Lepak dengan Ex-Colleagues

Semalam kawan ofis tiba-tiba mesej ajak keluar makan. Sejak aku pindah ke KL, rasanya tak penah kiteorang bertiga keluar makan sekali. Lepas tu aku resigned. Sebelum last day, ada la plan nak buat farewell lunch untuk aku tapi lepas tu tertangguh sebab masing-masing sibuk. Aku pun malas nak kacau sebab aku faham sangat tahap kesibukan dieorang ni camane (sebab penah rasa kan).


Berjaya jugak keluar lunch sama-sama ye...

Banyak pengalaman susah senang menguruskan team dan menguruskan akaun masing-masing (sebab kiteorang ni account manager) yang tak boleh dilupakan. Aku rasa kalau takde dieorang ni tempat mengadu dan mendapatkan sokongan emosi, memang awal2 lagi aku dah resigned. Terus-terang aku memang tak minat sangat jaga akaun.

Kiteorang lunch di Ben's KLCC sebab boleh borak-borak santai sambil lunch. Menu kat sini not bad la (kecuali Aglio Olio). Cuma harga tu harga KLCC, kalau hari-hari makan kat sini memang berlubang poket!


Fish and chips

Aglio Olio ni takde udang, pasta kosong je. Tak berbaloi dengan harga RM22

Soft-shell crab pasta

Dekat 2 jam jugak kiteorang bersembang. Banyak perkembangan semasa yang dieorang kongsi dengan aku sampaikan aku rasa macam aku masih lagi part of the team. Tu je la benda yang aku rindu pasal kerja - kawan-kawan ofis aku semuanya baik-baik lebih-lebih lagi kawan-kawan ofis di tempat lama iaitu di Bintulu dulu. Kiteorang rapat sangat macam ahli keluarga, kalau meeting lambat habis boleh pesan kat kawan tolong ambikkan anak dekat taska. 

Apapun aku doakan yang terbaik untuk kawan-kawan ofis, semoga dieorang terus sukses dalam karier masing-masing dan semoga persahabatan kiteorang berkekalan. Alhamdulillah ramai yang masih lagi contact, keluar makan sama-sama walaupun aku dah tak lagi kerja di situ.

Wordless Wednesday - Musim Durian

Durian ni memang favourite kiteorang satu family dari dulu lagi. Even anak-anak pun sejak baby pantang nampak durian, laju je mengejar dengan kereta sorong dorang tu sambil mulut menganga dan air liur meleleh-leleh. Padahal tak ajar pun dieorang makan durian, agaknya dah genetik hantu durian gitulah.


Durian
Durian
 
Tak kira la durian jenis apa pun, kiteorang memang 'ngap' aje. Durian kampung ke durian baka ke, semua masuk je tekak kiteorang ni. Ni on the way ke rumah, ternampak gerai durian tepi jalan. Murah sangat, isi pun manis dan sederhana tebal. Puas hati la bila makan.

gerai durian
Gerai durian di Sentul

Kisah tak boleh lupa pasal durian ni ialah bila aku pregnant anak no. 2. Time tu aku pulak ada kencing manis. Kebetulan ayah aku datang dari Sarawak time musim durian, jadi kiteorang pun bawak la dia makan durian. Tapi aku pulak yang over-excited makan durian, tak sedar diri tengah pregnant! Sejam lepas melantak durian aku mula pening, loya, rasa nak pitam, rasa nak demam semua bercampur-baur. Mungkin sebab gula dalam darah naik mendadak, sebenarnya agak bahaya time tu tapi aku pulak dah tau tak sihat tak reti pulak nak pergi jumpa doktor. Aku baring je kat rumah. Bila terkenang balik, rasa syukur sangat Alhamdulillah baby tak apa-apa. Kenangan yang tak boleh dilupakan.

Sibuk Sikit Akhir-akhir Ni...

Akhir-akhir ni kurang berkesempatan nak update blog sebab aku tengah sibuk cari quotation untuk kerja-kerja pengubahsuaian rumah.

2 tahun ni kiteorang menyewa sebab rumah yang Suami Terchenta beli sebelum pandemik agak delay sikit tapi syukur Alhamdulillah dah siap jugak akhirnya. Jadi sekarang ni tengah fasa nak mencari kontraktor untuk kerja-kerja pemasangan lampu, kipas, aircond dan kabinet sebelum kiteorang berpindah awal bulan September ni Insha Allah. Doakan la ye semoga semuanya berjalan lancar.

Sebenarnya untuk renovation ni pakai duit yang aku simpan sebelum berhenti kerja, sejak Suami Terchenta bagitau dia beli rumah baru kat KL (masa tu aku masih lagi duduk di Bintulu). Memandangkan aku pun dah tak bekerja jadi ada la kekangan sikit kat bajet ubahsuai rumah ni. Nak bagitau dekat kontraktor pun segan hahaha! Tapi kebanyakan kontraktor tak judge pun, dieorang cuma pesan mungkin kena defer mana yang kurang penting dulu. Contohnya aku ni berangan-angan nak ada bilik air cantik, tiles dapur cantik, yard cantik. Tapi bila tengok peruntukan, mampu telan air liur je la. Nak buat rak kasut built-in pun tak cukup. Maka aku fokus kat areas yang penting dulu je la. Insha Allah ada rezeki lagi, kita buat la yang yang lain-lain tu.

Bagi aku area yang penting kena buat dulu sebelum masuk rumah baru ialah dapur (sebab penah hadap dah pindah masuk baru nak buat dapur. Sebulan kena masak atas lantai, cuci pinggan periuk belanga dalam bilik air. Leceh mak oi!), bilik tidur, ruang tamu dan ruang makan. Suami Terchenta pulak request tambah home office sebab dia masih lagi bekerja dari rumah 3 hari seminggu. 

Aku ambik masa sebulan jugak la nak cari kontraktor dan ID. Kalau boleh nak ID sebab pakej sekali masuk dengan perabot tapi kebanyakannya memang mahal la. Ada satu ID ni dekat Kajang, belum pergi site visit lagi dia dah mintak RM2K. Design dia memang lawa dan aku faham kenapa dia buat macam tu (sebab segmen pelanggan dia ialah golongan T20). Jadi aku pun terus batalkan hasrat nak teruskan. 

Lepas tu aku pergi kat Instagram, selalunya influencer ni memang letak link kontraktor yang buat rumah dieorang. Kebanyakannya kontraktor Melayu. Sayangnya jadual dieorang mostly dah penuh. Ada gak yang datang buat site visit tapi aku batalkan jugak sebab awal-awal lagi dah macam-macam alasan diberi bila tiba nak meeting. So aku tak berapa selesa takut nanti sakit hati pulak bila projek renovate rumah delay.

Lepas 2 minggu aku list down 3-4 kontraktor yang aku agak yakin baru la aku mintak quotation. Lepas tu aku ambik masa 2 minggu lagi nak evaluate quotations, buat pros & cons setiap kontraktor ni (sebenarnya seminggu je sebab seminggu lagi tu aku busy dengan BFF yang nak kawen).


Kena buat dalam spreadsheet supaya boleh bandingkan sebut harga dari kontraktor berlainan

So last week baru la aku finalize kontraktor mana yang aku nak ambik. Time nak bayar deposit tu berpeluh2 la jugak hehe. Insha Allah niatkan demi keselesaan keluarga semoga ada ganjaran yang lebih baik kelak.

Jadi sekarang ni aku kena pantau supaya final cost home renovation ni nanti tak lari jauh dari bajet asal. Harap-harapnya tak sebab aku dah mintak kontraktor bagi detailed quotation *berdoa dalam hati supaya duit simpanan cukup*

Doa Ketika Mencapai Umur 40 Tahun

Umur 40 adalah umur kematangan fikiran seseorang manusia. Pada saat umur 40 tahun, seseorang manusia sewajarnya sudah mempunyai kefahaman dan kesabaran yang sempurna. Ya, sepatutnya begitulah.

