Diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA: 

Seorang lelaki berkata kepada Nabi SAW, "Berilah aku nasihat?" Baginda SAW bersabda,"Janganlah kamu marah." Lelaki itu mengulangi kata-katanya, baginda SAW tetap bersabda,"Janganlah kamu marah." - [HR Bukhari 5651].

Sabda Baginda SAW lagi:

Sesungguhnya syaitan menyusup dalam diri manusia melalui aliran darah. - [HR Bukhari 3281 dan Muslim 2175].

Sumber Imej: Google

Aku bukanlah seorang yang cepat naik angin. Tapi bila aku naik angin, kemarahan aku umpama api yang menyambar ranting-ranting kering. Apinya sangat marak tapi cepat juga terpadam, meninggalkan kekesalan yang sangat mendalam dan perasaan bersalah yang teramat.

Kisahnya hari Selasa lepas, atas kesalahan kecik je, aku melenting dan membebel2 dengan Khayla di depan orang ramai. Sebenarnya bukanlah salah mutlak dia, tapi entah kenapa hari tu cepat betul aku hilang sabar.

Lepas tu dalam kereta aku sambung membebel lagi. Khayla senyap menikus. Bila aku toleh, aku perasan air mata mengalir ke pipi si anak dara. Mesti hatinya sangat terguris dengan kata-kata bebelan aku. Terus timbul penyesalan yang tak sudah. 

Malam tu, dia menangis katanya tak sengaja buat aku marah. Tapi sebenarnya aku yang bersalah sebab terlalu ikutkan nafsu marah. Bila aku marah, kadang-kadang aku tak sedar kata-kata yang keluar dari mulut. Itulah bahayanya marah - terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. Walaupun Khayla dah memaafkan aku, parut di hati tetap ada.


Cara-cara Meredakan Kemarahan

1. Membaca Ta'awuz

Melafazkan “A’uzubillahiminassyaitonirrojim” yang bermaksud “Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam”. Dalam keadaan marah, syaitan menyusup ke dalam darah dan membisikkan hasutan untuk membuat perkara-perkara yang akan mendatangkan kekesalan seperti memaki-hamun, melafazkan talak dan malah menghasut untuk berbunuhan sesama manusia. Dengan mengucapkan Ta'awuz, kita memohon perlindungan dengan Allah SWT supaya dihindari dari hasutan syaitan.


2. Beristighfar

Beristighfar menyedarkan kita dari perasaan marah. Beristighfar dapat menenangkan fikiran kita dari dikuasai perasaan marah yang membuak-buak.


3. Mendiamkan diri 

Diam ketika marah mengelakkan dari mengucapkan kata-kata di luar sedar dan kewarasan akal fikiran kita. Malah Rasulullah SAW pernah bersabda: Barang siapa beriman kepada Allah dan hari Akhir, hendaknya berkata baik atau diam. - [HR Ibn Majah 3961].


4. Mengalihkan posisi badan

Sabda Rasulullah SAW: Jika salah seorang dari kalian marah dan ia dalam keadaan berdiri, hendaklah ia duduk. Jika rasa marahnya hilang (maka itu yang dikehendaki), jika tidak hendaklah ia berbaring. - [HR Abu Daud 4151].


Ya... memang bukan mudah melatih dan mendidik hati untuk tak marah. Tapi tak semestinya tak boleh dilakukan. Ia perlu dilatih dan lama-kelamaan boleh menundukkan perasaan marah. Semoga aku boleh mendidik hati aku supaya bersabar ketika marah dan menahan diri dari mengucapkan kata-kata yang sia-sia. Amin Ya Rabbal Alamin...

22 Comments

  1. thanks for sharing is caring tuuuh., salam jumaat cikkak Carneyz ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama2. Kena belajar jadi cool mcm Wak kot ;p

      Delete
  2. kadang klo kite jenis bukan pemarah, sekali marah habis semua la keluar..da reda tu mula la nyesal marah-marah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iye, sekali dah marah tu ter over pulak. Kesian kat anak dara kene bebel huhu…

      Delete
  3. semoga puan dpt mengawal kemarahan pd masa2 akan dtg. Aamiin...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin YRA.. Macamana Abam Kie pupuk sifat sabar sbg seorang pendidik ye? Boleh kongsikan tips, terima kasih.

      Delete
  4. kdg2 mmg kita takleh kawal marah...nk marah kt org lain tp terbawa2 kt anak plak kdg2 tu kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah sebenarnya tgh menahan sabar dgn peel org lain masa tu tapi bila anak tak sengaja triggered, terus kena tempias kat dia… buruk betul perangai marah2 ni.

      Delete
  5. Teringat waktu anak-anak masih kecil. Memang teruji kesabaran. Marah... adakalanya tidak terkawal. Bukan saja mulut, tangan pun ikut merayap! Apabila mereka sudah besar dan tinggal berjauhan, rasa rindu sering menyapa tak terungkap oleh kata-kata. Tiba-tiba timbul seribu penyesalan apabila teringat pernah berkasar dengan anak-anak. Allahu Akbar!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul sangat tu Kak Amie. Rasa menyesal bila cepat marah, cepat naik tangan dekat anak2 masa dieorg kecik2 dulu.

      Delete
  6. Terima kasih atas peringatan. Saya pun kadang-kadang bila marah tak sedar apa yang saya cakap. So kalau marah cepat-cepat gi tempat lain untuk cool off

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju sangat, kena alihkan diri kita dari situasi marah tu.

      Delete
  7. Saya tengok gambartu, terus tak rasa nak marah..HAHAHA..
    Kemarahan memang sikap manusia, cuma kena cuba untuk mengawalnya agar tak berlaku benda lebih buruk. Ujian betul ada perasaan marah, kan..Hm...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila marah kita mudah dihasut oleh syaitan. Tu la kadang2 keluar kata2 yang di luar sedar.

      Delete
  8. Sis sekarang kalau rasa nak marah, Sis buat apa tau, TIDUR

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ok gak tu bagi turun tekanan darah kita kan..

      Delete
  9. Kak Sue pun kadang macam tu jugak, sejak dah remaja purba nie memang tengah belajar kawal marah jugak nie. Terima kasih kongsi ya awak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama2 la kita belajar kawal marah ni. Buruk rupa bila marah huhu..

      Delete
  10. mama skrg kalau marah mmg diam aje, kalau bercakap time marah sure akan sakitkan hati org huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. entah la mama.. kadang2 benda tu di luar sedar. laju je lidah tu mcm mesingan huhu

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .