Bawa Anak-anak Mengulangkaji di Perpustakaan Raja Tun Uda Shah Alam

Salam kawan-kawan,

Hari Isnin lepas, sekolah anak-anak bercuti peristiwa sempena Majlis Anugerah Kecemerlangan Ko-kurikulum dan Hal Ehwal Murid yang dibuat pada hari Sabtu lepas. Memandangkan minggu ni ialah minggu peperiksaan UASA, jadi aku bawak anak-anak ke perpustakaan lagi untuk mengulangkaji.

Mula-mula nak bawak dieorang ke Perpustakaan KL lagi tapi semua perpustakaan di KL termasuk Perpustakaan Negara tutup pulak setiap hari Isnin. Maka terpaksalah aku angkut dieorang ke Perpustakaan Raja Tun Uda nun jauh di Shah Alam 😅.


Perpustakaan Raja Tun Uda Shah Alam
Perpustakaan Raja Tun Uda Shah Alam

Lama bebenor aku tak jejakkan kaki ke perpustakaan ni. Kali terakhir aku ke sini pada tahun 2013, anak-anak masih kecik lagi masa tu. Kali ni bila aku datang, dah banyak sangat perubahan dalam perpustakaan ni. Salah satunya ialah ada bangunan parking bertingkat yang luas.


Perpustakaan Raja Tun Uda Shah Alam
Perkhidmatan buggy disediakan untuk mengambil dan menghantar pengunjung dari tempat parking ke library

Ada banyak kemudahan di perpustakaan ni untuk semua golongan termasuklah golongan orang kurang upaya. 


Perpustakaan Raja Tun Uda Shah Alam
Kemudahan escalator untuk pengunjung

Perpustakaan Raja Tun Uda Shah Alam
Bilik untuk pengunjung dengan masalah penglihatan

Perpustakaan Raja Tun Uda Shah Alam
Perpustakaan Raja Tun Uda yang serba moden dan estetik ni dinobatkan sebagai salah sebuah perpustakaan terbaik di Malaysia

Perpustakaan Raja Tun Uda Shah Alam
Antara kemudahan yang ada ialah pinjaman buku, zon kanak-kanak, bilik perbincangan, ruang belajar, teater 3D/6D, Internet yang pantas, kafeteria, kemudahan komputer dan banyak lagi

Di luar perpustakaan pun dinaik taraf siap ada jeti menghadap tasik dengan pemandangan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah. Sesuai untuk ber OOTD dekat sini 😄.


Perpustakaan Raja Tun Uda Shah Alam
Perpustakaan Raja Tun Uda Shah Alam berkonsepkan "perpustakaan dalam taman"

Perpustakaan Raja Tun Uda Shah Alam
Pemandangan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah

Berbeza dengan perpustakaan KL dan Perpustakaan Negara, dalam perpustakaan ni tak dibenarkan memakai kasut dan ada beg disediakan untuk letak kasut sebelum bawak masuk ke dalam. Aku hampir-hampir tak perasan, nasib baik Khayla bagitau aku pasal "no shoes policy" ni.


Perpustakaan Raja Tun Uda Shah Alam
Do's and don't's di perpustakaan ni

Paling best kat sini ada banyak meja study. Kalau di Perpustakaan KL, meja study agak terhad dan kena datang awal kalau nak dapatkan meja kosong.

Kiteorang menghabiskan sehari suntuk di perpustakaan ni sampai pukul 5.45 petang (perpustakaan ditutup pada pukul 6 petang). Anak-anak kata best sangat study kat sini, hujung minggu ni dieorang request nak pergi ke sini lagi.


Perpustakaan Raja Tun Uda Shah Alam
Anak-anak tengah fokus buat latih tubi dalam buku latihan. Psst... cantik kan beg ASEAN tu? Khayla dapat masa kumpulan Adipatra dijemput untuk buat persembahan masa salah satu acara mesyuarat ASEAN tahun ni

Petua Hilangkan Kerak Makanan Dalam Periuk dan Air Fryer

Petua ni aku dah lama pakai dan nampaknya berkesan jadi aku pun nak kongsi dengan korang semua. Kalau korang tak rajin nak menyental kerak makanan dalam periuk / bakul air fryer, korang cuma perlu rebus air dengan campuran cecair pencuci pinggan dan baking soda dalam 5-10 minit, lepas tu tunggu dah sejuk, baru sental manja periuk. Kalau kerak tu tebal, kena rebus lama sikit dalam 15-20 minit. 

Untuk mencuci bakul air fryer pulak, aku masukkan air sampai tenggelam jaring bakul tu, letak cecair pencuci pinggan dan baking soda, lepas tu 'ON' air fryer tu pada suhu maksimum (Philips air fryer = 200℃) selama 10 minit, lepas tu bilas dan guna span je untuk tanggalkan kerak yang melekat dekat jaring-jaring tu.

Aku kongsi tips ni dengan BFF aku bila dieorang komplen tak suka guna air fryer sebab renyah nak mencuci lepas tu. Aku cakap eh, tak la. Ikut je tips ni. Sekarang dieorang dah suka guna air fryer pulak 😜.


cleaning stubborn pot stains
Biarkan tindak balas kimia antara cecair pencuci pinggan dan baking soda yang menanggalkan kerak dalam periuk tu sementara aku blogging hihi

Semoga bermanfaat jugak untuk orang. Kalau korang ada petua lain untuk memudahkan kerja-kerja dapur ni, boleh kongsi jugak di ruang komen ye. Arigato gozaimase!

Wordless Wednesday: Kuala Lumpur Di Waktu Malam

Salam Rabu kawan-kawan,

Dari kawasan rumah aku ni boleh nampak 3 mercu Kuala Lumpur ni dari jauh. Masa mula-mula pindah balik ke KL, rasa tak percaya boleh tengok view ni setiap hari. Di rumah sewa sebelum kiteorang pindah ke rumah sekarang ni, kena naik ke rooftop garden untuk menikmati pemandangan ni. Tapi lepas pindah ke rumah sekarang ni, bukak pintu depan je dah boleh tengok. Memang cantik!

Ni pemandangan malam sebelum hari Deepavali. Menara berkembar PETRONAS nampak cantik dengan lampu berwarna-warni sempena perayaan Deepavali. Menara KL pun terang-benderang dan mercu terbaru iaitu Merdeka 118, bangunan yang mengatasi ketinggian Menara Berkembar PETRONAS, nampak gah dengan cahaya lampu.


Kuala Lumpur
Bangunan pencakar langit di KL pada sebelah malam

Ni video yang aku ambik malam tu:



Antara ketiga-tiga bangunan ni, aku belum pernah lagi masuk ke dalam bangunan Merdeka 118. Menara KL dah pernah beberapa kali dan ofis aku pulak memang di KLCC sebelum aku resign. Korang ada tak yang pernah naik Merdeka 118 ni? Cuba cerita pengalaman korang 😃.

Jalan-jalan Ke Eropah Musim Panas 2025: Paris/Amsterdam

Kita kembali dengan siri jalan-jalan ke Eropah musim panas!

Sambungan dari sini:


Mula-mula sekali, aku nak minta maaf la ye sebab entry kali ni memang banjir dengan gambar-gambar 😅. Sila jangan muntah hijau tau korang hihi.


Day 7 - Amsterdam.

Kiteorang ke Amsterdam menaiki tren Eurostar. Sebelum check out dari tempat penginapan, kiteorang singgah di Maison Bayat tak jauh dari apartment kiteorang untuk membeli pastri buat alas perut dalam tren. Maison Bayat ni ialah bakery yang terkenal di kalangan pelancong Muslim sebab makanan kat sini halal. 


Maison Bayat
Maison Bayat

Paris
Last pemandangan Paris sebelum bertolak ke Amsterdam

Paris
Harap-harap dapat jejakkan kaki ke Paris lagi

Gare du Nord
Posing dulu depan tren Eurostar yang kiteorang naik ke Amsterdam

Tren Eurostar ke Amsterdam berlepas dari stesen Gare du Nord pada pukul 8.05 pagi. Harga tiket tren ni dalam RM336 seorang. Dari pengalaman aku, better naik tren dari naik flight sebab tak payah nak beratur untuk pemeriksaan imigresen dan cop passport. Rasa lebih seamless travel dalam Eropah berbanding di Asia.


Eurostar
Dalam tren

Paris
Hasil memborong di Maison Bayat. Pastri di Paris kat mana-mana pun sedap 😋

Eurostar
Aku beli hot chocolate dekat kafe dalam Eurostar ni, siap dapat coklat

Perjalanan dari Paris ke Amsterdam mengambil masa hampir 4 jam. Sepanjang perjalanan tu, aku ambik peluang untuk tidur sebab rasa tak cukup tidur sepanjang trip ni 😅. 

Finallyyyyy sampai jugak ke Amsterdam Centraal, stesen keretapi utama di Amsterdam. Lebih kurang KL Sentral kita la, cuma bangunannya klasik European architecture. Lawa uolss!


Amsterdam Centraal
Amsterdam Centraal

Amsterdam Centraal
Dalam bangunan Amsterdam Centraal

Amsterdam ialah bandar yang sangat cantik. Nama Amsterdam berasal dari perkataan sungai "Amstel" dan perkataan "dam" empangan. Asalnya, Amsterdam ialah sebuah kampung nelayan yang terletak di kawasan berpaya. Kampung ni selalu dilanda banjir disebabkan kedudukannya di muara Sungai Amstel. Disebabkan kerap banjir, jadi penduduk di situ pun buat empangan atas sungai ni pada kurun ke-13. Akhirnya nama Amsterdam tu pun melekat sampai sekarang.


Amsterdam
Kagum dengan kecantikan bandar Amsterdam sebaik je keluar dari Amsterdam Centraal

Basilica of Saint Nicholas
Ni ialah laluan tram. Di Amsterdam, mod pengangkutan yang popular ialah basikal (fiets), tram, metro dan feri (boleh naik secara percuma!)

Basilica of Saint Nicholas
Basilica of Saint Nicholas di belakang kafe & restoran Loetje 

Dari Amsterdam Centraal, kiteorang berjalan kaki ke hotel sebab jarak hotel dalam 700 meter je dari stesen keretapi. Dekat Amsterdam, korang kena berwaspada dan sentiasa peka dengan sekeliling sebab orang-orang kat sini bawak basikal laju giler! Kita pejalan kaki kena alert dengan bunyi loceng basikal. Dekat sini, basikal lebih banyak dari orang ye 😂. Penduduk Amsterdam memang lebih suka berbasikal ke mana-mana dari bawak kereta.


Amsterdam
Pemandangan ikonik di Amsterdam - terusan, bot, cathedral dan bangunan canal house atau grachtenpanden

Sepanjang di Amsterdam, kiteorang menginap di Quentin Arrive Hotel. Harga untuk 4 malam ialah RM559 seorang. Murah kan? Tapi kenapa murah? Sebab takde lif! 😂 Kalau korang bawak luggage besar dan berat, bersedia la kena mengangkut beg naik tangga yang sempit. Tu la yang terjadi dengan dua orang member aku tu. Memang kena bekerjasama angkut beg naik.

Tapi dari segi bilik ok je. Kiteorang ambik bilik untuk 3 orang, jadi dapat katil seorang satu. Bilik air dia besar dan ada water heater. Dan paling best, ada kipas meja! Kalau tak azab weyh, berkicap dalam bilik tu! 🥵 Dekat Eropah susah nak cari hotel / penginapan yang ada aircond melainkan duduk di hotel yang mahal.


Amsterdam
Bilik hotel Quentin Arrive untuk 3 orang (kredit foto: Jen)

Disebabkan kiteorang sampai lebih awal dari waktu check-in, jadi kiteorang kena tinggalkan luggage dekat luggage storage room dulu sementara tunggu bilik kiteorang ready. Sementara tu, kiteorang keluar jalan-jalan cari makan dulu.


Amsterdam
Lorong kecil di sebelah hotel kiteorang

Bersambung di entry seterusnya...

Ke Perpustakaan KL lagi dan Singgah di The Braders' Durian

Salam Isnin kawan-kawan,

Semalam kiteorang bawak anak-anak ke Perpustakaan KL sekali lagi sebab anak-anak request nak belajar di library. Boleh nampak la dieorang lebih fokus belajar di perpustakaan dari di rumah. Buktinya, balik dari library je terus buku-buku tu dilupakan! 🙂‍↔️ Padahal aku dah pesan balik dari library kena sambung ulangkaji dan buat latih tubi. Grrr. Hangin je mak dieorang 😒.

Kiteorang ke perpustakaan lepas anak-anak habis kelas mengaji. Tak berani nak ambik risiko jalan ditutup, maka kiteorang pun naik LRT je dan jalan kaki ke library. Masa kiteorang sampai dekat Dataran Merdeka tu, himpunan protes Trump datang ke Malaysia dah lama bersurai. Kalau tak boleh join sekaki 🤭.


Perpustakaan Kuala Lumpur
Ke sini lagi...

Macam biasa library KL sentiasa penuh dengan student. Tapi nasib baik ada sekumpulan pelajar ni dah nak balik jadi kiteorang pun dapat la duduk dekat meja panjang lepas dieorang balik. Aku macam biasa la, blogging. Suami Terchenta pulak tengok siaran langsung mesyuarat ASEAN dekat hp. 

Anak-anak fokus buat ulangkaji dan cuma berhenti untuk solat Zohor dan makan tengahari. Dekat library ni, ada pantry kecik yang menjual mee segera dan minuman, senang tak payah keluar cari makan. Lepas beli mee segera, isi air panas dalam cawan dari penapis air yang disediakan dan duduk di meja makan dekat luar bahagian perpustakaan. Cuma boleh makan dekat kawasan situ, tak boleh bawak makanan masuk ke dalam.

Kiteorang stay situ dari pukul 12.30 sampai pukul 5 petang. Bila staff library tutup lampu barulah kiteorang keluar dari library.

Sebelum balik ke rumah, kiteorang singgah di The Braders' Durian sebab memang dah janji dengan anak-anak nak bawak makan durian hujung minggu ni. The Braders' Durian ni dekat Jalan Gombak, tak jauh sangat dari rumah kiteorang.


The Braders' Durian
Mendurian dulu sebelum balik

Menyesal tak tau tempat ni lebih awal sebab pernah makan kat DKing dekat sebelah Avenue K awal tahun ni, mahal giler ok! Sebiji durian Black Thorn je dekat RM300, kalau tak silap RM90/kg, tu pun timbang dengan kulit durian sekali. Cis, rasa kena scam pulak 😅. The Braders' Durian ni pulak kiteorang ambik 2 bekas besar durian Musang King dan Udang Merah dan Suami Terchenta ambik sebijik lagi Black Thorn, total RM200+ tu pun lebih sikit je.


durian
Besar dan gebu-gebas ulas durian Black Thorn ni. Sedap, ada rasa pahit-pahit sikit

Alhamdulillah isi durian semua bagus dan sedap. Boleh la ke sini lagi kalau tetiba craving durian. Syukur craving tu datang beberapa bulan sekali je, haha. Kena sedar diri kan, ada diabetes! 🥲

Kiteorang pilih untuk makan di medan selera Pondok Makan sebelah gerai durian je. Tempat ni selesa ada kipas siling dan kipas besar jugak.


medan selera
Medan selera Pondok Makan

Nampak gerai cendol, tetiba teringin pulak nak membasahkan tekak dengan cendol yang sejuk. Satu mangkuk cendol biasa RM4. Aku pesan cendol jagung, harganya RM5.


Pondok Makan
Gerai cendol ni ambik durian dari gerai The Braders' Durian kalau customer request nak cendol durian

Malaysian dessert
The perfect combination - cendol dan durian

Alhamdulillah atas segala kurniaan-Nya 🥰.