Dikatakan bahawa para Nabi AS dilantik menjadi utusan ALLAH pada umur masing-masing 40 tahun. Di dalam kitab ar-Rahiq al-Makhtum karangan Sheikh Safiyyu ar-Rahman al-Mubarakfuri, disebutkan bahawa umur Nabi Muhammad dilantik menjadi Nabi ialah pada umur Baginda 40 tahun, 6 bulan dan 12 hari mengikut kalendar Qamariah (perkiraan bulan).

Di dalam Al-Quran ada dinyatakan suatu ayat yang di dalamnya mengandungi suruhan supaya manusia berbuat baik kepada ibu bapa mereka yang bersusah payah melahirkan dan membesarkan mereka. Lalu disarankan supaya manusia yang sudah mencapai umur 40 agar berdoa kepada ALLAH dengan suatu doa tertentu seperti berikut:

Doa Umur 40 tahun

Sumber artikel: https://muzir.wordpress.com/

Sesungguhnya usia 40 tahun ni ialah usia di mana kita mencorak halatuju kita dalam perjalanan menuju ke akhirat. Aku pernah terbaca bahawa seseorang yang masih lagi lalai ketika di usia 40 tahun, maka selama-lamanya dia akan lalai, melainkan Allah memberikan hidayah kepadanya untuk bertaubat. Wallahualam.

Apapun, aku baru je terbaca tentang doa ni, InshaAllah akan aku cuba hafal dan amalkan. Semoga hati ni sentiasa mengingati Allah dan dan berubah ke arah kebaikan.

Jakun Sekejap Tengok Robot Pelayan di Restoran Nasi Kukus Sotong Besar

Isnin lepas Suami Terchenta ambik cuti nak temankan aku pergi ke showroom tilam Aerofoam yang terletak di Klang.

Selesai je urusan di situ, terus terasa perut berkeroncong sebab dah pukul 2 petang dan tak makan lagi. Maka kiteorang pun Google la tempat makan best yang ada dekat-dekat situ. Carian Google lalu membawa kiteorang ke Restoran Nasi Kukus Sotong Besar. Maaf la, sebab lapar sangat tak sempat nak ambik gambar luar kedai, tapi dari jauh lagi dah nampak signboard restoran yang besar dan bangunan kedai warna merah. Memang takkan sesat la kalau ikut Waze.

Lepas order dan bayar makanan kat kaunter, kiteorang pun terus duduk kat meja. Tak sampai 10 minit, makanan sampai. 

Ok, yang buat aku jakun sebenarnya ialah kedai ni pelayannya ialah sebuah robot. Ni first time aku makan kat kedai yang menggunakan robot pelayan. Bukan calang-calang robot ni, dari jauh lagi dia main lagu dangdut. Hantar makanan betul-betul depan muka, memang servis terbaik punyalah!

Restoran Nasi Kukus Sotong Besar
Lepas ambik makanan, kena tekan butang 'Done' kat skrin tu baru dia beredar


Restoran Nasi Kukus Sotong Besar
Robot tengah bertugas hantar makanan kat meja pelanggan

Restoran Nasi Kukus Sotong Besar
Suami Terchenta order nasi kukus sotong besar. Sotong memang segar, manis dan rangup, tak rugi cuba walaupun harganya RM20+. Menyesal pulak order satu je.



Restoran Nasi Kukus Sotong Besar
Yang ni pulak nasi kukus ayam berempah. Pun sedap jugak. Harga dalam RM12+ kalau tak silap.

 Puas hati makan kat Restoran Nasi Kukus Sotong Besar ni. Tapi kalau nak pergi lagi, tunggu bila tekak memang teringin sangat-sangat nak makan sotong sebab jauh dari tempat kiteorang. Hehe.