Drama Review Netflix: Wednesday

 

Cerita Wednesday sekarang tengah trending di Netflix dan mula ditayangkan pada 23 November 2022. Cerita berdasarkan keluarga American horror iaitu The Addams Family kali ni mengetengahkan watak anak perempuan mereka iaitu Wednesday Addams (Jenna Ortega) yang selalu dibuang sekolah sebab membuat masalah. Masa awal-awal cerita ni bermula, Wednesday dibuang sekolah sebab membalas dendam ke atas pembuli-pembuli adiknya Pugsley Addams dengan melepaskan ikan-ikan piranha ke dalam kolam renang. Merasakan Wednesday tak sesuai bersekolah di sekolah biasa, ibubapa Wednesday menghantarnya ke sekolah anak-anak tak normal (misfits) yang jugak bekas sekolah ibubapa Wednesday - Nevermore Academy.

Watak Wednesday ni macam biasalah - takde emosi, sarcastic dan bijak. Wednesday sangat marah dan benci dengan ibunya (Morticia Addams - Catherine Zeta Jones) yang menghantarnya ke Nevermore Academy sebab dia rasa sekolah tak sesuai untuk jiwanya. Apa lagi bila dapat kawan sebilik seorang gadis serigala jadian yang memang opposite habis dengan si Wednesday ni dari segi perwatakan (selalu ceria, seorang influencer dan suka pakai baju berwarna-warni, which si Wednesday ni pulak alergik dengan warna selain hitam dan putih). Wednesday ni rasa dia lagi baik dari orang lain so dia memang susah nak masuk dengan pelajar-pelajar di sekolah ni. Jadi dia pun buat keputusan nak lari dari sekolah.


Wednesday dan kawan sebiliknya Enid

Tapi bila berlaku satu kejadian yang mana seorang pelajar hampir bunuh Wednesday sebab ramalan ibunya yang ada seorang budak perempuan mirip Wednesday yang akan datang dan menghancurkan sekolah tapi lepas tu Wednesday diselamatkan oleh sejenis makhluk yang bunuh pelajar tu, Wednesday tukar fikiran dan memutuskan untuk tinggal di sekolah untuk menyiasat tentang ramalan tu dan sejarah kawasan tu.

Walaupun cerita ni bergenre teenager horror comedy, tapi jalan ceritanya cukup menarik dan penuh misteri. Watak Wednesday tu memang bersahaja tapi ada masanya dia kelakar jugak contohnya masa dia menari di majlis sekolah dengan muka selambanya tu. 

Pendapat aku, cerita ni best dan berbaloi untuk ditonton. Aku ambik masa 3 hari je untuk habiskan Season 1 sebab best. Tak sabar nak tunggu Season 2 pulak.


Nota kaki:

Fakta menarik tentang drama ni - pelakon asal watak Wednesday Addams iaitu Christina Ricci pun berlakon dalam drama ni sebagai Miss Marilyn Thornhill / Laurel Gates. Principal Weems ni puas aku dok fikir kat mana pernah tengok dia berlakon, rupa-rupanya dia ialah Brienne of Tarth dalam drama Games of Throne (GoT).

Hotel Stripes Kuala Lumpur

Throwback staycation kami last weekend.

Memandangkan minggu ni Suami Terchenta kena bekerja weekend, sajalah nak manjakan diri dan luangkan masa dengan keluarga di Hotel Stripes KL. 


Hotel Stripes KL
Hotel Stripes KL menggunakan batu-bata dalam rekabentuk sempena sejarah kawasan Jalan Kamunting pada zaman British manakala nama hotel diambil sempena jalur melintang hitam di antara susunan batu-bata

Sesampainya di hotel, kami menyerahkan kunci kereta kepada parking valet sebab di hotel ni tiada kawasan letak kereta khas. Caj perkhidmatan valet parking ialah RM10 sehari untuk tetamu hotel.


Hotel Stripes KL
Lampu pendant siling di lobi

Hotel Stripes KL
Tempat breakfast Brasserie 25, cuma aku pilih tak ambik breakfast sekali sebab nak try kafe Brick & Bread yang bertentangan dengan hotel

Hotel Stripes mempunyai beberapa fasiliti seperti kolam renang yang terletak di bumbung hotel, gimnasium dengan penghawa dingin, ruang pelbagai fungsi, studio mesyuarat, restoran dan bar. Sayangnya semasa kami check-in, kolam renang ditutup memandangkan ada event di situ.

Kami book bilik Deluxe Guest Room dengan katil king size. Bilik ni menggabungkan ciri-ciri moden kontemporari dan urban chic. Terdapat gambar kawasan hotel sekitar tahun 1940-an / 50-an dulu yang terpampang di atas kepala katil yang memberi penghormatan kepada sejarah awal kawasan hotel yang pernah menjadi penempatan pelombong bijih timah.

Biliknya agak luas dengan ruangan optimum yang menempatkan sebuah sofa, meja kerja, meja tepi katil dan kabinet TV dengan padanan warna natural dan gelap.


Hotel Stripes KL
Uniknya singki bilik air dengan kabinet marmar hitam lengkap cermin elegan dengan lampu backlight diletakkan di luar bilik air

Hotel Stripes KL
Tuala muka dan peralatan mandian hotel

Lantai dan dinding bilik air hotel diperbuat dari batu marmar yang poros. Terdapat kamar mandi yang sangat luas, dipisahkan dengan bilik tidur oleh dinding kaca 'frosted' untuk menjaga privasi.


Hotel Stripes KL
Bilik air

Hotel Stripes KL
Syampu, perapi dan gel mandian dari jenama Mangosteen


Hotel Stripes KL
Mesin kopi turut disediakan di dalam bilik

Hotel Stripes sememangnya sesuai sebagai tempat staycation bukan setakat bilik yang selesa dan moden dengan akses Wifi hotel percuma tapi jugak dikelilingi tempat-tempat makan yang menarik. 

Untuk ahli Marriott Bonvoy, sekarang ada promosi nikmati mata ganjaran bonus untuk setiap penginapan layak bermula dari penginapan kedua yang berlangsung sehingga 15 Disember 2022.

Tempahan hotel boleh dibuat dengan melayari laman web www.stripeskl.com.


Hotel Stripes Kuala Lumpur
Autograph Collection
25, Jalan Kamunting
50300 KL.
Tel: 03-2038 0000

Seminggu Sepotong Hadis: Seksaan Kubur untuk Orang Yang Menyebarkan Fitnah

Dari Ibnu Abbas RA, Rasulullah SAW melewati dua kubur, maka beliau bersabda, 

"Sesungguhnya kedua-dua penghuni kubur ini sedang disiksa, dan keduanya disiksa bukan kerana sesuatu yang besar. Salah seorang darinya biasa tidak melindungi diri dari air kencingnya sendiri, sedang yang seorang lagi biasa menyebarkan fitnah."

(Sahih al-Bukhari, 216)

Apa itu fitnah?

Fitnah ialah perbuatan sama ada mereka-rekakan perkara yang tidak ada atau tidak pernah berlaku atau menyebarkan sesuatu berita tanpa memeriksa kebenarannya.

Contohnya bila ada video yang panas je, ada je yang suka-suka nak viralkan tanpa usul periksa dengan tujuan nak dapatkan lebih banyak 'like' dan menumpang populariti.

Kadang-kadang niat orang tu memfitnah bukanlah untuk memalukan seseorang, contohnya dapat hadis palsu dia sebarkan dekat orang ramai tanpa merujuk dulu kitab-kitab atau sumber rujukan yang sahih. Akibatnya orang ramai percaya benda palsu dan sangat bahaya kalau boleh menyebabkan akidah turut terpesong. Biasanya aku jumpa ni dekat group Whatsapp, orang-orang tua suka forward mesej-mesej yang berunsur agama tapi bila diselidik, mesej ni berunsur bida'ah dan boleh memfitnah agama kita sendiri. Jadi elakkan la menyebar perkara yang tidak betul apa lagi jika bertujuan memburuk-burukkan atau menjatuhkan orang lain. Wallahualam.


Nota kaki:

Hari ni lambat sikit update blog sebab pagi tadi hantar anak-anak join aktiviti berkhemah. Kemain seronok dieorang first time join aktiviti bermalam jauh dari rumah dengan kawan-kawan sekolah. Malam ni pulak Suami Terchenta berkampung kat ofis lagi. Ingatkan aku sorang je la tinggal kat rumah (aku ni dah la penakut huhu 👻👻), tup-tup BFF aku ajak teman dia tidur kat hotel since dia outstation. OK, pucuk dicita ulam mendatang. Louis je la jaga rumah nampaknya 😜


Louis kena jaga rumah lagi ke Mommy?

Pemenang Cabaran Tangkap Pageviews ke-500k

First of all, aku pun tak sangka memang laju jugak pageviews kali ni naik berbanding masa baru nak aktif balik blogging beberapa bulan lepas. 

Laju sampai tak seorang pun sempat tangkap pageviews yang ke-500,000 huhu... Jadi kali ni tiada pemenang yang dapat diumumkan. Insha Allah kalau ada rezeki lagi aku buat lagi contest untuk hiburan kawan-kawan yang sudi berkunjung ke blog aku ni.

Tapiiiii... memandangkan hanya seorang je yang mencuba nasib walaupun tak dapat nombor yang ke-500k, aku decide nak bagi jugak hadiah saguhati buat seorang rakan blogger ni. Dia berjaya menangkap pageviews yang ke-499,999. Cantik bangat nombor tu!

Tahniah buat MAMA TISYA kerana terpilih mendapat hadiah saguhati 👏👏 Sila emailkan details untuk penghantaran hadiah ye.



Nasi Kalut Jitra Mai

Korang suka tak nasi kandar? Biasanya kalau sebut nasi kandar mesti aku terbayangkan kuah kari campur, sayur kobis goreng dan pappadam. Lagi satu nasi kandar ni sinonim dengan masyarakat India Muslim.

Ni first time aku jumpa nasi kandar Melayu di gerai Nasi Kalut Jitra Mai terletak di Jalan Abdullah berhampiran Dang Wangi. Nak jugak tau apa beza dengan nasi kandar yang selalu aku makan.


Nasi Kalut Jitra Mai

Nasi Kalut Jitra Mai
Pakcik baju biru tu bungkus banyak nasi agaknya untuk keluarga di rumah

Nasi Kalut Jitra Mai
Lauk-pauk yang ada

Dari jauh lagi bau ayam goreng berempah dah menusuk hidung. Terus lapar aku dibuatnya haha. Jadi aku mintak 3 bungkus nasi dengan lauk ayam goreng berempah untuk kami anak-beranak. Harga kesemuanya RM38 je.


Nasi Kalut Jitra Mai
Nak makan kat sini pun boleh sebab ada banyak meja kosong

Cengginilah rupa nasi kandar Melayu. Instead of kobis goreng, ada bendi. Kuah banjir tu tetap ada, cuma rasanya bukan macam kuah kari nasi kandar biasa. Lepas tu dapat sebiji telur rebus jugak. Nampak lebih ringkas dari nasi kandar biasa.

Dari segi rasa, kuahnya agak manis sikit. Ayam goreng berempah tu memang sedap, Khadeeja boleh habiskan ayam goreng tu seorang diri (kakak seperti biasa memilih taknak makan ayam). Kalau panas-panas mesti lagi sedap.


Nasi Kalut Jitra Mai

Tapi kalau tanya aku, aku masih prefer nasi kandar kat kedai mamak. Dengar citer nasi kandar paling sedap di KL ni ialah di Restoran Kudu Bin Abdul. Pernah nak try tapi bila tengok barisan panjang giler terus cancel plan! Selain dari tu, aku jugak suka nasi kandar di restoran Original Kayu Nasi Kandar, cuma harganya mahal sikit.

Korang suka nasi kandar yang mana satu?