• Home
  • About
    • About Me
    • Sitemap
  • Travel
    • Malaysia
    • International
    • Travel Stories
  • Hotels
    • Hotel Reviews
    • Marriott Bonvoy
  • Dining
    • Bazaar
    • Food
    • Cafe & Bakery
    • Restaurant & Outlet
    • Recipes
  • Lifestyle
    • Beauty & Fashion
    • Blog
    • Camping
    • Entertainment
    • Family Activities
    • Home
    • Parenting
    • Tips & Info
  • Review
    • Products
    • Services
    • Places
  • Disclaimer
Enter your keywords
Coffee Break With Me

Hotel & Travel Reviews and Many More.

Wednesday, April 13, 2022

Cabaran PCOS

Pernah tak dengar term PCOS ni?

PCOS ni singkatan untuk 'Polycystic ovary syndrome'. Ia merupakan sejenis gangguan hormon wanita yang menyebabkan seseorang tu sukar hamil dan sukar menurunkan berat badan.

Aku dah lama menghidap PCOS ni, simptom yang paling berat sekali ialah kesukaran untuk hamil. 4 tahun berkahwin tiada zuriat, telinga dah panas je bila orang sekeliling tanya bila nak ada anak.

Pernah jugak menjalani rawatan kesuburan di Hospital Pusrawi sampai pregnant tapi di usia kandungan hampir cecah 3 bulan, dapat tau janin dah takde heartbeat. Masa tu down jugak, paling tak tahan bila bidan kampung yang mengurut masa pantang tu boleh pulak tuduh aku & Suami Terchenta buat keputusan terburu-buru buat D&C (proses cuci rahim). Apapun, syukur Alhamdulillah kami dikurniakan jugak sepasang zuriat perempuan selepas 4 tahun.

Sebenarnya entri ni aku nak cerita pasal simptom PCOS yang kedua iaiatu sukar menurunkan berat badan. 

Disebabkan hormon yang tak stabil, jadi badan tak boleh nak bakar lemak dengan efisyen. Hasilnya, berat makin bertambah walaupun makan macam orang lain yang normal. Lepas tu bila bersenam pulak, berat turun tapi sikit je. 

Yang paling membimbangkan aku ialah PCOS ni punca aku menghidap sindrom metabolik - tekanan darah tinggi, paras gula dalam darah tinggi (tapi terkawal buat masa ni) dan kolesterol pun tinggi. Sejak bulan September tahun lepas, aku dah start kena makan ubat darah tinggi. Baru-baru ni pulak, aku perasan yang aku rasa haus di tengah-tengah malam, kerap buang air kecil dan mata rasa kering yang teramat. Aku syak paras gula dalam darah pun dah semakin naik ni. Ni la akibatnya melantak tak hengat dunia bila balik kampung, Carneyz... << membebel dengan diri-sendiri.

That's why sempena bulan Ramadhan ni aku nak cuba untuk kurangkan makan, elakkan makanan berkanji (untuk turunkan paras gula) dan walaupun berpuasa aku cuba bersenam (berjalan kaki 30 minit). Bagi aku agak mencabar sebab aku kena prepare lauk berasingan untuk keluarga dan diri-sendiri. Contoh menu keluarga dan menu aku bulan puasa ni:

1 Ramadhan:
Lauk keluarga - daging masak kicap, sayur tumis, ayam goreng, kuih-muih, buah-buahan.
Lauk aku - Protein shake Herbalife, buah-buahan (berbuka). Telur dadar, tomato dan avokado (sahur).  
2 Ramadhan:
Lauk keluarga - Ikan goreng, sayur tumis, buah-buahan.
Lauk aku - Protein shake Herbalife, buah-buahan (berbuka). Dada ayam panggang, avokado, sayur (sahur).
3 Ramadhan:
Lauk keluarga - tomyam ayam campur sayur (lobak, tomato, cauliflower, etc.), telur dadar, kuih-muih, buah-buahan.
Lauk aku - Protein shake Shaklee (saja nak try & Herbalife dah habis), buah-buahan (berbuka). Tomyam ayam sahaja (sahur).

Selama seminggu ni tu la menu dan rutin harian aku. Alhamdulillah, aku mula perasan takde lagi terbangun tengah-tengah malam nak minum air, kekerapan ke toilet pun dah kurang malam-malam dan mata dah tak pedih. Jari pun dah tak rasa kebas.

Aku bersyukur lemak badan pun dah menunjukkan penurunan walaupun tak banyak tapi lebih baik dari sebelum puasa. Berat pun ada susut sikit, tak banyak 2kg je. Itulah cabaran dengan PCOS, nak kurus dan sihat memang payah sikit berbanding orang yang takde masalah hormon. Pendapat aku, orang yang normal mungkin boleh hilang sampai 3-4kg seminggu kalau kawal makan dan bersenam tiap-tiap hari tapi sesetengah penghidap PCOS dikira beruntung kalau dapat kurangkan berat badan. Bagi aku, aku fokus untuk sihat je, turun berat badan tu dah dianggap bonus!


Cabaran PCOS

Aku teringin nak buat aktiviti lasak macam panjat gunung atau hiking, tapi sekarang ni pergi jogging dengan muatan lebih ni pun boleh end up sakit lutut, sakit tumit (plantar fasciitis) dan sakit pinggang. Sebab tu buat je yang termampu dulu i.e. berjalan kaki asalkan ada pergerakan yang merangsang pembakaran lemak.

Nanti aku share pulak devices yang aku rasakan penting dalam misi sihat ni.

Read more »
on Wednesday, April 13, 2022 14
Share this!
Tags
Daily Life, Journal
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Tuesday, April 12, 2022

Happy Birthday, Love!

To the king of my heart, the man of my dreams, and the love of my life,

Allah has blessed me with many things in my life, and you are one of Allah's greatest blessings. On this special day, I pray to Allah:

"Ya ar-Rahman, take special care of my husband. Bless his mind and his heart. Bestow him with good health. Strengthen his body and his soul. Increase his imaan and place him among the Solihin. And make easy for him the path You wish for him to follow. Ameen ya Rabbal 'Alamin..."


Bamboo Garden, Taman Tugu


Semoga Allah sentiasa bersamamu, Suami Terchenta. Selamat hari lahir.

Read more »
on Tuesday, April 12, 2022 13
Share this!
Tags
Marriage
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Monday, April 11, 2022

Tambah kad vaksin Covid19 di Apple Wallet & Apple Health

Semalam ada kawan share satu artikel cara-cara nak tambah kad vaksin Covid19 di Apple Wallet. Yang ni berguna kalau korang nak pergi luar negara dan perlu tunjukkan kad vaksin. Yelah, orang kat luar negara mungkin tak familiar dengan MySejahtera, berbanding Apple Wallet memang dipakai kat kebanyakan negara.

Walaupun takde plan nak travel ke luar negara dalam masa terdekat, tapi aku saja je la try tambah kad vaksin aku kat Apple Wallet.

Cenggini le rupanya bila dah tambah kad vaksin dalam apps Wallet ni:


vaccine covid19 card
Nama tu aku bubuh nickname blog hehe

Kalau nak tau cara-caranya, korang boleh baca artikel Soyacincau ni. Kalau dah ada kad vaksin di Apple Wallet mungkin tak perlu download kad vaksin dari MySejahtera.

Semoga bermanfaat.

Read more »
on Monday, April 11, 2022 10
Share this!
Tags
Lifestyle, Tips & Info
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Thursday, April 07, 2022

GIVE AWAY SR X MITCH MEMOIR KAMPUNG BOY

 


Aku suka baca buku-buku memoir ni jadi buat keputusan join GA SR X Mitch Memoir Kampung Boy dengan harapan dapat menang buku ni. Semoga ada rezeki first time join GA.

Bila baca blurb memang menggamit nostalgia zaman takde gajet dulu:

Blurb Memoir Kampung Boy - Ia mengisahkan tentang cerita kanak-kanak di zaman 1970 dan 1980-an di mana watak aku (Kenit) memaparkan aktiviti serta apa yang dialaminya ketika itu. Ketika zaman tiada gajet yang canggih, ‘aku’ dan rakan-rakannya bermain apa sahaja yang dapat menghiburkan hati mereka. Kisah ini bermula perpindahan dari Pekan, Pahang ke Johor Bahru (JB). Di JB, ‘aku’ mendapat sahabat karibnya bernama Rais dan Kajid yang memperkenalkan banyak permainan sewaktu zaman dulu, seperti main ‘gundu’, baling selipar, tarik upih pinang, permainan ‘cakar ayam’ dan sebagainya. Namun masa amat mencemburui persahabatan mereka.

Kalau nak kenal dengan penulis buku ni boleh la singgah ke blog beliau: Kenali Mitch!

Sesambil tu nak singgah jugak di Shopee Menara Seni nak tau apa lagi yang menarik ada dijual di situ.

P/S: Malam ni tambah doa supaya menang give away Syazni Rahim ni, aminnnn....

Read more »
on Thursday, April 07, 2022 14
Share this!
Tags
Daily Life, Journal
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Wednesday, April 06, 2022

Wordless Wednesday - Salam Ramadhan

Salam Ramadhan
Khadeeja & Bapak sama-sama baca buku 'Di Sebalik 114 Nama-Nama Surah'

Diriwayatkan daripada Saidatina ‘Aisyah R.A bahawa Rasulullah SAW bersabda,

خَيْرُكُمْ خَيْرُكُمْ لِأَهْلِهِ وَأَنَا خَيْرُكُمْ لِأَهْلِي، وَإِذَا مَاتَ صَاحِبُكُمْ فَدَعُوهُ

Maksudnya: Sebaik-baik kalian adalah yang paling baik terhadap ahli keluarganya, dan aku adalah orang yang paling baik terhadap ahli keluargaku. Dan apabila salah seorang daripada ahli keluarga kalian meninggal dunia, maka biarkanlah dia (tinggalkanlah dia dan jangan berbicara tentang keburukannya). [1] [Riwayat al-Tirmidhi (3895)]

- Sebenarnya handphone aku letak jauh dari ruang solat tapi bila tengok moment ni, tergerak nak bangun & ambik handpone rakam gambar untuk kenangan bila anak dah besar nanti. Khadeeja memang rapat dengan Bapak dia, kadang-kadang bila dieorang bergurau, aku pun ikut tersenyum. Salam Ramadhan semua.

Read more »
on Wednesday, April 06, 2022 18
Share this!
Tags
Family, Journal
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts
Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Welcome

Carneyz
Preview
Just Call Me Carneyz | From Sarawak and Staying in Kuala Lumpur | Lifestyle Blogger | Traveller Blogger | Mom of Two Lovely 'K' | Blogger since March 2004

Translate To Your Language

Total Pageviews

Featured post

I Is Tua But Bahagia!

Pages

  • About Me
  • PR Newswire

Live Traffic

Archive

Contact Form

Name

Email *

Message *

Intellifluence Trusted Blogger

Popular posts

  • Lirik Lagu Tiktok Viral 'Nan Ko Paham' (Kkz'D BLG)
    Jom petang-petang ni kita santai-santai dengar lagu viral tiktok ni. Lagu ni aku selalu dengar kat IG Reel (sebab takde akaun Tiktok), pastu...
  • Belajar Jadi Positif Dari Puan Masitah (@mashyta_oneandonly)
    Baru-baru ni aku terbaca tentang seorang wanita yang sangat positif dan redha dengan ujian yang Allah turunkan ke dalam hidupnya. Selepas te...
  • Hari Keluar Berjalan-jalan Dengan Mak
    Semalam aku ajak mak keluar. Kebetulan Khayla pun ada aktiviti ko-kurikulum dan turun awal ke sekolah so boleh la aku keluar bawak mak jala...

Blog Favourite

  • orangbukit
    1 hour ago
  • Antara Doha dan Jakarta™
    1 hour ago
  • KasihkuAmani
    2 hours ago
  • .: ceritera Kehidupan :.
    3 hours ago
  • Titian Perjalanan
    3 hours ago
  • Blog Anamizu™
    3 hours ago
  • SURIA AMANDA
    4 hours ago
  • ✿ Life Is Beautiful ✿
    5 hours ago
  • Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie
    5 hours ago
  • a m m i
    6 hours ago
  • Alam Sari Di Tanah Jauhar
    7 hours ago
  • Anies♥You
    8 hours ago
  • .:: My Life & My Loves ::.
    8 hours ago
  • anajingga
    9 hours ago
  • Hari hari yang ku lalui...
    9 hours ago
  • Hidup Itu Indah
    9 hours ago
  • KakmimDotCom
    10 hours ago
  • Amie's Little Kitchen
    10 hours ago
  • Aku Sis Lin
    12 hours ago
  • ABAM KIE : The Man of The House
    12 hours ago
  • My Small World
    12 hours ago
  • Miles of smiles
    13 hours ago
  • mrhanafi.com
    22 hours ago
  • Blog Begins At Forty
    22 hours ago
  • Sunah Sakura
    22 hours ago
  • LIFE WITH LOVE
    23 hours ago
  • mulan@peace,love&harmony
    1 day ago
  • Travel My Way
    1 day ago
  • Syazni Rahim Blog
    1 day ago
  • Drawing the Words
    1 day ago
  • Mreneyoo
    2 days ago
  • Krabat Kramat
    2 days ago
  • Pencarian Jiwa Diri Saya
    2 days ago
  • Dapur Cik- Nur
    3 days ago
  • Warisan Petani
    1 week ago
  • fizacrochet | Lifestyle Blogger Dengan Pelbagai Cerita
    1 week ago
  • Shuhaida Kabdy
    2 weeks ago
  • Afzan Sidi
    2 weeks ago
  • Ainihalim
    5 weeks ago
  • Traveling – D'Cat Queen
    1 month ago
  • Inilah Shaizhar
    1 month ago
  • Ako Tetap Ako
    1 month ago
  • Blog Sal
    2 months ago
  • Asa Blog
    3 months ago
  • Kait dan Lari
    11 months ago
  • Stories About My Journey
    1 year ago
  • Sodep
    9 years ago
Show 5 Show All

Followers

Tags

Beauty & Fashion Cafe and Bakery Dining Family Activities Hotel Reviews International Lifestyle Malaysia Marriott Bonvoy Hotels Recipes Restaurant and Outlet Reviews Tips & Info Travel
Powered by Blogger.
Ⓒ 2018 Coffee Break With Me. Design created with by: Brand & Blogger. All rights reserved.