Tak sangka lepas breakfast di Kenny Hill dengan ex-roommate, esoknya keluar lagi kali ni dengan kakak pulak memandangkan dia ajak keluar semalam.

Kami ke Levain Boulangerie & Patisserie di Imbi, KL. 



Tempat ni lebih kurang macam Kenny Hill Bakers jugak, which is ada kedai roti jugak bersebelahan dengan restoran. Bila sampai di situ, kena ambik kad meja untuk reserve seat, ingat nombor meja barulah beratur di kaunter untuk pesan makanan dari menu. Kalau nak beli dan makan roti di sana pun boleh, pilih roti lepas tu bawak ke kaunter.

Bila tengok pilihan roti dan pastri di kedai ni, boleh rambang mata dibuatnya. Semua nampak sedap dan menarik. Kebanyakannya roti dan croissant Perancis.




Yang ni pulak pilihan kek dan pemanis mulut yang ada di restoran ni:


Pavlova kegemaran Khadeeja

Macaron yang comel dan sedap

Memandangkan kiteorang ke sini untuk brunch, jadi kiteorang ambik roti & pastri sikit dan order makanan berat jugak.

Mushroom truffle pasta - boleh tahan sedap cuma masin sikit bagi aku

Honey glazed salmon menu pilihan kakak - memang manis kuahnya

Roti dan pastri pilihan kami

Asalnya aku nak ambik gambar dalam restoran ni tapi semalam dieorang mengalami kerosakan lampu di bahagian tengah jadi restoran agak malap. Lagi pun ramai jugak yang sedang makan di situ, segan pulak nak ambik gambar.

Bagi aku makanan dia not bad, walaupun menu dia tak semeriah Kenny Hill Bakers. Tapi lebih kurang sama je dua-dua ni. Peminat roti boleh singgah sini cuba roti dieorang yang sedap.

4 Comments

  1. menarik pastri2 nya...bangunan dia pun menarik jg..ala2 french..

    ReplyDelete
  2. Boleh tahan la. Sayang tak ambik gambar kat dalam restoran ni

    ReplyDelete
  3. Memang menu Barat. Manis takdelah pedas untuk salmon tersebut.

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .