Buat Karipap Sardin Untuk Berbuka Puasa

Semalam tetiba terasa nak makan karipap sardin. Nak beli di pasar Ramadhan takut dapat karipap oksigen pulak, jadi aku cuba buat sendiri. #siscuba 

Part membuat kulit karipap dan masak inti sardin tu OK lagi, tapi part mengelim karipap tu aku serahkan dekat Khayla sebab hasil kelimannya lebih kemas dan cantik daripada aku buat. 😂


karipap sardin
Khayla kena kerah mengelim karipap lepas balik dari sekolah

Jadi kiteorang pun bahagikan tugas - Khadeeja meleperkan doh, aku meletak inti, Khayla mengelim karipap dan Suami Terchenta menggoreng karipap. #apayangpentingkerjasama


karipap sardin
Masing-masing bekerjasama buat karipap

Inilah hasil kerjasama anak-beranak, alhamdulillah menjadi:


karipap sardin
Alhamdulillah cantik kejadiannya

karipap sardin
Tercapai hasrat makan karipap inti sardin

Inti karipap aku guna sambal sardin yang kering.

Resipi buat kulit karipap aku rujuk kat sini.

i-Sayang you 2%...

Sumber imej: KWSP

Psst... korang tau tak pasal i-Sayang? i-Sayang yang telah dilancarkan oleh KWSP ni merupakan pemindahan sukarela sebanyak 2% caruman KWSP daripada akaun suami kepada akaun isteri.

Buat pengetahuan korang, i-Sayang ni baru je lagi dilancarkan pertengahan bulan ni. Masa nilah para isteri boleh tuntut 'kasih sayang' para suami masing-masing 😄.

2% mungkin tak banyak bagi sesetengah orang, tapi bagi para isteri yang memilih jadi 'stay-at-home partner', inisiatif ni sesuatu yang amat dialu-alukan. Bukan apa, kita isteri yang sekarang bergelar pengurus rumahtangga ni pun nak pastikan kestabilan ekonomi pada hari tua kelak. 

Bila dapat tau je KWSP dah lancarkan i-Sayang ni, aku pun apa lagi terus bagitau Suami Terchenta hehe. Alhamdulillah ternyata dia memang cinta sejati aku, tanpa banyak soal terus daftar i-Sayang dan dapatkan kelulusan 😆 🥰.

Syarat-syarat kelayakan untuk pemberi (suami) dan penerima (isteri) ialah mestilah seorang ahli KWSP, berumur kurang dari 75 tahun dan perkahwinan didaftarkan bawah undang-udang Malaysia. So yang kahwin lari di negara sempadan dan tak daftar perkahwinan tu, sorry. Anda tak memenuhi syarat kelayakan. 

Untuk mendaftar i-Sayang, suami cuma perlu mendaftar masuk ke dalam i-Akaun (ahli) atau pergi ke pejabat KWSP yang terdekat berserta dengan Borang Permohonan Pendaftaran i-Sayang - KWSP 16G (SY) yang telah lengkap diisi. 

Selepas pendaftaran diluluskan, KWSP akan membuat potongan untuk gaji bulan depan dan  masukkan ke akaun 1 KWSP isteri. Berita baik buat para isteri,  caruman ni TAK BOLEH ditarik balik atau dibatalkan melainkan berlaku perceraian atau kematian isteri ✌🏻.

Untuk keterangan lanjut, boleh pergi ke laman web KWSP.

Koleksi Menu Berbuka Puasa 5 & 6 Ramadhan

Sebelum makcik call hari Isnin lepas, aku sebenarnya dah siap memasak lauk untuk berbuka puasa petang tu.

Lauk-lauk yang ringkas jadi pilihan - ikan goreng untuk anak-anak dan sambal sardin untuk aku dan Suami Terchenta. Dipadankan pulak dengan sayur labu air masak lemak. Lauk tambahan ialah bubur pedas pemberian makcik.



Untuk hari ke-6 pulak, aku keletihan sebab brisk walking pagi tu jadi aku tertidur lepas Asar. Mujur Suami Terchenta bekerja dari rumah, jadi dia yang tolong ambik Khayla pulang dari sekolah. Sedar-sedar Suami Terchenta gerak aku dan tanya nak masak atau beli di bazaar. Since aku dah defrost ayam tengahari tu, walaupun mamai lagi aku jawab nak masak je la. Masih trauma sebab Suami Terchenta sakit perut lepas makan makanan beli di bazaar Ramadhan 😑.


Menu berbuka puasa
Tomyam campur, enoki goreng tepung, epal, sirap ais

Hari ke-6 berbuka puasa menu yang lebih ringkas - tomyam ayam, buah epal dan cendawan enoki goreng tepung. Aku tak goreng sayur sebab dah letak banyak sayur campur dalam tomyam ayam - kacang buncis, cauliflower, carrot, jagung muda, cendawan tiram dan tomato. Kiranya lauk all-in-one ler tu...

Pagi tadi sahur tomyam ayam dan aku goreng telur dadar jugak. Alhamdulillah, janji kenyang dan beri tenaga untuk hari ni.

Petang ni tengah cari idea nak masak sayur apa untuk padankan dengan sayap ayam goreng. Mungkin aku tumis corned beef jugak sebab sayap ayam tu ada 4 ketul je confirm tak cukup hihi. Tunggu hujung minggu ni pergi ke Pasar Chow Kit cari bahan-bahan basah lagi Insya Allah.

Wordless Wednesday - Louis pun nak join sahur

Louis the chonky cat
Buat muka kesian mintak nasi jugak

Louis ni pantang tau bila tengok kiteorang berkumpul kat meja makan. Dia pun nak menyibuk sekali ambik tempat duduk menunggu dihidang makanan! 😂

Padahal pukul 8 pagi dia dah bukak puasa. Lepas makan macam biasa terkuak lentang kat mana-mana. Sejak bulan puasa ni makin gebu pulak aku tengok si Louis ni, dengan perut macam ada tembikai kecik sumbat sebijik dalam perut. Geli hati la tengok perangai awak ni Louis!

Hari ke-5 - Rezeki berbuka puasa dengan bubur pedas

Asyik citer pasal makanan je kan? Hehe. OK la sebelum masuk topik makanan, aku divert jap topik podcast yang aku dengar pagi tadi sambil briskwalking di Taman Tasik Titiwangsa. Panas lit-lit matahari pagi pun tak mengganggu fokus aku mendengar penyampaian yang sangat menarik oleh Ustaz Azlan Shah Nabees Khan dalam siri audio Wahai Tuhan melalui channel HijrahEd. 


apple podcast Islamic content
Apple Podcast

Siri Wahai Tuhan ni  mengupas nama-nama dan sifat-sifat Allah, Asma'ul Husna. Dalam episod "Al-Sami', Al-Basir", Ustaz menyebut Allah Maha Mendengar segala doa dan harapan hamba-Nya walaupun cuma terlintas dalam hati. Jadi apapun perkara (yang baik) yang kita minta, kita kena minta dengan Allah SWT sebab Allah Maha Mendengar.

Terus aku teringat, masa aku baca blog Sunah Sakura beberapa hari lepas dan Ciksun cerita pasal maknya buat bubur pedas untuk berbuka puasa, terus aku rasa rindu dengan kesedapan bubur pedas. Kalau kat sini bubur lambuk yang popular masa bulan puasa, kat Sarawak pulak yang popular ialah bubur pedas. Bubur pedas ni dibuat menggunakan bumbu bubur pedas, jadi susah nak cari kat sini melainkan ada orang kirimkan bumbu bubur pedas tu ke sini.

Masa aku baca blog Ciksun, terlintas dalam hati aku, 'Ya Allah, sedapnya bubur pedas. Kalaulah boleh buka puasa dengan bubur pedas.' Lepas tu aku terus terlupa pasal bubur pedas sepanjang hari tu 😅.

Semalam makcik aku missed call. Kebetulan makcik aku datang dari Sarawak melawat adik sepupu aku yang duduk area Sentul ni jugak. Katanya ada nak bagi makanan untuk berbuka puasa.

Masya Allah, rupa-rupanya makcik aku buat bubur pedas! 


bubur pedas sarawak
Bubur pedas Sarawak dan kurma pemberian makcik

Padahal aku bercakap dalam hati je, tak bagitau siapa-siapa pun yang aku teringin makan bubur pedas. Tiba-tiba Allah makbulkan keinginan aku melalui makcik aku.


bubur pedas sarawak
Sedapnya bubur pedas yang makcik aku buat

Makcik aku ni memang pandai memasak, siap bukak restoran makanan laut kat Mukah. Kalau pergi rumah dia, memang dia jamu masakan yang sedap-sedap. Ni first time dia jamu bubur pedas, teramat la heaven rasanya!


bubur pedas sarawak
Alhamdulillah, tercapai hasrat nak makan bubur pedas Sarawak

Itulah kisahnya rezeki bubur pedas yang aku relate dengan podcast pagi tadi. Memang best ceramah Ustaz Azlan Shah ni, sampai habis satu siri tu aku dengar sedar-sedar dah capai 10,000 langkah pagi tadi 🤭.