Semalam Khayla mengadu pening kepala. Lepas Subuh dia baring atas sejadah, katanya tak larat nak ke sekolah. So bapaknya suruh dia cuti je la semalam, rehat di rumah. Kalau ke sekolah pun bukan boleh belajar.

Dekat2 tengahari dia bangun, kurang sikit pening katanya. Baru je aku nak masak tengahari, tiba-tiba tak de letrik. Rupa-rupanya TNB ada kerja-kerja penyelenggaraan. Dah la dapur rumah sewa aku ni guna dapur induction. 

OK la, jom kita keluar aku bagitau Khayla. Maka mommy-daughter date la kami semalam. Khayla request nak makan croissant. Dia memang hantu croissant, kalau keluar mesti nak cari croissant.

End up kami ke Publika @ Solaris. Saja nak mencuba croissant di Christine's Bakery.


Christine's @Publika
Muka budak lapar tapi kena posing haha!

Christine's ni berkonsepkan bakery & kafe yang menjual pastri, bagel dan dessert yang dibuat fresh setiap hari. Pelanggan boleh pilih sama ada beli dan makan di kafe, atau bawak balik. Kafe dieorang pun ada jual makanan berat i.e. all-day breakfast dan jugak pasta selain minuman.


Christine's @Publika
Christine's Bakery & Cafe

Peminat croissant boleh jumpa beberapa jenis croissant kat sini antaranya almond croissant, salted egg croissant, butter croissant dan pain au chocolat (chocolate croissant). Aku sebenarnya bukan peminat croissant tapi bagi aku croissant dia lembut, tak terlalu rapuh (crumbly) dan buttery. So pass la kat tekak aku.


Christine's @Publika
Kami kongsi pain au chocolate dan cream cheese sausage. Total semua termasuk air dalam RM30+

Christine's @Publika
Muka happy dapat makan croissant

Christine's @Publika
Selain croissant ada macam-macam jenis pastri yang lain. Dessert dan makanan berat kena tengok menu restoran

Christine's @Publika
Khayla pilih 2 cream cheese sausage, ingatkan nak kongsi tapi dia sorang je makan hahaha! Nasib baik mak dia tak lapar sangat 😅

Kalau nak tengok menu Christine's yang lain, boleh pergi laman web dieorang. Mujur la Khadeeja bukan penggemar pastri dan croissant, kalau tak hijau muka dia bila dapat tau mommy & kakak pergi dating kat sini hehe... 

12 Comments

  1. publika ni tempat orang have-have... tak berani uncle nak singgah... huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. singgah makan sambil cuci mata je uncle. tempat makan kat sini pun byk - kedai mamak, nando's, nasi ayam penyet pun ada.

      Delete
  2. Lama x lepak Publika..dah 2 tahun rasanya...sejak MCO...kalau tak memang selalu lepak situ..la ni dha pindah duk seremban kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. byk jugak tempat makan kat sini. booth kat tengah2 concourse tu pun menarik jugak.

      Delete
  3. muka budak lapar jadi happy sudah dpt croissantt., ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. dapat makanan faveret dia Wak, mmg happy ler dia :D

      Delete
  4. Sedap tuuu croissant..rangup dan depends isi kat dalamnya sekali.. huhu.. tak puas sebijik mmgnya.. Moga terus sihat ye Khayla.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. agaknya tu la perasaan khayla bila dapat croissant. terima kasih doakan Khayla :)

      Delete
  5. Banyak pilihan, seronok nak pilih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seronok jugak maknya tgk dia berselera makan.

      Delete
  6. Terus sihat ye Khalya... macam-macam croisssant pilihan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia dah sihat sebelum tu lagi. Mungkin penat tak cukup rehat kot.

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .