Menu Berbuka Puasa 8 Ramadhan

7 Ramadhan aku masak corned beef goreng, sayur kobis dan telur mata. Sedap tau corned beef goreng makan dengan telur mata goyang. Sampai terlupa nak ambik gambar. Untuk sahur aku goreng kepak ayam. Dah cukup.

Seterusnya 8 Ramadhan aku buat kari ayam. Sayur kobis semalam tak habis lagi jadi aku keluarkan dan panaskan untuk makan dengan kari ayam. 

Malam sebelumnya Khadeeja request sagu gula melaka. Nak didih sagu tu ambik masa betul sebab kena kacau-kacau selalu. Pernah sekali aku tinggal camtu je sagu mendidih, 20 minit kemudian aku tengok semua sagu dah cair! Tapi aku tunaikan jugak permintaan Khadeeja sebab dia suka sangat sagu gula melaka ni. Petang tu kiteorang sekeluarga bekerjasama buat karipap sardin.

Last sekali, Khayla bawak dari sekolah bawak bubur lambuk. Katanya cikgu edarkan kepada semua pelajar hari ni. Alhamdulillah, terima kasih kepada pemberi.



Buat kerja gila berbasikal ke Taman Tasik Titiwangsa

Sebelum aku terpengsan petang nanti, baik aku update siap-siap aktiviti pagi ni. Kiteorang buat kerja gila berbasikal ke Taman Tasik Titiwangsa! 😅

Sebenarnya berlaku salah faham sikit dengan Suami Terchenta. Plan aku sebenarnya nak angkut basikal dalam kereta Exora lepas tu drive ke Taman Tasik Titiwangsa. Tapi Suami Terchenta ingatkan nak berbasikal terus ke Taman Tasik. Ah sudah. Nak tak nak terpaksa la ikutkan Suami Terchenta hehe.

Jarak ke Taman Tasik Titiwangsa tu takde la jauh sangat cuma yang mencabarnya nak menyeberang jalan raya yang sibuk. Pagi tu sebab gerak awal pukul 7.30, trafik ok lagi tapi masa nak balik tu rasanya dekat 20 minit jugak la kiteorang tunggu jalan clear sikit baru dapat menyeberang jalan besar.

Itulah cabarannya di negara tercinta ni, tak mesra basikal dan pejalan kaki. Sebab tu la Malaysia dinobatkan negara ketiga tertinggi di dunia malas berjalan kaki. 🫣 Kita bukan malas tapi infrastruktur nak berjalan / berbasikal tu nan hado...


berbasikal ke Taman Tasik Titiwangsa
Dah sampai...

berbasikal ke Taman Tasik Titiwangsa
Ambik gambar sebagai bukti hihi...

Dah sampai di Tasik Titiwangsa, kiteorang pusing satu round je lepas tu Khayla complain penat. Mengenangkan perjalanan pulang lagi, kiteorang follow je. Oh ya, Khadeeja tak ikut sebab lepas sahur dia terus masuk tidur balik.

On the way balik, kiteorang ikut jalan pintas yang tembus di sebelah sekolah Khayla. Dekat sikit. Patutnya awal-awal lagi ikut jalan pintas huhu.

Petang ni nak masak apa ye? Masalah ibu-ibu betul. Tapi sebelum tu, aku nak lelap sekejap la. Penat jugak mengayuh basikal 6km 😮‍💨.

Buat Karipap Sardin Untuk Berbuka Puasa

Semalam tetiba terasa nak makan karipap sardin. Nak beli di pasar Ramadhan takut dapat karipap oksigen pulak, jadi aku cuba buat sendiri. #siscuba 

Part membuat kulit karipap dan masak inti sardin tu OK lagi, tapi part mengelim karipap tu aku serahkan dekat Khayla sebab hasil kelimannya lebih kemas dan cantik daripada aku buat. 😂


karipap sardin
Khayla kena kerah mengelim karipap lepas balik dari sekolah

Jadi kiteorang pun bahagikan tugas - Khadeeja meleperkan doh, aku meletak inti, Khayla mengelim karipap dan Suami Terchenta menggoreng karipap. #apayangpentingkerjasama


karipap sardin
Masing-masing bekerjasama buat karipap

Inilah hasil kerjasama anak-beranak, alhamdulillah menjadi:


karipap sardin
Alhamdulillah cantik kejadiannya

karipap sardin
Tercapai hasrat makan karipap inti sardin

Inti karipap aku guna sambal sardin yang kering.

Resipi buat kulit karipap aku rujuk kat sini.

i-Sayang you 2%...

Sumber imej: KWSP

Psst... korang tau tak pasal i-Sayang? i-Sayang yang telah dilancarkan oleh KWSP ni merupakan pemindahan sukarela sebanyak 2% caruman KWSP daripada akaun suami kepada akaun isteri.

Buat pengetahuan korang, i-Sayang ni baru je lagi dilancarkan pertengahan bulan ni. Masa nilah para isteri boleh tuntut 'kasih sayang' para suami masing-masing 😄.

2% mungkin tak banyak bagi sesetengah orang, tapi bagi para isteri yang memilih jadi 'stay-at-home partner', inisiatif ni sesuatu yang amat dialu-alukan. Bukan apa, kita isteri yang sekarang bergelar pengurus rumahtangga ni pun nak pastikan kestabilan ekonomi pada hari tua kelak. 

Bila dapat tau je KWSP dah lancarkan i-Sayang ni, aku pun apa lagi terus bagitau Suami Terchenta hehe. Alhamdulillah ternyata dia memang cinta sejati aku, tanpa banyak soal terus daftar i-Sayang dan dapatkan kelulusan 😆 🥰.

Syarat-syarat kelayakan untuk pemberi (suami) dan penerima (isteri) ialah mestilah seorang ahli KWSP, berumur kurang dari 75 tahun dan perkahwinan didaftarkan bawah undang-udang Malaysia. So yang kahwin lari di negara sempadan dan tak daftar perkahwinan tu, sorry. Anda tak memenuhi syarat kelayakan. 

Untuk mendaftar i-Sayang, suami cuma perlu mendaftar masuk ke dalam i-Akaun (ahli) atau pergi ke pejabat KWSP yang terdekat berserta dengan Borang Permohonan Pendaftaran i-Sayang - KWSP 16G (SY) yang telah lengkap diisi. 

Selepas pendaftaran diluluskan, KWSP akan membuat potongan untuk gaji bulan depan dan  masukkan ke akaun 1 KWSP isteri. Berita baik buat para isteri,  caruman ni TAK BOLEH ditarik balik atau dibatalkan melainkan berlaku perceraian atau kematian isteri ✌🏻.

Untuk keterangan lanjut, boleh pergi ke laman web KWSP.

Koleksi Menu Berbuka Puasa 5 & 6 Ramadhan

Sebelum makcik call hari Isnin lepas, aku sebenarnya dah siap memasak lauk untuk berbuka puasa petang tu.

Lauk-lauk yang ringkas jadi pilihan - ikan goreng untuk anak-anak dan sambal sardin untuk aku dan Suami Terchenta. Dipadankan pulak dengan sayur labu air masak lemak. Lauk tambahan ialah bubur pedas pemberian makcik.



Untuk hari ke-6 pulak, aku keletihan sebab brisk walking pagi tu jadi aku tertidur lepas Asar. Mujur Suami Terchenta bekerja dari rumah, jadi dia yang tolong ambik Khayla pulang dari sekolah. Sedar-sedar Suami Terchenta gerak aku dan tanya nak masak atau beli di bazaar. Since aku dah defrost ayam tengahari tu, walaupun mamai lagi aku jawab nak masak je la. Masih trauma sebab Suami Terchenta sakit perut lepas makan makanan beli di bazaar Ramadhan 😑.


Menu berbuka puasa
Tomyam campur, enoki goreng tepung, epal, sirap ais

Hari ke-6 berbuka puasa menu yang lebih ringkas - tomyam ayam, buah epal dan cendawan enoki goreng tepung. Aku tak goreng sayur sebab dah letak banyak sayur campur dalam tomyam ayam - kacang buncis, cauliflower, carrot, jagung muda, cendawan tiram dan tomato. Kiranya lauk all-in-one ler tu...

Pagi tadi sahur tomyam ayam dan aku goreng telur dadar jugak. Alhamdulillah, janji kenyang dan beri tenaga untuk hari ni.

Petang ni tengah cari idea nak masak sayur apa untuk padankan dengan sayap ayam goreng. Mungkin aku tumis corned beef jugak sebab sayap ayam tu ada 4 ketul je confirm tak cukup hihi. Tunggu hujung minggu ni pergi ke Pasar Chow Kit cari bahan-bahan basah lagi Insya Allah.