Piknik di Taman KLCC
Musim kawen ke sekarang, berjangkit2 dorang ni.
Kali ni sorang lagi BFF aku bakal menamatkan zaman bujangnya. Tahniah Zura! Semoga perkahwinan kekal bahagia ke anak cucu...
Since dah buat bachelorette party untuk BFF sorang tu, maka wajiblah buat bachelorette party jugak untuk BFF yang ni. Kali ni aku pilih tema piknik pulak. Kiteorang sepakat nak buat piknik ni di Taman KLCC. Buat sesiapa yang nak buat piknik di KLCC, sila scroll ke bawah dan baca sampai habissss....
Bakal pengantin |
Cantik kan set piknik ni? Yang ni aku cari dekat IG. Sewa set piknik untuk bridal ni semuanya RM180. Sekali dengan teepee tent, picnic mat, belon, bride-to-be sash, message board, picnic basket dan perhiasan lain.
Untuk makanan pulak, kiteorang decide bawak finger food je, kononnya takut tak habis makan la. So aku order Vietnamese roll dengan brownies popsicles je untuk piknik ni:
![]() |
Vietnamese roll dip ni sedap sangat, aku order dari IG deliciosobymia.food |
![]() |
Yang ni pun aku jumpa kat IG myqtbites. Harga RM39 je tapi cantik sangat |
Sekali lepas piknik tu, boleh pulak masing-masing komplen lapar haha! Terpaksa la cari makanan lagi kat KLCC lepas tu hehe...
Sepatutnya ada games masa piknik ni tapi games leader tu datang lambat pulak, so tak de la games pagi tu. Still, kiteorang enjoy je tak habis-habis gelak especially masa nak bergambar (konon-konon nak ambik gambar panorama supaya semua boleh masuk dalam gambar tapi asyik tak menjadi je. Hasilnya ada yang nampak badan dan kepala tapi kaki hilang!) Last-last ambik je la selfie ramai-ramai!
Member kat belakang tu siap cakap planning piknik ni serupa macam nak plan teambuilding hehe |
![]() |
Bersama bakal pengantin |
OK, back to picnic venue ni. Tadi aku cakap kiteorang buat piknik ni di Taman KLCC kan? Kisahnya kiteorang assume boleh je piknik di Taman KLCC ni. Rupa-rupanya tak boleh ye tuan-tuan dan puan-puan. Lepas kiteorang dah siap set up set dan baru nak makan, datang 2 orang kakitangan keselamatan bagitau yang kat taman ni tak boleh buat piknik. Picnic on the grass is not allowed at KLCC park.
Tapi nasib baik dieorang bertimbangrasa benarkan kiteorang habiskan makanan sebelum mengemas tempat tu. So habis je makan, terus kiteorang kemas balik set, buang sampah dalam plastik sampah yang aku siap-siap bawak dan tinggalkan tempat tu dalam keadaan sediakala.
Pengajarannya sebelum buat piknik, kena check dulu sama ada tempat tu benarkan aktiviti piknik atau tak.
Mat Kilau - Kebangkitan Pahlawan
Sana - sini orang bercerita tentang kehebatan filem Mat Kilau ni. Mana tak hebat kalau boleh kutip sampai RM39.2 juta dalam 10 hari sejak ditayangkan, mengalahkan cerita Tom Cruise ‘Top Gun’ dengar-dengarnya.
![]() |
Kredit: kakimuvee.com |
Since aku ni memang minat cerita sejarah atau apa-apa je la cerita yang bertemakan dahulu kala (Puteri Gunung Ledang je dah beberapa kali repeat) maka aku pun jadilah salah seorang yang menyumbang kepada RM39.2 juta hasil tu. Tapi memandangkan aku tak nak bersesak-sesak dengan orang ramai di hujung minggu nak tengok cerita ni, aku sanggup beli tiket hari bekerja dan tengok sorang-sorang.
Cerita ni memang banyak bermain dengan perasaan penonton terutama bangsa Melayu. Perasaan sedih, geram dan marah bila ditindas dan hak dirampas sewenang-wenangnya. Awal-awal lagi dah mula dengan babak sedih bila Syers ni datang dan bunuh orang kampung termasuk kanak-kanak. Cuma time tu aku control lagi sebab bagi aku skripnya agak ‘over’ dan entahlah, aku tak berapa nak menghayati babak tu.
Then sampai ke babak bila isteri Wahid (Beto Kusyairi) yang sarat mengandung jadi mangsa kekejaman Syers dan tali barutnya. Time ni aku memang standby tisu, lap-lap air mata sebab sedih dengan nasib isteri Wahid. Orang sebelah aku siap nangis tersedu-sedu. Yes, mulanya aku geram dengan watak isteri Wahid yang tak memahami perjuangan suaminya tapi bila saat nyawa dia dan anaknya diancam dia lebih rela berkorban dari mengkhianati bangsa. Nampak tak macamana jalan cerita dia bermain dengan perasaan dari geram ke sedih?
Mesej filem ni loud and clear - orang Islam yang sejati tak akan membiarkan saudara mereka ditindas orang lain serta kekuatan orang Melayu terletak pada perpaduan dan iman yang teguh. Harapnya mesej ni meresap la ke dalam jiwa penonton-penonton, bukanlah setakat ilmu silat tu hebat (ada terbaca dalam akhbar penangan filem ni, ramai ibubapa yang daftar anak dieorang belajar silat). Tapi apapun memang hebat sekali penangan dari filem ni ye.
Bagi aku cerita ni best la, walaupun skripnya boleh diperbaiki lagi untuk nampak lagi natural. Pastu orang perempuan zaman dulu memang berkelubung dengan kain batik dari pagi sampai ke malam ke? Detail macam ni la yang walaupun tak penting dalam jalan cerita, tapi boleh mengganggu fikiran dan jugak emosi kau bila tengok filem ni.
Nota kaki: Aku paling minat lakonan Beto Kusyairi sejak dia berlakon sebagai Rosly Dhobi dalam drama Warkah Terakhir: Rosly Dhobi’. Tu pun cerita yang diinspirasikan dari sejarah penentangan penjajah.
Brunch di Levain Boulangerie & Patisserie
Tak sangka lepas breakfast di Kenny Hill dengan ex-roommate, esoknya keluar lagi kali ni dengan kakak pulak memandangkan dia ajak keluar semalam.
Kami ke Levain Boulangerie & Patisserie di Imbi, KL.
Pavlova kegemaran Khadeeja |
Macaron yang comel dan sedap |
Mushroom truffle pasta - boleh tahan sedap cuma masin sikit bagi aku |
Honey glazed salmon menu pilihan kakak - memang manis kuahnya |
Roti dan pastri pilihan kami |
Kisah Cuti Sekolah: Melawat Taman Burung KL
Bila clear gambar dalam phone baru aku perasan yang aku tak citer lagi pasal trip ke Taman Burung KL cuti sekolah lepas.
Kiteorang dah lama sangat tak sampai ke sini, jadi masa cuti sekolah bulan lepas aku bawak la anak-anak ke sini atas 2 sebab. Pertama, tempat ni tak perlu bersesak-sesak dan beratur panjang. Kedua, harga tiket murah (RM35 dewasa, RM15 kanak-kanak).
Anak-anak aku memang suka binatang, masa kat Bintulu tiap-tiap minggu kiteorang akan pergi ke Taman Tumbina (singkatan untuk 'tumbuhan dan binatang") Bintulu sebab masuk percuma. Tapi kat sana binatang semua dalam sangkar. So bila masuk Taman Burung dan tengok burung-burung berkeliaran bebas, dieorang terus excited.
![]() |
Burung merak ni jinak-jinak semuanya, bila nampak orang lalu burung-burung ni datang dekat kat kiteorang sebab nak makanan |
Peta Taman Burung (sumber: klbirdpark.com) |
Taman Burung ni takde la besar sangat, just nice nak bawak anak-anak berjalan-jalan setengah hari (termasuk berhenti rehat dan makan kat dalam ni). Taman ni mesra stroller / wheelchair kecuali di Amphitheater jadi tak payah risau kalau nak bawak stroller ye. Terbahagi kepada 4 zon - zon 1 & 2 terdiri daripada Free-Flight Walk-In Aviary (burung bebas terbang), Love Aviary (sejenis burung parkit yang setia dengan pasangan), Taman Brahminy (sejenis burung helang), Kolam Flamingo dan Taman Bulbul.
Zon 3 pulak ialah Taman Enggang manakala Zon 4 terdiri daripada Dunia Burung Kakak Tua, Burung Darat (Flightless Bird), Galeri Burung, Pusat Pendidikan Burung, Sekolah Burung, Oriental Bird Aviary, Waterfall Aviary dan Amphitheater.
Black beauty |
Aku sarankan sebelum datang ke sini, boleh check dulu jadual aktiviti di Taman Burung ni kat website klbirdpark.com .
Burung upeh ni pantang tengok makanan |
Lepas persembahan burung, kiteorang gerak ke Waterfall Aviary sebab aktiviti seterusnya ialah aktiviti beri burung makan (milky stork feeding).
Burung-burung ni dari jauh lagi nampak je kakitangan pakai baju kuning dan topi ni terus dieorang terbang dekat tak penyabar spesiesnya ye hahaha! Tapi burung-burung ni tak serang pun orang yang bagi makan ni, dieorang tunggu je orang tu baling ikan tak pun suap terus masuk mulut!
Satu benda aku perasan burung stork ni otak bergeliga jugak. Masa tunggu slot bird feeding tu, anak-anak aku beri makan ikan dalam tasik. Burung-burung ni berenang dekat tapi bukan nak makan makanan tu, tapi sebab nak tunggu ikan timbul!
Bijak kan? |
Mengantuk lepas makan ke tu? |
Jinak sangat, siap boleh makan dari tangan lagi |
OK la, selebihnya layan je la gambar sekitar taman burung ni.
Cantiknya ekor awak |
Burung hantu |
Boleh belai tapi dia pemalu sikit nak ambik gambar, asyik toleh ke belakang taknak pandang kamera |