Salam Jumaat semua,

Hari ni tak kemana-mana. Begitulah, kalau takde yang mengajak keluar, memang aku lebih selesa di rumah je. 

Suami Terchenta kerja dari rumah hari ni. Memandangkan hari ni Jumaat, aku masak awal sikit supaya dia boleh makan sebelum pergi solat Jumaat.

Jenguk2 dalam peti sejuk, yang ada tinggal udang 4 ekor je.  Esok mesti ke pasar basah beli stok mingguan. 

Memandangkan udang tak banyak, tercetus idea nak buat spaghetti aglio olio untuk makan tengahari hari ni:


Spaghetti Aglio Olio

Bahan-bahan:

  • Udang
  • Segenggam spaghetti / vermicelli pasta
  • 4 ulas bawang putih (cincang)
  • Baby spinach / tomato ceri
  • Minyak zaitun
  • Lada hitam
  • Chilli flakes
  • Air rebusan pasta
  • Garam
  • Keju parmesan (sebagai garnish)


Cara-cara:

  1. Rebus spaghetti.
  2. Bersihkan udang, jangan buang bahagian otak.
  3. Tumis bawang putih yang telah dicincang menggunakan minyak zaitun.
  4. Masukkan udang dan bayam
  5. Masukkan spaghetti yang telah masak.
  6. Tambah air rebusan pasta jika terlalu kering.
  7. Perasakan dengan lada hitam, chilli flakes dan garam.


Spaghetti aglio (bawang putih) olio (olive oil) ni sebenarnya ringkas je dan aku suka resipi asal berbandingkan resipi aglio olio Malaysia yang ditambah dengan pelbagai perisa macam stok ayam / sotong / ayam. Sebab yang membuatkan aku suka aglio olio ni ialah rasa minyak zaitun dan bawang putih tu. Bila dah ditambah dengan macam-macam bahan-bahan, rasanya dah lari dan bukan lagi aglio olio.

10 Comments

  1. Sedap sgt nampaknya. Akak suka yg simple2 cam ni. boleh tambah2 kengkadang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Simple tapi sedap kan. Otak udang tu menaikkan lagi aroma spaghetti aglio olio.

      Delete
  2. Wah, pesta pasta kita hari ini ye heheheee.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh, sama pulak menu semalam kan, pasta mmg senang nak sediakan.

      Delete
  3. Replies
    1. Boleh cuba buat PH sbb resipinya simple sgt.

      Delete
  4. Orang Itali pening kalau makan aglio olio orang Malaysia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin dieorg igt seafood pasta agaknya. Apapun, lain orang lain seleranya.

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .