Semalam tetiba terasa nak makan karipap sardin. Nak beli di pasar Ramadhan takut dapat karipap oksigen pulak, jadi aku cuba buat sendiri. #siscuba 

Part membuat kulit karipap dan masak inti sardin tu OK lagi, tapi part mengelim karipap tu aku serahkan dekat Khayla sebab hasil kelimannya lebih kemas dan cantik daripada aku buat. πŸ˜‚


karipap sardin
Khayla kena kerah mengelim karipap lepas balik dari sekolah

Jadi kiteorang pun bahagikan tugas - Khadeeja meleperkan doh, aku meletak inti, Khayla mengelim karipap dan Suami Terchenta menggoreng karipap. #apayangpentingkerjasama


karipap sardin
Masing-masing bekerjasama buat karipap

Inilah hasil kerjasama anak-beranak, alhamdulillah menjadi:


karipap sardin
Alhamdulillah cantik kejadiannya

karipap sardin
Tercapai hasrat makan karipap inti sardin

Inti karipap aku guna sambal sardin yang kering.

Resipi buat kulit karipap aku rujuk kat sini.

17 comments:

  1. Puas hati dapat makan hasil kerjasama anak-beranak.
    Pandai Khayla mengelim karipap ye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, puas hati dan lebih jimat.
      Aah, kemas je keliman karipap yg Khayla buat πŸ˜„

      Delete
  2. ooo patut laa sy ad terbau bau sedap ms lalu smlm... ada org tgg goreng karipap sardin rupanya🀭

    ReplyDelete
  3. Sedapnya, karipap sardin! Satu family bekerjasama, lagi bertambah sedap.

    ReplyDelete
  4. pandainya Khayla acik pun main hentam je xkemas mcm Khayla buat...
    dapat inti oksigen ok lagi Carneyz risau dapat inti yang dah basi mula la panas hati nnt

    ReplyDelete
    Replies
    1. pagi tadi lepas subuh ada tgk IG story sorang influencer komedi ni buat lawak pasal peniaga yang jual karipap oksigen. Kononnya karipap ni ada kegunaan sebagai hairdryer. Geli hati saya tengok hehe.

      Delete
  5. buat sendiri puas hati. kalau tak dapat oksigen aje. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe, itulah kesian peniaga2 yang jual karipap dgn jujur sbb mesti ramai yg mengelak beli karipap gara2 takut dapat karipap oksigen. Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.

      Delete
  6. Aduhaiii...karipap sardin plak...benda yang SA x pandai nak buat ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. SA dah try buat ke? Senang sangat SA. Tapi part mengelim tu serahkan kepada anak dara si Khayla sbb klu saya buat huduh sbb jari gemuk kan hihi

      Delete
  7. Apa yang penting?? Kerjasama.. Yeah!! Cantik kejadian karipapnya.. Best owh inti sardin nie..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kartun apa tu ye, femes ayat tu hehe. Alhamdulillah puas hati makan karipap buat sendiri.

      Delete
  8. Kacak kejadiannya. Puas hati dikpun molah. Dedat Jak intinya nak owh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aok, polah dikpun boleh engkah inti byk2 janji dapat dikelim kulitnya hihi

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .