Salam kawan-kawan,
Hari Isnin lepas, sekolah anak-anak bercuti peristiwa sempena Majlis Anugerah Kecemerlangan Ko-kurikulum dan Hal Ehwal Murid yang dibuat pada hari Sabtu lepas. Memandangkan minggu ni ialah minggu peperiksaan UASA, jadi aku bawak anak-anak ke perpustakaan lagi untuk mengulangkaji.
Mula-mula nak bawak dieorang ke Perpustakaan KL lagi tapi semua perpustakaan di KL termasuk Perpustakaan Negara tutup pulak setiap hari Isnin. Maka terpaksalah aku angkut dieorang ke Perpustakaan Raja Tun Uda nun jauh di Shah Alam 😅.
 |
| Perpustakaan Raja Tun Uda Shah Alam |
Lama bebenor aku tak jejakkan kaki ke perpustakaan ni. Kali terakhir aku ke sini pada tahun 2013, anak-anak masih kecik lagi masa tu. Kali ni bila aku datang, dah banyak sangat perubahan dalam perpustakaan ni. Salah satunya ialah ada bangunan parking bertingkat yang luas.
 |
| Perkhidmatan buggy disediakan untuk mengambil dan menghantar pengunjung dari tempat parking ke library |
Ada banyak kemudahan di perpustakaan ni untuk semua golongan termasuklah golongan orang kurang upaya.
 |
| Kemudahan escalator untuk pengunjung |
 |
| Bilik untuk pengunjung dengan masalah penglihatan |
 |
| Perpustakaan Raja Tun Uda yang serba moden dan estetik ni dinobatkan sebagai salah sebuah perpustakaan terbaik di Malaysia |
 |
| Antara kemudahan yang ada ialah pinjaman buku, zon kanak-kanak, bilik perbincangan, ruang belajar, teater 3D/6D, Internet yang pantas, kafeteria, kemudahan komputer dan banyak lagi |
Di luar perpustakaan pun dinaik taraf siap ada jeti menghadap tasik dengan pemandangan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah. Sesuai untuk ber OOTD dekat sini 😄.
 |
| Perpustakaan Raja Tun Uda Shah Alam berkonsepkan "perpustakaan dalam taman" |
Berbeza dengan perpustakaan KL dan Perpustakaan Negara, dalam perpustakaan ni tak dibenarkan memakai kasut dan ada beg disediakan untuk letak kasut sebelum bawak masuk ke dalam. Aku hampir-hampir tak perasan, nasib baik Khayla bagitau aku pasal "no shoes policy" ni.
 |
| Do's and don't's di perpustakaan ni |
Paling best kat sini ada banyak meja study. Kalau di Perpustakaan KL, meja study agak terhad dan kena datang awal kalau nak dapatkan meja kosong.
Kiteorang menghabiskan sehari suntuk di perpustakaan ni sampai pukul 5.45 petang (perpustakaan ditutup pada pukul 6 petang). Anak-anak kata best sangat study kat sini, hujung minggu ni dieorang request nak pergi ke sini lagi.
 |
| Anak-anak tengah fokus buat latih tubi dalam buku latihan. Psst... cantik kan beg ASEAN tu? Khayla dapat masa kumpulan Adipatra dijemput untuk buat persembahan masa salah satu acara mesyuarat ASEAN tahun ni |
Dah sekian lama akak tak pergi library. Dulu awal kawin rajin pergi untuk baca surat khabar dan pinjam buku. Tapi library kecik je di Kuala Pilah dan Semenyih. Tengok library Carneyz dan anak-anak pergi ni, memang best sangat! Selesa nak berlama-lama. Bagus pulak tu siap ada servis buggy.
ReplyDeleteKat situ ada kafe ya? Sebab kalau seharian mesti rasa lapar nak makan.
Ada Kak Ujie. Tengahari kiteorang turun ke kafe untuk makan tengahari. Memang semua kemudahan ada dekat library ni. Paling best surau ada dekat setiap level jadi tak payah turun level bawah untuk ke surau 😄 surau kat sana wangi dan berhawa dingin, tak macam surau di Perpustakaan KL.
DeleteTempat menarik dan selesa.
ReplyDeleteTentu teringin nak berkunjung lagi.
Ya sangat selesa untuk anak2 mengulangkaji. Insha Allah hujung minggu ni bawak dieorang ke sini lagi.
DeleteSha pernah masuk sekali ja tapi tak sempat jelajah semua tempat.. Rasa macam nak pergi lagi..
ReplyDeleteAah saya pun tak explore sangat library ni sebab kena pantau anak2 buat ulangkaji. Kalau tak ada yang tertido sebab aircond sejuk sangat hehe
DeletePernah sampai, mmg best. Besar library ni.
ReplyDeleteRasanya semua PPAS (Perpustakaan Awam Selangor) kena buka kasut kot sblm masuk library depa. Dekat PPAS Gombak pun sama. Sis tak nak try situ? Dekat² Stadium Selayang.