• Home
  • About
    • About Me
    • Sitemap
  • Travel
    • Malaysia
    • International
    • Travel Stories
  • Hotels
    • Hotel Reviews
    • Marriott Bonvoy
  • Dining
    • Bazaar
    • Food
    • Cafe & Bakery
    • Restaurant & Outlet
    • Recipes
  • Lifestyle
    • Beauty & Fashion
    • Blog
    • Camping
    • Entertainment
    • Family Activities
    • Home
    • Parenting
    • Tips & Info
  • Review
    • Products
    • Services
    • Places
  • Disclaimer
Enter your keywords
Coffee Break With Me

Hotel & Travel Reviews and Many More.

Thursday, October 05, 2023

Braised Shiitake Mushroom Chicken Yang Mudah dan Sedap

Braised shiitake mushroom chicken yang sedap dan mudah disediakan

 
Siapa suka sangat makan claypot rice, angkat tangan! 🙋🏻‍♀️

Tapi hari ni sebenarnya aku tak kongsi resipi claypot chicken rice tapi resipi braised shiitake mushroom chicken yang aku nampak kat IG reel. Resipi ni dikongsi oleh Kelly Cooks dan since aku tertarik dengan bahan-bahannya yang ringkas, aku pun cuba buat jugak. Resipi ni sebenarnya boleh digunakan jugak untuk buat claypot chicken rice. Masa zaman aku belajar di universiti dulu, aku pernah bekerja sambilan di gerai menjual masakan claypot dekat food court Jusco (sekarang AEON) Taman Universiti untuk menampung perbelanjaan hidup masa tu. Sebab tu bila aku cuba resipi ni rasanya mengingatkan aku dengan chicken rice claypot tu. Hujung ni aku kongsi cara nak jadikan hidangan ni sebagai claypot chicken rice.


braised shiitake mushroom chicken
Bahan-bahan asasnya cuma halia, bawang merah, ayam yang dipotong kecik dan cendawan shiitake

braised shiitake mushroom chicken
Lepas potong dan basuh ayam, perap dengan sos tiram, kicap cair, kicap pekat, minyak bijan, tepung jagung, sedikit air dan garam (aku tak letak garam sebab sos tiram dan kicap-kicap tu pun dah masin) sekurang-kurangnya setengah jam

sayur kobis tumis
Dah siap, makan dengan sayur kobis tumis

Braised Shiitake Mushroom Chicken

Bahan-bahan tumis:
  • 1 inci halia diricih (julienne cut)
  • 3-4 ulas bawang merah dihiris bulat
  • Sedikit minyak untuk menumis
Bahan perapan ayam:
  • 500gram ayam yang dipotong kecil
  • 6 keping cendawan shiitake (kalau guna yang kering, rendamkan dulu dalam air sampai lembut, kemudian potong 4)
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar kicap cair
  • 1 sudu besar kicap pekat
  • 1 sudu besar minyak bijan
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • 1/2 cawan air
  • 1/2 sudu teh garam
Cara-cara:
  1. Gaul rata semua bahan perapan dalam satu mangkuk besar dan perap selama 1/2 jam.
  2. Menggunakan periuk berpenutup, panaskan sedikit minyak dan tumis bawang merah dan halia sehingga wangi dan kelihatan garing.
  3. Masukkan bahan perapan ayam dan gaul rata dengan bahan tumisan. Biarkan ianya mendidih sekejap.
  4. Tutup periuk dengan penutupnya dan renehkan dengan api kecil selama 20 minit.
  5. Hias dengan taburan hirisan daun bawang. Sedia untuk dihidang.

Untuk buat claypot chicken rice pulak, masak nasi dalam periuk tanah liat sampai air kering, lepas tu gunakan senduk untuk tuang ayam, cendawan shiitake dengan kuahnya sekali ke atas nasi dan biarkan sampai nasi masak. Confirm rasanya sama dengan claypot chicken rice kat food court 🤌🏻.

Read more »
on Thursday, October 05, 2023 20
Share this!
Tags
Food, Recipes
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Thursday, October 05, 2023

Pergi Hospital Nak Buat MRI Tapi...

Semalam Suami Terchenta dah dapat slot untuk buat MRI di hospital. Jadi petang tu aku temankan dia pergi ke hospital. Lepas urusan GL dan ambik slip dari klinik, kiteorang kena turun ke tingkat 1 bahagian Diagnostic Imaging.


Diagnostic Imaging
Sabtu lepas pergi sini buat x-ray kali ni kena buat MRI pulak
 

Lepas serahkan slip dari klinik di kaunter, kiteorang tunggu pulak untuk nama dipanggil. Dalam 5 minit macam tu, staff di bahagian MRI pun panggil nama Suami Terchenta. Cuma pesakit je dibenarkan masuk ke bilik MRI untuk mengelakkan terkena bahaya radiasi.


MRI
Cuma pesakit dan juruteknik mesin MRI je boleh masuk ke sini

Tak lama lepas Suami Terchenta masuk, dia muncul balik. Aku pun pelik kenapa sekejap sangat, sebab dulu masa mak kena buat MRI lama jugak prosedur tu, lebih kurang setengah jam baru selesai.

Rupa-rupannya bila dia bagitau staff tu yang dia ada injap mekanikal dekat jantung, staff tu bagitau tak boleh buat MRI pulak. Kiteorang pelik kenapa doktor tak bagitau pun minggu lepas masa Suami Terchenta cerita kat doktor tu. Husnuzon je la, doktor tu ramai sangat pesakit sampai dia terlupa kot.

Lepas ni kena ikhtiar cara lain. Semalam dah buat temujanji dengan kiropraktor untuk sesi petang Sabtu ni. Mungkin kalau tak membantu  jugak, sambung balik buat fisio. Biasalah dah umur 40an ni, macam-macam dugaan penyakit tapi Insha Allah, yakin dan percaya yang ujian yang Allah bagi ni sesuai dengan kemampuan kita. Betul tak kawan-kawan? 😊 

Read more »
on Thursday, October 05, 2023 22
Share this!
Tags
Family, Journal
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Wednesday, October 04, 2023

Pelitup Muka Yang Sesuai Untuk Melindungi Diri Dari Bahaya Jerebu

Setakat 2 Oktober, 16 kawasan di Semenanjung merekodkan bacaan indeks pencemaran udara (IPU) kategori tidak sihat iaitu melebihi 101 hingga 200 dengan kawasan paling teruk terjejas ialah Nilai dengan bacaan IPU sebanyak 162.

 
Bacaan IPU tertinggi di Malaysia

Kerajaan sedang mempertimbangkan cadangan penutupan sekolah di kawasan-kawasan yang paling teruk terjejas sekiranya keadaan jerebu semakin membimbangkan. Orang ramai dinasihatkan agar mengurangkan aktiviti di luar rumah dan kawasan terbuka seperti beriadah di taman-taman, basuh muka dan tangan selepas berada di luar rumah, banyakkan minum air, tidak merokok dan pakai pelitup muka bila keluar rumah.

Even di sekolah Khayla pun, pihak sekolah dah suruh semua pelajar untuk pakai pelitup muka bila turun ke sekolah walaupun kawasan kiteorang ni tak termasuk dalam senarai IPU tertinggi di Malaysia.


jerebu Malaysia
Gambar diambil dari tingkat aku menunjukkan keadaan jerebu semakin menjejaskan pemandangan bangunan KLCC manakala bangunan KL Tower dan Menara Merdeka 118 tu pun dah tak kelihatan


Apakah kemungkinan kesan jerebu ke atas kesihatan?

Kesan jerebu ke atas kesihatan dikaitkan dengan tahap keterukan status kualiti udara. Semakin tinggi tahap IPU, semakin bertambah kesannya kepada kesihatan.

Faktor-faktor lain seperti jangka masa dan intensiti aktiviti luar, tabiat merokok, umur, dan status kesihatan seseorang individu memainkan peranan penting dalam memberi kesan kepada kesihatan.

Kemungkinan kesan kesihatan termasuk;

  • Kesukaran untuk bernafas
  • Serangan jantung
  • Gatal–gatal pada tekak
  • Gatal–gatal pada mata
  • Jangkitan pada bahagian atas saluran pernafasan
  • Gatal–gatal pada kulit

Kumpulan yang lebih berisiko terhadap kesan jerebu ialah golongan kanak-kanak, warga emas, mempunyai masalah sistem paru-paru (asma, bronkitis, radang pernafasan), pesakit jantung dan alahan dan perokok.

Untuk mengelakkan dari kesan jerebu ke atas kesihatan, kita digalakkan untuk memakai pelitup muka bila keluar rumah. Tapi adakah pemakaian pelitup muka yang kita pakai semasa zaman Covid-19 sesuai dipakai untuk melindungi diri dari bahaya jerebu?

Jenis-jenis pelitup muka dan fungsinya

1. Surgical Mask / Topeng Pembedahan


pelitup muka Covid
Image by pikisuperstar on Freepik

Pelitup muka ni satu masa dulu pernah popular sampai kehabisan stok dan ada yang sanggup basuh untuk pakai semula di tengah-tengah kegawatan pandemik Covid-19. 

Pelitup muka jenis ini bertujuan untuk menangkap cecair badan pemakainya sendiri, seperti air liur dan lelehan hidung, dan menghalang sebarang titisan cecair berjangkit daripada merebak kepada orang lain. 

Ia tidak direka untuk melindungi anda daripada menyedut bakteria, virus dan zarah halus di udara.

Pelitup muka jenis ini tidak dapat memberikan perlindungan yang mencukupi terhadap zarah halus yang terdapat dalam asap dan jerebu.


2. Respirator / Topeng Muka


N95 mask
Sumber imej: Google

Respirator, juga dikenali sebagai respirator zarah, ialah peranti yang direka untuk melindungi pemakai daripada menyedut habuk, asap, wap atau gas yang berbahaya.

Nombor pada respirator menunjukkan peratusan minimum zarah bawaan udara yang dapat ditapis oleh respirator. Contohnya, topeng muka N95 boleh menapis sekurang-kurangnya 95% zarah habuk, asap, wap atau gas berbahaya.

Respirator mempunyai dua tali melingkari kepala, satu di atas telinga dan satu di bawah. Adalah penting untuk memakai topeng dengan ketat pada hidung dan di bawah dagu untuk mengelakkan zarah daripada meresap melalui sebarang celah yang longgar.

Apabila digunakan dengan betul, respirator boleh melindungi pemakai daripada asap dan jerebu. Respirator / topeng muka yang paling sesuai digunakan ialah N95 kerana ia boleh menapis bahan zarah berukuran 0.3 mikrometer, lebih kecil dari zarah dari jerebu berukuran 0.25 mikrometer.

Jadi untuk korang yang ada masalah pernafasan, pilihlah topeng muka N95 untuk dipakai bila keluar rumah, sebab pelitup muka yang biasa tu tak membantu untuk menapis asap jerebu dari masuk ke dalam paru-paru. Tapi yang terbaik ialah kurangkan aktiviti di luar rumah dan bagi mereka yang duduk di pangsapuri atau kondo pada aras tinggi tu, pastikan tingkap dan pintu rumah sentiasa ditutup. Lebih elok kalau ada pembersih udara di rumah yang boleh menapis 99.97% zarah di udara. 

Boleh nampak pembersih udara ni bekerja bila aku bukak tingkap rumah, tak lama lepas tu keluar indikator berwarna merah / kuning menunjukkan kualiti udara yang kotor masuk ke dalam rumah. Lepas tutup tingkap dan pintu, beberapa minit lepas tu indikator bertukar jadi hijau / biru menunjukkan pembersih udara tu dah tapis udara dalam rumah jadi bersih balik.

Read more »
on Wednesday, October 04, 2023 14
Share this!
Tags
Tips & Info
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Wednesday, October 04, 2023

Wordy Wednesday - Nasi Lemak RM1

nasi lemak RM1
Nasi lemak RM1


Dalam keadaan isu kekurangan bekalan beras putih yang dialami sekarang ni, harga beras dah makin naik dan memaksa penjual lauk bernasi untuk menaikkan harga makanan. Jadi aku agak terkejut bila ternampak gerai nasi lemak yang menjual nasi lemak dengan harga RM1 masa aku hantar Khadeeja ke sekolah baru-baru ni. Mungkin baru lagi akak ni meniaga kat sini sebab sebelum ni tak perasan pulak banner nasi lemak RM1 tu. Bungkusnya nampak kecik comel je tapi alhamdulillah sedap. 

Sebenarnya yang aku nak highlight kan ialah, this is the right portion untuk kita makan tau. Nasi tak lebih dari segenggam tapak tangan. Jadi walaupun tengah diet tapi kalau makan portion nasi lemak macam ni, Insha Allah tak naik berat badan.


nasi lemak RM1
Nasi lemak ni sebesar genggam which is the right portion for me

Dan yes, bila aku makan nasi lemak ni lepas buat IF, tetap rasa kenyang. Mungkin sebab dah lama buat IF jadi perut terbiasa makan portion kecik. Yang penting kena banyakkan minum air.

Tengahari pulak aku singgah beli nasi kukus ayam berempah tak jauh dari sekolah Khayla. Sebelum ni harga sebungkus nasi kukus ni ialah RM3.50, tapi sejak beras naik harga, sekarang dah jadi RM3.70. OK la, masih lagi harga rahmah. Portion nasi ni pun masih banyak macam sebelum ni. Aku suka beli kat sini sebab selain murah, sambalnya pun sedap.


nasi kukus ayam berempah
Nasi kukus ayam berempah harga rahmah (RM3.70)

Semoga Allah meluaskan rezeki peniaga-peniaga ni sebab jual makanan dengan harga mesra rakyat 🤲🏻. Dah la murah, sedap pulak tu.

Read more »
on Wednesday, October 04, 2023 20
Share this!
Tags
Dining, Food
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts

Tuesday, October 03, 2023

Kafe He & She Coffee Original di Hospital KPJ Tawakkal

Sementara tunggu giliran jumpa doktor, Suami Terchenta ajak sarapan di He & She Coffee Original di tingkat yang sama.


Kafe He & She Coffee Original @ Hospital KPJ Tawakkal
Kafe He & She Coffee Original @ Hospital KPJ Tawakkal

Hujung minggu memang cheat day apa lagi aku macam orang disorong bantal je bila dia ajak makan kat sini hehe.



Kafe He & She Coffee Original @ Hospital KPJ Tawakkal
Bagus ada kafe di tingkat sama dengan klinik ortopedik

Tak berapa banyak pilihan menu pagi-pagi. Cuma ada kek, pastri dan kalau nak hidangan berat ada nasi lemak pandan je.

Aku pilih hazelnut croissant dan hot chocolate. Suami Terchenta pulak pilih nasi lemak pandan dan teh English breakfast. Sebenarnya dia nak teh tarik tapi nan hado. Ni bukan kedai mamak, abang oi! 🤭

Lepas bayar harga makanan, kiteorang pilih tempat duduk yang menghadap KLCC sementara tunggu makanan siap. Lawa pemandangan dari kafe ni kalau tak ditutupi jerebu di luar.


Kafe He & She Coffee Original @ Hospital KPJ Tawakkal
Breakfast with a view

Kafe He & She Coffee Original @ Hospital KPJ Tawakkal
Sarapan aku - hazelnut croissant dengan hot chocolate. Croissant tu sedap ada inti Nutella kat dalam

Kafe He & She Coffee Original @ Hospital KPJ Tawakkal
Nasi lemak pandan ada ketulan daging ayam

Not bad jugaklah makanan kat sini cuma dieorang tak hidang dalam pinggan je. Mungkin sebab takde tempat nak cuci pinggan kotor kot. Konsepnya makan dan buang bekas. Tak berapa mesra alam gitu.

Suami Terchenta pulak merungut sebab takde teh tarik. Kurang ummph agaknya makan nasi lemak tanpa teh tarik.

Sebelum balik kiteorang tapau croissant untuk anak dara sulung si hantu croissant tu dan macaron 2 biji (RM3.50 sebiji!) untuk si adik gigi manis (sweet tooth?). Ingatkan pukul 11 dah habis la check up tapi rupa-rupanya tengahari baru setel dan gerak balik. Jadi sebelum balik singgah pulak makan tengahari di Dapur Sarawak depan hospital KPJ Tawakkal. Tu kita cerita kemudian la ye hehe.

Read more »
on Tuesday, October 03, 2023 26
Share this!
Tags
Dining, Restaurant and Outlet
Newer Posts Newer Posts
Older Posts Older Posts
Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Welcome

Carneyz
Preview
Just Call Me Carneyz | From Sarawak and Staying in Kuala Lumpur | Lifestyle Blogger | Traveller Blogger | Mom of Two Lovely 'K' | Blogger since March 2004

Translate To Your Language

Total Pageviews

Featured post

I Is Tua But Bahagia!

Pages

  • About Me
  • PR Newswire

Live Traffic

Archive

Contact Form

Name

Email *

Message *

Intellifluence Trusted Blogger

Popular posts

  • Lirik Lagu Tiktok Viral 'Nan Ko Paham' (Kkz'D BLG)
    Jom petang-petang ni kita santai-santai dengar lagu viral tiktok ni. Lagu ni aku selalu dengar kat IG Reel (sebab takde akaun Tiktok), pastu...
  • Belajar Jadi Positif Dari Puan Masitah (@mashyta_oneandonly)
    Baru-baru ni aku terbaca tentang seorang wanita yang sangat positif dan redha dengan ujian yang Allah turunkan ke dalam hidupnya. Selepas te...
  • Hari Keluar Berjalan-jalan Dengan Mak
    Semalam aku ajak mak keluar. Kebetulan Khayla pun ada aktiviti ko-kurikulum dan turun awal ke sekolah so boleh la aku keluar bawak mak jala...

Blog Favourite

  • Amie's Little Kitchen
    2 hours ago
  • mrhanafi.com
    3 hours ago
  • KasihkuAmani
    4 hours ago
  • Blog Begins At Forty
    4 hours ago
  • Alam Sari Di Tanah Jauhar
    7 hours ago
  • ✿ Life Is Beautiful ✿
    9 hours ago
  • SURIA AMANDA
    10 hours ago
  • Antara Doha dan Jakarta™
    10 hours ago
  • a m m i
    10 hours ago
  • Miles of smiles
    10 hours ago
  • Mreneyoo
    11 hours ago
  • Inilah Shaizhar
    13 hours ago
  • Syazni Rahim Blog
    14 hours ago
  • .:: My Life & My Loves ::.
    14 hours ago
  • My Small World
    14 hours ago
  • Hari hari yang ku lalui...
    15 hours ago
  • .: ceritera Kehidupan :.
    22 hours ago
  • Warisan Petani
    1 day ago
  • anajingga
    1 day ago
  • Travel My Way
    1 day ago
  • LIFE WITH LOVE
    1 day ago
  • Anies♥You
    1 day ago
  • Blog Anamizu™
    1 day ago
  • Hidup Itu Indah
    1 day ago
  • ABAM KIE : The Man of The House
    1 day ago
  • KakmimDotCom
    2 days ago
  • Traveling – D'Cat Queen
    2 days ago
  • Aku Sis Lin
    2 days ago
  • mulan@peace,love&harmony
    2 days ago
  • Titian Perjalanan
    3 days ago
  • Drawing the Words
    6 days ago
  • orangbukit
    1 week ago
  • Ainihalim
    1 week ago
  • Pencarian Jiwa Diri Saya
    1 week ago
  • Dapur Cik- Nur
    2 weeks ago
  • Afzan Sidi
    2 weeks ago
  • fizacrochet | Lifestyle Blogger Dengan Pelbagai Cerita
    3 weeks ago
  • Ako Tetap Ako
    4 weeks ago
  • Krabat Kramat
    4 weeks ago
  • Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie
    4 weeks ago
  • Sunah Sakura
    5 weeks ago
  • Asa Blog
    1 month ago
  • Shuhaida Kabdy
    2 months ago
  • Blog Sal
    3 months ago
  • Kait dan Lari
    1 year ago
  • Stories About My Journey
    2 years ago
  • Sodep
    9 years ago
Show 5 Show All

Followers

Tags

Beauty & Fashion Cafe and Bakery Dining Family Activities Hotel Reviews International Lifestyle Malaysia Marriott Bonvoy Hotels Recipes Restaurant and Outlet Reviews Tips & Info Travel
Powered by Blogger.
Ⓒ 2018 Coffee Break With Me. Design created with by: Brand & Blogger. All rights reserved.