Dari Ibnu Abbas RA, Rasulullah SAW melewati dua kubur, maka beliau bersabda, 

"Sesungguhnya kedua-dua penghuni kubur ini sedang disiksa, dan keduanya disiksa bukan kerana sesuatu yang besar. Salah seorang darinya biasa tidak melindungi diri dari air kencingnya sendiri, sedang yang seorang lagi biasa menyebarkan fitnah."

(Sahih al-Bukhari, 216)

Apa itu fitnah?

Fitnah ialah perbuatan sama ada mereka-rekakan perkara yang tidak ada atau tidak pernah berlaku atau menyebarkan sesuatu berita tanpa memeriksa kebenarannya.

Contohnya bila ada video yang panas je, ada je yang suka-suka nak viralkan tanpa usul periksa dengan tujuan nak dapatkan lebih banyak 'like' dan menumpang populariti.

Kadang-kadang niat orang tu memfitnah bukanlah untuk memalukan seseorang, contohnya dapat hadis palsu dia sebarkan dekat orang ramai tanpa merujuk dulu kitab-kitab atau sumber rujukan yang sahih. Akibatnya orang ramai percaya benda palsu dan sangat bahaya kalau boleh menyebabkan akidah turut terpesong. Biasanya aku jumpa ni dekat group Whatsapp, orang-orang tua suka forward mesej-mesej yang berunsur agama tapi bila diselidik, mesej ni berunsur bida'ah dan boleh memfitnah agama kita sendiri. Jadi elakkan la menyebar perkara yang tidak betul apa lagi jika bertujuan memburuk-burukkan atau menjatuhkan orang lain. Wallahualam.


Nota kaki:

Hari ni lambat sikit update blog sebab pagi tadi hantar anak-anak join aktiviti berkhemah. Kemain seronok dieorang first time join aktiviti bermalam jauh dari rumah dengan kawan-kawan sekolah. Malam ni pulak Suami Terchenta berkampung kat ofis lagi. Ingatkan aku sorang je la tinggal kat rumah (aku ni dah la penakut huhu 👻👻), tup-tup BFF aku ajak teman dia tidur kat hotel since dia outstation. OK, pucuk dicita ulam mendatang. Louis je la jaga rumah nampaknya 😜


Louis kena jaga rumah lagi ke Mommy?

12 Comments

  1. semoga dijauhkan nauzubillah.. hi Louis hensem

    ReplyDelete
  2. kalau sy buat pitenah kat louis sy bedose tak? heheheh ommeyyyyy

    ReplyDelete
    Replies
    1. kesian louis kena pitenah nnt, louis tak berdosaaa :P

      Delete
  3. Thank you for sharing..
    Comel la awak Louis.. Ni Aisyah nampak ni 24/7 duk main nnt..hehe

    ReplyDelete
  4. Serba salah nak tegur orang lebih tua di grup WA. Kalau lebih muda, mudah kita nak cakap. Semoga kita semua tak jadi penyebar fitnah/kepalsuan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan Kak Ujie. Saya pesan kat mak je, klu makcik / pakcik tak berani nak tegur takut kang kecik hati pulak.

      Delete
  5. Zaman dunia hujung jari ni senang nak terjebak dosa fitnah ni. Jadi kita sama-samalah jaga agar tak terjebak

    ReplyDelete
  6. Terima kasih sis untuk perkongsian ini..
    Kesian Louis kena jaga rumah.. hehehe

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .