Minggu ni memang penuh aktiviti keluar dengan kawan-kawan. Syukur Alhamdulillah, takde la sunyi bila anak-anak turun sekolah.

Hari ni pagi-pagi lagi pergi sarapan pagi dengan ex-roommate aku masa belajar kat UTM dulu, Eva. Kiteorang agreed jumpa dekat Kenny Hills Bakers di Bukit Tunku sebab jaraknya tak sampai 10minit dari tempat aku. Lagi pun Eva tak pernah try lagi makan kat sini memandangkan dia dari JB.

Aku sampai beberapa minit awal, pukul 8.34 pagi. Itupun dah ramai pelanggan yang sampai dulu, penuh meja kat luar. Tapi masih lagi ada meja kosong untuk 2 orang. Takde la aku kena menunggu.


Dari tepi bangunan nampak lengang tapi sebenarnya dah ramai yang tengah duduk tunggu order sampai

Asal-usul nama Bukit Tunku

Sementara tunggu Eva sampai, aku usha menu breakfast:

Sumber: kennyhillsbakers.com

Bila Eva sampai, kiteorang pakat nak kongsi makanan sebab takut portion besar (portion sebenar tak de la sebesar yang kiteorang sangkakan, so next time kena order asing-asing). Lagi pun Eva nak try pastri kat sini, kang tak dapat habiskan membazir je. So kiteorang ambik eggs flamenco sebab macam menarik je. Then aku order flat white dan Eva order black coffee. Simple je breakfast pagi tadi (simple pun harga kayangan jugak, tapi Eva baik hati belanja aku makan. Alhamdulillah, rezeki…)

Egss Flamenco & Flat White Coffee

Since dah lama tak jumpa (kali terakhir jumpa masa aku ke JB tahun lepas), rancak kiteorang berborak pagi tadi. Rindu sangat dengan kawan baik aku ni. Walaupun kiteorang ni berbeza personaliti dari dulu lagi (dan life kiteorang pun berbeza sangat), tapi tetap akrab macam dulu.

Sebelum berpisah, harus la selfie dulu:


Lepas breakfast aku ke rumah baru sebab nak serah kunci kat kontraktor. Dalam pukul 12.30 aku balik ke rumah. Tak semena-mena teringin nak pergi tengok citer Mat Kilau. Apa lagi, terus check jadual wayang. Next movie pukul 1.45petang. Sempat sangat nak book ni hehe. Apa lagi, moh le kite ke wayang!

Jeng…jeng… jeng! Kalau sempat aku buat next post bagi ulasan filem Mat Kilau pulak. Tapi kesimpulannya, memang best la macam kebanyakan review yang aku baca sebelum ni. Ok, selamat malam semua.

12 Comments

  1. best nyaaaaa brekfes kat Kenny.. lama x pegi

    ReplyDelete
    Replies
    1. first time gi time breakfast. ingatkan tak ramai org tapi ramai gak, cuma tak perlu beratur hehe

      Delete
  2. hmm.. teringat juak bff kmk masa zaman uni... samalah kita... sorg bertudung sorg freehair & non muslim... x sama course juak tp rapat... dh nama sarawakian alu melekat bersama... mun berjalan ke kl nya pegi church kmk tgu, kmk pegi suro nya tgu... mcm ya lah... sampei mun kmk org sorg ajak mst org nanyak ne mira or ne any? hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. kmk org rapat sbb masa ya first year kenak diam kolej luar (apartment), kmk org dapat rumah sama, so decide jadi roommate. Giya juak kmk org Kakmim, sorang mengaji atas sejadah rah lantai, sorang baca Bible atas katil. Dah homesick rindu mok balit Swk, nangis sama2 hehe.

      Delete
  3. Syok dapat jumpa kawan, breakfast dan sembang-sembang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la syok sbb dah lama tak jumpa byk la benda nak catch up. Sekali-sekala keluar dengan kawan apa salahnya.

      Delete
  4. outlet sini tk smp lg...sbb baca review rmi..tp tmpt cantik utk OOTD hehe....kalo ke kenny hills suka peach strudel yg femes tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah cantik tempat ni. Saya pun order peach strudel tu, memang sedap, manis sedang2.

      Delete
  5. Jumpa kawan universiti banyak disembangkan.
    Popular filem Mat Kilau.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mostly sembang pasal kehidupan sekarang, sekali-sekala tanya kabar kawan2 lain jugak. Bila dah pergi tengok citer Mat Kilau baru faham kenapa citer nya popular.

      Delete
  6. seronok jumpa kawan baik, breakfast venue pun menarik...tk pernah try lg kenny hills..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kenny Hills ni kene pegi time hari org bekerja klu weekend penuh je memanjang. Bukit Tunku tu pun tak jauh dari Sentul, any time je nohas boleh try sana ;)

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .