Buat Chilli Oil Macam Kat Kedai Dimsum

Sorry la kawan-kawan, kalau masuk blog aku ni memang 90% content akan cerita pasal makanan je. Haihh, lepas tu ada hati nak kurus. Acane tu?

Sebenarnya dah lama nak cuba buat chilli oil ni tapi aku malas nak gunting cili kering buang bijinya. Akhirnya terbengkalai je projek chilli oil ni. Tapi bila aku masak asam pedas baru-baru ni, alang-alang tu aku gunting la sekali cili keringnya untuk buat chilli oil.

Sebenarnya senang je buat chilli oil ni. Bahan-bahannya cuma udang kering, bawang merah, bawang putih, cili kering (kisar kasar) dan minyak masak. Minyak masak ni kena banyak sikit masa menumis bawang-bawang dan udang kering yang dah dikisar halus supaya tak cepat hangus (api kena kecik). Tumis lama sikit sampai buih-buih dah nampak kurang dan bau wangi lepas tu baru masukkan cili kisar. Cili tu tak payah rebus dulu ya. Kisar kering gitu.

Lepas tu letak la perasa (garam, gula) dah siap... Aku sejukkan dulu chilli oil baru simpan dalam botol kaca yang dah dididih. Harap-harap tahan lama la chilli oil tu. Nanti bila buat nasi goreng / bihun goreng / kukus dimsum boleh la makan dengan chilli oil. Pastu murung bila berat tak turun-turun! 😜


chilli oil
Bahan-bahan ringkas buat chilli oil

Boleh tengok langkah-langkah buat chilli oil kat video ni. Selamat mencuba!




Door Gift Kenduri - Dulu vs. Sekarang

doorgift kahwin
Kredit imej: Google

Zaman Dulu:

  1. Door gift kenduri diberi masa kenduri kahwin. Kenduri lain (aqiqah, doa selamat dan tahlil) tiada disediakan doorgift.
  2. Doorgift untuk tetamu berupa telur ayam yang dibungkus dalam kertas berwarna atau tuala kecil, atau gula-gula dalam uncang berwarna-warni.
  3. Nilai doorgift murah dan tak membebankan keluarga pengantin. Tiada siapa yang akan mengata nilai doorgift sebab mana-mana kenduri pun akan dapat telur rebus atau gula-gula.
  4. Tetamu khas contohnya ahli keluarga terdekat yang dijemput menepung tawar pengantin atau orang kerja kahwin dapat doorgift special sikit i.e. bunga telur atau wajik. Pengantin biasanya beri penghargaan untuk orang kerja kahwin dengan hadiah kain untuk buat baju kurung / kain batik dan bawak balik lauk kenduri.

vs.

Zaman sekarang:

  1. Door gift disediakan untuk semua kenduri - pergi majlis Yasin pun kadang-kadang dapat doorgift jugak. 
  2. Doorgift dah bermacam-macam bentuk - lazimnya senaskhah buku Yasin atau amalan doa, barang kaca, sejadah mini, tasbih digital, set sudu garfu, dompet syiling, kuih bahulu dan gula-gula. Ada juga tuan rumah bagi doorgift yang unik - roti bantal, biskut, coklat dengan bungkusan personalized, tudung, macaron, sos, kicap malah beras pun ada. 
  3. Kalau beri doorgift murah ada segelintir tetamu kutuk tuan rumah - susah-payah datang dari jauh cuma dapat doorgift sekian sekian seolah-olah dia datang kenduri tu tidak dijamu makan sedap-sedap. Mungkin dia ingat nilai doorgift tu mesti sama dengan nilai hadiah atau salam kaut yang dia beri kepada pengantin.
  4. Di sesetengah kenduri, nilai doorgift mengikut status tetamu - tetamu kehormat atau berpangkat dapat doorgift yang lebih mewah, tetamu marhaen dapat doorgift yang murah.


Sebenarnya aku tergerak hati menulis pasal doorgift kenduri ni lepas terbaca penulisan seseorang dalam UIA Confessions pagi semalam. Memang la orang kata datang kenduri / rumah orang dengan mata buta dan mulut bisu, maksudnya balik dari kenduri tu kita tak payah la komen lebih-lebih. Tapi ada betul jugak apa yang penulis tu ceritakan tentang budaya pemberian doorgift sekarang. 


1. Pemberian doorgift yang membazir

Kadang-kadang pemberian doorgift tu jadi satu pembaziran. Aku setuju dengan penulis bila dia kata tak perlu bagi buku Yasin kepada tetamu (mungkin ada yang tak setuju dengan aku). Pengalaman aku sendiri bila dapat buku Yasin ni aku simpan dalam almari sampai bertimbun-timbun sebab semua kenduri aku pergi akan bagi hadiah buku Yasin. Nak buang, ada ayat suci Allah. Nak sedekah di masjid / surau, berlonggok dah buku Yasin di sana. Sama jugak dengan hadiah doorgift hiasan kaca atau benda bukan keperluan yang masa buat major housekeeping benda-benda ni akan masuk tong sampah akhirnya. Aku suka doorgift dulu-dulu yang simple macam tuala kecil balut telur rebus, lepas majlis boleh buat sapu tangan untuk lap muka atau kain lap.

Doorgift yang tak membazir ialah makanan sebab tak perlu disimpan. Pernah sekali kiteorang balik dari kenduri terperangkap dalam traffic jam yang lama. Door gift makanan ni la jadi penyelamat dari kebulur dalam traffic jam kat highway.


2. Ikhas dalam memberi

Nak bagi doorgift kena seikhlas hati, jangan sampai membebankan diri-sendiri untuk sediakan doorgift. Tak perlu sampai mintak sponsor saudara-mara. Kalau ada rezeki lebih nak bagi lebih, silakan. Kecil tapak tangan, nyiru hamba tadahkan. Nak bagi macaron, gula-gula kapas, kek lapis, beras sekampit atau semuanya sekali dalam satu beg door gift tu pun boleh. Pokok-pangkalnya, tak membebankan dan ikhlas. Kalau dah bagi doorgift mahal-mahal, jangan la mencebik mulut pulak bila dapat salam kaut yang sikit. Mungkin tetamu tu tengah 'sesak' tapi dia usahakan jugak datang ke kenduri walaupun kena memandu berjam-jam bayar minyak, bayar tol dan sediakan duit salam kaut ikut kemampuan dia. Sebab tu ikhlas tu penting uolls.


3. Elakkan budaya kasta dalam pemberian door gift

Dato' / Tan Sri / Tun dapat doorgift sebakul hamper. Tetamu yang lain dapat doorgift senaskhah buku Yasin dan jajan. Kononnya menghargai kesudian VVIP ni mencemar duli ke majlis dalam kesibukan dieorang selain nak tunjuk majlisnya ada class... Jangan beza-bezakan tetamu. Tetamu ni kita jemput, jadi adab kena jaga. Nabi SAW bersabda, barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat,  hendaklah dia memuliakan tetamunya (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Tapi kalau nak bagi ekstra untuk VVIP / saudara-mara terdekat jugak (mungkin tetamu VVIP atau saudara-mara ni tolong sponsor majlis tuan rumah), bubuh la dalam beg doorgift yang sama supaya tak ketara sangat layanan berbeza tuan rumah kepada tetamu. Tandakan supaya tak terkeliru isi di dalam. Ataupun bagi yang ekstra tu selepas majlis, supaya tetamu yang lain tak terasa hati.


4. Tetamu pun kena jaga adab

So far aku tak pernah jumpa lagi tetamu yang depan-depan tuan rumah kutuk hadiah doorgift yang diterima. Kebanyakan kita ni dapat hadiah doorgift tak kira la mahal ke murah ke asal dapat je dah happy. Aku paling suka dapat telur pindang weyh. Sedapnya, jarang-jarang dapat sekarang, kalau dapat tu kemain lagi dalam kereta lagi aku dah kupas kulit dan makan kihkih. Tapi tak dinafikan ada jugak tetamu bawang rangers sejenis yang dapat doorgift laju je dia bisik kat kawan sebelah tanpa segan-silu depan-depan tuan rumah atau wakil, 'Ini je dia bagi? Minggu lepas aku pergi kenduri Senah bukan main meriah doorgift aku dapat. Kedekut ta** hidung masin betul tuan rumah!'

Tetamu kena ingat adab menziarahi tuan rumah hendaklah dia jangan menyakiti hati tuan rumah. Daripada kutuk tuan rumah, lebih baik doakan rezeki tuan rumah supaya lain kali dijemput lagi, tuan rumah ada rezeki lebih untuk bagi doorgift yang lebih meriah.


Ni pandangan peribadi aku terhadap budaya doorgift dalam masyarakat kita sekarang. Selain tu, aku rasa baik go back to basic macam dulu, doorgift ni bagi masa kenduri kahwin je. Tak la masyarakat kita sampai expect yang semua kenduri kena bagi doorgift. Agak melampau la kenduri tahlil pun kena sediakan doorgift (buku Yasin dengan nama arwah di dalam). 

Apa pulak pendapat korang dalam hal ni?

Bila Kawan-kawan Ajak Makan di Two Sons Bistro...

Sedar tak sedar, dah masuk bulan Mac. Aku baru perasan yang cerita ni masih lagi dalam draft post. Sebelum masuk bulan puasa, ayuh la siapkan kihkih.

Bulan lepas punya cerita, jadi tak basi sangat la kan? Macam biasa bila BFFTJ aku (yang pakai tudung biru tu) turun KL, acara wajib ialah makan-makan sambil dengar dieorang ni bergosip-gosip hal-hal di ofis. Kali ni baru la Nurul dapat hajat dia nak makan di Two Sons Bistro. Lebih meriah sebab 2 orang kawan kiteorang pun last minit dapat join sekali.

Memandangkan janji pukul 6 petang, aku terus gerak ke KLCC lepas ambik anak-anak di sekolah. Sampai je kat KLCC, kiteorang singgah ke surau dulu untuk solat Asar lepas tu baru naik ke tingkat 4 nak ke restoran ni. 


Two Sons Bistro KLCC
Bila makan-makan ni wajib la selfie hantar dalam group geng ofis

Ni la menu yang Nurul mengidam sangat nak makan - butter cream chilli clams (RM30 - small pot) dengan ban mantou goreng. OK la bagi aku, not bad. Sesuai untuk kongsi ramai-ramai:


Two Sons Bistro KLCC
Butter chili clams dengan mantou goreng (mantou ekstra RM8 untuk 4 ketul)

Anak-anak pulak nak makan pizza pepperoni (RM35) dengan chocolate lava cake sekali sebab first time Khayla makan sebelum ni, dia rasa sedap.


Two Sons Bistro KLCC
Chocolate lava cake (harga tak ingat)

Kesudahannya, pizza tu dieorang tak habiskan pun. Mungkin sebab kejunya tak meriah. Khadeeja komen pepperoni tu pedas sikit. Aku makan sekeping, rasanya biasa-biasa je.

Sebenarnya highlight menu kat sini ialah butter cream chilli clam dengan mantou goreng. Selalu kawan-kawan aku order menu ni je dah cukup. Mini mantou bun tu satu pinggan tak cukup. Kena order 2-3 pinggan baru puas hati makan.

Prestasi Google Adsense Bulan Februari 2023


Alhamdulillah bulan ni banyak sikit compare dengan bulan lepas. Aku taknak compare dengan orang lain sebab effort aku dan orang lain tak sama. Cuma bulan ni aku memang rajin pulak menulis dan publish blog posts berbanding bulan lepas. Bulan lepas kan mood blogging aku kelaut 😅

Bila kau seorang homemaker yang jarang-jarang keluar rumah, kadang-kadang mati kutu jugak nak tulis apa. Sebenarnya banyak je benda yang baru dan trending boleh cerita tapi benda tu mesti kena dengan minat baru la passionate sikit nak menulis hihi. 

Apapun, kena jugak rajin update blog sebab tahun ni aku ada target berapa hasil yang aku kena capai dari penulisan blog ni. Insha Allah, based on earnings bulan Januari & Februari ni termasuk advertorial earning, aku jangkakan sasaran ni akan tercapai.

Caiyok2x Carneyz!



 

Nasi Kerabu Mek @ Jalan Palestin Belakang Menara KWSP Jalan Raja Laut

2 minggu lepas teman mak jalan-jalan macam kebiasaan mak setiap pagi. Tapi kali ni kiteorang naik LRT ke Bandaraya sebab aku nak beli nasi kerabu Mek depan ofis lama aku satu masa dulu (kalau korang ingat Menara Tradewinds yang dah dirobohkan tu, dekat situ la ofis lama aku dulu). Aku hampir-hampir lupa kewujudan gerai Mek ni sampai la aku ternampak dekat Tiktok milik abucarimakan. 


Nasi Kerabu Mek @ Jalan Palestin Belakang Menara KWSP Jalan Raja Laut
Gerai yang ada kain rentang kuning tu la gerai mek

Makcik yang jual nasi kerabu ni memang peramah orangnya. Dia siap cakap kalau makan kat gerai boleh tambah lauk percuma. Tapi kiteorang nak bungkus bawak balik sebab Suami Terchenta kerja dari rumah hari tu. Bila aku tengok, eh dah nak habis nasi kerabu. Mujur cukup untuk buat 3 bungkus (satu lagi tu untuk Suami Terchenta sebab anak-anak waktu tu masih ke sekolah).


Nasi Kerabu Mek @ Jalan Palestin Belakang Menara KWSP Jalan Raja Laut
Laku betul nasi kerabu kat sini

Selain dari nasi kerabu, dia ada jugak jual nasi dagang lengkap dengan gulai sekali. Lauk nasi kerabu pun lengkap - ada telur masin, keropok ikan, budu, sambal cili dan pilihan solok lada, daging salai, ayam goreng dan ikan goreng. Aku ambik solok lada dan ayam goreng, mak ambik solok lada dan daging salai dan aku ambik lauk serupa tapi takde solok lada untuk Suami Terchenta. Macam biasa, budu lebih sikit hehe.


Nasi Kerabu Mek @ Jalan Palestin Belakang Menara KWSP Jalan Raja Laut
Banyak daging yang dia letak, tak kedekut lauk

Harga semuanya RM24, kalau tak silap. OK la tu kan. 

So ni la nasi kerabu Suami Terchenta. Sebenarnya portion nasi tu banyak tau. Kiteorang tak dapat habiskan pun. Siap bungkus balik untuk makan tengahari pulak.


Nasi Kerabu Mek @ Jalan Palestin Belakang Menara KWSP Jalan Raja Laut
Nasi kerabu dengan daging salai

Nasi Kerabu Mek @ Jalan Palestin Belakang Menara KWSP Jalan Raja Laut
Nasi kerabu dengan ayam goreng dan solok lada

Peminat nasi kerabu boleh cari gerai makcik ni di belakang Menara KWSP Jalan Raja Laut. Insha Allah puas hati dan berbaloi.

Nasi Kerabu Mek
Jalan Palestin (belakang Menara KWSP Jalan Raja Laut)