Dalam konteks ni, bukanlah kita dilarang berkawan dengan orang yang tak seagama tapi lebih kepada peribadi dan gaya hidup orang yang nak kita berkawan tu.

Kadang-kadang kawan yang berlainan agama ni lebih prihatin dengan agama dan batas-batas Islam dari kawan seagama. Contohnya kawan aku Jen, dia selalu ingatkan kami untuk pergi solat. Ex-roommate aku di universiti pun selalu bertanya kalau dia tengok aku tak baca Quran (time aku uzur).

Kawan-kawan adalah cerminan diri kita. Seringkali kita mendengar remaja yang terjebak dengan masalah sosial bermula dari pergaulan yang salah. Bila berkawan dengan kawan-kawan kaki ponteng sekolah, maka dia pun terikut-ikut untuk ponteng sekolah. Berkawan dengan bohsia, maka kebarangkalian untuk terjebak dengan maksiat pun agak tinggi. 

Sebagai ibu bapa, kita kena sentiasa pantau social circle anak-anak kita. Aku pantang betul kalau ada kawan-kawan anak-anak aku kaki carut. Aku nasihatkan anak-anak jangan berkawan dengan kaki carut sebab taknak anak-anak terikut-ikut mencarut. Kita sendiri pun tak terkecuali - kalau berkawan dengan makcik bawang, kita pun lama-lama ikut membawang.

Diriwayatkan oleh Abu Musa, Rasulullah SAW bersabda: "Perumpamaan orang yang bersahabat dengan orang soleh dan orang yang bersahabat dengan orang buruk perangai seperti penjual minyak wangi dan tukang kimpal besi. Pasti engkau akan dapat bauan wangi dari penjual minyak wangi samada membeli atau tidak. Sedangkan dari tukang besi kamu akan merasa bahang atau kainmu atau kamu akan mendapatkan bau yang tidak sedap". (HR Bukhari No: 1959)

16 comments:

  1. kawan-kawan ni kita yg pilih. sedikit sebanyak ia pasti akan mempengaruhi hidup / peribadi kita. biar kawan tak ramai asalkan berkualiti daripada kawan ramai, semuanya menghancurkan.

    hadis ni jg sering mengingatkan sy pd arwah jiran. org nya baik. tp kawan sekeliling... Allahu... kadang kesian tgk kat mak ayah dia bla si anak baru keluar 'pintu besi', 2 tiga bulan msk balik. semua tu sbb kwn2 lah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedih kan. mak bapak dah besarkan tatang dgn penuh kasih sayang tapi bila bercampur dgn budak2 nakal boleh terjebak dgn masalah sosial. Smlm saya tgk dokumentasi penjara maximum security di singapore, rata2 banduan yg ditemubual tu datang dari keluarga baik tapi terlibat dgn jenayah sbb berkawan dgn org2 yg salah.

      Delete
  2. good sharing..betul sgt. kawan2 ni..kalau salah pilih & x kuat iman..memang bahaya la kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. MA mesti selalu dgr kes2 mcm ni kat tempat kerja kan. baik manapun didikan keluarga klu dah bergaul dgn kumpulan yg salah rata2 akan terikut2 dgn perangai kawan2.

      Delete
  3. akan cuba berkawan dgn org yg baik2 aje. setakat ni berjaya. Alhamdulillah...

    ReplyDelete
  4. Setuju sangat. Kawan ni biar sikit tapi perangai elok dan membawa kita ke arah kebaikan

    ReplyDelete
    Replies
    1. harap2 kita pun jadi kawan yg baik kepada org2 sekeliling kita.

      Delete
  5. Benar ya.. kmk pn ada bff non masa di u nang berkepit ajaklah kmk 2.. xda juak terjebak sampei pegi clubbing etc.. nya gik pelik nangga sidak sinun (malay) clubbing.. haha.. kmk gia juak suka cek hp anak2 nangga whatsapp grup sidak.. nang x suka miak yg mencarut ya kakar nyumpah2 geram baca.. ya lah takut anak2 terpengaruh nasib juak sidak tok jenis x melayan whatsapp grup geng kelas

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasanya lisan ya mencerminkan hati, dari hati yg baik keluarlah lisan yg baik. alhamdulillah anak2 kmk sik terikut2 kawan2 nok suka mencarut.

      Delete
  6. Teringat beberapa tahun yg lepas..SA hanya kawan dnegan BF SA je..SA x boleh kawan dnegan org lain..x leh whatsaap ngan org lain, kena focus dia je..mana mana pergi dan buat apa kena report...sampai bertahun..even nak balik rumah seremban pun susah..kena keluar dengan dia je...pergi kerja berhantar, balik kerja berjemput..sudahnya hubungan x kemana..rasa bodoh bazir masa ngan dia je..salah pilih kawan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. belum apa2 dah jadi king control. alhamdulillah skrg dah jumpa jodoh yg lebih baik kan SA.

      Delete
  7. Betul tu.. nak berkawan dengan semua orang tak salah, tapi kita set 'dinding' yang mana boleh kita ikut atau tak..

    ReplyDelete
  8. mama setuju.. kawan yg baik boleh bantu kita tarik ke arah kebaikan

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .