Majlis Anugerah Kecemerlangan Ko-kurikulum dan Hal Ehwal Murid

Semalam sekolah anak-anak menganjurkan Majlis Anugerah Kecemerlangan Ko-kurikulum dan Hal Ehwal Murid untuk tahun ni. Khayla pun salah seorang pelajar yang menerima anugerah kecemerlangan ko-kurikulum, maka excited la mak dan bapak dia datang untuk tengok dia terima anugerah tu.


Majlis Anugerah Kecemerlangan  Ko-kurikulum dan Hal Ehwal Murid
Ketibaan VIP terdiri dari wakil dari PDRM, YDPA PIBG, Pengetua, guru-guru kanan dan wakil PIBG disambut dengan tabik hormat dari Kadet Remaja Sekolah

Sepanjang majlis tu, meriah betul dengan persembahan oleh anak-anak di atas pentas. Majlis bermula pukul 8.30 pagi dan berakhir pukul 12 tengahari, tapi tak rasa bosan pun sebab banyak selingan persembahan dari pelajar-pelajar termasuk Khayla.


Tarian tradisional Melayu
Persembahan pembukaan majlis - tarian tradisional dari kelab tarian

Tarian tradisional Melayu
Tarian tradisional dari pelajar-pelajar PPKI

Angklung
Adipatra buat persembahan yang dieorang menang masa pertandingan IYC bulan Ogos lepas


Dan acara yang paling kiteorang tunggu - Khayla terima anugerah kecemerlangan ko-kurikulum 😍. Tahniah buat anak Mommy sebab berani menonjolkan diri dalam bidang ko-kurikulum tahun ni! 🥳 Momen ni akan menjadi kenangan terindah buat aku dan Suami Terchenta bila tengok penat lelah Khayla selama ni terbalas jua akhirnya bila dia terima anugerah ni 🥰.


Anugerah ko-kurikulum
Tahniah Khayla! 💖

Sebenarnya bukan Khayla seorang je penerima anugerah kecemerlangan ko-kurikulum ni. Semua pelajar yang terlibat dalam pertandingan IYC tu pun terima anugerah yang sama sebab dieorang muncul juara dan mengharumkan nama sekolah.

Anugerah tertinggi ialah tokoh ko-kurikulum dan tokoh sukan di mana pelajar-pelajar yang terima anugerah tu berjaya mendapat tempat di peringkat kebangsaan dan antarabangsa pun ada jugak. Tahniah buat anak-anak yang mendapat anugerah tokoh tu. Hebat didikan ibu bapa dieorang! 👏🏻👏🏻 Semoga menjadi inspirasi buat Khayla dan Khadeeja untuk bergiat aktif dalam bidang ko-kurikulum dan pada masa yang sama cemerlang dalam bidang akademik jugak 🤲🏻.

17 comments:

  1. Tahniah, meriahnya majlis..tak apalah tak nampak muka..hargai cara, hormat blogging kawan-kawan..Gambar berbicara..nampak sangat meriah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau budak2 sekolah memang saya blur kan muka utk jaga privasi dieorang 😅

      Delete
    2. Difahami..Semoga baik2 saja di blog kan, mohon Allah lindungi.Aamiin

      Delete
  2. Alhamdulillah, tahniah anak dan ibu bapa.. tumpang gembira, tumpang bangga.. semoga terus cemerlang ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, Ameen YRA atas doanya 🤲🏻

      Delete
  3. Tahniah Khayla....Kak Dania pernah terima anugerah ko-kurikulum ni sebab masuk Pandu Puteri dan menang ikatan gadjet.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Sis Ezna 🫶🏻 Sebab tu saya galakkan anak2 aktif ko-ko sbb nnt nak masuk uni mesti tengok pencapaian ko-ko jugak kan.

      Delete
  4. Congrats khayla 🎉🎉🎉🎉🎉. Pastilah ini buat mama papa bangga 👍👍. Semoga nanti semakin banyak pencapaian khayla dalam hal akademik yaa ☺️

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ameen YRA, terima kasih Fanny 😄 yang ini bukan anugerah akademik, tapi hadiah kerana aktif penglibatan dalam persatuan dan kelab di sekolah. Dua2 pun penting sebab bila nak masuk universiti awam nanti kena ada pencapaian akademik dan bukan akademik 😃

      Delete
  5. Tahniah Khayla...semoga terus cemerlang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih SA atas ucapannya. Harapan mak bapak memang nak anak2 berjaya dan senang kehidupan dieorang di kemudian hari

      Delete
  6. Alhamdulillah.. Tahniah buat Khayla..

    ReplyDelete
  7. alhamdulillah... tahniah khayla! kami pun tumpang bangga👍👍👍 semoga terus cemerlang di masa hadapan insya allah

    aminnnn

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .