• Home
  • About
    • About Me
    • Sitemap
  • Travel
    • Malaysia
    • International
    • Travel Stories
  • Hotels
    • Hotel Reviews
    • Marriott Bonvoy
  • Dining
    • Bazaar
    • Food
    • Cafe & Bakery
    • Restaurant & Outlet
    • Recipes
  • Lifestyle
    • Beauty & Fashion
    • Blog
    • Camping
    • Entertainment
    • Family Activities
    • Home
    • Parenting
    • Tips & Info
  • Review
    • Products
    • Services
    • Places
  • Disclaimer
Enter your keywords
Coffee Break With Me

Hotel & Travel Reviews and Many More.

Sunday, August 21, 2022

Rezeki Hari Jumaat - Makan Malam di Positano Risto

Petang Jumaat kelmarin, tiba-tiba kakak mengajak makan malam bersama. Alhamdulillah, baru berura-ura nak ke pasar malam tapi orang nak belanja makan di tempat kayangan, iaitu di Positano Risto, Publika. Wah, apa tunggu lagi, bak kata orang Itali - 'Mangiamo!' (Let's eat!)


Positano Risto KL


Positano Risto KL
Restoran Positano Risto ni terletak di bahagian luar bangunan Publika


Siapa sangka restoran berkonsepkan makanan Itali ni diasaskan oleh orang Muslim:


Positano Risto KL
Sumber: positanoristo.com.my/about-us

Menurut laman web restoran ni, sepasang suami isteri bernama Imran dan Kamilah melancong ke Capri dan Pompeii pada 2014. Dieorang fall in love dengan kecantikan bandar tepi pantai tu tapi berdepan dengan masalah nak cari makanan Itali yang halal di sana. Lepas tu timbul idea dan inspirasi untuk bukak restoran Itali yang halal di 66 Bussorah Street, Singapura, diikuti dengan cawangan di Publika KL. Nama restoran ni pun diambil sempena dengan nama bandar tepi pantai di Amalfi Coast, Itali.

Nasib kami baik sebab malam tu restoran tak penuh. Walaupun tak buat tempahan awal, kami masih dapat tempat duduk dalam restoran. Sambil tunggu makanan sampai, aku sibuk admire bongkah kayu yang menghiasi siling restoran dan sedikit ralit memerhati chef memasak pizza dalam oven di sebelah meja kami.


Positano Risto KL
Kakak dan Khayla

Positano Risto KL
Tempat membakar pizza dekat belakang Suami Terchenta


Kakak aku nak cuba setiap kategori makanan, dari appetizer, main course sehinggalah dessert. Memang rambang mata dibuatnya ditambah lagi dengan perut yang dah berkeroncong, rasa nak order semua je dalam menu! In the end, ni la makanan yang kami order malam tu:

Positano Risto KL
Truffle Fries

Truffle fries ni memang appetizer yang sangat sesuai untuk dikunyah sambil tunggu makanan sampai. Sedap yakmat! Memandangkan aku memang gemar dengan perisa truffle ni, aku memang suka sangat truffle fries ni sebab rasa truffle oil nya yang kuat, ditambah lagi dengan pecorino cheese yang ditabur atas kentang goreng ni. Squisito!

Bila makan di restoran Itali memang tak lengkap kalau tak cuba pizza. Khadeeja pilih pizza ni:


Positano Risto KL
Five Cheeses Pizza

Ni memang resipi pizza original dari Itali iaitu lapisan kerak yang nipis dan rangup disapu dengan lapisan sos tomato  dan topping menggunakan lima jenis keju - mozzarella, cheddar, burrata, feta dan parmesan. Tak tau nak explain macamana sedapnya pizza ni... perfetto!👌

Macam biasa Khayla bila pergi mana-mana mesti akan pilih menu ni:


Positano Risto KL
Signature Mac N Cheese

Mac n cheese kat sini lain dari yang biasa kita jumpa di restoran lain sebab dihidang dengan peha ayam. Ayamnya sedikit kering dan tak berapa juicy, mungkin sebab dibakar dalam oven?

Aku pulak pilih ravioli:


Positano Risto KL
4 Cheeses Pesto Ravioli

Sila jangan kecam, asyik-asyik makan keju hehe. Nak buat macamana, aku memang hantu keju. Lebih-lebih lagi keju Itali ni antara yang tersedap di dunia. Haa, gitu sekali kan. Ravioli ni sebenarnya pasta jugak, cuma dalam tu diisi dengan white cheddar, mozzarella, parmesan and Danish blue cheese,  dimasak dalam sos pesto dan dihias dengan parmesan tuile (yang nampak macam keropok tu).

Kakak aku pilih nak makan lamb shank:


Positano Risto KL
Lamb Shank

Lamb shank ni dihidang bersama kentang putar dan roasted veggie. Kuahnya sedikit manis tapi bagi aku sedap je. Yang best nya, dagingnya lembut sangat, memang fell off the bone gituh.

Akhir sekali Suami Terchenta pilih menu ikan:


Positano Risto KL
Baked Norwegian Salmon

Nampak menarik kan? Suami Terchenta makan sampai habis semua tu kecuali tomato je sebab dia tak gemar tomato.

Moving on to dessert. Oleh sebab kami dah kekenyangan, jadi kami cuma order dua jenis dessert yang dipilih oleh Khayla dan Khadeeja.


Positano Risto KL
Mixed Berries Panna Cotta

Jeli strawberry pilihan Khadeeja yang dihias dengan jem beri, strawberry, serbuk biskut dan aiskrim vanilla ni just nice lepas menikmati makan malam yang berat.

Satu lagi pencuci mulut pilihan Khayla yang ada aiskrim jugak:


Positano Risto KL
Molten Lava with Vanilla Ice Cream

OK la, dua-dua pun sedap dan menarik.

Ada banyak lagi pilihan kek dan dessert yang menarik kat sini, tapi cukuplah ambik gambar je kali ni sebab dah kenyang bangat:


Positano Risto KL

Oh ya, sebelum lupa minuman kat sini pun sedap-sedap jugak:


Positano Risto KL
Mocktail kami - Lychee Di Menta dan Maroon 6

Overall memang puas hati dengan layanan dan makanan di sini. Terima kasih buat kakak yang bermurah hati berkongsi rezeki dengan kami. Semoga dimurahkan rezeki kakak.

Lokasi restoran:
Positano Risto @ Publika KL
Block C1, Lot 2, Level G3,
Publika Shopping Gallery,
Solaris Dutamas, No. 1,
Jalan Dutamas 1,
50480 Kuala Lumpur.

Masa Operasi: 11 pagi - 10 malam
Nombor telefon: +603-6411 3799
WhatsApp: +6010-400 6944
Read more »
on Sunday, August 21, 2022 14
Share this!
Tags
Dining, Restaurant and Outlet
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Friday, August 19, 2022

Seminggu Sepotong Hadis - Kawal Marahmu

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA: 

Seorang lelaki berkata kepada Nabi SAW, "Berilah aku nasihat?" Baginda SAW bersabda,"Janganlah kamu marah." Lelaki itu mengulangi kata-katanya, baginda SAW tetap bersabda,"Janganlah kamu marah." - [HR Bukhari 5651].

Sabda Baginda SAW lagi:

Sesungguhnya syaitan menyusup dalam diri manusia melalui aliran darah. - [HR Bukhari 3281 dan Muslim 2175].

anger management
Sumber Imej: Google

Aku bukanlah seorang yang cepat naik angin. Tapi bila aku naik angin, kemarahan aku umpama api yang menyambar ranting-ranting kering. Apinya sangat marak tapi cepat juga terpadam, meninggalkan kekesalan yang sangat mendalam dan perasaan bersalah yang teramat.

Kisahnya hari Selasa lepas, atas kesalahan kecik je, aku melenting dan membebel2 dengan Khayla di depan orang ramai. Sebenarnya bukanlah salah mutlak dia, tapi entah kenapa hari tu cepat betul aku hilang sabar.

Lepas tu dalam kereta aku sambung membebel lagi. Khayla senyap menikus. Bila aku toleh, aku perasan air mata mengalir ke pipi si anak dara. Mesti hatinya sangat terguris dengan kata-kata bebelan aku. Terus timbul penyesalan yang tak sudah. 

Malam tu, dia menangis katanya tak sengaja buat aku marah. Tapi sebenarnya aku yang bersalah sebab terlalu ikutkan nafsu marah. Bila aku marah, kadang-kadang aku tak sedar kata-kata yang keluar dari mulut. Itulah bahayanya marah - terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. Walaupun Khayla dah memaafkan aku, parut di hati tetap ada.


Cara-cara Meredakan Kemarahan

1. Membaca Ta'awuz

Melafazkan “A’uzubillahiminassyaitonirrojim” yang bermaksud “Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam”. Dalam keadaan marah, syaitan menyusup ke dalam darah dan membisikkan hasutan untuk membuat perkara-perkara yang akan mendatangkan kekesalan seperti memaki-hamun, melafazkan talak dan malah menghasut untuk berbunuhan sesama manusia. Dengan mengucapkan Ta'awuz, kita memohon perlindungan dengan Allah SWT supaya dihindari dari hasutan syaitan.


2. Beristighfar

Beristighfar menyedarkan kita dari perasaan marah. Beristighfar dapat menenangkan fikiran kita dari dikuasai perasaan marah yang membuak-buak.


3. Mendiamkan diri 

Diam ketika marah mengelakkan dari mengucapkan kata-kata di luar sedar dan kewarasan akal fikiran kita. Malah Rasulullah SAW pernah bersabda: Barang siapa beriman kepada Allah dan hari Akhir, hendaknya berkata baik atau diam. - [HR Ibn Majah 3961].


4. Mengalihkan posisi badan

Sabda Rasulullah SAW: Jika salah seorang dari kalian marah dan ia dalam keadaan berdiri, hendaklah ia duduk. Jika rasa marahnya hilang (maka itu yang dikehendaki), jika tidak hendaklah ia berbaring. - [HR Abu Daud 4151].


Ya... memang bukan mudah melatih dan mendidik hati untuk tak marah. Tapi tak semestinya tak boleh dilakukan. Ia perlu dilatih dan lama-kelamaan boleh menundukkan perasaan marah. Semoga aku boleh mendidik hati aku supaya bersabar ketika marah dan menahan diri dari mengucapkan kata-kata yang sia-sia. Amin Ya Rabbal Alamin...

Read more »
on Friday, August 19, 2022 22
Share this!
Tags
Lifestyle, Tips & Info
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Thursday, August 18, 2022

Throwback - Celebrate Birthday Kak Retna di Mary Jane KL

Adoi la, macamana aku boleh terlupa nak post pasal birthday Kak Ret 2 bulan lepas ahahaha! Tapi tak kira, nak post jugak la dah alang-alang draft ayuh la kita habiskan dan post terus buat ingatan kat sini.

Aku & Suami Terchenta memang dah lama kenal Kak Ret dari zaman Msjbox lagi, dari situ terus rapat dengan beberapa blogger lain masa tu, sampai tertubuhnya Geng K.A.M.I.E. .

Sempena birthday Kak Ret, kami pun ajak makan-makan birthday di tempat makan yang paling Instagrammable di KL - Mary Jane KL.


Mary Jane KL
Kami sama-sama dah masuk alam 4 siri!

Kaki-kaki IG mesti kenal restoran ni sebab ramai yang post background restoran ni yang lawa-lawa. Bukan restoran je lawa, tandas pun nampak ekslusif! (Boleh tengok gambar tandas dia di blog Kak Retna)


Mary Jane KL
Tempat yang gigih orang beratur nak ambik gambar

Tempat lawa je ke, makanan dia pulak camane?

Korang jangan risau, makanan dia pun superb. Hari tu aku order Spicy Coconut “Masak Lemak Seafood”. Portion just nice dan tak kedekut udang, sotong dan kupang. Kuah dia pun cukup padu, tak pekat sangat dan tak cair sangat.


Mary Jane KL menu
Spicy Coconut “Masak Lemak Seafood” (RM38)

Khadeeja order spaghetti meatball. Rasanya ok, cuma spaghetti nya terlebih masak sikit sebab agak kembang.

Mary Jane KL menu
Spaghetti Meatball (RM38)

Ni pulak spaghetti aglio olio yang Kak Ret makan. Memang berbaloi sangat aglio olio ni kalau compare dengan aglio olio aku makan kat Ben's KLCC dulu.


Mary Jane KL menu
Aglio olio penuh dengan udang dan kupang (RM48)

Suami Terchenta nak makan nasi, so dia order nasi ulam ayam rendang. Portion sangat banyak, sampai dia tak boleh habiskan.


Mary Jane KL menu
Nasi Ulam Ayam Rendang (RM38)

Akhir sekali, Khayla order The OG Grilled Cheese Sandwich, dengan gabungan keju Mozzarella & Emmental. Dari segi rasa, not bad.


Mary Jane KL menu
The OG Grilled Cheese Sandwich (RM32)

Ni pulak minuman kegemaran aku, Lychee Mojito. Sejuk dan segar je rasa tekak bila minum ni.


Mary Jane KL menu
Lychee Mojito

Kalau nak tengok menu-menu lain kat Mary Jane KL ni boleh klik kat sini.

Bagi aku tempat ni memang sesuai untuk sambut birthday atau anniversary sebab suasana restorannya yang lawa, makanan sedap dan ada pilihan kek untuk celebrate jugak. Kalau nak buat tempahan di floral booth yang lawa, boleh WhatsApp 018-216 0968.


Mary Jane KL
Last gambar dengan birthday girl sebelum balik

Lokasi Mary Jane KL:
106, Jalan Petaling, Kuala Lumpur.
Masa Operasi: 12PM - 10PM (Isnin tutup, Sabtu & Ahad dibuka dari pukul 10 pagi, Jumaat - Ahad dibuka sampai tengah malam)
Tempahan: 018-216 0968 (boleh walk-in)

Read more »
on Thursday, August 18, 2022 22
Share this!
Tags
Dining, Restaurant and Outlet
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Wednesday, August 17, 2022

Wordless Wednesday - Virtual Fitting Room

Virtual Fitting Room

Bagus jugak ada teknologi AR (augmented reality) macam virtual display ni untuk pilih baju... Part paling malas nak beli baju ialah nak cuba baju tu. Kadang-kadang nampak helokkk je dekat patung, tapi bila cuba kat badan sendiri aduhh... dah macam bungkus nangka pun ada hihi.

Ternampak skrin besar ni dekat AEON minggu lepas. Cuma perlu berdiri depan tu, swipe2 je nak tukar-tukar baju. Pusing la kiri kanan, baju tu letak elok je kat badan sendiri haha! Kalau berkenan, boleh terus tengok harganya. Jakun kejap kami anak-beranak di depan skrin ni. Maklumlah dah lama tak jejak kaki ke AEON. Kalau tak sebab nak carikan seluar baru untuk si anak dara tu, memang payah la sikit nak ke area sini.

By the way, sekarang susah bebenor nak carikkan seluar untuk Khayla. Pergi ke kids' section, semua senteng2 walaupun cutting nya dah ok. Pergi ke ladies' section pulak, labuh dah ok tapi nampak longgar yang amat, walaupun dah ambik saiz baju yang paling kecik. Khayla ni tinggi macam bapak dia, tapi fizikal masih belum dewasa. Tu yang jadi pening bila nak carikan baju yang sesuai untuk dia. Kalau korang ada cadangan, komen la ye. Terima kasih!


Virtual Fitting Room
Inilah anak dara kesayangan yang susah betul nak carikan baju sesuai dgn fizikalnya yang tinggi tapi kurus
Read more »
on Wednesday, August 17, 2022 20
Share this!
Tags
Daily Life, Journal
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Tuesday, August 16, 2022

Macamana Nak Fix Isu Google Adsense: 'Your Earnings At Risk'

Semalam lepas dapat email dari Google Adsense, aku klik pautan ke akaun Google Adsense dan terperasan mesej ni:


Google Adsense

Aku tekan button 'Fix now' dan keluar pulak mesej ni:


Google Adsense

Blur sekejap. Mana pulak nak cari root level domain blog ni? 

Cari punya cari penyelesaiannya, akhirnya aku pun tahu camane nak fix error ni:

Langkah 1: Muat turun fail ads.txt melalui button 'Download' tu.
Langkah 2: Login ke 'Blogger' dan pergi ke 'Settings'.
Langkah 3: Skrol ke 'Monetization', klik 'Enable customs ads.txt'.

Google Adsense

Langkah 4: Klik 'Custom ads.txt'. Pop up window akan keluar.
Langkah 5: Buka fail ads.txt yang dimuat turun di Langkah 1. 
Langkah 6: Copy & paste teks dalam fail tu ke dalam pop up window di Langkah 4.
Langkah 7: Klik 'Save'.

Google Adsense

Harap tips ni membantu blogger2 noob macam aku!

Read more »
on Tuesday, August 16, 2022 12
Share this!
Tags
Blog
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts
Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Welcome

Carneyz
Preview
Just Call Me Carneyz | From Sarawak and Staying in Kuala Lumpur | Lifestyle Blogger | Traveller Blogger | Mom of Two Lovely 'K' | Blogger since March 2004

Translate To Your Language

Total Pageviews

Featured post

I Is Tua But Bahagia!

Pages

  • About Me
  • PR Newswire

Live Traffic

Archive

Contact Form

Name

Email *

Message *

Intellifluence Trusted Blogger

Popular posts

  • Lirik Lagu Tiktok Viral 'Nan Ko Paham' (Kkz'D BLG)
    Jom petang-petang ni kita santai-santai dengar lagu viral tiktok ni. Lagu ni aku selalu dengar kat IG Reel (sebab takde akaun Tiktok), pastu...
  • Belajar Jadi Positif Dari Puan Masitah (@mashyta_oneandonly)
    Baru-baru ni aku terbaca tentang seorang wanita yang sangat positif dan redha dengan ujian yang Allah turunkan ke dalam hidupnya. Selepas te...
  • Hari Keluar Berjalan-jalan Dengan Mak
    Semalam aku ajak mak keluar. Kebetulan Khayla pun ada aktiviti ko-kurikulum dan turun awal ke sekolah so boleh la aku keluar bawak mak jala...

Blog Favourite

  • Warisan Petani
    7 hours ago
  • Amie's Little Kitchen
    10 hours ago
  • KasihkuAmani
    10 hours ago
  • Blog Begins At Forty
    10 hours ago
  • LIFE WITH LOVE
    10 hours ago
  • Hari hari yang ku lalui...
    11 hours ago
  • .:: My Life & My Loves ::.
    14 hours ago
  • SURIA AMANDA
    15 hours ago
  • mulan@peace,love&harmony
    15 hours ago
  • mrhanafi.com
    15 hours ago
  • Alam Sari Di Tanah Jauhar
    16 hours ago
  • ✿ Life Is Beautiful ✿
    16 hours ago
  • Antara Doha dan Jakarta™
    17 hours ago
  • Anies♥You
    18 hours ago
  • Blog Anamizu™
    18 hours ago
  • Inilah Shaizhar
    19 hours ago
  • KakmimDotCom
    20 hours ago
  • My Small World
    20 hours ago
  • Aku Sis Lin
    21 hours ago
  • Hidup Itu Indah
    22 hours ago
  • ABAM KIE : The Man of The House
    22 hours ago
  • .: ceritera Kehidupan :.
    23 hours ago
  • Miles of smiles
    23 hours ago
  • orangbukit
    1 day ago
  • Titian Perjalanan
    1 day ago
  • a m m i
    1 day ago
  • Ainihalim
    1 day ago
  • Mreneyoo
    1 day ago
  • Traveling – D'Cat Queen
    2 days ago
  • Travel My Way
    2 days ago
  • Pencarian Jiwa Diri Saya
    3 days ago
  • Syazni Rahim Blog
    3 days ago
  • anajingga
    6 days ago
  • Dapur Cik- Nur
    1 week ago
  • Drawing the Words
    1 week ago
  • Afzan Sidi
    1 week ago
  • fizacrochet | Lifestyle Blogger Dengan Pelbagai Cerita
    2 weeks ago
  • Ako Tetap Ako
    2 weeks ago
  • Krabat Kramat
    2 weeks ago
  • Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie
    3 weeks ago
  • Sunah Sakura
    4 weeks ago
  • Asa Blog
    5 weeks ago
  • Shuhaida Kabdy
    2 months ago
  • Blog Sal
    3 months ago
  • Kait dan Lari
    1 year ago
  • Stories About My Journey
    2 years ago
  • Sodep
    9 years ago
Show 5 Show All

Followers

Tags

Beauty & Fashion Cafe and Bakery Dining Family Activities Hotel Reviews International Lifestyle Malaysia Marriott Bonvoy Hotels Recipes Restaurant and Outlet Reviews Tips & Info Travel
Powered by Blogger.
Ⓒ 2018 Coffee Break With Me. Design created with by: Brand & Blogger. All rights reserved.