• Home
  • About
    • About Me
    • Sitemap
  • Travel
    • Malaysia
    • International
    • Travel Stories
  • Hotels
    • Hotel Reviews
    • Marriott Bonvoy
  • Dining
    • Bazaar
    • Food
    • Cafe & Bakery
    • Restaurant & Outlet
    • Recipes
  • Lifestyle
    • Beauty & Fashion
    • Blog
    • Camping
    • Entertainment
    • Family Activities
    • Home
    • Parenting
    • Tips & Info
  • Review
    • Products
    • Services
    • Places
  • Disclaimer
Enter your keywords
Coffee Break With Me

Hotel & Travel Reviews and Many More.

Saturday, August 06, 2022

'Breakfast Date' di Breakfast Spot KL

Lepas sekian lama geng BFF (BreakFast Friends) menyepi, akhirnya pagi tadi kami pergi terjah tempat sarapan baru!

Kali ni kami try sarapan di 'Breakfast Spot KL' terletak di Jalan Sin Chew Kee, Bukit Bintang. Tempat ni agak baru jugak, kalau tak silap baru beroperasi tahun ni. 


Breakfast Spot Bukit Bintang

Restoran ni diubahsuai dari rumah kedai lama dan yang menariknya ialah depan restoran ni yang menonjolkan senibina rumah kaca. 

Breakfast Spot Bukit Bintang

Sambil makan, boleh menikmati pemandangan di luar yang penuh kehijauan. Serius, memang lawa la tempat ni, kalau yg suka OOTD tu mesti akan suka tempat ni sebab setiap sudut Instagram-worthy!

Breakfast Spot Bukit Bintang

Bahagian dalam restoran pulak ruangnya agak kecik jadi kalau boleh datang awal supaya boleh dapat tempat duduk di ruang patio. Tapi kalau nak privasi, boleh jugak cari tempat duduk di tingkat atas.


Breakfast Spot Bukit Bintang

Kalau tengok nama restoran ni, mesti dah boleh agak apa menu istimewa dieorang. Tak lain tak bukan, menu sarapan pagi dan brunch la. Menu kat sini lebih kepada 'Western  breakfast' - Beef / Chicken Sheet Pan, Chicken Casserole, Egg Benedict, Cheese French Omelette, sandwic dan yang paling popular ialah DIY Breakfast sebab boleh pilih 5 daripada 20 bahan dalam menu contohnya kentang (potato wedges, mash potato, roast potato, sweet potato, hash brown), telur (sunny side up, poach egg, french omelette, scrambled egg), daging (smoked chicken sausage, smoked chicken streaky, hot & spicy chicken sausage, beef sausage) dan lain-lain (confit tomato, roast tomato, portobello mushroom, saute baby spinach, mushroom ragoat, baked bean, green salad). Menarik kan?

Kalau tak nak makan berat-berat, boleh pilih pastri macam croissant dan tart. Selain menu berkonsepkan sarapan pagi, ada jugak pelbagai menu pasta sesuai untuk brunch / makan tengahari.


Breakfast Spot Bukit Bintang
Pilihan pastri

Breakfast Spot Bukit Bintang
Blueberry tart kat sini sedap & highly recommended

Aku pilih Egg Benedict dan blueberry tart. Minuman pulak aku pilih hot chocolate, walaupun hati meronta-ronta nak pilih cappuccino atau pelbagai jenis minuman latte yang nampak menarik semuanya! 


Breakfast Spot Bukit Bintang
Blueberry tart dan hot chocolate

Breakfast Spot Bukit Bintang
Egg Benedict

Mujur jugak kami datang awal sebab 8.30 pagi dah mula ramai orang. Bila datang awal, boleh la lepak lama-lama sikit. 


Breakfast Spot Bukit Bintang
Hari ni ada ahli BFF yang baru, Alia

Breakfast Spot Bukit Bintang

Servis kat sini memang efisyen - tak sampai 10 minit order online guna kod QR yang ditampal kat meja, makanan dah sampai. 

Alamat Breakfast Spot:
2, Jalan Sin Chew Kee, Bukit Bintang KL
Waktu Operasi: 8 pagi - 6 petang
(Kawasan parking terhad jadi datang awal atau guna GrabCar)
Read more »
on Saturday, August 06, 2022 10
Share this!
Tags
Cafe and Bakery, Dining
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Friday, August 05, 2022

Bila Hantu Croissant Bercuti - Christine's @Publika

Semalam Khayla mengadu pening kepala. Lepas Subuh dia baring atas sejadah, katanya tak larat nak ke sekolah. So bapaknya suruh dia cuti je la semalam, rehat di rumah. Kalau ke sekolah pun bukan boleh belajar.

Dekat2 tengahari dia bangun, kurang sikit pening katanya. Baru je aku nak masak tengahari, tiba-tiba tak de letrik. Rupa-rupanya TNB ada kerja-kerja penyelenggaraan. Dah la dapur rumah sewa aku ni guna dapur induction. 

OK la, jom kita keluar aku bagitau Khayla. Maka mommy-daughter date la kami semalam. Khayla request nak makan croissant. Dia memang hantu croissant, kalau keluar mesti nak cari croissant.

End up kami ke Publika @ Solaris. Saja nak mencuba croissant di Christine's Bakery.


Christine's @Publika
Muka budak lapar tapi kena posing haha!

Christine's ni berkonsepkan bakery & kafe yang menjual pastri, bagel dan dessert yang dibuat fresh setiap hari. Pelanggan boleh pilih sama ada beli dan makan di kafe, atau bawak balik. Kafe dieorang pun ada jual makanan berat i.e. all-day breakfast dan jugak pasta selain minuman.


Christine's @Publika
Christine's Bakery & Cafe

Peminat croissant boleh jumpa beberapa jenis croissant kat sini antaranya almond croissant, salted egg croissant, butter croissant dan pain au chocolat (chocolate croissant). Aku sebenarnya bukan peminat croissant tapi bagi aku croissant dia lembut, tak terlalu rapuh (crumbly) dan buttery. So pass la kat tekak aku.


Christine's @Publika
Kami kongsi pain au chocolate dan cream cheese sausage. Total semua termasuk air dalam RM30+

Christine's @Publika
Muka happy dapat makan croissant

Christine's @Publika
Selain croissant ada macam-macam jenis pastri yang lain. Dessert dan makanan berat kena tengok menu restoran

Christine's @Publika
Khayla pilih 2 cream cheese sausage, ingatkan nak kongsi tapi dia sorang je makan hahaha! Nasib baik mak dia tak lapar sangat 😅

Kalau nak tengok menu Christine's yang lain, boleh pergi laman web dieorang. Mujur la Khadeeja bukan penggemar pastri dan croissant, kalau tak hijau muka dia bila dapat tau mommy & kakak pergi dating kat sini hehe... 

Read more »
on Friday, August 05, 2022 14
Share this!
Tags
Cafe and Bakery, Dining
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Friday, August 05, 2022

Seminggu Sepotong Hadis - Pintu Syurga Hanya Untuk Orang Yang Bersedekah

sedekah
Sumber: Pinterest

Terdapat 8 pintu syurga di mana orang-orang yang beramal soleh akan dipanggil untuk masuk ke syurga melalui pintu-pintu ini:

baab as-sadaqah

Orang-orang beriman yang suka bersedekah di jalan Allah sama ada kepada ibu bapa, anak-anak yatim, balu-balu, orang-orang sakit dan orang-orang miskin, maka di akhirat dia layak untuk masuk ke syurga Allah melalui Baab As-Sadaqah.

Ramai yang takut sedekah akan mengurangkan harta mereka (ya, kadang-kadang aku pun agak berat nak hulur duit untuk bersedekah sebab takut kena 'scam'), tapi sedekah ni sebenarnya banyak fadhilatnya, antaranya:

1. Mampu menyembuhkan penyakit, menolak bala, meredakan kemurkaan Allah SWT dan mencegah dari kematian yang buruk (semuanya atas keizinan Allah SWT)

2. Melipat-gandakan kekayaan dan mencukupkan rezeki orang yang bersedekah

3. Menghapuskan dosa sebagaimana air memadamkan api

4. Melindungi daripada terik matahari pada Hari Pembalasan

5. Menghilangkan cinta terhadap dunia yang fana dan mendekatkan kita kepada Allah SWT

6. Mengabulkan doa hamba-Nya

7. Membawa kepada keharmonian masyarakat

8. Pahala sedekah jariyah berterusan mengalir walaupun selepas meninggal dunia contohnya apabila kita bersedekah untuk membina masjid, pondok-pondok ilmu hatta mengajarkan satu ilmu yang kemudiannya diajar pula kepada orang lain.


sedekah senyum
Nota kaki: Senyum pun satu sedekah :)
Read more »
on Friday, August 05, 2022 6
Share this!
Tags
Lifestyle, Tips & Info
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Thursday, August 04, 2022

Ada Lagi Virus Baru? Apa Yang Perlu Kita Tahu Tentang Virus Marburg

Virus Marburg
Sumber artikel: Berita Harian

Terbaca tentang virus Marburg yang telah mengorbankan 2 nyawa di negara Ghana termasuk seorang kanak-kanak. Sama macam Covid-19, virus ni berjangkit dari kelawar buah kepada manusia dan merebak di kalangan kontak rapat. Macamana boleh berjangkit dari kelawar kepada manusia, Wallahu'alam. Buat masa sekarang belum ada vaksin lagi untuk virus Marburg ni. 

Antara simptom-simptom jangkitan virus yang menyerupai penyakit Ebola ni ialah sakit kepala, sakit otot dan demam menggigil. Penyakit ni dianggap serius sebab ia boleh mengakibatkan pendarahan dalaman, kegagalan organ dan radang pankreas. Mangsa biasanya meninggal dunia disebabkan pendarahan dalaman pada beberapa bahagian tubuh badan.

Masha Allah, macam-macam penyakit yang timbul sekarang. Mula-mula cacar monyet (monkey pox) sekarang virus Marburg pulak.  Semoga virus ni tak merebak ke negara kita. 

Teruskan jaga SOP ya kawan-kawan.

Read more »
on Thursday, August 04, 2022 4
Share this!
Tags
Lifestyle, Tips & Info
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Thursday, August 04, 2022

Gejala Buli di Sekolah - Kisah Joanna Joseph, Aku dan Khadeeja

Setiap petang bila ambik anak-anak di sekolah, aku selalu dengar podcast tentang topik-topik menarik & isu terkini. Antara podcast yang aku suka ialah Mamak Sessions yang dikendalikan oleh Youtuber & influencer 'Jinnyboy'.

Episod 83 yang aku dengar semalam 'How She Was Bullied for Being Oversized - Joanna Joseph' membuka mata aku tentang gejala buli di sekolah yang sangat serius. Walaupun isu buli ni dah berlaku dari zaman aku bersekolah, tapi tak la seteruk kes buli yang dialami oleh bekas ratu cantik 'Miss Earth Selangor 2016' ni. Aku rasa perkara ni tak sepatutnya berlaku dalam kalangan rakyat Malaysia yang terkenal dengan budi pekerti tapi yalah, di manakah budi pekerti kita zaman sekarang?


Joanna Joseph
Kredit imej: https://gempak.com

Aku ringkaskan di sini cerita yang disampaikan oleh Joanna Joseph masa temubual dengan Jinnyboy selama sejam lebih:

  • Dibuli sebab tubuh badannya yang gempal. Waktu kecik, dia seorang yang kurus sampai mak bapaknya risau dan bagi dia pelbagai supplement dan multivitamin untuk menambah berat badannya. Hasilnya, dia mencecah 60kg pada usia 6 tahun!
  • Tak tau berbahasa Melayu dan berbahasa ibunda (Tamil) menyebabkan dia takde kawan di sekolah. Masa di sekolah rendah, dia pernah ditipu ketua kelas kononnya tulis nama Joanna di papan tulis sebagai murid yang baik masa cikgu takde di kelas, padahal namanya ditulis sebagai murid yang bising. Jadi Joanna dimarahi oleh cikgu tanpa usul periksa.
  • Dia masuk sekolah menengah perempuan (all-girl school), masa ni berat dia dah cecah 103kg. Dia dibuli dengan lebih teruk di sekolah menengah, kawan-kawannya selalu ejek berat badannya dan kata takde sapa nak kat dia. Masa umur 13 tahun, dia buat akaun Facebook dan mula-mulanya seronok sebab jumpa kawan-kawan baru yang sama-sama minat Justin Bieber (Beliebers). Lepas tu ada mamat umur 18 tahun hantar friend request. Dieorang makin rapat dan mamat ni ajak dia couple.
  • Joanna taknak diejek 'takde sapa nak kat you' jadi dia pun couple dengan mamat ni. Kiranya dieorang ni long-distance relationship sebab mamat ni di JB, dia pulak di Selangor. Dieorang berhubung melalui SMS, Skype dan Facebook (kot?).
  • Lama-lama mamat ni mula mintak gambar tak senonoh. Joanna mula-mula taknak layan tapi mamat ni desak-desak guna ayat-ayat, 'you tak sayang I sebab tu you tak percayakan I'. 
  • Sebab dia takut mamat ni tinggalkan dia, dia pun bagi satu gambar separuh bogel. Dia mintak mamat ni delete lepas tengok. Tapi mamat ni mintak lagi, dan bila dia taknak bagi mamat ni tinggalkan dia jugak. Masa ni umur dia baru 14 tahun, memang mentah sangat-sangat!
  • Kawan-kawan dapat tau dia dah putus, dieorang usik-usik suruh dia cederakan diri-sendiri bila tengok dia kemurungan. Nanti makin lega, kata dieorang. Memang kawan-kawan iblis namanya.
  • Setahun kemudian, mamat durjana ni dan girlfriend baru dia pergi sebarkan gambar dia kat kawan-kawan dan mak dia. Joanna (15 tahun) hampir-hampir bunuh diri sebab stress sangat, tak cukup kena ejek gemuk kat sekolah sekarang tambah pakej s*ndal (sl*t). 
  • Mujur dia beranikan diri berterus-terang dengan ayahnya yang menjadi kekuatan bagi Joanna untuk menghadapi dugaan ni. Ayah Joanna benarkan dia belajar di rumah selama berbulan-bulan untuk memulihkan kesihatan mentalnya.
  • Masa ni, Joanna rasakan dia kena berubah supaya dia lebih kuat menghadapi kawan-kawan puaka di sekolah. Jadi dia mula bersenam & diet dengan konsisten di rumah. Dia pun dah tak stress nak hadap mulut puaka kawan-kawan dan hasilnya dia berjaya turun 51kg dalam masa 6 bulan!
  • Bila dia balik ke sekolah sebab nak SPM tahun tu, semua orang tak kenal dia. Paling best, ada cikgu tuduh dia ambik dadah untuk kurangkan berat badan. 
  • Sehari sebelum SPM, ada orang buat vandalisme di dinding sekolah dan tulis benda2 tak elok tentang Joanna. Gila betul budak-budak sekolah dia ni. Lepas tu sekolah panggil Joanna & ayahnya, aku ingatkan nak bagi kata-kata semangat kat Joanna supaya dia tak down sebelum menghadapi SPM. Plot twist, pengetua salahkan Joanna atas perbuatan vandalisme tu ('Kalau awak tak bagi gambar tak senonoh, takde la benda ni berlaku kat sekoalh jadi ni salah awak!' lebih kurang gitu la kot) dan mintak ayah Joanna bayar ganti rugi untuk beli cat. Wow. Patutlah kes buli tak habis kalau orang yang dibuli pulak disalahkan.
  • Joanna stress tapi dia decide nak fokus kat SPM. Lepas hari pertama exam, dia balik rumah dan ada sepucuk surat bertaip dalam peti surat dan ditujukan kepada Joanna. Surat tu ditulis oleh orang yang buat vandalisme ni. 
  • Orang ni mengaku dia salah seorang kawan yang rapat dengan Joanna dan dia terpaksa buat macam tu sebab kawan-kawan lain suruh. Puncanya, dieorang dengki tengok dia kurus jadi dieorang saja nak kacau bagi dia mental dengan harapan dia gagal SPM. Dieorang yang sebenarnya mental.
  • Tujuan penulis hantar surat sebab dia rasa dah terkena karma buruk sebab buat jahat kat Joanna (abangnya kemalangan jalan raya dan kritikal), jadi dia mintak Joanna maafkan dia supaya abangnya cepat sembuh. Tau pun takut. Tapi kalau takde apa2 berlaku kat abang dia, korang rasa dia insaf tak? Aku tak rasa.
Setakat tu kisah sedih buli yang dialami oleh Joanna Joseph. Sedih giler, sebab ni bukan drama rekaan tapi realiti gejala buli di Malaysia yang diceritakan oleh mangsa buli.

Bila anak-anak aku dah masuk kereta, aku ulang balik podcast tu untuk dieorang dengar dan kemudiannya aku terangkan satu-persatu pengajaran dari kisah ni:

  1. Jangan normalkan budaya ejek-mengejek di sekolah. Always say nice things or keep quiet. 
  2. Jangan biarkan kawan sorang-sorang (maksudnya terasing takde sapa nak kawan), jadi la kawan yang baik dan ajak dieorang join your circle. Make your friends realize they will always have a friend in you.
  3. Jangan accept friend request dari orang yang tak dikenali apa lagi kalau terang-terang dari orang berlainan jantina. Jangan bercinta di bangku sekolah. Cinta tu patut simpan untuk bakal suami je. 
  4. Orang yang membuli ni sebenarnya lebih lemah dari orang yang dibuli, sebab tu dia membuli untuk bagi dia rasa berkuasa atas orang yang dibuli. Stand up to bullies! Bagitau cikgu dan ibubapa bila rasa dibuli supaya dieorang boleh masuk campur.

Kisah buli aku

Aku pernah jadi mangsa buli di sekolah asrama. Dipulaukan oleh kawan-kawan hostel dan sekelas cuma disebabkan salah faham kertas ujian Fizik (dieorang ingat aku menipu). Kawan aku bagitau dieorang (satu bilik asrama) pernah pakat-pakat nak gunting rambut aku masa aku tidur, mujur kawan aku terdengar dan dia yang halang. Aku nangis sorang-sorang lepas lampu ditutup selama berbulan-bulan dan bila balik rumah aku selalu terbangun tengah-tengah malam meracau-racau sebab mimpi buruk. Akhirnya warden tukarkan aku ke bilik lain tapi masa tu aku dah tawar hati nak belajar di sekolah tu (walaupun sekolah tu sekolah berasrama sains yang boleh dianggap sekolah elit). 


Kisah buli Khadeeja

Masa Khadeeja masuk darjah satu, dia masuk lambat sikit jadi dia terpaksa duduk di belakang kelas diapit oleh dua orang budak lelaki. Satu hari Khadeeja mengadu kena buli di sekolah (kawan ambik pensel warna, pukul tangan dia dan curi duit bekal, yang ni kawan dia pun nampak jugak). Aku tak teragak-agak terus lapor kat guru kelas. Lepas tu Cikgu denda budak tu dan tukarkan tempat duduk anak aku supaya dia jauh dari pembuli tu (budak lelaki). Aku taknak anak aku trauma nak ke sekolah macam aku dulu.


Nota kaki: Alhamdulillah, sekolah baru ni aku tak dengar lagi anak-anak mengadu kena buli. Hari-hari nak ke sekolah walaupun demam, tapi aku tak bagi la takut jangkit kat budak-budak lain. Tahniah buat cikgu-cikgu dan murid-murid sekolah anak-anak sebab menjadikan suasana sekolah yang seronok.

Read more »
on Thursday, August 04, 2022 4
Share this!
Tags
Daily Life, Journal
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts
Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Welcome

Carneyz
Preview
Just Call Me Carneyz | From Sarawak and Staying in Kuala Lumpur | Lifestyle Blogger | Traveller Blogger | Mom of Two Lovely 'K' | Blogger since March 2004

Translate To Your Language

Total Pageviews

Featured post

I Is Tua But Bahagia!

Pages

  • About Me
  • PR Newswire

Live Traffic

Archive

Contact Form

Name

Email *

Message *

Intellifluence Trusted Blogger

Popular posts

  • Lirik Lagu Tiktok Viral 'Nan Ko Paham' (Kkz'D BLG)
    Jom petang-petang ni kita santai-santai dengar lagu viral tiktok ni. Lagu ni aku selalu dengar kat IG Reel (sebab takde akaun Tiktok), pastu...
  • Apa Maksud Ucapan 'Gayu Guru Gerai Nyamai, Lantang Senang Nguan Menoa'?
    Hari ni 1 Jun, masyarakat Dayak di Malaysia menyambut Hari Gawai. Kalau di Sarawak, memang meriah sambutan Hari Gawai, sama meriah dengan sa...
  • Kimia Kebahagiaan
    Semua orang nak bahagia kan, tapi bahagia yang kekal tu tak akan tercapai sekiranya kita masih tak tahu tujuan kita diciptakan.   Petikan da...

Blog Favourite

  • SURIA AMANDA
    22 minutes ago
  • a m m i
    22 minutes ago
  • .:: My Life & My Loves ::.
    52 minutes ago
  • KasihkuAmani
    52 minutes ago
  • Travel My Way
    1 hour ago
  • My Small World
    2 hours ago
  • Alam Sari Di Tanah Jauhar
    3 hours ago
  • Krabat Kramat
    3 hours ago
  • ABAM KIE : The Man of The House
    4 hours ago
  • anajingga
    4 hours ago
  • ✿ Life Is Beautiful ✿
    4 hours ago
  • Miles of smiles
    5 hours ago
  • KakmimDotCom
    11 hours ago
  • Hari hari yang ku lalui...
    14 hours ago
  • Drawing the Words
    15 hours ago
  • Blog Begins At Forty
    18 hours ago
  • Blog Anamizu™
    20 hours ago
  • Hidup Itu Indah
    21 hours ago
  • Anies♥You
    1 day ago
  • .: ceritera Kehidupan :.
    1 day ago
  • Aku Sis Lin
    1 day ago
  • LIFE WITH LOVE
    1 day ago
  • Titian Perjalanan
    1 day ago
  • orangbukit
    2 days ago
  • Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie
    2 days ago
  • mulan@peace,love&harmony
    2 days ago
  • mrhanafi.com
    2 days ago
  • Mreneyoo
    2 days ago
  • Asa Blog
    5 days ago
  • Syazni Rahim Blog
    5 days ago
  • Traveling – D'Cat Queen
    6 days ago
  • Antara Doha dan Jakarta™
    1 week ago
  • Ainihalim
    1 week ago
  • Amie's Little Kitchen
    1 week ago
  • Pencarian Jiwa Diri Saya
    2 weeks ago
  • Dapur Cik- Nur
    2 weeks ago
  • Warisan Petani
    2 weeks ago
  • Sunah Sakura
    3 weeks ago
  • fizacrochet | Lifestyle Blogger Dengan Pelbagai Cerita
    4 weeks ago
  • Shuhaida Kabdy
    5 weeks ago
  • Afzan Sidi
    5 weeks ago
  • Blog Sal
    2 months ago
  • Inilah Shaizhar
    2 months ago
  • Ako Tetap Ako
    2 months ago
  • Kait dan Lari
    1 year ago
  • Stories About My Journey
    1 year ago
  • Sodep
    9 years ago
Show 5 Show All

Followers

Tags

Beauty & Fashion Cafe and Bakery Dining Family Activities Hotel Reviews International Lifestyle Malaysia Marriott Bonvoy Hotels Recipes Restaurant and Outlet Reviews Tips & Info Travel
Powered by Blogger.
Ⓒ 2018 Coffee Break With Me. Design created with by: Brand & Blogger. All rights reserved.