• Home
  • About
    • About Me
    • Sitemap
  • Travel
    • Malaysia
    • International
    • Travel Stories
  • Hotels
    • Hotel Reviews
    • Marriott Bonvoy
  • Dining
    • Bazaar
    • Food
    • Cafe & Bakery
    • Restaurant & Outlet
    • Recipes
  • Lifestyle
    • Beauty & Fashion
    • Blog
    • Camping
    • Entertainment
    • Family Activities
    • Home
    • Parenting
    • Tips & Info
  • Review
    • Products
    • Services
    • Places
  • Disclaimer
Enter your keywords
Coffee Break With Me

Hotel & Travel Reviews and Many More.

Thursday, July 06, 2023

Review Movie: Indiana Jones and The Dial of Destiny

Indiana Jones and The Dial of Destiny
Poster Indiana Jones and The Dial of Destiny
 

Hujung minggu lepas, Suami Terchenta ajak dating kat TGV menonton filem Indiana Jones 5. Aku pun apa lagi suka la bila suami ajak dating kan hihi. Jarang dapat peluang keluar berdua-duaan ni (yang sebetulnya, anak-anak tak minat tengok cerita ni sebab tu end up jadi movie date 🤣).


TGV cinema
Sebelum masuk panggung, beli popcorn dulu. Betul-betul dating ni, dia belikan satu set je untuk kongsi berdua 🫢

Sinopsis:
Cerita bermula pada zaman perang kedua di mana ahli arkeologi dan pengembara terkemuka, Indiana Jones (Harrison Ford) dengan dibantu oleh sahabatnya, Basil Shaw (Toby Jones) mencuri dail legenda Antikythera yang dicipta oleh pakar matematik Greek, Archimedes dari pihak NAZI. Apabila pihak NAZI kalah dalam perang, Basil meneruskan kajiannya dan mendapati dail legenda mempunyai kuasa yang boleh mengubah sejarah dunia. 

Fast forward tahun 1969, Indiana Jones yang sudah berumur dan bersara sebagai seorang pensyarah arkeologi telah didatangi oleh anak perempuan Basil dan juga anak angkatnya, Helena Shaw (Phoebe Waller-Bridge). Helena memperdaya Indiana Jones dan mencuri dail legenda untuk dijual. Indiana Jones terpaksa berlumba dengan masa untuk mendapatkan semula Antikythera sebelum jatuh ke tangan Jürgen Voller (Mads Mikkelsen), bekas Nazi yang bekerja untuk NASA mahu mengembalikan kegemilangan pemerintahan kuasa NAZI.

Indiana dan Helena merentasi benua, bertempur dengan musuh berbahaya, membongkar teka-teki kuno, dan mencungkil rahsia yang telah lama terpendam untuk menghalang Voller dari mengetahui rahsia di sebalik Antikythera. Pengembaraan mereka membawa mereka berdepan dengan gangster di Morocco, menyelam lautan dalam dan meneroka makam tersembunyi yang penuh dengan perangkap.


Cerita ni best giler ok! Jalan ceritanya memang tipikal filem Indiana Jones yang penuh dengan aksi dan adegan kejar-mengejar dengan penjahat dan pengembaraan di negara-negara yang kaya dengan sejarah silam. Filem ini berjaya menggabungkan aksi menyayat hati dengan detik-detik nostalgia bila Indiana mengingati masa lalunya iaitu kematian anak lelakinya yang akhirnya membuatkan hubungan dengan isterinya renggang dan di akhir cerita, dia berdamai dengan isterinya Marion (btw, aku kagum dengan Karen Allen sebab walaupun dah berusia tapi dia masih cantik sangat).  

Pembangunan watak Helena dari pencuri yang licik dan tak kisahpun mencuri dari ayah angkatnya kepada Helena yang ambil berat dan berusaha menolong Indiana menghalang niat jahat Voller berjaya buatkan aku bertukar dari perasaan geram kepada perasaan gembira. Cerita Indiana Jones ni macam biasa, mendebarkan tapi endingnya baik-baik saja.

So yes, aku bagi dua thumbs up untuk cerita ni 👍🏻👍🏻 Kalau korang belum tengok lagi, aku syorkan korang pergi tengok. Tapi jangan lupa beli popcorn asing-asing sebab sampai part mendebarkan tu, bila takde popcorn terpaksa la gigit jari je 😂!

Read more »
on Thursday, July 06, 2023 12
Share this!
Tags
Entertainment, Lifestyle
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Wednesday, July 05, 2023

Sup Meletop Kambing Bakar @ RnR Jejantas Ayer Keroh Melaka

Balik dari kenduri anak Sislin bulan lepas, kiteorang dan pasangan sejoli Che Mat & Kak Siti Delima sempat singgah di RnR Jejantas Ayer Keroh Melaka untuk makan tengahari. 

Kiteorang terus tertarik dengan gerai Sup Meletop Kambing Bakar kat sini.


RnR Jejantas Ayer Keroh Melaka
Suami Terchenta buat pesanan

RnR Jejantas Ayer Keroh Melaka
Macam-macam jenis sup di sini

Selain dari hidangan kambing, boleh jugak pilih daging lembu atau ayam. Tapi sebab nama gerainya Sup Meletop Kambing Bakar, mestilah pilih sup kambing kan? Aku awal-awal dah decide nak makan sup gearbox kambing. Terliur membayangkan nikmat menyedut sumsum tulang tu slurrppp....  


RnR Jejantas Ayer Keroh Melaka
Menu yang ada di sini

RnR Jejantas Ayer Keroh Melaka
Hidangan sampingan macam sambal, kacang dan limau boleh ambik sendiri ikut suka

Suami Terchenta pulak pilih sup daging. Sup kambing ni memang dia kureng sikit, tapi kalau makan nasi mandy, dia lebih suka pilih mandy kambing dari mandy ayam. Mungkin rempah mandy tu menenggelamkan bau daging kambing tu kot.


sup gearbox kambing
Set sup gearbox kambing sekali dengan nasi putih

sup daging
Set sup daging pilihan Suami Terchenta

Selepas menikmati sup masing-masing, kiteorang buat kesimpulan yang sama - portion kat sini kecik, tak banyak isi dan supnya cair sikit. Lagi satu aku tak berapa enjoy makan guna pinggan, sudu dan garpu plastik. End up aku makan guna tangan je.

Nasib baik kiteorang tak la lapar sangat, cukuplah buat alas perut untuk meneruskan perjalanan ke KL.

Read more »
on Wednesday, July 05, 2023 24
Share this!
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Wednesday, July 05, 2023

Wordless Wednesday: SOP Covid-19 Terkini Mulai 5 Julai 2023

Hari ni dah berkuatkuasa SOP Covid-19 terbaharu seperti yang diumumkan oleh Menteri Kesihatan Dr. Zaliha Mustafa melibatkan pemakaian pelitup muka dan tempoh kuarantin di rumah bagi pesakit Covid-19.

Boleh rujuk carta di bawah untuk ringkasan SOP:


SOP Covid-19 2023

Kesimpulannya, dah tak perlu risau terlupa bawak pelitup muka bila keluar rumah. Walaupun pelitup muka ni bagus untuk melindungi kita dari jangkitan yang merebak melalui rembesan titisan wap di udara, tapi pada masa yang sama sakit mata jugak bila tengok pelitup muka terpakai dibuang merata-rata. Cuma kalau bergejala atau ada simptom-simptom batuk dan selsema tu, pakailah pelitup muka bila di luar rumah ye. Jangan pulak tak ambik iktibar dari wabak Covid-19, mentang-mentang kita ni dah di fasa endemik!


pelitup muka
Lepas ni pakai pelitup muka bila perlu je
Read more »
on Wednesday, July 05, 2023 22
Share this!
Tags
Lifestyle, Tips & Info
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Tuesday, July 04, 2023

Terima Kasih Untuk Birthday Gifts Tahun Ini

Alhamdulillah, terima kasih BFF, adik, kakak dan Suami Terchenta atas pemberian hadiah ulangtahun tahun ni 😊. Aku takde la mengharapkan apa-apa hadiah, cukup menerima ucapan selamat hari lahir dari orang-orang yang tersayang tanda kehadiran aku bermakna dalam hidup dieorang.

Still, aku hargai hadiah yang diterima dari dieorang:


birthday gift
Dari jauh, BFF Donna hantar hadiah bunga dalam belon ni

birthday gift
Bunga orkid dari BFF Nurul yang macam biasa kalut tersalah pilih belon 'Get Well Soon' 😆


din by din tai fung
Selain dari staycation, Suami Terchenta belanja makan xiao long bao di Din by Din Tai Fung. Suami Terchenta jarang bagi hadiah tapi dia suka belanja makan, sebab tu wife dia tak berjaya kurus! 😂

clef hydrating eye gel
Adik bagi hadiah gel pelembap mata. Suka sangat sebab ada roller sekali.

clef moisturising body lotion
Hadiah dari kakak, losyen badan dengan essential oil lavender dan mandarin. Wangi sangat, bila pakai ni auto feeling kat dalam hotel / spa


clef toiletries bag
Dapat beg toiletries sekali 😍

Video unboxing hadiah dari kakak dan adik:


clef unboxing
Read more »
on Tuesday, July 04, 2023 22
Share this!
Tags
Family, Friends Ooh La La, Journal
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Tuesday, July 04, 2023

Dah Ada Adik Kiera Pun Suka Main Sendiri

Favourite toy Louis ialah bola merah. Dia boleh kejar bola ni dari pintu depan sampai ke ruang tamu! Kalau bawak pergi tengok perlawanan bola, aku risau dia akan melompat tolong kejar bola sekali! 😂 😂 Sejenis kucing yang pantang tengok bola.

Sekarang Louis dah mula terima Kiera. Bila Kiera datang gesel-geselkan badan dekat Louis, Louis jilat-jilat kepala Kiera. Haa.. kan elok macam tu. Takde lagi dengar Kiera terjerit-jerit kena gigit si Louis ni.

Cuma satu je masalahnya. Kadang-kadang bila datang mood playful, Louis ni suka 'attack' Kiera. Nak ajak main gusti-gusti kot. Si Kiera ni pulak baby girl mana la minat permainan ganas-ganas ni. Sekali Louis smack down Kiera, terus Kiera bertempiaran lari menyorok belakang sangkar! Louis tak dapat kejar Kiera sebab badan dah 'sado' tak muat nak lalu kat belakang tu hehe.

End up dia main kejar bola while Kiera perhati je dari jauh.

Oh ya, Kiera dah jinak sikit. Walaupun nak pegang belai-belai bulunya yang kembang tu mungkin lambat lagi, tapi at least dia dah tak bertempiaran lari menyorok setiap kali tengok kiteorang datang dekat. Cuma kalau hulur tangan nak pegang dia akan lari. Tak pun - ching! keluar la kuku-kuku tajam bersedia untuk mencakar sesiapa yang berani hulurkan tangan kat dia. Sekarang ni aku tengah umpan dia sikit-sikit dengan wet food (walaupun selalunya bila dengar bunyi peket wet food dikoyakkan, yang datang berlari dari jauh tu ialah Louis, bukan Kiera). Pagi-pagi aku akan duduk depan pintu balkoni sambil pegang peket wet food suapkan dua ekor kucing ni makan. Kiera tengok Louis bersungguh-sungguh makan, dia pun keluar takut-takut tapi nak jugak datang makan sekali. Pernah sekali tu aku letak wet food kat tapak tangan, Kiera berani makan dari tangan. OK la, ada la jugak perkembangan yang baik.

Doakan Kiera dah tak takut dengan orang, boleh temankan Louis bermain!


SPCA
Nasib baik ada bola merah untuk menghiburkan Louis

Read more »
on Tuesday, July 04, 2023 20
Share this!
Tags
Journal, Pets
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Monday, July 03, 2023

Revenant Episod 3 - Roh Jahat Dah Mula Menampakkan Diri Dalam San-yeong

Jumaat malam dah keluar episod baru tapi aku tengok esok paginya. Nasib baik aku tengok siang, kalau tak mesti termimpi-mimpi hantu rambut mengerbang!


ghost
Professor Hae-sang bersemuka dengan roh jahat yang merasuk San-yeong

Episod ke-2 berakhir dengan Professor Hae-sang dan San-yeong sama-sama ke lokasi Jangjin-ri untuk mencari lokasi di mana perhiasan rambut merah tu ditemui. Dieorang akhirnya berjumpa seorang penduduk asal di situ dan pakcik tu bagitau yang lokasi yang dimaksudkan tu ialah lokasi pokok Dukdali. Pokok Dukdali ni berkaitan dengan ritual mengikat 'kesucian' dekat pokok tu, di mana mayat gadis kecil ialah simbolik kepada 'kesucian' tu. 

Satu masa dulu, gadis kecil yang meninggal dunia tak dikebumikan di tempat pengebumian ahli keluarga sebaliknya digantung atas pokok. Lama-kelamaan, pokok tu menjadi tempat orang menggantung diri-sendiri.


dukdali tree
Mayat gadis kecil digantung atas pokok

Pakcik tu bagitau adik lelakinya yang dah meninggal dunia dan cucu perempuannya, Lee Tae-young pernah berjumpa dengan ayah San-yeong. Lee Tae-young ialah seorang pelajar universiti dan tinggal di sebuah asrama pelajar. Dieorang cuba contact Lee Tae-young tapi gagal. Pada masa yang sama, penyiasat Hong-sae dan Mun-chun yang menyiasat kes kematian nenek San-yeong sedang menyiasat kes bunuh diri berturut-turut di asrama yang sama. Dieorang dapati yang pelajar-pelajar yang mati ni semuanya ialah kawan-kawan Tae-young.

Di asrama Tae-young, Professor Hae-sang dan San-yeong ternampak bayang-bayang pokok bunuh diri (suicide tree) muncul di bangunan asrama dengan satu tali gantung yang kosong, bermakna akan ada seseorang yang akan mati. Professor Hae-sang bagitau San-yeong yang dieorang kena selamatkan Tae-young sebab dieorang ingat Tae-young ialah mangsa seterusnya.

Diringkaskan cerita, San-yeong akhirnya dapat tau yang Tae-young sebenarnya tengah bersembunyi dari along sebab dia pinjam duit along. Bukan setakat tu, Tae-young sebenarnya menyimpan gambar berhantu dan untuk melindungi datuk dan nenek saudaranya dari diburu oleh along, dia koyakkan gambar berhantu tu dan masukkan dalam akuarium di kedai along tu. Cebisan gambar akhirnya dimakan oleh ikan-ikan dalam akuarium. Rupa-rupanya pelajar-pelajar yang bunuh diri tu semuanya bawak balik ikan dalam akuarium tu dan akhirnya bunuh diri akibat dirasuk oleh roh jahat dalam gambar tu. 

Adegan terakhir, San-yeong berdiri di jambatan sambil pegang balang kecil berisi ikan dari akuarium yang sama. Professor Hae-sang mula-mula ingatkan San-yeong nak bunuh diri tapi dia tak sangka yang dia akan bersemuka dengan roh jahat yang bunuh maknya masa dia masih kecil.


Kim Tae Ri
Roh jahat dah keluar dan menampakkan diri depan Professor Hae-sang

Kena tunggu Jumaat ni untuk episod ke-4. Tapi aku tak sabar-sabar nak tau jadi aku baca sinopsis episod seterusnya di sini. Fuuuh... episod ke-4 lagi seram dan lagi banyak hantu! Tak sabarnya nak tengok!
Read more »
on Monday, July 03, 2023 10
Share this!
Tags
Entertainment, Lifestyle
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Monday, July 03, 2023

JJCM Hujung Minggu: Mencuba Makanan Western di GravyBaby

Sempena Hari Ibu, Suami Terchenta kata nak belanja makan. Memandangkan dah gaji, aku sebagai isteri yang sentiasa mengambil kesempatan ni pun ajak Suami Terchenta makan di GravyBaby 😜. Sebabnya masa keluar outing dengan kawan-kawan sebelum tu, aku tertarik dengan menu di restoran ni jadi memang dah plan nak ke sini.

Di KL ni ada 3 cawangan GravyBaby - di Jalan Changkat Bukit Bintang, Bangsar dan Bukit Damansara. Selain dari di KL, GravyBaby ada jugak cawangan di Melaka dan Pulau Pinang. Kiteorang pergi ke GravyBaby di Bukit Damansara sebab lebih senang nak parking kat sini.

Portion di sini agak besar jadi kiteorang pesan makanan untuk dikongsi bersama. Untuk starter, Suami Terchenta order buffalo wings. Rasanya sedap dan juicy, sama macam buffalo wings di TGIF.

GravyBaby
Buffalo wings (RM30)

Aku pulak order quesadilla dengan grilled chicken. Boleh tahan jugak rasanya, tapi aku lebih suka versi Taco Bell's.


GravyBaby
Quesadilla (RM36)

Untuk main course, Suami Terchenta pilih ribeye steak untuk dikongsi ramai-ramai. Puas hati makan steak ni sebab besar dan lembut dagingnya. Dicicah pulak dengan sos lada hitam. Yummss!


GravyBaby
Ribeye steak (RM230)

Khayla macam biasa request mac & cheese. Memang tak kedekut cheese betul. Portion besar tapi Khayla berjaya habiskan walaupun separuh jalan dia berhenti rehat dulu 😂.


GravyBaby
Mac & cheese (RM26)

Untuk dessert pulak, Khadeeja pilih white chocolate raspberry layer cake. Aku makan sesudu je lepas tu dah taknak sebab manis sangat! White chocolate memang manis leting bagi aku.


GravyBaby
Pilihan kek pencuci mulut

GravyBaby
White chocolate raspberry layer cake

Akhir sekali, ni pulak minuman yang kiteorang pilih:


GravyBaby
Passionfruit Iced Tea untuk aku, Orea Cookie (without coffee) untuk Khayla, ice blended coffee untuk Suami Terchenta dan Khadeeja pulak pilih summer berries (takde dalam gambar)


Alhamdulillah makanan kat sini menepati citarasa kiteorang. Licin semua makanan yang dipesan. Restoran pun lawa berkonsepkan meja booth macam restoran di US. Harga kat sini boleh tahan kayangan jugak, sesekali boleh la makan kat sini sempena sambut hari istimewa. Kalau selalu, botak kepala dibuatnya!

Read more »
on Monday, July 03, 2023 26
Share this!
Tags
Dining, featured, Restaurant and Outlet
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Sunday, July 02, 2023

Trend Melancong ke Ipoh Balik Hari Wajib Cuba 2023

Ipoh
Welcome to Ipoh!

Jumaat lepas kiteorang buat trip balik hari ke Ipoh yang penat tapi menyeronokkan. Pertama kali jejak kaki ke Ipoh, Perak buatkan aku rasa ruginya tak pernah ke sini sebelum ni. Trip pergi balik hari rasa macam tak cukup masa je untuk pergi ke semua tempat tarikan di Ipoh. Tapi kalau korang pun bercadang nak jalan-jalan ke Ipoh tanpa bermalam, kat sini aku senaraikan tempat trending di Ipoh yang kids-friendly yang kiteorang singgah:


1. Sarapan pagi di Restoran New Holly Wood

Sedia maklum yang restoran ni tiada sijil Halal dari JAKIM, tapi disenaraikan salah satu restoran Muslim-friendly di Ipoh. Berkonsepkan kopitiam, terdapat banyak gerai yang menjual pelbagai jenis makanan (kebanyakannya makanan Cina), antara makanan yang terkenal ialah char kuey teow, roti telur goyang, cakoi, chee cheong fun, mi kari, roti canai, mi wantan dan macam-macam lagi.


New Holly Wood Ipoh
Pilihan kami -  mi kicap udang, cakoi, chee cheong fun udang, chili pan mee telur

New Holly Wood Ipoh
Aku langgar pantang dan pesan minuman kopi ais, rasa kopinya macam di kedai kopitiam


New Holly Wood Ipoh
Suasana di Restoran New Holly Wood

Dengar cerita, Sultan Perak pun selalu jugak singgah makan kat sini. Memandangkan ramai orang dari pelbagai lapisan bangsa dan masyarakat dan dari dalam dan luar Perak singgah makan di sini, expect untuk beratur sekurang-kurangnya 10 minit menunggu meja kosong.


2. Berjalan-jalan di Concubine Lanes

Tarikan utama yang trending di Ipoh ialah Concubine Lanes. Mengikut sejarah, seorang tauke lombong yang kaya-raya telah menghadiahkan setiap seorang isteri-isterinya seramai 3 orang sebuah lorong setiap satu di mana isteri-isterinya ni mengutip sewa dari pekedai-pekedai / rumah-rumah pelacuran di lorong masing-masing. 

Asal-usulnya, lorong-lorong ini dikenali sebagai Wife Lane (Lorong Isteri Tua), Concubine Lane (Lorong Gundik Pertama) dan Second Concubine Lane (Lorong Gundik Kedua) tapi telah ditukarkan nama kepada Lorong Hale, Lorong Panglima dan Market Lane. 

Kawasan yang diisytiharkan sebagai warisan sejarah Ipoh ni ialah pitstop kedua kiteorang dalam misi jalan-jalan Ipoh. Selain daripada mencuci mata tengok barang-barang jualan seperti biskut, cenderahati, pakaian dan gerai-gerai makanan yang unik dan menarik, kiteorang jugak banyak ambik gambar di depan mural-mural di dinding sepanjang lorong-lorong ni.


concubine lanes
Suasana di sekitar Concubine Lanes

concubine lanes
Posing depan mural-mural di dinding

viral food Ipoh
Mencuba makanan menarik di sini seperti kuih titisan hujan, jeli pelangi, minuman asap dan ais kepal

concubine lanes
Anak-anak bawa pulang cenderahati berupa pasir glow in the dark 


3. Melawat Kedai Buku BookXcess Kong Heng dan Muzium Yasmin Ahmad

Sementara menunggu Suami Terchenta solat Jumaat di Masjid Sultan Idris Shah II, kiteorg singgah di Kedai Buku BookXcess Kong Heng tak jauh dari Concubine Lane. Menariknya, bangunan kedai buku ni sebenarnya ialah sebuah bank lama yang diubahsuai menjadi kedai buku. Kalau pergi bahagian basement, masih wujud lagi pintu jeriji besi dan bilik-bilik kebal.


ipoh bookstore
BookXcess Kong Heng

'Tersembunyi' dalam kedai buku ni pulak ialah Muzium Yasmin Ahmad. Budak-budak sekarang mungkin tak kenal siapa arwah Yasmin Ahmad, pengarah filem Malaysia yang satu masa dulu terkenal menghasilkan iklan TV yang ikonik terutamanya iklan TV untuk syarikat Petronas. Sekarang rasanya belum ada lagi pengarah iklan TV yang berjaya menghasilkan iklan seperti Yasmin Ahmad. Selain dari iklan TV, Yasmin Ahmad jugak mengarahkan beberapa buah filem antaranya Mukhsin, Rabun, Sepet etc. To be honest, aku rasa iklan-iklan TV yang diarahkan oleh arwah Yasmin lebih meninggalkan kesan dan memori berbanding filem-filemnya.


muzium yasmin ahmad

muzium yasmin ahmad
Muzium Yasmin Ahmad (lebih berupa galeri) memaparkan karya-karya arwah Yasmin dan beberapa peninggalan dari karier beliau semasa hayatnya


4. Melawat Menara Jam Memorial Birch

Ipoh ialah sebuah bandar yang banyak meninggalkan warisan sejarah dari zaman pemerintahan British. Dah alang-alang ke Ipoh, kiteorg wajib singgah ke tempat bersejarah di sini. Tak jauh dari Lorong Panglima ialah Menara Jam Memorial Birch yang didirikan bagi mengingati J.W.W. Birch, Residen British pertama di Perak. 

birch memorial ipoh
Atas dari kiri: mural di Lorong Panglima, seni batik, tangga menuju ke Menara Jam Memorial Birch
Bawah dari kiri: Menara Jam Memorial Birch, Masjid Sultan Idris Shah II, lukisan mural

ipoh heritage

Mengikut sejarah, J.W.W. Birch ni tak disukai oleh Sultan Perak dan masyarakat Melayu sebab tindak-tanduknya yang sangat tak menghormati budaya dan cara hidup orang Melayu di Perak. Birch menggunakan kuasanya dengan bantuan polis British untuk menakut-nakutkan penduduk Perak. Oleh sebab itu, J.W.W. Birch akhirnya mati dibunuh oleh sekumpulan orang Melayu yang merejamnya dengan lembing sebelum menghumbannya ke dalam sungai.

Walaupun menara jam memorial ni didirikan oleh pemerintah British pada awal kurun ke-19 dulu untuk menghargai J.W.W. Birch, tapi kita sebagai rakyat Malaysia boleh mengambil iktibar dari sejarah ni tentang pentingnya memelihara maruah bangsa dan kemerdekaan negara kita supaya tak lagi dijajah oleh pemerintah kejam macam J.W.W. Birch.


5. Singgah Beli Tau Fu Fah di Funny Mountain

Pertama kali dulu mencuba tau fu fah dari Ipoh yang adik bawak balik, aku terus jatuh cinta dengan rasanya yang silky smooth. Makan sejuk-sejuk memang heavennnn.... Sebelum balik ke KL, kiteorg singgah di kedai Funny Mountain yang direkemenkan oleh adik.


tau fu fah viral
Waktu operasi kedai ni dari pukul 10.30 pagi sampai habis (punya la laku giler tau fu fah dieorang!)

Tau fu fahnya lembut, segar dan licin je masuk tekak!

Menariknya kat sini ada konsep drivethru kalau malas nak beratur depan kedai. Servis pun cepat je. Kiteorang tapau balik 9 bekas tau fu fah dan 1 botol air soya untuk Khayla (sebab dia tak makan tau fu fah tapi suka minum susu soya). Semuanya RM30 (harga satu bekas / satu botol soya ialah RM3). Dalam kereta dah makan sebekas sorang. Balik rumah simpan dalam peti sejuk, esok tu makan sejuk-sejuk sedapnyaaaa!


6. Melawat Kellie's Castle

kellie's castle ipoh
Suasana seram suram di Kellie's Castle

Atas permintaan anak-anak yang nak melawat tempat 'berhantu' ni, kiteorang pun singgah la jugak ke Kellie's Castle.


kellie's castle ipoh
Bangunan agam yang dibina sebagai simbol status kekayaan pemiliknya William Kellie-Smith, tapi pemiliknya meninggal dunia sebelum bangunan ni siap sepenuhnya

Bayar RM20 untuk 3 dewasa dan 1 kanak-kanak termasuk parking kat dalam. Nak menuju ke Kellie's Castle kena menyeberang jambatan kecil lepas tu panjat tangga. Kalau takde stamina memang semput jugak la!


kellie's castle ipoh

Dari sejarah yang dipaparkan di situ, William ni berasal dari Scotland dan berhijrah ke Malaya mencuba nasib. Dia akhirnya membuka estet dan menjadi kaya-raya, tapi tetap dipandang rendah oleh orang-orang kaya British di Malaya (mungkin sebab dia bukan dari golongan bangsawan / old money). Dia bernekad untuk membuktikan statusnya sebagai orang kaya kepada masyarakat British setempat dengan membina rumah agam Kellie (Kellie's Castle) lengkap dengan lift pertama di Malaya yang diimport dari Eropah. Malangnya dia dijangkiti pneumonia dan meninggal dunia di Eropah. Selepas kematian William, isteri dan anak-anaknya pulang semula ke England dan tak menjejakkan lagi kaki ke rumah agam yang dibina oleh William. Pengajaran dari sejarah Kellie's Castle ni ialah supaya kita jangan sibuk mengumpulkan harta untuk berbangga-bangga sebab bila kita mati, harta tu menjadi sia-sia.

Tarikan utama Kellie's Castle ialah mitos penampakan susuk hantu yang menjelma di beberapa tempat dalam bangunan ni. Much to the kids' disappointment, tiada penampakan hantu masa kiteorang melawat 😅. Khadeeja paling tak puas hati sebab dia kata nak jumpa hantu. Adoi la anak, tengok cerita hantu dah takut ada hati nak jumpa hantu real! 😂


kellie's castle ipoh

Dengan tu berakhirlah itinerari jalan-jalan ke Ipoh balik hari kami. Ipoh ni tempat wajib pergi untuk kaki makan (foodie), kaki sejarah dan Instagrammers. Kalau pergi ke sini lagi, aku teringin nak singgah di Platform 9 ½ Cafe (kafe bertemakan siri Harry Potter) dan melawat Tasik Cermin Ipoh.

Siapa yang pernah ke Ipoh sebelum ni, apa lagi tempat menarik di Ipoh yang korang rekemen? Komen di bawah ye.

Read more »
on Sunday, July 02, 2023 28
Share this!
Tags
Dining, featured, Malaysia, Restaurant and Outlet, Travel
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts
Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Welcome

Carneyz
Preview
Just Call Me Carneyz | From Sarawak and Staying in Kuala Lumpur | Lifestyle Blogger | Traveller Blogger | Mom of Two Lovely 'K' | Blogger since March 2004

Translate To Your Language

Total Pageviews

Featured post

I Is Tua But Bahagia!

Pages

  • About Me
  • PR Newswire

Live Traffic

Archive

Contact Form

Name

Email *

Message *

Intellifluence Trusted Blogger

Popular posts

  • Lirik Lagu Tiktok Viral 'Nan Ko Paham' (Kkz'D BLG)
    Jom petang-petang ni kita santai-santai dengar lagu viral tiktok ni. Lagu ni aku selalu dengar kat IG Reel (sebab takde akaun Tiktok), pastu...
  • Belajar Jadi Positif Dari Puan Masitah (@mashyta_oneandonly)
    Baru-baru ni aku terbaca tentang seorang wanita yang sangat positif dan redha dengan ujian yang Allah turunkan ke dalam hidupnya. Selepas te...
  • Hari Keluar Berjalan-jalan Dengan Mak
    Semalam aku ajak mak keluar. Kebetulan Khayla pun ada aktiviti ko-kurikulum dan turun awal ke sekolah so boleh la aku keluar bawak mak jala...

Blog Favourite

  • Amie's Little Kitchen
    1 minute ago
  • .: ceritera Kehidupan :.
    8 minutes ago
  • KasihkuAmani
    13 minutes ago
  • Antara Doha dan Jakarta™
    43 minutes ago
  • a m m i
    43 minutes ago
  • .:: My Life & My Loves ::.
    48 minutes ago
  • Aku Sis Lin
    1 hour ago
  • ABAM KIE : The Man of The House
    1 hour ago
  • My Small World
    1 hour ago
  • SURIA AMANDA
    1 hour ago
  • ✿ Life Is Beautiful ✿
    1 hour ago
  • Miles of smiles
    2 hours ago
  • mrhanafi.com
    11 hours ago
  • Blog Begins At Forty
    11 hours ago
  • Sunah Sakura
    11 hours ago
  • LIFE WITH LOVE
    12 hours ago
  • KakmimDotCom
    13 hours ago
  • Hari hari yang ku lalui...
    14 hours ago
  • orangbukit
    16 hours ago
  • Titian Perjalanan
    18 hours ago
  • Blog Anamizu™
    20 hours ago
  • Anies♥You
    21 hours ago
  • Alam Sari Di Tanah Jauhar
    23 hours ago
  • mulan@peace,love&harmony
    1 day ago
  • Travel My Way
    1 day ago
  • Syazni Rahim Blog
    1 day ago
  • Drawing the Words
    1 day ago
  • Mreneyoo
    1 day ago
  • Krabat Kramat
    2 days ago
  • Pencarian Jiwa Diri Saya
    2 days ago
  • Dapur Cik- Nur
    2 days ago
  • anajingga
    2 days ago
  • Hidup Itu Indah
    4 days ago
  • Warisan Petani
    1 week ago
  • fizacrochet | Lifestyle Blogger Dengan Pelbagai Cerita
    1 week ago
  • Shuhaida Kabdy
    2 weeks ago
  • Afzan Sidi
    2 weeks ago
  • Ainihalim
    5 weeks ago
  • Traveling – D'Cat Queen
    1 month ago
  • Inilah Shaizhar
    1 month ago
  • Ako Tetap Ako
    1 month ago
  • Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie
    2 months ago
  • Blog Sal
    2 months ago
  • Asa Blog
    3 months ago
  • Kait dan Lari
    11 months ago
  • Stories About My Journey
    1 year ago
  • Sodep
    9 years ago
Show 5 Show All

Followers

Tags

Beauty & Fashion Cafe and Bakery Dining Family Activities Hotel Reviews International Lifestyle Malaysia Marriott Bonvoy Hotels Recipes Restaurant and Outlet Reviews Tips & Info Travel
Powered by Blogger.
Ⓒ 2018 Coffee Break With Me. Design created with by: Brand & Blogger. All rights reserved.