Cerita Wednesday sekarang tengah trending di Netflix dan mula ditayangkan pada 23 November 2022. Cerita berdasarkan keluarga American horror iaitu The Addams Family kali ni mengetengahkan watak anak perempuan mereka iaitu Wednesday Addams (Jenna Ortega) yang selalu dibuang sekolah sebab membuat masalah. Masa awal-awal cerita ni bermula, Wednesday dibuang sekolah sebab membalas dendam ke atas pembuli-pembuli adiknya Pugsley Addams dengan melepaskan ikan-ikan piranha ke dalam kolam renang. Merasakan Wednesday tak sesuai bersekolah di sekolah biasa, ibubapa Wednesday menghantarnya ke sekolah anak-anak tak normal (misfits) yang jugak bekas sekolah ibubapa Wednesday - Nevermore Academy.

Watak Wednesday ni macam biasalah - takde emosi, sarcastic dan bijak. Wednesday sangat marah dan benci dengan ibunya (Morticia Addams - Catherine Zeta Jones) yang menghantarnya ke Nevermore Academy sebab dia rasa sekolah tak sesuai untuk jiwanya. Apa lagi bila dapat kawan sebilik seorang gadis serigala jadian yang memang opposite habis dengan si Wednesday ni dari segi perwatakan (selalu ceria, seorang influencer dan suka pakai baju berwarna-warni, which si Wednesday ni pulak alergik dengan warna selain hitam dan putih). Wednesday ni rasa dia lagi baik dari orang lain so dia memang susah nak masuk dengan pelajar-pelajar di sekolah ni. Jadi dia pun buat keputusan nak lari dari sekolah.


Wednesday dan kawan sebiliknya Enid

Tapi bila berlaku satu kejadian yang mana seorang pelajar hampir bunuh Wednesday sebab ramalan ibunya yang ada seorang budak perempuan mirip Wednesday yang akan datang dan menghancurkan sekolah tapi lepas tu Wednesday diselamatkan oleh sejenis makhluk yang bunuh pelajar tu, Wednesday tukar fikiran dan memutuskan untuk tinggal di sekolah untuk menyiasat tentang ramalan tu dan sejarah kawasan tu.

Walaupun cerita ni bergenre teenager horror comedy, tapi jalan ceritanya cukup menarik dan penuh misteri. Watak Wednesday tu memang bersahaja tapi ada masanya dia kelakar jugak contohnya masa dia menari di majlis sekolah dengan muka selambanya tu. 

Pendapat aku, cerita ni best dan berbaloi untuk ditonton. Aku ambik masa 3 hari je untuk habiskan Season 1 sebab best. Tak sabar nak tunggu Season 2 pulak.


Nota kaki:

Fakta menarik tentang drama ni - pelakon asal watak Wednesday Addams iaitu Christina Ricci pun berlakon dalam drama ni sebagai Miss Marilyn Thornhill / Laurel Gates. Principal Weems ni puas aku dok fikir kat mana pernah tengok dia berlakon, rupa-rupanya dia ialah Brienne of Tarth dalam drama Games of Throne (GoT).

16 Comments

  1. Uncle tengah cari2 time nak start ni.... Im a Tim Burton fan... terpesona dengan warna2 dia....

    ReplyDelete
    Replies
    1. best cerita ni Uncle. Cerita Tim Burton mmg penuh daya imaginasi.

      Delete
  2. Menarik ni sbb mmg suka tgk watak dia ni hahaha.. Ok msk list bole tgk lps ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. cerita dia light humour, budak2 pun ramai yg suka follow citer ni.

      Delete
  3. Plan nak nangga ceta tok weekend tek alu terbengkalai

    ReplyDelete
  4. belum start lagi. ramai kata best so ken lah layan. patut Christina Ricci bawak watak Morticia Adams tu. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe biasalah Hollywood skrg sibuk dgn agenda inclusivity dieorg. Kali ni The Addams Family semuanya pelakon berdarah Mexican / Spanish sbb tu agaknya ambik Catherine Zeta Jones.

      Delete
  5. sana sini dok cerita psl drama ni. rata2 beri positive feedback... btw karya tim burton jarang menghampakan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul2, suka karya tim burton sbb daya imaginasi tinggi.

      Delete
  6. Suka gila dengan drama ini seba tema dia dark.. hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama la kita, part romantik tu tak ketara sgt tapi klu ada skip jugak sbb tgk dgn anak2, dieorg pun suka gak tgk citer ni hehe.

      Delete
  7. nina tak tgk lg tp hubby bln lps dh siap marathon.

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .