Musim kawen ke sekarang, berjangkit2 dorang ni.

Kali ni sorang lagi BFF aku bakal menamatkan zaman bujangnya. Tahniah Zura! Semoga perkahwinan kekal bahagia ke anak cucu...

Since dah buat bachelorette party untuk BFF sorang tu, maka wajiblah buat bachelorette party jugak untuk BFF yang ni. Kali ni aku pilih tema piknik pulak. Kiteorang sepakat nak buat piknik ni di Taman KLCC. Buat sesiapa yang nak buat piknik di KLCC, sila scroll ke bawah dan baca sampai habissss....


Bakal pengantin

Cantik kan set piknik ni? Yang ni aku cari dekat IG. Sewa set piknik untuk bridal ni semuanya RM180. Sekali dengan teepee tent, picnic mat, belon, bride-to-be sash, message board, picnic basket dan perhiasan lain. 

Untuk makanan pulak, kiteorang decide bawak finger food je, kononnya takut tak habis makan la. So aku order Vietnamese roll dengan brownies popsicles je untuk piknik ni:

Vietnamese roll dip ni sedap sangat, aku order dari IG deliciosobymia.food


Yang ni pun aku jumpa kat IG myqtbites. Harga RM39 je tapi cantik sangat

Sekali lepas piknik tu, boleh pulak masing-masing komplen lapar haha! Terpaksa la cari makanan lagi kat KLCC lepas tu hehe...

Sepatutnya ada games masa piknik ni tapi games leader tu datang lambat pulak, so tak de la games pagi tu. Still, kiteorang enjoy je tak habis-habis gelak especially masa nak bergambar (konon-konon nak ambik gambar panorama supaya semua boleh masuk dalam gambar tapi asyik tak menjadi je. Hasilnya ada yang nampak badan dan kepala tapi kaki hilang!) Last-last ambik je la selfie ramai-ramai!


Member kat belakang tu siap cakap planning piknik ni serupa macam nak plan teambuilding hehe

Bersama bakal pengantin

OK, back to picnic venue ni. Tadi aku cakap kiteorang buat piknik ni di Taman KLCC kan? Kisahnya kiteorang assume boleh je piknik di Taman KLCC ni. Rupa-rupanya tak boleh ye tuan-tuan dan puan-puan. Lepas kiteorang dah siap set up set dan baru nak makan, datang 2 orang kakitangan keselamatan bagitau yang kat taman ni tak boleh buat piknik. Picnic on the grass is not allowed at KLCC park.

Tapi nasib baik dieorang bertimbangrasa benarkan kiteorang habiskan makanan sebelum mengemas tempat tu. So habis je makan, terus kiteorang kemas balik set, buang sampah dalam plastik sampah yang aku siap-siap bawak dan tinggalkan tempat tu dalam keadaan sediakala.

Pengajarannya sebelum buat piknik, kena check dulu sama ada tempat tu benarkan aktiviti piknik atau tak. 

4 Comments

  1. seronok tu picnic kt tmn merai bride to be...

    ReplyDelete
  2. Nasib baik pengawal keselamatan bagi selesaikan.. Mujur juga buat fingers food je.. Tak adalah kalut nak mengemas..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah baik dieorang tu bertimbangrasa. Memang plan tak nak bawak makanan berat2 jadi ambik finger food je.

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .