Lepas sekian lama geng BFF (BreakFast Friends) menyepi, akhirnya pagi tadi kami pergi terjah tempat sarapan baru!

Kali ni kami try sarapan di 'Breakfast Spot KL' terletak di Jalan Sin Chew Kee, Bukit Bintang. Tempat ni agak baru jugak, kalau tak silap baru beroperasi tahun ni. 


Breakfast Spot Bukit Bintang

Restoran ni diubahsuai dari rumah kedai lama dan yang menariknya ialah depan restoran ni yang menonjolkan senibina rumah kaca. 

Breakfast Spot Bukit Bintang

Sambil makan, boleh menikmati pemandangan di luar yang penuh kehijauan. Serius, memang lawa la tempat ni, kalau yg suka OOTD tu mesti akan suka tempat ni sebab setiap sudut Instagram-worthy!

Breakfast Spot Bukit Bintang

Bahagian dalam restoran pulak ruangnya agak kecik jadi kalau boleh datang awal supaya boleh dapat tempat duduk di ruang patio. Tapi kalau nak privasi, boleh jugak cari tempat duduk di tingkat atas.

Breakfast Spot Bukit Bintang

Kalau tengok nama restoran ni, mesti dah boleh agak apa menu istimewa dieorang. Tak lain tak bukan, menu sarapan pagi dan brunch la. Menu kat sini lebih kepada 'Western  breakfast' - Beef / Chicken Sheet Pan, Chicken Casserole, Egg Benedict, Cheese French Omelette, sandwic dan yang paling popular ialah DIY Breakfast sebab boleh pilih 5 daripada 20 bahan dalam menu contohnya kentang (potato wedges, mash potato, roast potato, sweet potato, hash brown), telur (sunny side up, poach egg, french omelette, scrambled egg), daging (smoked chicken sausage, smoked chicken streaky, hot & spicy chicken sausage, beef sausage) dan lain-lain (confit tomato, roast tomato, portobello mushroom, saute baby spinach, mushroom ragoat, baked bean, green salad). Menarik kan?

Kalau tak nak makan berat-berat, boleh pilih pastri macam croissant dan tart. Selain menu berkonsepkan sarapan pagi, ada jugak pelbagai menu pasta sesuai untuk brunch / makan tengahari.


Breakfast Spot Bukit Bintang
Pilihan pastri

Breakfast Spot Bukit Bintang
Blueberry tart kat sini sedap & highly recommended

Aku pilih Egg Benedict dan blueberry tart. Minuman pulak aku pilih hot chocolate, walaupun hati meronta-ronta nak pilih cappuccino atau pelbagai jenis minuman latte yang nampak menarik semuanya! 


Breakfast Spot Bukit Bintang
Blueberry tart dan hot chocolate

Breakfast Spot Bukit Bintang
Egg Benedict

Mujur jugak kami datang awal sebab 8.30 pagi dah mula ramai orang. Bila datang awal, boleh la lepak lama-lama sikit. 


Breakfast Spot Bukit Bintang
Hari ni ada ahli BFF yang baru, Alia

Breakfast Spot Bukit Bintang

Servis kat sini memang efisyen - tak sampai 10 minit order online guna kod QR yang ditampal kat meja, makanan dah sampai. 

Alamat Breakfast Spot:
2, Jalan Sin Chew Kee, Bukit Bintang KL
Waktu Operasi: 8 pagi - 6 petang
(Kawasan parking terhad jadi datang awal atau guna GrabCar)

8 Comments

  1. Sebiji-sebiji beri biru, tidak nampak benyek. Menarik rupa.
    Hehe selamat berpuasa minum kopi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, beri tu segar2 semuanya. Rasa pun sedap. Huhu… sedih tak boleh minum kopi.

      Delete
  2. Seronok santai-santai bersama BFF - breakfast friends - moga ukhuwah berpanjangan. Tempat sangat selesa, makanan pun menggoda!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Keluar makan dgn kawan2 mmg seronok Kak Amie, lagi2 kalau sama kepala & suka cuba tempat baru.

      Delete
  3. Sedapnya hot choc... Ha.. kenapa tak pilih latte tu. hehe.. Banyak nau yg sesedap kan

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .