Seminggu Sepotong Hadis - Bersyukur Dalam Setiap Perkara

 

(Hadis Riwayat Ibnu Majah)

Salam Semua,

Dah seminggu lebih aku tak jenguk blog. Sibuk bebenar dengan urusan berpindah rumah. Alhamdulillah, kunci rumah dah diserahkan kepada tuan rumah Sabtu lepas. Happy bila tengok tuan rumah happy dengan keadaan rumah yang bersih dan tiada sebutir sampah pun. Sedih pun ya jugak, banyak kenangan terutama bila mak duduk di rumah kami masa tempoh PKPD dulu di rumah sewa. Lepas ni tak boleh la jalan kaki je ke rumah kakak untuk lepak-lepak. Huhu...

Akhirnya dapat merasa duduk di rumah sendiri. Perasaan? Alhamdulillah gembira dan bersyukur terutamanya anak-anak sebab dieorang dah ada bilik dan katil sendiri. Kalau sebelum ni bergilir-gilir seorang tidur di atas katil dan seorang lagi tidur di toto di lantai, kali ni masing-masing dah boleh tidur dengan selesa atas katil sendiri. Aku pun rasa lega sebab sekarang dapur dah luas berbanding dapur di rumah sewa dulu. Takde la asyik berlanggar bont*t je bila memasak di dapur! Yang penting sekarang dah ada built-in oven jadi boleh la buat aktiviti baking di rumah. Sebelum ni, kalau anak-anak mintak buat roti atau kek, boleh lagi aku masak dalam periuk nasi tapi bila mintak buat biskut terpaksa pinjam oven di rumah kakak hehe. Nasib baik blok sebelah je masa tu.

Sebenarnya aku share hadis Rasulullah SAW tentang bersyukur dalam setiap perkara sebab dalam kegembiraan kami dapat duduk di rumah sendiri ada juga terselit ujian yang menimpa baru-baru ni.

Sehari lepas Suami Terchenta balik ke kampung sebab datuknya meninggal, aku rasa tak sedap badan dan instinct aku merasakan aku pregnant. Ya, setiap kali aku pregnant aku memang ada instinct yang aku berisi dan dah lama instinct ni tak muncul tapi tiba-tiba muncul out of the blue. Aku ke farmasi beli pregnancy test kit dan keesokan harinya selepas bangun untuk solat Subuh aku terus buat test. Alhamdulillah, positif! Rasa tak percaya sebab lepas 10 tahun barulah ada rezeki lagi merasa pregnant sekali lagi. Terus aku Whatsapp Suami Terchenta dan dia punya happy tu terus dia tukar flight balik malam tu jugak walaupun aku cakap tak perlu balik awal.



So yes, aku pergi klinik kayangan tu nak sebenarnya untuk buat scan dan sahkan result pregnancy test tu. Doktor confirm kan ada kantung cuma terlalu kecik sebab masih di awal kehamilan. Kalau ikutkan, masa tu baru 5 minggu. Doktor nasihatkan kiteorang supaya tak terlalu excited sebab katanya ikutkan umur dan kesihatan aku (tekanan darah tinggi), pregnancy ni dikira sebagai high risk pregnancy

5 minggu seterusnya berlalu dengan pantas sebab kiteorang sibuk urusan berpindah rumah. Penat berpindah tu sampai tak sempat nak layan perasaan mual-mual, pening dan perut tak selesa which is simptom-simptom hamil kali ni. Satu lagi aku memang rasa nak muntah bila terhidu bau bawang tumis, dan pukul 11 pagi ke atas je mulalah aku mengantuk yang teramat-amat tak boleh nak control lagi. Nampak bantal terus tidur. Kadang tak sempat nampak bantal nampak sofa je terus baring dan tidur.

Minggu ke-8, aku pergi ke KK untuk buat appointment dan bukak buku pink. Tapi sebab appointment dah full, nurse bagi tarikh appointment minggu ke-10 (minggu lepas). 

Hari appointment tu, sebelum pukul 8 pagi lagi aku dah sampai. Lepas bagi sampel air kencing, timbang berat dan ambil tekanan darah barulah aku disuruh scan. Bila scan, doktor kata, 'Puan, mintak maaf tapi saya tak nampak fetal heartbeat.' Dua kali dia scan ikut atas dan bawah, result masih sama. Last-last aku dirujuk ke Hospital Tunku Azizah (HTA) untuk detailed scan dan tindakan seterusnya hari tu jugak.

Semua berlaku sangat pantas sampai aku tak sempat rasa apa. Aku ikut je nasihat doktor pergi check di HTA. Dan sekali lagi doktor scan dan confirm yang dieorang cuma nampak kantung tapi takde heartbeat.



Doktor diagnosed keadaan aku sebagai missed miscarriage. 

A missed miscarriage, also known as a missed abortion or a silent miscarriage, occurs when a fetus is no longer alive, but the body does not recognise the pregnancy loss or expel the pregnancy tissue. As a result, the placenta may continue to release hormones, so you may continue to experience signs of pregnancy.

Kemungkinan kandungan ni berhenti membesar masa minggu ke-6 sebab saiz kantung tu anggaran 6 weeks 3 days. Jadi kalau nak kata sebab aku banyak sangat bergerak mencuci / mengemas rumah dan mengangkat barang-barang masa berpindah tak boleh jugak sebab masa tu kiteorang tak pindah lagi.

Patutlah aku masih lagi ada simptom-simptom mual-mual dan sensitif dengan bau-bauan. Doktor bagitau kemungkinan dalam beberapa minggu ni aku akan mengalami simptom miscarriage (bleeding, cramp, hilang simptom pregnant) dan kena datang ke hospital sekali lagi.

Balik tu aku bagitau Suami Terchenta.

Bohonglah kalau kata kami tak sedih dengan berita ni. Cuma bila aku kenangkan balik, terlalu banyak rezeki dan kebaikan yang dah kami terima dari Allah melebihi ujian yang sedikit ni. In fact, aku mengandung lepas 10 tahun ni pun dikira rezeki yang tak terduga jugak. Allah tahu apa yang terbaik dan yang penting, Allah dah bagi 2 orang permata hati buat kami berdua. Jadi aku dan Suami Terchenta putuskan untuk berlapang dada dan redha dengan apa yang terjadi.



Alhamdulillah atas rezeki mengandung kali ni walaupun sekejap. Mudah-mudahan ada rezeki lagi untuk mengandung bila kesihatan aku lebih mengizinkan. Insha Allah.

Buat kawan-kawan lain yang sedang TTC, aku doakan semoga Allah kabulkan doa dan harapan kalian. Doakan juga untuk aku dan Suami Terchenta. Mana tau rezeki seterusnya dapat anak kembar hihi. Ameen Ya Rabbal Alamin... 

Wordless Wednesday: Inovasi Terbaru dalam Penjagaan Kebersihan Wanita

Period Panty

Sekarang dah bermacam-macam produk penjagaan kebersihan diri wanita yang inovatif. Sebelum ni aku pernah mengulas tentang penggunaan menstrual cup atau period cup, kali ni aku terjumpa period panty pulak di AEON.

Kenapa aku cenderung ke arah produk penjagaan kebersihan diri wanita yang boleh dipakai berulang-ulang kali? Pastinya sebab utama ialah penjagaan alam sekitar dan juga penjimatan kos dalam jangka masa panjang.

Disebabkan aku dah pun memiliki menstrual cup, jadi kali ni aku belikan period panty untuk anak daraku. Dia selalu mengadu tak selesa memakai tuala wanita - katanya selalu bocor dan masalah kulit melecet. 

Mulanya aku agak ragu-ragu dengan keberkesanan period panty ni. Kalau pakai ni, mesti rasa basah dan melekit. Lagi satu, mesti akan bocor sebab kainnya nipis. Mungkin cuma sesuai dipakai masa light flow atau di penghujung haid, fikirku.

 
Period Panty
Period panty ni ada 2 - satu yang boleh menampung sehingga 18ml cecair (moderate flow) dan satu lagi sehingga 36ml cecair (heavy flow)


Period Panty
Sumber: Laman web Pierre Cardin

Period Panty
Harga sehelai agak mahal tapi ada promosi beli 2 dengan harga diskaun

Setiap helai boleh dipakai sehingga 2 tahun. Mungkin lepas 2 tahun penyerapannya kurang berkesan. Tapi bila aku congak-congak, penjimatannya agak ketara sebab biasanya aku akan belikan 3 jenis tuala wanita setiap kali anak dara bendera Jepun iaitu untuk heavy flow, medium flow dan light flow.

Aku belikan 2 helai dulu untuk dicuba, dua-duanya boleh menampung heavy flow. Selepas beberapa hari mencuba, ternyata anak daraku sangat suka period panty berbanding tuala wanita. 

Ini review si anak dara:

  1. Rasa kering walaupun heavy flow
  2. Tak bocor, selesa dibawa tidur sebab boleh bergolek-golek
  3. Selesa pada kulit
  4. Senang dicuci berbanding tuala wanita
  5. Lambat kering, jadi kena beli lebih dari 2 helai (kalau ikutkan anak dara, dia nak 2 helai untuk setiap hari darab dengan jumlah hari dia bendera Jepun!)


Period panty ni aku beli di AEON, The Gardens Mall. Tempat lain aku tak pasti ada ke tak.

Progress Mengemas Rumah Sewa

Selesai pindah barang-barang besar barulah rumah sewa nampak lapang sikit. Proses seterusnya ialah mencuci rumah sewa pulak. Prinsip aku, macamana keadaan rumah tu masa mula-mula masuk 2 tahun lepas, macam tu la sepatutnya keadaan rumah sebelum keluar. 

Syukur Alhamdulillah anak-anak dah boleh diharap untuk sama-sama mengemas dan mencuci rumah. Kami bergotong-royong mengemas dan mencuci rumah seharian semalam - aku mengemas di ruang tamu dan mencuci bilik stor, Suami Terchenta mengemas ruang makan dan mencuci bilik air belakang, manakala anak-anak bertugas di bahagian dapur.


The Capers
Adik gigih mengelap kabinet dapur sementara kakak mencuci sinki dan countertop

Hari ni ikutkan rancangan aku nak mengosongkan dan mencuci peti sejuk. Untung kakak aku tinggal di blok sebelah je, jadi barang-barang dalam peti sejuk tu aku boleh tumpangkan dalam peti sejuk kakak memandangkan peti sejuk kami pun belum sampai 💓

OK, ayuh kita bekerja! 💪

Kisah Moving Day - Guna Servis dari Packers Malaysia

Lately kami sangat sibuk mengemas, menyusun dan menyisihkan barang-barang yang hendak diangkut ke rumah baru dan barang-barang yang dah tak diperlukan lagi sama ada sudah rosak / luput tarikh dan memang takde tempat nak letak di rumah baru.

Dalam masa yang sama, kena mencari khidmat mover untuk mengangkut barang-barang besar dan berat dan khidmat mencuci rumah lepas selesai berpindah. Setiap kali kena berpindah rumah aku memang stress yang amat sebab terlalu banyak perkara yang kena dibuat. 

Fasa pertama berpindah ialah mengangkut barang-barang perkakas rumah baru yang kami beli di Shopee tapi terpaksa diletakkan di rumah sekarang sebab rumah baru masih lagi dalam fasa renovasi. Untuk fasa pertama ni, kami menggunakan khidmat Lalamove je. Bukan setakat harga yang sangat berpatutan, malah servis pun sangat baik. Semua kotak-kotak yang mengandungi hood & hob dapur, ketuhar dan microwave, kabinet drawer dan sinki dapur dibawa ke rumah baru menggunakan van Lalamove dengan caj penghantaran tak sampai RM300.

Fasa kedua berpindah ialah mengangkut sendiri menggunakan kereta Exora kami. Barang-barang yang dibawa ialah pakaian (kami tinggalkan sedikit pakaian untuk dipakai di rumah sekarang memandangkan katil belum lagi sampai), barang-barang kecik dalam laci dan kabinet dan kotak-kotak kecik yang kami bawa dari Bintulu.

Fasa ketiga barulah kami mengambil khidmat mover. Selepas meneliti 3-4 quotations, kami akhirnya memilih Packers Malaysia sebab harga yang paling berpatutan dan review yang memberangsangkan. Pada mulanya kami pilih untuk ambil lori 1 tan dan 10 kotak (sekali dengan bubble wrap dan tenaga kerja membungkus barang-barang) sebab barang-barang besar kami cuma sebuah mesin basuh, sebuah TV dan gaming chair Suami Terchenta. 

Pada hari moving day barulah kami sedar sebenarnya banyak juga barang-barang yang kecik tersorok dalam almari. Tupperware je dah sebuah kotak, pinggan mangkuk dan perkakas memasak, makanan dalam tin dan botol-botol... sedar-sedar dah nak habis 10 kotak! Tu pun banyak lagi barang-barang lain dalam kabinet huhu...

Kesimpulannya janganlah assume barang-barang sikit bila di rumah ni ada banyak kabinet.


Moving day...

Selebihnya no choice terpaksa angkut sendiri ke rumah baru sebab lori 1 tan tak muat. Cuti long weekend ni, memang kami habiskan mengemas dan membawa barang-barang ke rumah baru. Tak tau kenapa, kemas-kemas tapi macam sama je keadaan. Akhirnya aku decide untuk stop dulu dan take a break update blog sebab aku dah tahap tak tau nak mula dari mana aktiviti mengemas rumah ni. Otak dah tepu...

Oh ya, review aku terhadap perkhidmatan Packers Malaysia:

Menepati masa - janji datang pukul 9 pagi, memang pukul 9 pagi dieorang sampai. Tak perlu nak call2 tanya dah kat mana.

Profesional - pekerja-pekerjanya sangat profesional. Dieorang tau cara-cara nak pack, tak perlu bagi arahan banyak-banyak kali. Tapi aku pun mudahkan dieorang jugak, barang-barang yang nak di pack dalam kotak kami letakkan di satu tempat (macam dalam gambar di atas, barang-barang kami susun di satu sudut dan pekerja-pekerja tinggal nak balut dengan bubble wrap atau masuk dalam kotak je lagi) atau aku tunjuk di mana (barang-barang pantri contohnya). Cara dieorang bercakap pun sangat hormat dan berbudi-bahasa. Dan sepanjang bekerja dieorang tetap pakai face mask.

Efisyen dan pantas - Dalam masa 2 jam setengah je dah siap bungkus-bungkus barang, setengah jam susun atas lori dan setengah jam punggah dari lori dan bawak naik ke rumah baru. Keseluruhan masa bekerja ialah dari 9 pagi sampai 12.30 tengahari.

Harga - bergantung dengan jarak lokasi rumah lama dan rumah baru. Kami dikenakan caj kurang dari RM1.5k untuk perkhidmatan 1 tan lori, 3 orang pekerja dan 10 buah kotak.

Kesimpulannya, aku sangat rekemen Packers Malaysia ni untuk sesiapa yang mencari perkhidmatan berpindah rumah. Boleh usha dieorang di Facebook atau IG:

Facebook: https://www.facebook.com/packersmy/
Instagram: https://www.instagram.com/packersmy/

Nota kaki: 
Kalau korang ada bajet lebih lagi, mungkin boleh usha jugak Allied Pickfords sebab masa aku pindah dari Bintulu ke KL, company lama appoint Allied sebagai relocation service provider. Dieorang ni siap tolong unpack barang-barang masuk almari / kabinet, jadi lagi mudah kerja kita. Tapi harga premium la, cuma aku tak perlu bayar sebab company tanggung masa tu. Aku lupa pulak nak tanya Packers Malaysia ada buat servis unpack ke tak, sebab rumah baru belum ready lagi nak unpack hihi.

Pengalaman ke Klinik Al-Eilaaj Dr. Izzat

Beberapa minggu lepas aku ada masalah perempuan yang memerlukan berjumpa dengan pakar sakit puan untuk mendapatkan konsultasi.

Kalau masa bekerja dulu, pastinya tak teragak-agak akan ke hospital swasta kerana rawatan ditanggung oleh insurans perubatan Syarikat. Tapi bila dah tak bekerja ni, kos rawatan semestinya ditanggung oleh Suami Terchenta.

Masa mencari klinik pakar sakit puan di Google, aku terjumpa klinik Al-Eilaaj Dr. Izzat. Bila baca review dari pesakit yang datang ke klinik ni, wow! Semuanya bagi rating 5 bintang, baik dari segi suasana dalam klinik, kos rawatan dan juga layanan profesional doktor pakar di situ. Terus aku ajak Suami Terchenta buat temujanji di sini. Suami Terchenta setuju je.

Bila call nombor klinik yang tertera, panggilan dijawab dengan mesra oleh kakitangan klinik yang memberitahu petang tu ada slot kosong sekiranya aku nak datang hari tu jugak. Tanpa berlengah-lengah aku pun bersetuju. Selesai panggilan, terus dapat Whatsapp dari klinik yang memaparkan tarikh dan masa temujanji klinik. Memang terbaik perkhidmatan pelanggan di sini.

Petang tu, kami tiba di klinik dan terus mendaftar di kaunter pendaftaran. Selesai mendaftar, kami dijemput duduk sementara menunggu panggilan dari bilik doktor. Mata kami sibuk melilau memandang tatahias ruang dalam klinik yang sumpah, lebih cantik dari ruang menunggu di Prince Court!


Warna hijau dinding memberikan ketenangan dan hiasan wainscoting memberikan rasa mewah dan eksklusif

Bahagian sinki pun cantik

Masuk ke tandas terus berangan-angan nak ada tandas dengan jubin cantik macam ni

Bahagian depan klinik

Bilik-bilik pemeriksaan klinik ni diberi nama sempena srikandi-srikandi Islam iaitu Kamar Safiyyah (wanita pertama yang berjihad di medan perang) dan Kamar Khadijah (isteri Rasulullah SAW).

Masa menunggu tak lama memandangkan aku seorang je pesakit petang tu. Bila nama aku dipanggil, aku masuk ditemani Suami Terchenta berjumpa dengan Dr. Izzat. Walaupun mula-mulanya teragak-agak berjumpa dengan doktor lelaki untuk masalah sakit puan, tapi sikap profesional dan layanan hormat Dr. Izzat dalam menjaga kehormatan pesakit meredakan keresahan. Dr. Izzat sangat terperinci bertanyakan soalan-soalan berkaitan dengan masalah yang aku hadapi. Overall, aku memang sangat selesa bila berjumpa dengan Dr. Izzat.

Doktor memberikan 2 ubat-ubatan untuk aku pada akhir konsultasi. Doktor ada jugak menyarankan aku datang berjumpa lagi dalam 3 minggu untuk buat ambil sampel darah. Mula-mulanya aku setuju, tapi bila masa pembayaran, aku dan Suami Terchenta agak terkejut sebab bayaran dikenakan agak mahal, mungkin lebih mahal dari berjumpa dengan doktor pakar di Prince Court! Kalau buat blood test ni agaknya boleh pengsan Suami Terchenta di situ. Dalam Google review, ramai yang mengulas harga rawatan di sini berpatutan, malah ada yang menyebut dalam lingkungan RM200+. Tapi kami pula dikenakan RM500+. Adakah sebab harga ubat-ubatan yang mahal? Wallahualam.

Mungkin inilah kali pertama dan terakhir aku mendapatkan rawatan di sini 😅

Kalau korang mencari doktor pakar sakit puan, boleh la cuba ke klinik Al-Eilaaj Dr. Izzat ni. Dari segi khidmat pelanggan klinik dan kepakaran, memang aku akui klinik ni worth the 5-star ratings. Memang patut la klinik kayangan.


Klinik Al-Eilaaj Dr. Izzat
Alamat: 5, Jalan Rampai Niaga 3, Medan Niaga Rampai, 53300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Telefon: 016-6105047