Sedapnya Hokkaido Triple Cheese Cake Secret Recipe...

Malam semalam kakak ajak kami keluar makan sama2 di Secret Recipe.

Awalnya aku berniat nak ke pasar malam, tapi aku batalkan hasrat sebab cuaca malam tadi tak berapa elok, siap pakej guruh & kilat di langit.

Sebenarnya dah lama tak jejak kaki ke Secret Recipe. Baru tau Hokkaido Cheese Tart tu kepunyaan Secret Recipe huhuu.... Cheese Tart ni memang favourite anak-anak sejak dulu lagi. Bila tengok ada kiosk Hokkaido Cheese Tart ni di Secret Recipe, terus la dieorang request nak beli perisa original.


Secret Recipe Malaysia
Sekarang dah ada bermacam-macam perisa

Hokkaido Baked Cheese Tart
Salted caramel ni rasanya yang terbaru

Mungkin betul la kot kata2 Kak Amie, semalam ialah pesta pasta. Sebabnya kakak aku dan anak-anak masing-masing order pasta untuk makan malam:


Secret Recipe Malaysia
Khayla seperti biasa order Mac 'n' Cheese

Secret Recipe Malaysia
Spaghetti Meatballs pilihan kakak aku

Khadeeja pulak order spaghetti bolognese ayam (gambar tak sempat nak ambik sebab dia dah makan dulu). Untuk aku pulak, aku pilih nasi goreng Shanghai sebab tengahari dah makan pasta:

Secret Recipe Malaysia

Bagi aku nasi gorengnya biasa-biasa je dan sedikit pedas, tambah pulak dengan chilli oil. Sedikit menyesal sebab tak order nasi goreng kesukaan aku iaitu Nasi Goreng Thai.

Untuk pencuci mulut pulak, memandangkan anak-anak dah pilih cheese tart, aku pulak teringin nak cuba kek premium yang baru di Secret Recipe.


Secret Recipe Malaysia
Pilihan kek yang ada

Bila nampak kek ni, aku teringin pulak nak cuba:

Secret Recipe Malaysia
Hokkaido Triple Cheese Cake dibuat daripada 3 jenis keju - parmesan, mascarpone dan cream cheese

Ternyata kek ni sangat sedap, Masha Allah! Gabungan tiga jenis keju ni memang mantap - makan pun tak rasa muak. Suka bahagian parmesan dan mascarpone yang manis tapi diseimbangkan oleh rasa sedikit masam dari lapisan cream cheese.

Secret Recipe Malaysia
Officially my favourite cake so far at Secret Recipe

Secret Recipe sekarang dah menawarkan SR Rewards untuk sesiapa yang mendaftar jadi ahli, iaitu sambil makan atau membeli kek Secret Recipe, ahli boleh kumpul mata ganjaran. 

Kategori ganjaran yang boleh dinikmati sebagai ahli SR Rewards:


Secret Recipe Malaysia

Kesemua ganjaran dalam bentuk baucer tunai yang boleh digunakan untuk dapat diskaun atau makanan percuma bila makan di Secret Recipe.

Yang bagusnya, tak perlu nak muat turun aplikasi sebab boleh login terus dari laman web Secret Recipe untuk dapatkan QR code keahlian dan tebus baucer.

Kalau ada kawan2 yang berminat dan belum lagi mendaftar keahlian, boleh daftar menggunakan kod referral ni sebab boleh dapat 300 mata ganjaran bila korang daftar ye:


Secret Recipe Malaysia

Use my referral code and get 300 points for both of us! https://member.secretrecipe.com.my/r/84VBQS
(750 pts = RM5 cash voucher) 

More Benefits:
Welcome Gift
Birthday Gift
Exclusive Members Only Promotion

Join Now!

Spaghetti Aglio Olio Simple

Salam Jumaat semua,

Hari ni tak kemana-mana. Begitulah, kalau takde yang mengajak keluar, memang aku lebih selesa di rumah je. 

Suami Terchenta kerja dari rumah hari ni. Memandangkan hari ni Jumaat, aku masak awal sikit supaya dia boleh makan sebelum pergi solat Jumaat.

Jenguk2 dalam peti sejuk, yang ada tinggal udang 4 ekor je.  Esok mesti ke pasar basah beli stok mingguan. 

Memandangkan udang tak banyak, tercetus idea nak buat spaghetti aglio olio untuk makan tengahari hari ni:


Spaghetti Aglio Olio

Bahan-bahan:

  • Udang
  • Segenggam spaghetti / vermicelli pasta
  • 4 ulas bawang putih (cincang)
  • Baby spinach / tomato ceri
  • Minyak zaitun
  • Lada hitam
  • Chilli flakes
  • Air rebusan pasta
  • Garam
  • Keju parmesan (sebagai garnish)


Cara-cara:

  1. Rebus spaghetti.
  2. Bersihkan udang, jangan buang bahagian otak.
  3. Tumis bawang putih yang telah dicincang menggunakan minyak zaitun.
  4. Masukkan udang dan bayam
  5. Masukkan spaghetti yang telah masak.
  6. Tambah air rebusan pasta jika terlalu kering.
  7. Perasakan dengan lada hitam, chilli flakes dan garam.


Spaghetti aglio (bawang putih) olio (olive oil) ni sebenarnya ringkas je dan aku suka resipi asal berbandingkan resipi aglio olio Malaysia yang ditambah dengan pelbagai perisa macam stok ayam / sotong / ayam. Sebab yang membuatkan aku suka aglio olio ni ialah rasa minyak zaitun dan bawang putih tu. Bila dah ditambah dengan macam-macam bahan-bahan, rasanya dah lari dan bukan lagi aglio olio.

Seminggu Sepotong Hadis - Perempuan Menyerupai Lelaki & Sebaliknya (Tasyabbuh)

Dari Ibn ‘Abbas RA dalam sabda Rasulullah SAW:


لَعَنَ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم الْمُخَنَّثِينَ مِنَ الرِّجَالِ، وَالْمُتَرَجِّلاَتِ مِنَ النِّسَاءِ


Maksudnya: Rasulullah SAW telah melaknat lelaki yang menyerupai perempuan dan orang-orang perempuan yang menyerupai lelaki.

Ada orang pandang remeh isu ni, sebenarnya banyak gejala sosial yang berlaku bila seseorang ni melawan hukum Allah.

Di Indonesia, seorang perempuan mendapat tahu suaminya rupa-rupanya seorang wanita selepas menikah selama 10 bulan.


Sebab itulah Nabi SAW melaknat orang yang menyerupai jantina berlawanan. Semoga mereka dan kita semua tergolong dalam golongan orang-orang yang bertaubat.

Suami Terchenta Off Day

Salam Khamis semua.

Rasa macam kejap je minggu ni berlalu. Tup, tup dah Khamis. Suami Terchenta minggu ni busy memanjang, dari Ahad malam sampai la malam tadi dia kena masuk kerja tengah malam sampai pagi. Macam tu la kehidupan orang IT ni, nak buat kerja kena tunggu tengah-tengah malam supaya tak kacau sistem esoknya. Lepas Subuh baru la dia boleh tido sampai tengahari. Nasib baik boss bagi off day kalau kena kerja tengah-tengah malam. 

Sesambil tunggu dia bangun tido aku pun buat la kerja-kerja rumah apa yang patut. Tak lama pun, sejam lebih dah setel. Geng-geng ofis lama mengajak pulak lunch sama-sama hari ni tapi aku malas sebab nak temankan Suami Terchenta makan tengahari.

Lepas dia bangun tido, aku ajak dia makan tengahari di luar. Tekak teringin nak makan nasi campur, dan dah lama aku nak try kedai makan Hiway Bistro Corner tepi jalan yang selalu kiteorang selalu limpas kalau nak ke Pasar Selayang. Lagipun on the way ke sana ada stesen PETRONAS, nak menyinggah la sekejap sebab minyak pun dah nyawa-nyawa ikan. Dah siap isi minyak kereta, terus ke destinasi seterusnya iaitu makan tengahari.

Sampai kat situ ternampak tempat basuh kereta sebelah gerai, apa lagi Suami Terchenta pun kata alang-alang dah singgah makan, terus basuh kereta sekali. Bagi aku, bijak betul owner tempat basuh kereta ni bukak sebelah tempat makan sebab mesti ramai yang berfikiran macam Suami Terchenta. Memang tepat sangkaan aku sebab kebanyakan kereta yang dieorang basuh tu kepunyaan pelanggan kedai makan Hiway Bistro Corner.


nasi campur
Alhamdulillah, ada lauk yg aku suka - masak lemak nanas ikan masin, siput sedut masak lemak cili api dan ulam raja


ikan bakar
Laju je Suami Terchenta meratah ikan bakar tak sempat aku nak ambik gambar hahaha!

Kemain selera laki bini menikmati makan tengahari kat sini. Tempat pun selesa, lapang dan tak panas. Boleh la singgah lagi lain kali.

Wordless Wednesday - Sikit2 Lama2 Jadi Blogger Impian

Google Analytics


Bulan lepas, dapat 150 klik. Alhamdulillah bulan ni mencapai 250 klik. Walaupun masih merangkak2 nak naikkan search ranking, tapi jangan putus asa, kita teruskan menulis untuk tatapan kawan-kawan semua ye! 

Mula-mula menulis blog dulu, ia lebih kepada medium mencurahkan perasaan dan bercerita tentang kehidupan di tempat kerja. Tujuan blog aku ialah untuk mencari kawan baru yang sama-sama suka menulis, suka berkongsi pengalaman dan ilmu baru.  Kalau blogger dulu2 mesti tau ada fungsi chatbox di blog, salah satunya Msjbox yang dicipta oleh Suami Terchenta. Dari situ, kenal rapat dengan kawan-kawan blogger yang jugak pengguna Msjbox (korang ingat lagi tak kena bayar yuran RM10 setahun nak pakai Msjbox sbb nak bayar sewa server? Hehe). 

Bila ada anak, blog aku berkisar tentang anak-anak yang sedang membesar. Beberapa tahun lepas tu, aku mula menulis tentang pengalaman menginap di hotel-hotel memandangkan masa tu aku selalu outstation dan jugak berstatus PJJ (setiap kali melawat Suami Terchenta di KL, aku ambik peluang book hotel-hotel sekitar KL untuk bercuti dengan anak-anak). Masa ni aku berangan2 - bestnya kalau dibayar untuk review hotel.

Dan sekarang aku nak tambah satu lagi matlamat blogging iaitu jana pendapatan melalui Google Ads atau sponsorship. Cuma aku belum lagi sampai tahap tu. Doakan ye supaya angan2 aku bertukar jadi kenyataan.