Brunch di Levain Boulangerie & Patisserie

Tak sangka lepas breakfast di Kenny Hill dengan ex-roommate, esoknya keluar lagi kali ni dengan kakak pulak memandangkan dia ajak keluar semalam.

Kami ke Levain Boulangerie & Patisserie di Imbi, KL. 



Tempat ni lebih kurang macam Kenny Hill Bakers jugak, which is ada kedai roti jugak bersebelahan dengan restoran. Bila sampai di situ, kena ambik kad meja untuk reserve seat, ingat nombor meja barulah beratur di kaunter untuk pesan makanan dari menu. Kalau nak beli dan makan roti di sana pun boleh, pilih roti lepas tu bawak ke kaunter.

Bila tengok pilihan roti dan pastri di kedai ni, boleh rambang mata dibuatnya. Semua nampak sedap dan menarik. Kebanyakannya roti dan croissant Perancis.




Yang ni pulak pilihan kek dan pemanis mulut yang ada di restoran ni:


Pavlova kegemaran Khadeeja

Macaron yang comel dan sedap

Memandangkan kiteorang ke sini untuk brunch, jadi kiteorang ambik roti & pastri sikit dan order makanan berat jugak.

Mushroom truffle pasta - boleh tahan sedap cuma masin sikit bagi aku

Honey glazed salmon menu pilihan kakak - memang manis kuahnya

Roti dan pastri pilihan kami

Asalnya aku nak ambik gambar dalam restoran ni tapi semalam dieorang mengalami kerosakan lampu di bahagian tengah jadi restoran agak malap. Lagi pun ramai jugak yang sedang makan di situ, segan pulak nak ambik gambar.

Bagi aku makanan dia not bad, walaupun menu dia tak semeriah Kenny Hill Bakers. Tapi lebih kurang sama je dua-dua ni. Peminat roti boleh singgah sini cuba roti dieorang yang sedap.

Kisah Cuti Sekolah: Melawat Taman Burung KL

Bila clear gambar dalam phone baru aku perasan yang aku tak citer lagi pasal trip ke Taman Burung KL cuti sekolah lepas.

Kiteorang dah lama sangat tak sampai ke sini, jadi masa cuti sekolah bulan lepas aku bawak la anak-anak ke sini atas 2 sebab. Pertama, tempat ni tak perlu bersesak-sesak dan beratur panjang. Kedua, harga tiket murah (RM35 dewasa, RM15 kanak-kanak).

Anak-anak aku memang suka binatang, masa kat Bintulu tiap-tiap minggu kiteorang akan pergi ke Taman Tumbina (singkatan untuk 'tumbuhan dan binatang") Bintulu sebab masuk percuma. Tapi kat sana binatang semua dalam sangkar. So bila masuk Taman Burung dan tengok burung-burung berkeliaran bebas, dieorang terus excited.


KL's Bird Park


KL's Bird Park
Burung merak ni jinak-jinak semuanya, bila nampak orang lalu burung-burung ni datang dekat kat kiteorang sebab nak makanan

KL Bird Park
Peta Taman Burung (sumber: klbirdpark.com)

Taman Burung ni takde la besar sangat, just nice nak bawak anak-anak berjalan-jalan setengah hari (termasuk berhenti rehat dan makan kat dalam ni). Taman ni mesra stroller / wheelchair kecuali di Amphitheater jadi tak payah risau kalau nak bawak stroller ye. Terbahagi kepada 4 zon - zon 1 & 2 terdiri daripada Free-Flight Walk-In Aviary (burung bebas terbang), Love Aviary (sejenis burung parkit yang setia dengan pasangan), Taman Brahminy (sejenis burung helang), Kolam Flamingo dan Taman Bulbul.


KL Bird Park

Zon 3 pulak ialah Taman Enggang manakala Zon 4 terdiri daripada Dunia Burung Kakak Tua, Burung Darat (Flightless Bird), Galeri Burung, Pusat Pendidikan Burung, Sekolah Burung, Oriental Bird Aviary, Waterfall Aviary dan Amphitheater.


KL Bird Park
Black beauty

Aku sarankan sebelum datang ke sini, boleh check dulu jadual aktiviti di Taman Burung ni kat website klbirdpark.com . 


KL Bird Park
Burung upeh ni pantang tengok makanan

Kiteorang hampir-hampir terlepas persembahan burung di Amphitheater gara-gara datang lewat. Dah la Amphitheater tu jauh nun di Zon 4, berlari-lari la kiteorang sebab tak nak terlepas. Nasib baik sempat walaupun sampai dalam keadaan tercungap-cungap!

KL Bird Park

Lepas persembahan burung, kiteorang gerak ke Waterfall Aviary sebab aktiviti seterusnya ialah aktiviti beri burung makan (milky stork feeding).

Burung-burung ni dari jauh lagi nampak je kakitangan pakai baju kuning dan topi ni terus dieorang terbang dekat tak penyabar spesiesnya ye hahaha! Tapi burung-burung ni tak serang pun orang yang bagi makan ni, dieorang tunggu je orang tu baling ikan tak pun suap terus masuk mulut!


KL Bird Park

Satu benda aku perasan burung stork ni otak bergeliga jugak. Masa tunggu slot bird feeding tu, anak-anak aku beri makan ikan dalam tasik. Burung-burung ni berenang dekat tapi bukan nak makan makanan tu, tapi sebab nak tunggu ikan timbul!

KL Bird Park
Bijak kan?

KL Bird Park
Mengantuk lepas makan ke tu?

KL Bird Park
Jinak sangat, siap boleh makan dari tangan lagi

OK la, selebihnya layan je la gambar sekitar taman burung ni.


KL Bird Park
Cantiknya ekor awak

KL Bird Park
Burung hantu

KL Bird Park
Boleh belai tapi dia pemalu sikit nak ambik gambar, asyik toleh ke belakang taknak pandang kamera

Selesai berjalan-jalan kat sini perut pun lapar so kiteorang singgah makan kat Restoran Hornbill. Order cucur pisang dengan keropok lekor, sambil menikmati pemandangan taman burung di luar restoran. Sorry takde gambar sebab perut dah lapar sangat hehe.

Taman Burung KL ni dibukak setiap hari dari pukul 9 pagi sampai 6 petang. Parking banyak je takyah risau.


Masjid Negara
Sebelum balik singgah di Masjid Negara solat Asar. Seperti biasa aku suka ambik gambar kubah

Breakfast Date di Kenny Hills Bakers

Minggu ni memang penuh aktiviti keluar dengan kawan-kawan. Syukur Alhamdulillah, takde la sunyi bila anak-anak turun sekolah.

Hari ni pagi-pagi lagi pergi sarapan pagi dengan ex-roommate aku masa belajar kat UTM dulu, Eva. Kiteorang agreed jumpa dekat Kenny Hills Bakers di Bukit Tunku sebab jaraknya tak sampai 10minit dari tempat aku. Lagi pun Eva tak pernah try lagi makan kat sini memandangkan dia dari JB.

Aku sampai beberapa minit awal, pukul 8.34 pagi. Itupun dah ramai pelanggan yang sampai dulu, penuh meja kat luar. Tapi masih lagi ada meja kosong untuk 2 orang. Takde la aku kena menunggu.


Kenny Hills Bakers Bukit Tunku
Dari tepi bangunan nampak lengang tapi sebenarnya dah ramai yang tengah duduk tunggu order sampai

Kenny Hills Bakers Bukit Tunku
Asal-usul nama Bukit Tunku

Sementara tunggu Eva sampai, aku usha menu breakfast:

Kenny Hills Bakers Bukit Tunku
Sumber: kennyhillsbakers.com

Bila Eva sampai, kiteorang pakat nak kongsi makanan sebab takut portion besar (portion sebenar tak de la sebesar yang kiteorang sangkakan, so next time kena order asing-asing). Lagi pun Eva nak try pastri kat sini, kang tak dapat habiskan membazir je. So kiteorang ambik eggs flamenco sebab macam menarik je. Then aku order flat white dan Eva order black coffee. Simple je breakfast pagi tadi (simple pun harga kayangan jugak, tapi Eva baik hati belanja aku makan. Alhamdulillah, rezeki…)

Kenny Hills Bakers Bukit Tunku
Egss Flamenco & Flat White Coffee

Since dah lama tak jumpa (kali terakhir jumpa masa aku ke JB tahun lepas), rancak kiteorang berborak pagi tadi. Rindu sangat dengan kawan baik aku ni. Walaupun kiteorang ni berbeza personaliti dari dulu lagi (dan life kiteorang pun berbeza sangat), tapi tetap akrab macam dulu.

Sebelum berpisah, harus la selfie dulu:

Kenny Hills Bakers Bukit Tunku

Lepas breakfast aku ke rumah baru sebab nak serah kunci kat kontraktor. Dalam pukul 12.30 aku balik ke rumah. Tak semena-mena teringin nak pergi tengok citer Mat Kilau. Apa lagi, terus check jadual wayang. Next movie pukul 1.45petang. Sempat sangat nak book ni hehe. Apa lagi, moh le kite ke wayang!

Jeng…jeng… jeng! Kalau sempat aku buat next post bagi ulasan filem Mat Kilau pulak. Tapi kesimpulannya, memang best la macam kebanyakan review yang aku baca sebelum ni. Ok, selamat malam semua.

Lepak dengan Ex-Colleagues

Semalam kawan ofis tiba-tiba mesej ajak keluar makan. Sejak aku pindah ke KL, rasanya tak penah kiteorang bertiga keluar makan sekali. Lepas tu aku resigned. Sebelum last day, ada la plan nak buat farewell lunch untuk aku tapi lepas tu tertangguh sebab masing-masing sibuk. Aku pun malas nak kacau sebab aku faham sangat tahap kesibukan dieorang ni camane (sebab penah rasa kan).


Berjaya jugak keluar lunch sama-sama ye...

Banyak pengalaman susah senang menguruskan team dan menguruskan akaun masing-masing (sebab kiteorang ni account manager) yang tak boleh dilupakan. Aku rasa kalau takde dieorang ni tempat mengadu dan mendapatkan sokongan emosi, memang awal2 lagi aku dah resigned. Terus-terang aku memang tak minat sangat jaga akaun.

Kiteorang lunch di Ben's KLCC sebab boleh borak-borak santai sambil lunch. Menu kat sini not bad la (kecuali Aglio Olio). Cuma harga tu harga KLCC, kalau hari-hari makan kat sini memang berlubang poket!


Fish and chips

Aglio Olio ni takde udang, pasta kosong je. Tak berbaloi dengan harga RM22

Soft-shell crab pasta

Dekat 2 jam jugak kiteorang bersembang. Banyak perkembangan semasa yang dieorang kongsi dengan aku sampaikan aku rasa macam aku masih lagi part of the team. Tu je la benda yang aku rindu pasal kerja - kawan-kawan ofis aku semuanya baik-baik lebih-lebih lagi kawan-kawan ofis di tempat lama iaitu di Bintulu dulu. Kiteorang rapat sangat macam ahli keluarga, kalau meeting lambat habis boleh pesan kat kawan tolong ambikkan anak dekat taska. 

Apapun aku doakan yang terbaik untuk kawan-kawan ofis, semoga dieorang terus sukses dalam karier masing-masing dan semoga persahabatan kiteorang berkekalan. Alhamdulillah ramai yang masih lagi contact, keluar makan sama-sama walaupun aku dah tak lagi kerja di situ.

Wordless Wednesday - Musim Durian

Durian ni memang favourite kiteorang satu family dari dulu lagi. Even anak-anak pun sejak baby pantang nampak durian, laju je mengejar dengan kereta sorong dorang tu sambil mulut menganga dan air liur meleleh-leleh. Padahal tak ajar pun dieorang makan durian, agaknya dah genetik hantu durian gitulah.


Durian
Durian
 
Tak kira la durian jenis apa pun, kiteorang memang 'ngap' aje. Durian kampung ke durian baka ke, semua masuk je tekak kiteorang ni. Ni on the way ke rumah, ternampak gerai durian tepi jalan. Murah sangat, isi pun manis dan sederhana tebal. Puas hati la bila makan.

gerai durian
Gerai durian di Sentul

Kisah tak boleh lupa pasal durian ni ialah bila aku pregnant anak no. 2. Time tu aku pulak ada kencing manis. Kebetulan ayah aku datang dari Sarawak time musim durian, jadi kiteorang pun bawak la dia makan durian. Tapi aku pulak yang over-excited makan durian, tak sedar diri tengah pregnant! Sejam lepas melantak durian aku mula pening, loya, rasa nak pitam, rasa nak demam semua bercampur-baur. Mungkin sebab gula dalam darah naik mendadak, sebenarnya agak bahaya time tu tapi aku pulak dah tau tak sihat tak reti pulak nak pergi jumpa doktor. Aku baring je kat rumah. Bila terkenang balik, rasa syukur sangat Alhamdulillah baby tak apa-apa. Kenangan yang tak boleh dilupakan.