Durian ni memang favourite kiteorang satu family dari dulu lagi. Even anak-anak pun sejak baby pantang nampak durian, laju je mengejar dengan kereta sorong dorang tu sambil mulut menganga dan air liur meleleh-leleh. Padahal tak ajar pun dieorang makan durian, agaknya dah genetik hantu durian gitulah.


 
Tak kira la durian jenis apa pun, kiteorang memang 'ngap' aje. Durian kampung ke durian baka ke, semua masuk je tekak kiteorang ni. Ni on the way ke rumah, ternampak gerai durian tepi jalan. Murah sangat, isi pun manis dan sederhana tebal. Puas hati la bila makan.




Kisah tak boleh lupa pasal durian ni ialah bila aku pregnant anak no. 2. Time tu aku pulak ada kencing manis. Kebetulan ayah aku datang dari Sarawak time musim durian, jadi kiteorang pun bawak la dia makan durian. Tapi aku pulak yang over-excited makan durian, tak sedar diri tengah pregnant! Sejam lepas melantak durian aku mula pening, loya, rasa nak pitam, rasa nak demam semua bercampur-baur. Mungkin sebab gula dalam darah naik mendadak, sebenarnya agak bahaya time tu tapi aku pulak dah tau tak sihat tak reti pulak nak pergi jumpa doktor. Aku baring je kat rumah. Bila terkenang balik, rasa syukur sangat Alhamdulillah baby tak apa-apa. Kenangan yang tak boleh dilupakan.

10 Comments

  1. suka mkn yg kuning..yg pucat tk brp hehe..tp mkn dgn pulut la

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya suka durian fresh makan gitu je. Klu buat bubur durian saya tak berapa sgt. Klu durian crepe ok pulak. Hmm.

      Delete
  2. Memang sedap. Betul Carneyz, ada orang tak tahan, makan durian banyak, start la sakit pala, etc.

    ReplyDelete
  3. belum lg mencari durian...seronok makan ramai2..,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la, rindu pulak dengan geng ofis lama sbb klu musim durian kiteorang mesti makan durian kat gerai ramai2. Meriah bila makan ramai2.

      Delete
  4. Meriah, kat uma ni adaa 4 biji tu Besan hantar malam tadi adeiiii kepala dah tingtong dah ni ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rezeki Sislin la tu. Tapi skrg dah kene jaga makan tak leh melantak mcm dulu..

      Delete
  5. Sana sini durian..
    Uish!! Seram pula baca pengalaman sis pasal durian masa mengandung tu.. Terlebih excited eh.. Alhamdulillah tak ada apa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau dah hantu durian tu mmg jadi lupa diri klu jumpa durian.

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .