• Home
  • About
    • About Me
    • Sitemap
  • Travel
    • Malaysia
    • International
    • Travel Stories
  • Hotels
    • Hotel Reviews
    • Marriott Bonvoy
  • Dining
    • Bazaar
    • Food
    • Cafe & Bakery
    • Restaurant & Outlet
    • Recipes
  • Lifestyle
    • Beauty & Fashion
    • Blog
    • Camping
    • Entertainment
    • Family Activities
    • Home
    • Parenting
    • Tips & Info
  • Review
    • Products
    • Services
    • Places
  • Disclaimer
Enter your keywords
Coffee Break With Me

Hotel & Travel Reviews and Many More.

Thursday, January 05, 2023

Staycation: JW Marriott Kuala Lumpur

Ni cerita bulan lepas masa sambut anniversary dan birthday anak-anak. Suami Terchenta bawak kami staycation di JW Marriott KL di Bukit Bintang. Dalam banyak-banyak hotel Marriott Bonvoy, JW Marriott ni kami tak pernah lagi duduk. Jadi teruja untuk buat review hotel kali ni.


JW Marriott Kuala Lumpur
JW Marriott Kuala Lumpur
 

Macam biasa, booking dibuat melalui aplikasi Marriott Bonvoy memandangkan kami ada keahlian. Tujuan menginap di hotel ni pun untuk mengumpul earned nights supaya dapat kekalkan status Elite Silver. 

Masa booking, aku inform hotel in advance yang tujuan kami iaitu untuk sambut anniversary dan birthday. Kenapa nak kena inform ye? Jeng.. jeng.. jeng...!


JW Marriott Kuala Lumpur
Masuk-masuk bilik ada belon untuk menyambut tarikh bermakna kami iaitu 15 Disember


JW Marriott Kuala Lumpur
Siap dapat complimentary birthday cake dari hotel

JW Marriott Kuala Lumpur
Ada kad birthday sekali

Benda ni aku discover secara tak sengaja beberapa tahun lepas masa aku booking hotel untuk celebrate birthday diri-sendiri. Bila aku bagitau front desk yang hari tu birthday aku, tak lama lepas tu hotel hantarkan sepotong kek ke bilik. Aku rasa dekor yang paling romantik ialah di Hotel Majestic KL siap tabur kelopak bunga bentuk hati atas katil dan bagi sejambak bunga. 

Kami tempah pakej bilik Deluxe King sekali dengan sarapan pagi. Masa daftar masuk, kami diberitahu bilik kami dah upgrade ke Executive Deluxe King, mungkin sebab bilik yang kami tempah tu dah penuh.


JW Marriott Kuala Lumpur
Executive Deluxe King lebih luas dan selesa

Di kebanyakan hotel jenama Marriott Bonvoy tidak disediakan air minuman dalam botol kerana salah satu usaha conservation hotel ialah mengurangkan penggunaan plastik. Air minuman disediakan dalam botol kaca yang boleh diisi semula. Kalau dah habis boleh call housekeeping mintak refill air.

Kemudahan lain disediakan dalamb bilik hotel ialah mesin kopi, cerek air, peti sejuk mini, gelas minuman, cawan, peti keselamatan dan pengering rambut.


JW Marriott Kuala Lumpur

Satu perkara yang buat aku tertarik ialah toiletries hotel dari jenama luxury iaitu Aromatherapy Associates yang menggunakan essential oil lavender dan ylang-ylang. Automatik otak rasa tenang dan rileks bila berendam dalam bathtub berisi wangian shower gel ni. Aku siap bawak balik losyen badan dan sabun muka sebab wangi sangat. Kalau aku tengok kat website Aromatherapy Associates, boleh tahan mahal harganya. Rugi kalau tak ambik.


JW Marriott Kuala Lumpur

Biasanya kalau ke hotel yang ada bathtub, bathtub rata-rata jenis memanjang. Baru nak selesa sikit bersandar, dah menggelongsor ke depan haha. Tapi bathtub di JW Marriott KL ni just nice je untuk orang kaki pendek macam aku sebab bila berlunjur, tapak kaki cecah ke hujung bathtub. Bagi aku, ni bathtub yang paling selesa pernah aku jumpa hehe.


JW Marriott Kuala Lumpur
Ruang shower dan bathtub


JW Marriott Kuala Lumpur
Cermin sinki dengan meja solek berasingan

Breakfast berkonsepkan buffet dihidangkan di restoran Shook! yang terletak di Starhill Dining. Masa daftar masuk, kita kena bagitau akan turun breakfast jam berapa sebab kat sini ada 3 slot masa - 7 pagi - 8 pagi, 9 - 10 pagi dan 10 - 11 pagi. Turun ke aras LG dan lalu terowong lampu biru ni untuk ke restoran Shook!

JW Marriott Kuala Lumpur
Terowong biru untuk lalu ke restoran

Hiasan dalam restoran ni memang wow sangat, nampak sangat eksklusif. Kejap lagi kita tengok makanan kat sini eksklusif ke tak.


JW Marriott Kuala Lumpur
Restoran Shook!



JW Marriott Kuala Lumpur
Stesyen salad

JW Marriott Kuala Lumpur
Cheese station

JW Marriott Kuala Lumpur
Stesen nasi lemak dan lauk-pauk. Bagi aku lauk nasi lemak ni biasa je, tak de yang menarik sangat pun


JW Marriott Kuala Lumpur
Grilled tomato

JW Marriott Kuala Lumpur
Mihun, mi goreng, nasi goreng dan telur rebus/separuh masak

JW Marriott Kuala Lumpur
Buah-buahan

Kalau dibandingkan dengan hotel-hotel setaraf yang lain, harga buffet breakfast di sini bagi aku agak murah iaitu RM60++ untuk dewasa dan RM30++ untuk kanak-kanak (tapi masa kami datang, kakitangan di situ bermurah hati waive harga makanan untuk anak-anak). 

Dari segi rasa, makanan di sini biasa-biasa je. Bagi tekak aku, yang paling sedap ialah bubur nasi. Suami Terchenta memilih makan roti pratha tapi katanya tidak sedap. Telur dadar dan scrambled eggs yang biasanya kesukaan Suami Terchenta pun tak segebu dan sesedap di hotel lain.

Setakat tu je la review hotel JW Marriott berdasarkan pengalaman kami staycation di sini. Kalau aku rumuskan:

+ points:

  1. Bilik hotel luas, selesa dan mewah
  2. Toiletries hotel dari jenama mewah
  3. Check-in dan housekeeping service yang cepat
  4. Basement parking yang luas dengan bayaran RM10 sehari untuk tetamu hotel
- points:
  1. Layanan kakitangan di kaunter parking yang kurang memuaskan - kami berdiri agak lama di depan kaunter tapi kakitangan tak acknowledge kami sampai terpaksa panggil kakitangan lain yang kebetulan lalu di situ
  2. Makanan buffet yang boleh diperbaiki

Read more »
on Thursday, January 05, 2023 30
Share this!
Tags
Hotel Reviews, Marriott Bonvoy Hotels
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Wednesday, January 04, 2023

Wordless Wednesday - Pertama Kali Buat Roti Putih

resipi roti putih

 
resipi roti putih

resipi roti putih

resipi roti putih


Masa mula-mula PKP dilaksanakan tahun 2020, ada satu masa ni roti putih laku habis sampai susah nak dapatkan bekalan roti. Masa tu aku berangan-angan la nak belajar buat roti putih tapi tak berjaya. Adunan roti yang dibuat semuanya bentan dan tak rasa macam roti langsung! Akhirnya aku give up bila bekalan roti mula ada balik. Lebih baik beli di kedai dari membazir tepung huhu...

Tahun lepas aku cuba sekali lagi dengan meminjam mesin bread maker dari kakak. Dengan yakinnya aku masukkan semua bahan-bahan roti dan mesin la yang mengadun semuanya. Dan bila roti masak, aku punya la excited nak keluarkan dari mesin roti ni walaupun masih panas lagi. Hasilnya... masih tak berjaya 😅 Roti yang aku buat masih lagi bentan dan tak serupa roti putih dijual di kedai-kedai. So aku give up lagi.

Tahun ni aku memberanikan diri untuk buat roti putih sekali lagi. Kali ni menggunakan food processor untuk mengadun semua bahan-bahan untuk beberapa minit sebelum aku keluarkan dan menguli menggunakan tangan. 

Dohnya agak besar dari loaf pan dan silap aku tutup loaf pan dengan penutupnya sampai roti tak boleh mengembang. Hasilnya dari luar nampak cantik tapi bila dipotong, isinya agak mampat. Lain kali aku kena kurangkan sukatan supaya doh ada ruang mengembang dalam loaf pan.

Tapi aku masih berpuas hati sebab akhirnya berjaya buat roti putih sendiri dan rasanya pun not bad, mungkin tak sesedap roti di luar sana yang telah diletakkan perasa tambahan dan pengawet. Mungkin lain kali aku kena tambah pelembut roti supaya roti lebih lembut dan kekal lembut walaupun dah sejuk.

Roti Putih

375g tepung roti
30g gula 
3/4 sudu kecil garam
20g butter (salted) – kalau guna unsalted, tambah 1 sudu teh garam
1 sudu teh instant dry yeast
240g susu kotak (sejuk)

  1. Campurkan tepung roti, gula, yeast dalam mangkuk pengadun dan adun sampai sebati.
  2. Panaskan susu dan mentega sampai mentega cair dan tutup api. Masukkan garam dan kacau sehingga susu suam (boleh celup jari dalam susu).
  3. Masukkan adunan susu ke dalam adunan roti dan adun selama 5 minit sehingga sebati.
  4. Tabur tepung atas permukaan meja dan uli doh menggunakan tangan selama 15-20 minit. Tutup doh dengan tuala dah biarkan kembang selama 1 jam.
  5. Selepas 1 jam, uli doh kali kedua selama 15-20 minit.
  6. Penyekkan doh dan buat bentuk segi empat. Kemudian lipat dan gulungkan dan masukkan ke dalam loaf pan.
  7. Biarkan doh mengembang lagi selama 1 jam (proses ni dipanggil 'proofing'). 
  8. Selepas setengah jam, panaskan ketuhar pada suhu 190C.
  9. Selepas 1 jam, tutup loaf pan dan bakar roti dalam ketuhar selama 20 minit bertutup dan 10 minit dengan penutup dibuka.
  10. Selepas roti masak, terus keluarkan dari loaf pan dan sejukkan roti atas redai supaya roti tahan lama.
Read more »
on Wednesday, January 04, 2023 30
Share this!
Tags
Dining, Recipes
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Sunday, January 01, 2023

1 Januari 2023

Salam tahun baru semua,

Pagi-pagi lagi aku dan Suami Terchenta bersiap-siap untuk ke pasar. Asalnya Suami Terchenta mengajak ke Pasar Selayang iaitu tempat biasa kami membeli barang-barang basah tapi aku mencadangkan pergi ke Pasar Chow Kit je. Lagipun sepanjang 2 tahun kami duduk di Sentul, kami tak pernah lagi menginjak kaki ke Pasar Chow Kit. Pasar Sentul ada jugak cuma kami lebih suka ke Selayang sebab lebih besar dan selesa. Pernah jugak kami ke pasar sayur dalam bangunan UTC Sentul yang lebih dekat dengan rumah tapi oleh sebab ada banyak lipas berkeliaran, itulah kali pertama dan terakhir aku ke sana. Lipas kat sana pun nampak macam otai, silap-silap hari bulan boleh terbang ke muka tak ke naya!

Pasar Chow Kit sebenarnya tak la jauh sangat, jaraknya kurang dari 5km dari Sentul kalau ikutkan Google Maps. Kalau nak kesini eloklah gerak awal dalam pukul 7pagi supaya dapat cari parking yang lebih dekat. Tak pun naik motor lagi senang. Memandangkan kami gerak pukul 8 pagi, kami decide untuk naik motor je.


chow kit market
Suasana dalam Pasar Chow Kit

Di Pasar Chow Kit semuanya ada, kiranya one-stop market untuk membeli daging, ayam, ikan, sayur-sayuran dan buah-buahan. Pasar memang sesak dengan orang ramai yang memiliki tujuan yang sama dengan kami. Satu perkara yang aku puji tentang warga KL ialah kesedaran memakai pelitup muka bila berada di kawasan padat dan sesak, sebab rata-rata yang membeli-belah di sini memakai pelitup muka. Cuma segelintir peniaga je yang tak mengenakan pelitup muka.

chow kit market
Bahagian ayam

chow kit market
Daging segar dengan kepala lembu sebagai bukti agaknya

Sebenarnya aku nak ambik lebih banyak gambar tapi disebabkan keadaan yang sangat sesak dan berhimpit-himpit jadi aku cuma ambik gambar di bahagian-bahagian yang kurang sesak.

Sempatlah kami singgah di gerai buah-buahan membeli anggur kesukaan anak-anak, rambutan, nangka dan jagung. Kemudian membeli beberapa sayur-sayuran, 2 jenis ikan, udang dan daging segar. Ikutkan hati nak beli ayam jugak tapi Suami Terchenta kata beg yang dibawa dah terlalu berat takut tak muat pulak atas motor. Lagipun daging ayam ada lagi dalam freezer di rumah, jadi aku batalkan hasrat membeli ayam.

Itulah perangai kaum isteri bila diajak ke pasar, memang rambang mata. Nampak ikan kembung, dah terbayang nak masak ikan kembung goreng masak asam ini. Nampak udang dah berangan-angan nak buat udang masak kunyit. Nampak daging terus plan nak buat sup daging. Nasib baik Suami Terchenta ingatkan aku yang kami naik motor je ke pasar, kalau naik Exora agaknya jadi boros berbelanja! Hehe.

Read more »
on Sunday, January 01, 2023 29
Share this!
Tags
Daily Life, Journal
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Saturday, December 31, 2022

Hari Terakhir 2022 - Tips membuat azam tahun baru

hello 2023
Kredit imej: freepik.com

Tak lama lagi tahun 2022 akan melabuhkan tirainya. Macamana dengan azam korang tahun ni? Ada yang berjaya tak? 

Azam tahun 2022 aku cuma untuk menjadi blogger yang aktif semula. Alhamdulillah, aku masih lagi konsisten menulis setiap bulan dan trafik blog mula naik sedikit demi sedikit. 


google adsense

Bulan Disember ialah bulan yang mana blog aku menjana hasil Google Adsense yang paling banyak setakat ni. Walaupun belum lagi mencapai 2 angka, tapi ianya naik dua kali ganda berbanding bulan pertama lepas Google Adsense mula menyiarkan iklan di blog aku. Kalau ikutkan jumlah yang diperoleh sekarang, mungkin 2 tahun lagi baru dapat cash out hasil yang diterima, tapi ia menjadikan aku lebih bermotivasi untuk terus menulis. 


google adsense


Dengan berakhirnya tahun 2022, sekarang tiba masa untuk memikirkan tentang resolusi tahun 2023 ya tak? 

Kalau korang belum lagi buat azam tahun baru, mungkin korang boleh ikut tips ni:

Tips membuat azam tahun baru

  1. Ambil satu kertas kosong, catatkan 10 visi yang ingin dicapai pada tahun 2023 menggunakan ayat aktif contohnya: 'Saya turun berat badan sebanyak 10kg', 'Saya pergi bercuti ke tempat idaman saya', 'Saya tukar kerja yang lebih baik', 'Saya berhenti merokok', 'Saya memiliki simpanan sebanyak RM10k', dsb.
  2. Daripada 10 senarai visi ni, fikirkan kalau korang ada kuasa ajaib yang boleh tunaikan hajat korang dalam masa 24 jam, mana satu visi yang paling membawa makna pada korang? Bulatkan visi tu.
  3. Ambil satu lagi kertas kosong, tuliskan visi tu dan letak tarikh hari ini dan deadline visi.
  4. Tuliskan senarai tindakan (action items) untuk korang capai visi ni. Susun action items korang.
  5. Tampal kertas ni di tempat yang senang korang tengok dan baca setiap hari. 


Azam tahun baru aku nak dapatkan berat badan yang normal sebab bila BMI normal, bermakna aku dah tak perlu bergantung dengan ubat kencing manis / darah tinggi, tahap kesihatan aku lebih baik dan aku boleh cuba untuk pregnant lagi. 

Macamana dengan korang?

Read more »
on Saturday, December 31, 2022 30
Share this!
Tags
Lifestyle, Tips & Info
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Friday, December 30, 2022

Hadis Nabi - Pilihlah Kawan Yang Baik



Dalam konteks ni, bukanlah kita dilarang berkawan dengan orang yang tak seagama tapi lebih kepada peribadi dan gaya hidup orang yang nak kita berkawan tu.

Kadang-kadang kawan yang berlainan agama ni lebih prihatin dengan agama dan batas-batas Islam dari kawan seagama. Contohnya kawan aku Jen, dia selalu ingatkan kami untuk pergi solat. Ex-roommate aku di universiti pun selalu bertanya kalau dia tengok aku tak baca Quran (time aku uzur).

Kawan-kawan adalah cerminan diri kita. Seringkali kita mendengar remaja yang terjebak dengan masalah sosial bermula dari pergaulan yang salah. Bila berkawan dengan kawan-kawan kaki ponteng sekolah, maka dia pun terikut-ikut untuk ponteng sekolah. Berkawan dengan bohsia, maka kebarangkalian untuk terjebak dengan maksiat pun agak tinggi. 

Sebagai ibu bapa, kita kena sentiasa pantau social circle anak-anak kita. Aku pantang betul kalau ada kawan-kawan anak-anak aku kaki carut. Aku nasihatkan anak-anak jangan berkawan dengan kaki carut sebab taknak anak-anak terikut-ikut mencarut. Kita sendiri pun tak terkecuali - kalau berkawan dengan makcik bawang, kita pun lama-lama ikut membawang.

Diriwayatkan oleh Abu Musa, Rasulullah SAW bersabda: "Perumpamaan orang yang bersahabat dengan orang soleh dan orang yang bersahabat dengan orang buruk perangai seperti penjual minyak wangi dan tukang kimpal besi. Pasti engkau akan dapat bauan wangi dari penjual minyak wangi samada membeli atau tidak. Sedangkan dari tukang besi kamu akan merasa bahang atau kainmu atau kamu akan mendapatkan bau yang tidak sedap". (HR Bukhari No: 1959)

Read more »
on Friday, December 30, 2022 16
Share this!
Tags
Lifestyle, Tips & Info
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts
Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Welcome

Carneyz
Preview
Just Call Me Carneyz | From Sarawak and Staying in Kuala Lumpur | Lifestyle Blogger | Traveller Blogger | Mom of Two Lovely 'K' | Blogger since March 2004

Translate To Your Language

Total Pageviews

Featured post

I Is Tua But Bahagia!

Pages

  • About Me
  • PR Newswire

Live Traffic

Archive

Contact Form

Name

Email *

Message *

Intellifluence Trusted Blogger

Popular posts

  • Lirik Lagu Tiktok Viral 'Nan Ko Paham' (Kkz'D BLG)
    Jom petang-petang ni kita santai-santai dengar lagu viral tiktok ni. Lagu ni aku selalu dengar kat IG Reel (sebab takde akaun Tiktok), pastu...
  • Belajar Jadi Positif Dari Puan Masitah (@mashyta_oneandonly)
    Baru-baru ni aku terbaca tentang seorang wanita yang sangat positif dan redha dengan ujian yang Allah turunkan ke dalam hidupnya. Selepas te...
  • Hari Keluar Berjalan-jalan Dengan Mak
    Semalam aku ajak mak keluar. Kebetulan Khayla pun ada aktiviti ko-kurikulum dan turun awal ke sekolah so boleh la aku keluar bawak mak jala...

Blog Favourite

  • Drawing the Words
    24 minutes ago
  • orangbukit
    1 hour ago
  • mulan@peace,love&harmony
    2 hours ago
  • LIFE WITH LOVE
    3 hours ago
  • KasihkuAmani
    3 hours ago
  • Antara Doha dan Jakarta™
    4 hours ago
  • Hari hari yang ku lalui...
    6 hours ago
  • Hidup Itu Indah
    7 hours ago
  • Blog Begins At Forty
    7 hours ago
  • Miles of smiles
    7 hours ago
  • Alam Sari Di Tanah Jauhar
    9 hours ago
  • Titian Perjalanan
    11 hours ago
  • Blog Anamizu™
    16 hours ago
  • KakmimDotCom
    1 day ago
  • SURIA AMANDA
    1 day ago
  • a m m i
    1 day ago
  • Mreneyoo
    2 days ago
  • .: ceritera Kehidupan :.
    2 days ago
  • ✿ Life Is Beautiful ✿
    2 days ago
  • .:: My Life & My Loves ::.
    2 days ago
  • Syazni Rahim Blog
    2 days ago
  • Anies♥You
    2 days ago
  • My Small World
    2 days ago
  • Pencarian Jiwa Diri Saya
    2 days ago
  • ABAM KIE : The Man of The House
    2 days ago
  • Travel My Way
    3 days ago
  • Amie's Little Kitchen
    3 days ago
  • Aku Sis Lin
    3 days ago
  • Dapur Cik- Nur
    3 days ago
  • mrhanafi.com
    3 days ago
  • Ainihalim
    4 days ago
  • anajingga
    4 days ago
  • Krabat Kramat
    5 days ago
  • Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie
    6 days ago
  • Warisan Petani
    1 week ago
  • Sunah Sakura
    1 week ago
  • fizacrochet | Lifestyle Blogger Dengan Pelbagai Cerita
    3 weeks ago
  • Shuhaida Kabdy
    3 weeks ago
  • Afzan Sidi
    3 weeks ago
  • Traveling – D'Cat Queen
    1 month ago
  • Inilah Shaizhar
    2 months ago
  • Ako Tetap Ako
    2 months ago
  • Blog Sal
    2 months ago
  • Asa Blog
    4 months ago
  • Kait dan Lari
    11 months ago
  • Stories About My Journey
    1 year ago
  • Sodep
    9 years ago
Show 5 Show All

Followers

Tags

Beauty & Fashion Cafe and Bakery Dining Family Activities Hotel Reviews International Lifestyle Malaysia Marriott Bonvoy Hotels Recipes Restaurant and Outlet Reviews Tips & Info Travel
Powered by Blogger.
Ⓒ 2018 Coffee Break With Me. Design created with by: Brand & Blogger. All rights reserved.