doorgift kahwin
Kredit imej: Google

Zaman Dulu:

  1. Door gift kenduri diberi masa kenduri kahwin. Kenduri lain (aqiqah, doa selamat dan tahlil) tiada disediakan doorgift.
  2. Doorgift untuk tetamu berupa telur ayam yang dibungkus dalam kertas berwarna atau tuala kecil, atau gula-gula dalam uncang berwarna-warni.
  3. Nilai doorgift murah dan tak membebankan keluarga pengantin. Tiada siapa yang akan mengata nilai doorgift sebab mana-mana kenduri pun akan dapat telur rebus atau gula-gula.
  4. Tetamu khas contohnya ahli keluarga terdekat yang dijemput menepung tawar pengantin atau orang kerja kahwin dapat doorgift special sikit i.e. bunga telur atau wajik. Pengantin biasanya beri penghargaan untuk orang kerja kahwin dengan hadiah kain untuk buat baju kurung / kain batik dan bawak balik lauk kenduri.

vs.

Zaman sekarang:

  1. Door gift disediakan untuk semua kenduri - pergi majlis Yasin pun kadang-kadang dapat doorgift jugak. 
  2. Doorgift dah bermacam-macam bentuk - lazimnya senaskhah buku Yasin atau amalan doa, barang kaca, sejadah mini, tasbih digital, set sudu garfu, dompet syiling, kuih bahulu dan gula-gula. Ada juga tuan rumah bagi doorgift yang unik - roti bantal, biskut, coklat dengan bungkusan personalized, tudung, macaron, sos, kicap malah beras pun ada. 
  3. Kalau beri doorgift murah ada segelintir tetamu kutuk tuan rumah - susah-payah datang dari jauh cuma dapat doorgift sekian sekian seolah-olah dia datang kenduri tu tidak dijamu makan sedap-sedap. Mungkin dia ingat nilai doorgift tu mesti sama dengan nilai hadiah atau salam kaut yang dia beri kepada pengantin.
  4. Di sesetengah kenduri, nilai doorgift mengikut status tetamu - tetamu kehormat atau berpangkat dapat doorgift yang lebih mewah, tetamu marhaen dapat doorgift yang murah.


Sebenarnya aku tergerak hati menulis pasal doorgift kenduri ni lepas terbaca penulisan seseorang dalam UIA Confessions pagi semalam. Memang la orang kata datang kenduri / rumah orang dengan mata buta dan mulut bisu, maksudnya balik dari kenduri tu kita tak payah la komen lebih-lebih. Tapi ada betul jugak apa yang penulis tu ceritakan tentang budaya pemberian doorgift sekarang. 


1. Pemberian doorgift yang membazir

Kadang-kadang pemberian doorgift tu jadi satu pembaziran. Aku setuju dengan penulis bila dia kata tak perlu bagi buku Yasin kepada tetamu (mungkin ada yang tak setuju dengan aku). Pengalaman aku sendiri bila dapat buku Yasin ni aku simpan dalam almari sampai bertimbun-timbun sebab semua kenduri aku pergi akan bagi hadiah buku Yasin. Nak buang, ada ayat suci Allah. Nak sedekah di masjid / surau, berlonggok dah buku Yasin di sana. Sama jugak dengan hadiah doorgift hiasan kaca atau benda bukan keperluan yang masa buat major housekeeping benda-benda ni akan masuk tong sampah akhirnya. Aku suka doorgift dulu-dulu yang simple macam tuala kecil balut telur rebus, lepas majlis boleh buat sapu tangan untuk lap muka atau kain lap.

Doorgift yang tak membazir ialah makanan sebab tak perlu disimpan. Pernah sekali kiteorang balik dari kenduri terperangkap dalam traffic jam yang lama. Door gift makanan ni la jadi penyelamat dari kebulur dalam traffic jam kat highway.


2. Ikhas dalam memberi

Nak bagi doorgift kena seikhlas hati, jangan sampai membebankan diri-sendiri untuk sediakan doorgift. Tak perlu sampai mintak sponsor saudara-mara. Kalau ada rezeki lebih nak bagi lebih, silakan. Kecil tapak tangan, nyiru hamba tadahkan. Nak bagi macaron, gula-gula kapas, kek lapis, beras sekampit atau semuanya sekali dalam satu beg door gift tu pun boleh. Pokok-pangkalnya, tak membebankan dan ikhlas. Kalau dah bagi doorgift mahal-mahal, jangan la mencebik mulut pulak bila dapat salam kaut yang sikit. Mungkin tetamu tu tengah 'sesak' tapi dia usahakan jugak datang ke kenduri walaupun kena memandu berjam-jam bayar minyak, bayar tol dan sediakan duit salam kaut ikut kemampuan dia. Sebab tu ikhlas tu penting uolls.


3. Elakkan budaya kasta dalam pemberian door gift

Dato' / Tan Sri / Tun dapat doorgift sebakul hamper. Tetamu yang lain dapat doorgift senaskhah buku Yasin dan jajan. Kononnya menghargai kesudian VVIP ni mencemar duli ke majlis dalam kesibukan dieorang selain nak tunjuk majlisnya ada class... Jangan beza-bezakan tetamu. Tetamu ni kita jemput, jadi adab kena jaga. Nabi SAW bersabda, barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat,  hendaklah dia memuliakan tetamunya (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Tapi kalau nak bagi ekstra untuk VVIP / saudara-mara terdekat jugak (mungkin tetamu VVIP atau saudara-mara ni tolong sponsor majlis tuan rumah), bubuh la dalam beg doorgift yang sama supaya tak ketara sangat layanan berbeza tuan rumah kepada tetamu. Tandakan supaya tak terkeliru isi di dalam. Ataupun bagi yang ekstra tu selepas majlis, supaya tetamu yang lain tak terasa hati.


4. Tetamu pun kena jaga adab

So far aku tak pernah jumpa lagi tetamu yang depan-depan tuan rumah kutuk hadiah doorgift yang diterima. Kebanyakan kita ni dapat hadiah doorgift tak kira la mahal ke murah ke asal dapat je dah happy. Aku paling suka dapat telur pindang weyh. Sedapnya, jarang-jarang dapat sekarang, kalau dapat tu kemain lagi dalam kereta lagi aku dah kupas kulit dan makan kihkih. Tapi tak dinafikan ada jugak tetamu bawang rangers sejenis yang dapat doorgift laju je dia bisik kat kawan sebelah tanpa segan-silu depan-depan tuan rumah atau wakil, 'Ini je dia bagi? Minggu lepas aku pergi kenduri Senah bukan main meriah doorgift aku dapat. Kedekut ta** hidung masin betul tuan rumah!'

Tetamu kena ingat adab menziarahi tuan rumah hendaklah dia jangan menyakiti hati tuan rumah. Daripada kutuk tuan rumah, lebih baik doakan rezeki tuan rumah supaya lain kali dijemput lagi, tuan rumah ada rezeki lebih untuk bagi doorgift yang lebih meriah.


Ni pandangan peribadi aku terhadap budaya doorgift dalam masyarakat kita sekarang. Selain tu, aku rasa baik go back to basic macam dulu, doorgift ni bagi masa kenduri kahwin je. Tak la masyarakat kita sampai expect yang semua kenduri kena bagi doorgift. Agak melampau la kenduri tahlil pun kena sediakan doorgift (buku Yasin dengan nama arwah di dalam). 

Apa pulak pendapat korang dalam hal ni?

15 comments:

  1. Kalau boleh kan SA nak kembali semula ke zaman dulu2 dimana takde doorgift specific macam ni...bagi mengelakkan rasa kecik hati kan..zaman dulu2 telur ayam tu di rebus, di bungkus dalam tisu / kotak telur dan beri pada tetamu, x pun bagi bunga telur kan...nostalgia sanagt..tapi tu la..banyak plak bantahan...xde kenangan2 la apa la..entah la..benda ni patutnya tak perlu bebankan pengantin kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju SA. Zaman dulu tak complicated macam skrg. Tapi jujurnya la kan, dah byk kali pergi kenduri sampai tak igt doorgift dari kenduri siapa. Klu hiasan kaca tu lagi la lepas kenduri dah tak pandang, simpan sampai penuh rak lepas tu bye2 semuanya. Tetamu jarang simpan doorgift untuk kenangan. Family mungkin kot. Mungkin order doorgift lain utk family buat kenangan, tetamu bagi doorgift makanan pun ok SA.

      Delete
  2. Sha setuju.. Sha suka lagi kalau doorgift bagi telur, bahulu, kerepek untuk orang dewasa atau coklat untuk budak-budak dari bagi barang macam bekas kaca, atau buku doa/yassin.. Sudahnya Yassin tu disimpan sahaja.. Sayang.. telur tu kalau dapat telur pindang memang mewah dah rasanya sebab susah nak jumpa..

    Satu lagi dengan keadaan kos barang mahal yang makin mahal sekarang ini.. Terbeban juga orang nak menyediakan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dapat telur pindang kat kenduri macam telur emas rasanya. Sbb jarang dapat skrg ni. Klu jumpa coklat dlm goodie bag, dgn mak2 sekali happy hihi.

      Itulah, kos satu doorgift tu kadang2 sampai RM4. Bayangkan jemput 1000 dah belanja RM4000 utk doorgift je. Itu yg sampai ada yg mintak tolong saudara-mara support beli barang doorgift.

      Delete
  3. Lama tak jumpa telur rebus dah sekarang ni kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu Uncle, apa lagi nak jumpa telur pindang huhu

      Delete
  4. Mmg dlu2 rata2 dpt telur kn .tp sekarang mcm2 door gift..tp tetamu pun kena jg ada..tuan umh bg door gift, jgn mengata plak mcm2 kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu2 simple je door gift, pergi kenduri mana2 dapat telur. Takde peluang makcik bawang nak mengata doorgift sapa yang paling kemut.

      Tapi doorgift telur rebus mmg legend kan. Kalau pergi kenduri ramai2 balik rumah telur rebus tu kumpul buat sambal telur hehe.

      Delete
  5. Agaknya itulah salah satu sebab sekarang permintaan duit hantaran yang semakin tinggi, salah satunya hendak sediakan doorgift yang tidak sedikit belanjanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin jugak ya Kak Amie. Bayangkan majlis buat dua2 belah pengantin, belanja doorgift pun berganda dua jugak. Itu yg sampai kena buat pinjaman peribadi untuk tanggung kos majlis.

      Delete
  6. niat baik tuan rumah utk dpt pahala berterusan kpd arwah dgn bg buku Yasin yg ada nama arwah...tapi bila dah terlampau byk, kita pun tk sempat nak baca semua...samalah suka doorgift makanan...telur dah mahal..beli jajan lg jimat kos...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, buku2 Yasin tu cuma disimpan dalam almari selain ada yg disedekahkan ke masjid / surau.

      Lagipun Baginda SAW dalam sabdanya: "Jika matinya anak Adam maka akan terputus semua amalannya kecuali tiga perkara iaitu, sedekah jariah yang pernah dilakukan ketika hayatnya, ilmu yang dimanfaatkan atau anak-anak soleh yang mendoakannya". Wallahualam.

      Delete
  7. sy x baca yg confession psl door gift tu. tp drpd komen2 yg dibaca... ada yg setuju ada yg tak. pd sy selagi tuan rumah nk beri kita terimalah dgn hati yg terbuka. mrk yg keluarkan belanja. andai kita yg jd tuan rumah pula, pasti jg akan ada yg mengata. so yg mana baik kita ikut. yg x elok tu kita slowly jauhkan... just my ✌️ cent😀

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe, masing2 punya pendapat tersendiri pasal door gift sbb skrg ni dah jadi macam satu kewajipan pulak sediakan doorgift bila buat kenduri tak kisah la kenduri kahwin atau kenduri tahlil.

      Delete
  8. Thanks for posting such an amazing article. You can also check out some of the best craft kit over here to make such amazing gift wraps or your can gift someone who loves to do arts and crafts.

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .