Korang suka tak nasi kandar? Biasanya kalau sebut nasi kandar mesti aku terbayangkan kuah kari campur, sayur kobis goreng dan pappadam. Lagi satu nasi kandar ni sinonim dengan masyarakat India Muslim.

Ni first time aku jumpa nasi kandar Melayu di gerai Nasi Kalut Jitra Mai terletak di Jalan Abdullah berhampiran Dang Wangi. Nak jugak tau apa beza dengan nasi kandar yang selalu aku makan.


Nasi Kalut Jitra Mai

Nasi Kalut Jitra Mai
Pakcik baju biru tu bungkus banyak nasi agaknya untuk keluarga di rumah

Nasi Kalut Jitra Mai
Lauk-pauk yang ada

Dari jauh lagi bau ayam goreng berempah dah menusuk hidung. Terus lapar aku dibuatnya haha. Jadi aku mintak 3 bungkus nasi dengan lauk ayam goreng berempah untuk kami anak-beranak. Harga kesemuanya RM38 je.


Nasi Kalut Jitra Mai
Nak makan kat sini pun boleh sebab ada banyak meja kosong

Cengginilah rupa nasi kandar Melayu. Instead of kobis goreng, ada bendi. Kuah banjir tu tetap ada, cuma rasanya bukan macam kuah kari nasi kandar biasa. Lepas tu dapat sebiji telur rebus jugak. Nampak lebih ringkas dari nasi kandar biasa.

Dari segi rasa, kuahnya agak manis sikit. Ayam goreng berempah tu memang sedap, Khadeeja boleh habiskan ayam goreng tu seorang diri (kakak seperti biasa memilih taknak makan ayam). Kalau panas-panas mesti lagi sedap.


Nasi Kalut Jitra Mai

Tapi kalau tanya aku, aku masih prefer nasi kandar kat kedai mamak. Dengar citer nasi kandar paling sedap di KL ni ialah di Restoran Kudu Bin Abdul. Pernah nak try tapi bila tengok barisan panjang giler terus cancel plan! Selain dari tu, aku jugak suka nasi kandar di restoran Original Kayu Nasi Kandar, cuma harganya mahal sikit.

Korang suka nasi kandar yang mana satu?

23 Comments

  1. bukanlah peminat nasi kandar sbnr nya. mkn sethn sekali je kot. tu pun kalau g penang­čśübtw penah bc komen kt yt shahnaz ahmad. katanya nasi kandar best kt kl ada kat Kg Batu. tp x igt namanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. nasi kandar paling best ni tepuk dada tanya selera hehe. mcm saya suka pegi tempat yg ada telur ikan atau sotong goreng hihi

      Delete
  2. bkn peminat nasi kandar mamak...tp pernah mkn nasik lan kedah di putrajaya... ala nasi kandar juak ya nk?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sik penah gik try nasik lan kedah. mun nya ada bermacam kuah kari dgn masak hitam ya kali lah sama :P

      Delete
  3. pernah try nasi kalut ni, oklah kan..nak makan di kudu, mmg kena sabar, kena beratur pjg esp time lunch hour...yassem pun ok jg..

    ReplyDelete
    Replies
    1. nohas penah try yg dekat kudu tu ke? Sedap ke? ok nanti try usha nasi kandar yassem jugak insha Allah

      Delete
  4. sedapnya nasi kandar. nasib baik baru je makan malam td.

    ReplyDelete
  5. Pernah juga tapau nasi kalut ni... For me, ada keistimewaan masing-masing:)
    Nasi kandar kudu tu masih dlm wishlist gak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oo PH pun peminat nasi kandar ye. Sama2 la kita masuk wishlist nasi kandar kudu tu sbb selalu je penuh hehe

      Delete
  6. Ammi tak pernah try nasi kalut ni.. tp pernah try nasi kandaq melayu yg alahai apa nama dia..wak lan ke apantah tapi tak kene dgn tekak sbb ada manis2 rasa karinya.

    so far, ammi suka nasi kandar Zainul dekat PJ. Yang Kudu & Yaseen (jiran kudu) agak pahit karinya ditekak ammi

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh Ammi dah try yang di Kudu tu ye. tapi ramai kan yang sanggup beratur panjang nak makan kat situ. Saya pulak so far suka Restoran Original Kayu Nasi Kandar. Tak penah try lagi yang dekat Zainul tu.

      Delete
  7. kt dang wangi?ofis sy area jln ipoh je..bleh try ni..kira sedapp la tu kann hihi..tq sharing

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah cer try cari. bagi saya lain dari nasi kandar biasa.

      Delete
  8. Bukanlah peminat nasi kandar, tapi masa belajar di Penang ni menu paling jimat sebab portion besar boleh share dengan member. Lauk wajib ayam madu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Uish saya pegi ke Penang tahun lepas mmg heaven la makan nasi kandar kat sana. Rasanya balik tu naik 2kg hihi..

      Delete
  9. Saya suka makan nasi kandar. Mesti bubuh kuah banyak-banyak. Sedap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fuh... selagi tak banjir tu mmg tak rasa nikmatnya. Lepas makan mesti tersandar kekenyangan hehe.

      Delete
  10. SA sukaaaa....pernah 2 kali makan sebelum ni tapi yang kat area Ampang tu....cuma tu la..kalau makan pakai tangan bau tinggal kat tangan lama

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahaha, mmg tangan bau kari je kan SA. Tapi makan pakai tangan la terpaling sedap. Suapan terakhir siap jilat jari hihi...

      Delete
  11. mama selalu beli kat shah alam sek7, sedap mama suka lauk daging

    ReplyDelete
  12. bkn peminat nasi kandar tp bole la makan..yg nasi kalut ni ada dkt ampang tk pernh try..yg dkt restoran kudu pernh try juga

    ReplyDelete
  13. kaki mkn nasi kandar hadir! hahaha. kalau ke KL ke tempat lain mmg tak masuk kedai nasi kandar. di penang pun tak byk tp tak mkn di semua kedai la. hehe

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .