Setakat 2 Oktober, 16 kawasan di Semenanjung merekodkan bacaan indeks pencemaran udara (IPU) kategori tidak sihat iaitu melebihi 101 hingga 200 dengan kawasan paling teruk terjejas ialah Nilai dengan bacaan IPU sebanyak 162.

 
Bacaan IPU tertinggi di Malaysia

Kerajaan sedang mempertimbangkan cadangan penutupan sekolah di kawasan-kawasan yang paling teruk terjejas sekiranya keadaan jerebu semakin membimbangkan. Orang ramai dinasihatkan agar mengurangkan aktiviti di luar rumah dan kawasan terbuka seperti beriadah di taman-taman, basuh muka dan tangan selepas berada di luar rumah, banyakkan minum air, tidak merokok dan pakai pelitup muka bila keluar rumah.

Even di sekolah Khayla pun, pihak sekolah dah suruh semua pelajar untuk pakai pelitup muka bila turun ke sekolah walaupun kawasan kiteorang ni tak termasuk dalam senarai IPU tertinggi di Malaysia.


jerebu Malaysia
Gambar diambil dari tingkat aku menunjukkan keadaan jerebu semakin menjejaskan pemandangan bangunan KLCC manakala bangunan KL Tower dan Menara Merdeka 118 tu pun dah tak kelihatan


Apakah kemungkinan kesan jerebu ke atas kesihatan?

Kesan jerebu ke atas kesihatan dikaitkan dengan tahap keterukan status kualiti udara. Semakin tinggi tahap IPU, semakin bertambah kesannya kepada kesihatan.

Faktor-faktor lain seperti jangka masa dan intensiti aktiviti luar, tabiat merokok, umur, dan status kesihatan seseorang individu memainkan peranan penting dalam memberi kesan kepada kesihatan.

Kemungkinan kesan kesihatan termasuk;

  • Kesukaran untuk bernafas
  • Serangan jantung
  • Gatal–gatal pada tekak
  • Gatal–gatal pada mata
  • Jangkitan pada bahagian atas saluran pernafasan
  • Gatal–gatal pada kulit

Kumpulan yang lebih berisiko terhadap kesan jerebu ialah golongan kanak-kanak, warga emas, mempunyai masalah sistem paru-paru (asma, bronkitis, radang pernafasan), pesakit jantung dan alahan dan perokok.

Untuk mengelakkan dari kesan jerebu ke atas kesihatan, kita digalakkan untuk memakai pelitup muka bila keluar rumah. Tapi adakah pemakaian pelitup muka yang kita pakai semasa zaman Covid-19 sesuai dipakai untuk melindungi diri dari bahaya jerebu?

Jenis-jenis pelitup muka dan fungsinya

1. Surgical Mask / Topeng Pembedahan


pelitup muka Covid
Image by pikisuperstar on Freepik

Pelitup muka ni satu masa dulu pernah popular sampai kehabisan stok dan ada yang sanggup basuh untuk pakai semula di tengah-tengah kegawatan pandemik Covid-19. 

Pelitup muka jenis ini bertujuan untuk menangkap cecair badan pemakainya sendiri, seperti air liur dan lelehan hidung, dan menghalang sebarang titisan cecair berjangkit daripada merebak kepada orang lain. 

Ia tidak direka untuk melindungi anda daripada menyedut bakteria, virus dan zarah halus di udara.

Pelitup muka jenis ini tidak dapat memberikan perlindungan yang mencukupi terhadap zarah halus yang terdapat dalam asap dan jerebu.


2. Respirator / Topeng Muka


N95 mask
Sumber imej: Google

Respirator, juga dikenali sebagai respirator zarah, ialah peranti yang direka untuk melindungi pemakai daripada menyedut habuk, asap, wap atau gas yang berbahaya.

Nombor pada respirator menunjukkan peratusan minimum zarah bawaan udara yang dapat ditapis oleh respirator. Contohnya, topeng muka N95 boleh menapis sekurang-kurangnya 95% zarah habuk, asap, wap atau gas berbahaya.

Respirator mempunyai dua tali melingkari kepala, satu di atas telinga dan satu di bawah. Adalah penting untuk memakai topeng dengan ketat pada hidung dan di bawah dagu untuk mengelakkan zarah daripada meresap melalui sebarang celah yang longgar.

Apabila digunakan dengan betul, respirator boleh melindungi pemakai daripada asap dan jerebu. Respirator / topeng muka yang paling sesuai digunakan ialah N95 kerana ia boleh menapis bahan zarah berukuran 0.3 mikrometer, lebih kecil dari zarah dari jerebu berukuran 0.25 mikrometer.

Jadi untuk korang yang ada masalah pernafasan, pilihlah topeng muka N95 untuk dipakai bila keluar rumah, sebab pelitup muka yang biasa tu tak membantu untuk menapis asap jerebu dari masuk ke dalam paru-paru. Tapi yang terbaik ialah kurangkan aktiviti di luar rumah dan bagi mereka yang duduk di pangsapuri atau kondo pada aras tinggi tu, pastikan tingkap dan pintu rumah sentiasa ditutup. Lebih elok kalau ada pembersih udara di rumah yang boleh menapis 99.97% zarah di udara

Boleh nampak pembersih udara ni bekerja bila aku bukak tingkap rumah, tak lama lepas tu keluar indikator berwarna merah / kuning menunjukkan kualiti udara yang kotor masuk ke dalam rumah. Lepas tutup tingkap dan pintu, beberapa minit lepas tu indikator bertukar jadi hijau / biru menunjukkan pembersih udara tu dah tapis udara dalam rumah jadi bersih balik.

14 comments:

  1. Kita seperti kembali ke masa covid ya..tapi betul kak..pencemaran udara semakin hari tambah tinggi dan bahaya, sayapun tetap memakai masker sampai saat ini bila hendak keluar rumah...tetap sehat ya kak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Di tempat sis teruk ke jerebunya? Saya tengok dlm berita di sini Jakarta paling teruk terjejas kan. Semoga kita semua dlindungi dari sebarang penyakit bawaan udara tercemar 🤲🏻

      Delete
    2. Makanya saya jaraaaaang sangat kluar kak. Udara di luar betul2 tak sehat. Tapi kalo JKT LBH banyak disebabkan karena pencemaran dari pabrik, Krn di sekitar Tangerang, Cikarang, itu banyak pabrik. :(. Yg sedih anak2 saya sensitif sangat pernapasannya. Jadi mereka dah seriiing sangat kena batuk pilek Skr ini. THN lalu Kaka adik ini ganti2an di rawat inap rumah sakit karena infeksi saluran napas. Penyebabnya dah pasti Krn udara 😔

      Delete
    3. Allahu... kesiannya anak2 Fanny. Sepatutnya kementerian alam sekitar di sana buat pemantauan dan denda kilang2 yang melepaskan asap yang tak ditapis ke udara sampai orang2 sekeliling yang menanggung akibatnya huhu..

      Delete
  2. Replies
    1. Aah kalau alahan teruk better pakai mask N95 bila keluar rumah.

      Delete
  3. tu la..kena start pakai mask balik kan? MA pun dah malas nak kuar sekarang ni..sbb jerubu ni..
    seremban antara kawasan yg tinggi jugak bacaan nya tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la kan, N9 antara negeri mencatatkan bacaan IPU tertinggi dalam negara

      Delete
  4. Musim jerebu kembali. Teruk juga ye, di KL dan Nilai. Terima kasih, share, Carneyz, jenis pelitup muka yang sesuai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah pagi ni nampak ok sikit. Masa hantar anak ke sekolah, saya nampak ramai lagi yg masih bersenam di Taman Tasik Titiwangsa pagi2.

      Delete
  5. SA dah start pakai mask dh...mmg udara index x bagus, nak plak SA kan terdedah dengan udara , asap kenderaan..peliknya tahun lepas takde plak jerebu..perasan tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. SA kena cari topeng muka N95 baru boleh tapis asap jerebu. Kalau pakai topeng muka biasa kita pakai tu, tak membantu.

      Delete
  6. Patut lah hari tu macam lain macam aja kat luar rumah rupanya jerebu. Balik rumah baru tau..

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .