandungi alkohol atau gelatin haiwan (dekat website dieorang letak bahan-bahan dieorang organik, vegan dan gluten-free), jadi aku rasa yakin nak beli.


Rue Cler
Aku pilih perisa mangga dan kopi, lepas tu letak macaron coklat haha. Kurang sesuai kombinasi tu tapi kalau makan individually sedap je 😅

Dekat Rue Cler ni aku berkumpul semula dengan kawan-kawan dan kiteorang sempat makan tengahari merangkap makan malam di Cafe Central di sini. Lepas makan, kiteorang bergerak ke destinasi seterusnya iaitu Rue de l'Université dengan berjalan kaki.


Musée de l'Armée

On the way ke Rue de l'Université, kiteorang melewati Musée de l'Armée. Ia merupakan muzium ketenteraan dan terletak di Les Invalides. Muzium ni dibina pada tahun 1905 dan mempamerkan relik dan peninggalan sejarah berkaitan dengan perang dan ketenteraan seperti senjata, baju uniform, baju besi, artileri dan lukisan. Dekat sini jugak terletaknya makam Napoleon. Kiteorang tengok dari jauh je la sebab muzium dekat Paris ni tak macam muzium di UK yang masuk percuma. Dekat sini, kebanyakan muzium mengenakan bayaran tiket untuk masuk. Harga tiket untuk masuk ke muzium ni dan Makam Napoleon ialah €17 seorang. Bagi aku mahal la jugak.


Musée de l'Armée
Musée de l'Armée

Rue de l'Université

Rue de l'Université ialah salah satu spot ambik gambar Eiffel Tower yang terkenal di kalangan Instagrammers. Sebenarnya dari Rue Cler nak ke sini tak la jauh sangat tapi kiteorang tersesat dan ke arah bertentangan. End up kiteorang terpaksa berjalan jauh untuk patah balik ke arah yang betul. Masa ni kiteorang memang rushing nak ke sini sebab nak ambik gambar sebelum matahari terbenam.


Rue de l'Université
Rue de l'Université. Janganlah percaya jalan ni lengang macam ni ye, aku guna Gemini AI untuk hilangkan pelancong-pelancong lain dari gambar ni 😂

Place du Trocadéro

Lepas puas bergambar di Rue de l'Université, kiteorang berjalan ke taman Champ de Mars untuk close-up view of the Eiffel Tower. Masa aku pertama kali ke Paris berbelas tahun yang lepas, aku pernah naik ke atas menara ni. Sebenarnya takde apa-apa sangat pun kat atas tu, lebih kepada nak ambik pemandangan panorama kota Paris dan tengok bilik pejabat Gustave Eiffel, iaitu jurutera yang bertanggungjawab mereka dan membina menara yang menjadi ikon kota Paris ni.

Seterusnya kiteorang berjalan ke stesen metro Bir-Hakiem dan naik metro ke Place du Trocadéro. Tujuan kitoerang ke sini ialah untuk ambik gambar Eiffel Tower sebelah malam semasa Eiffel Tower ni berkelip-kelip dengan cahaya selama 5 minit pada setiap jam.

Tapi nak tunggu hari gelap tu mak ai... kemain lama tau. Dah la sesak dengan orang ramai, panas, dan badan pun dah penat selepas seharian berjalan-jalan sekitar kota Paris (dekat 30 ribu langkah jugak la aku berjalan hari tu). Kiteorang tunggu dari pukul 9 (matahari terbenam) sampai la pukul 11 malam baru la dapat tengok Eiffel Tower bercahaya. Aku dah nak give up, nak balik tapi takut pulak nak balik sorang-sorang. 

Masa lampu Eiffel Tower menyala, semua orang bersorak dan masa tu jugak band muzik dekat situ mainkan lagu Perfect oleh penyanyi Ed Sheeran. Semua orang ikut menyanyi masa tu, dan... baru aku faham kenapa Paris ni mendapat gelaran 'kota romantis'. Sebab kat sini Eiffel Tower menyala pun auto rasa romantik 😂. Sayang pulak kiteorang tinggalkan suami masing-masing kat rumah, tak dapat la ikut rasa romantis masa tu hihi.


Place du Trocadéro
Eiffel Tower siang dan malam


Dengan tu, tamatlah cerita Paris sebab keesokan harinya kiteorang meninggalkan kota Paris untuk ke destinasi seterusnya. Ke manakah? Nanti aku sambung cerita di entry seterusnya 😉.


OOTD edisi Paris

No comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .