Adoi la, macamana aku boleh terlupa nak post pasal birthday Kak Ret 2 bulan lepas ahahaha! Tapi tak kira, nak post jugak la dah alang-alang draft ayuh la kita habiskan dan post terus buat ingatan kat sini.

Aku & Suami Terchenta memang dah lama kenal Kak Ret dari zaman Msjbox lagi, dari situ terus rapat dengan beberapa blogger lain masa tu, sampai tertubuhnya Geng K.A.M.I.E. .

Sempena birthday Kak Ret, kami pun ajak makan-makan birthday di tempat makan yang paling Instagrammable di KL - Mary Jane KL.


Mary Jane KL
Kami sama-sama dah masuk alam 4 siri!

Kaki-kaki IG mesti kenal restoran ni sebab ramai yang post background restoran ni yang lawa-lawa. Bukan restoran je lawa, tandas pun nampak ekslusif! (Boleh tengok gambar tandas dia di blog Kak Retna)


Mary Jane KL
Tempat yang gigih orang beratur nak ambik gambar

Tempat lawa je ke, makanan dia pulak camane?

Korang jangan risau, makanan dia pun superb. Hari tu aku order Spicy Coconut “Masak Lemak Seafood”. Portion just nice dan tak kedekut udang, sotong dan kupang. Kuah dia pun cukup padu, tak pekat sangat dan tak cair sangat.


Mary Jane KL menu
Spicy Coconut “Masak Lemak Seafood” (RM38)

Khadeeja order spaghetti meatball. Rasanya ok, cuma spaghetti nya terlebih masak sikit sebab agak kembang.

Mary Jane KL menu
Spaghetti Meatball (RM38)

Ni pulak spaghetti aglio olio yang Kak Ret makan. Memang berbaloi sangat aglio olio ni kalau compare dengan aglio olio aku makan kat Ben's KLCC dulu.


Mary Jane KL menu
Aglio olio penuh dengan udang dan kupang (RM48)

Suami Terchenta nak makan nasi, so dia order nasi ulam ayam rendang. Portion sangat banyak, sampai dia tak boleh habiskan.


Mary Jane KL menu
Nasi Ulam Ayam Rendang (RM38)

Akhir sekali, Khayla order The OG Grilled Cheese Sandwich, dengan gabungan keju Mozzarella & Emmental. Dari segi rasa, not bad.


Mary Jane KL menu
The OG Grilled Cheese Sandwich (RM32)

Ni pulak minuman kegemaran aku, Lychee Mojito. Sejuk dan segar je rasa tekak bila minum ni.


Mary Jane KL menu
Lychee Mojito

Kalau nak tengok menu-menu lain kat Mary Jane KL ni boleh klik kat sini.

Bagi aku tempat ni memang sesuai untuk sambut birthday atau anniversary sebab suasana restorannya yang lawa, makanan sedap dan ada pilihan kek untuk celebrate jugak. Kalau nak buat tempahan di floral booth yang lawa, boleh WhatsApp 018-216 0968.


Mary Jane KL
Last gambar dengan birthday girl sebelum balik

Lokasi Mary Jane KL:
106, Jalan Petaling, Kuala Lumpur.
Masa Operasi: 12PM - 10PM (Isnin tutup, Sabtu & Ahad dibuka dari pukul 10 pagi, Jumaat - Ahad dibuka sampai tengah malam)
Tempahan: 018-216 0968 (boleh walk-in)

22 Comments

  1. wah...ada baca kat blog kak retna rasanya..cantik sgt res ni..memang insta worth it sgt...foods pun nampak yummy...

    ReplyDelete
    Replies
    1. food dia mmg yummeh... terbayang2 lagi kesedapan pasta masak lemak tu huhu

      Delete
  2. Wah...bukan setakat berkawan di alam maya. Bagus sungguh ni 👏

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu2 mmg meriah dunia blogging. Siap buat aktiviti main bowling, camping dan buka puasa bersama. Rindu zaman tu.

      Delete
  3. Haah ada baca kat blog Ako...nanti nak ajak BF makan kat sini la...SA suka je...eh..sesapa nak ajak SA jumpa..bleh la jumpa kat sini...hahahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha sila2.. menarik gak tu, buat makan2 blogger2 kat KL kat sini kan.

      Delete
  4. makanan sedap, tempat cantik..mmg layan..haritu dah nampak tapi segan nak masuk sensorang..kalau gi ramai2 lg havoc..

    ReplyDelete
  5. Ada baca di blog Cik Ako.
    Hehe takpelah pos lewat. Lagipun pos Cik Ako tiada cerita terperinci tentang menu yang dipesan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah dia banyak ambik gambar2 restoren sbb setiap sudut mmg lawa...

      Delete
  6. terlepas pulak cerita Mary Jane ni di blog Kak Ret. menarik jugak. dtang sini kena pakai comel-comel. sambil makan sambil bergambar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, ramai je yg kiteorg tgk ambik kesempatan berposing kat area yg lawa.

      Delete
  7. Replies
    1. Dah lama ni Uncle, baru teringat nak post hehe

      Delete
  8. comel 2-2... makin senior makin ayu aih... romzie mana romzie mana? hahaha... anyway happy belated birthday kakret

    ReplyDelete
  9. tkpe lambat pn..janji update...akak pn byk entry lama2 berthn tk update tp slow2 update hehe....cafe ni mmg dlm list juga nk pegi tp tk smp2 lg

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lain kali boleh ajak BFF makan kat sini sambil OOTD ;)

      Delete
  10. Happy belated birthday Ret. Moga ukhuwah antara kalian berdua terus berpanjangan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin YRA... semoga satu hari nanti ada rezeki berjumpa & kenal Kak Amie F2F jugak :)

      Delete
  11. Best kan sesekali dapat lepak dan makan-makan macam nie dengan kawan kita. Nampak sedap semua makanan tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la Kak Sue, bila kita dah tak bekerja ni seronok sgt dpt lepak dgn kawan2.

      Pasta masak lemak cili api tu sampai skrg tak boleh move on lagi Kak Sue. hehe

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .