sedekah
Sumber: Pinterest

Terdapat 8 pintu syurga di mana orang-orang yang beramal soleh akan dipanggil untuk masuk ke syurga melalui pintu-pintu ini:

baab as-sadaqah

Orang-orang beriman yang suka bersedekah di jalan Allah sama ada kepada ibu bapa, anak-anak yatim, balu-balu, orang-orang sakit dan orang-orang miskin, maka di akhirat dia layak untuk masuk ke syurga Allah melalui Baab As-Sadaqah.

Ramai yang takut sedekah akan mengurangkan harta mereka (ya, kadang-kadang aku pun agak berat nak hulur duit untuk bersedekah sebab takut kena 'scam'), tapi sedekah ni sebenarnya banyak fadhilatnya, antaranya:

1. Mampu menyembuhkan penyakit, menolak bala, meredakan kemurkaan Allah SWT dan mencegah dari kematian yang buruk (semuanya atas keizinan Allah SWT)

2. Melipat-gandakan kekayaan dan mencukupkan rezeki orang yang bersedekah

3. Menghapuskan dosa sebagaimana air memadamkan api

4. Melindungi daripada terik matahari pada Hari Pembalasan

5. Menghilangkan cinta terhadap dunia yang fana dan mendekatkan kita kepada Allah SWT

6. Mengabulkan doa hamba-Nya

7. Membawa kepada keharmonian masyarakat

8. Pahala sedekah jariyah berterusan mengalir walaupun selepas meninggal dunia contohnya apabila kita bersedekah untuk membina masjid, pondok-pondok ilmu hatta mengajarkan satu ilmu yang kemudiannya diajar pula kepada orang lain.


sedekah senyum
Nota kaki: Senyum pun satu sedekah :)

4 Comments

  1. saya bersedekah biarpun sikit. Kena buat secara konsisten..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, bagus tu Abam Kie. Betul, sedikit atau banyak bukan ukuran, yang penting keikhlasan dalam bersedekah.

      Delete
  2. terima kasih atas perkongsian

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama2.. semoga menjadi panduan kita semua.

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .