resipi roti putih

 
resipi roti putih

resipi roti putih

resipi roti putih


Masa mula-mula PKP dilaksanakan tahun 2020, ada satu masa ni roti putih laku habis sampai susah nak dapatkan bekalan roti. Masa tu aku berangan-angan la nak belajar buat roti putih tapi tak berjaya. Adunan roti yang dibuat semuanya bentan dan tak rasa macam roti langsung! Akhirnya aku give up bila bekalan roti mula ada balik. Lebih baik beli di kedai dari membazir tepung huhu...

Tahun lepas aku cuba sekali lagi dengan meminjam mesin bread maker dari kakak. Dengan yakinnya aku masukkan semua bahan-bahan roti dan mesin la yang mengadun semuanya. Dan bila roti masak, aku punya la excited nak keluarkan dari mesin roti ni walaupun masih panas lagi. Hasilnya... masih tak berjaya 😅 Roti yang aku buat masih lagi bentan dan tak serupa roti putih dijual di kedai-kedai. So aku give up lagi.

Tahun ni aku memberanikan diri untuk buat roti putih sekali lagi. Kali ni menggunakan food processor untuk mengadun semua bahan-bahan untuk beberapa minit sebelum aku keluarkan dan menguli menggunakan tangan. 

Dohnya agak besar dari loaf pan dan silap aku tutup loaf pan dengan penutupnya sampai roti tak boleh mengembang. Hasilnya dari luar nampak cantik tapi bila dipotong, isinya agak mampat. Lain kali aku kena kurangkan sukatan supaya doh ada ruang mengembang dalam loaf pan.

Tapi aku masih berpuas hati sebab akhirnya berjaya buat roti putih sendiri dan rasanya pun not bad, mungkin tak sesedap roti di luar sana yang telah diletakkan perasa tambahan dan pengawet. Mungkin lain kali aku kena tambah pelembut roti supaya roti lebih lembut dan kekal lembut walaupun dah sejuk.

Roti Putih

375g tepung roti
30g gula 
3/4 sudu kecil garam
20g butter (salted) – kalau guna unsalted, tambah 1 sudu teh garam
1 sudu teh instant dry yeast
240g susu kotak (sejuk)

  1. Campurkan tepung roti, gula, yeast dalam mangkuk pengadun dan adun sampai sebati.
  2. Panaskan susu dan mentega sampai mentega cair dan tutup api. Masukkan garam dan kacau sehingga susu suam (boleh celup jari dalam susu).
  3. Masukkan adunan susu ke dalam adunan roti dan adun selama 5 minit sehingga sebati.
  4. Tabur tepung atas permukaan meja dan uli doh menggunakan tangan selama 15-20 minit. Tutup doh dengan tuala dah biarkan kembang selama 1 jam.
  5. Selepas 1 jam, uli doh kali kedua selama 15-20 minit.
  6. Penyekkan doh dan buat bentuk segi empat. Kemudian lipat dan gulungkan dan masukkan ke dalam loaf pan.
  7. Biarkan doh mengembang lagi selama 1 jam (proses ni dipanggil 'proofing'). 
  8. Selepas setengah jam, panaskan ketuhar pada suhu 190C.
  9. Selepas 1 jam, tutup loaf pan dan bakar roti dalam ketuhar selama 20 minit bertutup dan 10 minit dengan penutup dibuka.
  10. Selepas roti masak, terus keluarkan dari loaf pan dan sejukkan roti atas redai supaya roti tahan lama.

30 Comments

  1. wah...menjadi la....congrats..x yah dah beli roti gardenia...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe. buat roti sebab suka2 je, beli jugak klu datang mood malas nak menguli tu SA :P

      Delete
  2. Wahhh.. tahniah2... kmk x penah try tp adik kmk rajin ms pkp dolok.. kmk yg jd jiran tukang tester ajaklah.. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha suka2 jak sbb x puas hati selagi x dpt polah, selagi ya itok mok polah hehe.

      Delete
  3. Wah…syabas 👏🏽
    Walau tak sesedap roti di luar, tetap jugak rasa seronok dapat buat sendiri kan? Akak ni langsung tak pernah buat sendiri 🤭😆

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasa puas hati sbb akhirnya berjaya selepas bertahun2 mencuba hihi...

      Delete
  4. alhamdulillah, ok sangat dah tu walau kurang memuaskan hati..boleh try lagi nanti khennnnn sebab dah ada pengalaman

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah, menjadi akhirnya. next time kena improve rasa pulak hehe.

      Delete
  5. alhamdulillah. cantik sungguh kejadiannya.

    ReplyDelete
  6. saya ada keinginan nak cuba buat roti sendiri tapi keberanian belum sampai..bila tengok orang lain buat rasa membuak2 teringin nak cuba

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena tgk youtube byk kali untuk belajar teknik menguli doh roti ni. Sukatan kena betul. Saya pun 2 tahun cuba asyik fail je padahal dah pakai breadmaker pun boleh fail jugak hehe. Ni first time dapat bentuk roti.

      Delete
  7. wah...cantiks kejadiannya..alhamdulillah.
    pernah cuba sekali, x jadi terus give up..masa pkp tu la. lum dpt semangat lagi nak try lagi....

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe sama la kita MA. Cuba masa pkp 2-3x asyik tak jadi, bentan je rotinya. last2 give up. tahun depannya cuba lagi gagal lagi haha.ni kali pertama baru serupa roti :P

      Delete
  8. Usaha tangga kejayaan. Tahniah sebab tak give up!

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah, merasa gak makan roti buatan sendiri hehe

      Delete
  9. Usaha tangga kejayaan :D
    Nampak sedap je roti tu sis...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selagi tak berjaya, selagi tu rasa tak puas hati hehe. Alhamdulillah menjadi jugak akhirnya!

      Delete
  10. wahhhhhhh wlupon give up 2-3 kali, akhirnya berjaya jugak akak. helok juga kejadian roti tu. tolak tepi mampat sikit tu kira ok lah dapat jugak hasil dia hehehe

    ReplyDelete
  11. Cantik kejadian...fresh from the oven..sedap bau roti...

    ReplyDelete
    Replies
    1. part paling best bila semerbak bau roti satu rumah masa tengah masak dalam ketuhar :)

      Delete
  12. nampak cantik je... roti mampat kita namakan je rotikek ahaksss. apa ada hal janji buat sendiri, lebih bersih dan selamat

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe betul jugak kan. mampat mcm kek :P alhamdulillah berjaya jugak akhirnya.

      Delete
  13. habis laaa tutup kilang roti gardenia mcm ni sbb ramai dah dpt resepi sedap🤭

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebenarnya lagi murah beli roti gardenia hihi.. klu buat sendiri beli tepung roti je dah RM5+, rasanya kos buat sebuku roti tu adalah dalam RM7+, belum masuk letrik nak bakar roti lagi :P

      Delete
  14. Wah, tahniah, tahniah! Salute ler, orang pandai buat roti ni. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih Nur. Ni pun lepas bertahun2 cuba buat asyik gagal je hehe.

      Delete
  15. boleh cuba buat sendiri nanti! tq share resepi

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .